Bacaan Popular

Jumaat, 15 Julai 2016

Amr bil makruf dan nahi anil munkar

Gambar fail kekejaman Budhha terhadap Islam di Myanmar.

Sengaja Tok Wan pilih tajuk dan gambar-gambar seperti diatas dan dibawah-bawah ini untuk penulisan kali ini. Hari ini dan kelmarin ramai antara kita tertanya-tanya kenapa orang beragama Budhha begitu kejam terhadap orang Rohingya yang beragama Islam di Myanmar. Alasan mereka ialah Rohingya bukan rakyat Myanmar tetapi rakyat Bangladesh. Tapi alasan itu tidak boleh diterima kerana mereka dan keturunan mereka lahir di Myanmar, dan mereka mempunyai hak sebagai warganegara Myanmar.

 
Kekejaman terus berleluasa di Myanmar, rumah dan masjid dibakar. Orang Islam tak kita lelaki perempuan termasuk kekanak juga dibakar. Mereka begitu marah terhadap orang Islam. Dimana saja mereka jumpa orang Islam maka ramai-ramai mereka melatam menghenyak memukul sehingga mati. Bukan setakat itu sahaja, para Imam masjid dan Madrasah diikat belakang lori dan diseret hingga mati. Ada juga yang dibogelkan dan digantung untuk dipukul sampai mati.

Beginilah keadaan masjid selepas gerombolan penganut agama Budhha memuaskan nafsu mereka.
 
Tujuan aku menulis perkara ini dengan tajuk ini adalah untuk kita semua mengambil pengajaran dari peristiwa tersebut. Dan untuk membuatkan perkara tersebut tidak merebak ketempat lain maka disini, dibawah ini disenaraikan beberapa perkara yang perlu kita semua lakukan. Mudah-mudahan dengan adanya perkara-perkara tersebut maka Allah s.w.t. akan membuat keputusan untuk menarik kebathilan serta memindahkan bala bencana yang sepatutnya diturunkan keatas sesuatu kawasan yang berpenghuni kearah kawasan tidak berpenghuni ditengah lauatan yang luas. In syaa Allah.
 
Dan sepertimana tajuknya begitulah perkara pertama yang kita semua patut lakukan yakni mengajak manusia kepada perkara yang makruf dan mencegah segala perkara yang munkar. Ada anak orang yang sudah akal baligh kerja kita untuk ambil tahu dia sudah solat atau belum, sudah qatam Quran atau belum dan pastikan juga mereka menutup aurat dengan sempurna baik lelaki maupun perempuan. Pastikan juga mereka tidak berbuat dosa, barangkali tanpa mereka sedari mereka sedang berbuat dosa. Kita yang dewasa dan yang tahu inilah yang patut menegur mereka. Jikalau mereka muda kita kena kasihkan mereka, jika mereka lebih dewasa dari kita kita gauli mereka dan hurmati mereka dan jika ilmu mereka lebih tinggi dari kita kita mesti sanjung mereka.
 
Mereka-mereka ini mudah kita lihat dalam masjid dan luar masjid. Yang dalam masjid sudah pasti hati mereka lembut sebab itu Allah telah pilih mereka untuk masuk kedalam rumah Allah dan yang masih diluar masjid jangan pula kita pandang sebelah mata, barangkali dimasa akan datang mereka akan jadi lebih mulia daripada kita.
 
Kita lihat cara mereka solat, mana yang tak betul cuba kita tegur dan perbetulkan dengan cara berhemah. Apabila ini dapat kita lakukan baru kita ajak mereka-mereka yang diluar masjid pula untuk hadir solat berjemaah. Ingatkan mereka perintah Allah ta'ala yang bermaksud 'Ruku'lah bersama-sama orang yang ruku'. Kerana itu membawa maksud solat secara berjemaah bukannya solat sorang-sorang, sorang disurau belakang stesen Petronas, sorang kat dalam opis dan sorang lagi belakang almari. Diama pun kita berada kita kena sentiasa berjemaah. Pastikan juga semua makmum merapatkan saf dan lurus, jika tak cukup rapat dan lurus sila ingatkan Imam diluar waktu solat agar menganbil perhatian serius terhadap perkara itu.
 
Inilah yang Allah ta'ala telah sebut dalam al Quran dan sebutan itu sebenarnya adalah perintah. Ia menjadi perintah penting kerana bukan sekali Allah ta'ala sebut dalam ayat al Quran bahkan banyak kali dan pada banyak surah yang berkait dengan perintah tersebut.
 
Ingatkan juga kepada mereka yang tidak solat bahawa mereka sedang meruntuhkan agama bukan meruntuhkan masjid. Agama lebih besar dari masjid, dengan adanya agama barulah dapat diadakan masjid. Namun setelah masjid ada siap janganlah hanya dijadikan hanya tempat untuk solat sahaja, lepas solat tutup dan kunci, pastinya ini Allah tak suka. Kita kena ikhtiar supaya Allah suka, biar orang tak suka asal Allah suka.

Orang yang tidak solat berarti meruntuhkan agama, bukan meruntuhkan masjid.

Seperkara yang penting juga adalah kita kena berbaik-baik sesama makhluk, baik dia anjing atau manusia. Ingatkan anak-anak kita jangan biasakan tabi'at membaling anjing dengan batu. Hormati semua orang walaupun dia kafir. Dan  jika mereka orang-orang Islam hendaklah kita tunaikan haqnya yakni beri salam dan jawab salam baik kenal atau tidak kenal. Bukankah Allah telah terangkan bahawa Dia menjadikan manusia bersuku-suku Bangsa untuk kita saling kenal mengenal dan berbaik-baik sesama makhluk. Jika semua ini dapat kita amalkan pasti prasangka buruk dalam hati manusia akan hilang. Dan jika ini tidak dapat kita lakukan pastinya prasangka buruk melahirkan niat yang buruk yang bertukar menjadi bom jangka yang tidak diketahui bila akan meletup. Sesungguhnya Allah ta'ala Maha Bijaksana Maha Mengetahui segala isi hati makhkuk-makhluknya.
 
Sebelum Tok Wan menutup penulisan ini suka Tok Wan nak tambah lagi sikit. Para ulamak dan orang-orang soleh kena turun padang kena semak berapa ramai anak-anak muda yang tidak tahu ucapan syahadah, tak tahu rukun islam ada berapa. Inilah kerja kita sepatutnya, kerja kita sebagai guru, sebagai pengarah atau sebagai kerani hanya sementara bahkan tugas yang Nabi s.a.w. tinggalkan untuk kita teruskna ialah kerja dakwah.
 
Hari ini banyak manusia yang hauskan ilmu agama tapi tak tahu nak cari dimana, bila datang kemasjid Jemaah masjid yang veteran pandang serong pula. Jadi jikalau mereka tak dating kemasjid kita kena cari mereka. Nabi s.a.w. umpamakan diri Baginda sebagai awan yang akan pergi kepada tempat yang memerlukan hujan, bukan menjadikan diri seperti perigi dimana sesiapa yang memerlukan air harus dating mendapatkan perigi.
 
Jikalau Allah s.w.t. dah tak suka akan sesebuah negeri itu Allah ta'ala akan datangkan pemerintah yang zalim yang akan menzalimi sesiapa sahaja, waktu itu doa dari orang soleh dan para ulamak pun tidak Allah makbulkan.
.
.
.
La haula wala quwwata illa billah..~




Tiada ulasan:

Catat Ulasan