Bacaan Popular

Jumaat, 10 Jun 2016

Khabar Dari Kubur

Gambar hiasan sahaja.

Tetiba terbetik khabar dari kubur menyatakan bahawa para penghuninya tidak pernah putus asa dari meminta kepada Allah s.w.t. agar mereka diberi peluang sekali lagi untuk kembali kedunia bagi melakukan amal-amal yang soleh terutama dibulan Ramadhan ini. Namun kesemua mereka mendapat jawapan yang sama bahawa jika sekiranya seekor gajah dapat masuk kedalam lubang jarum maka pasti ketika itu mereka dapat kembali semula kedunia.

Lalu aku melihat diri aku yang sambil lewa melewati fasa Ramadhan yang dalam keadaan rilex saja. Tak kelihatan terburu-buru untuk memburu ganjaran pahala di bulan Ramadhan. Barangkali memikirkan ada banyak lagi Ramadhan akan dapat kutemui. Pemikiran sebegini samalah dengan pemikiran bahawa hutang yang itu tak apa nanti boleh bayar sikit-sikit dimana akhirnya aku mati dalam keadaan masih menanggung hutang.

Pagi selepas sahur nyata benar kenyangnya sehingga terbawa-bawa sendu dan sendawa kedalam solat, lalu keluarlah bau kari atau masak tempoyak. Begitu juga waktu berbuka, sambil rilex makan kunyah kohor-kohor sampai terbabas dan terpaksa jadi makmum yang masbuk. Ishhh... aku ini boleh dikira masih bagus lagi sebab masih mahu datang solat maghrib dimasjid. Cuba lihat berpuloh-puloh peratus yang masih tak datang tu. Sebenarnya jumlah penduduk sesuatu kawasan yang datang kemasjid tak sampai 5 peratus pun. Apabila aku kira aku orang yang dapat datang masjid kira aku ni masih baiklah.... ini tak namanya riak sebab memang begitulah aku kan. Sebenarnya inipun riak juga.

Sesungguhnya Allah ta'ala membenci perut yang dipenuhi dengan makanan. Bukan aku tak tahu, bahkan dah banyak kali aku dengar hadith tersebut dibacakan dimasjid setiap kali selesai solat suboh, tapi bila waktu makan lupa hadith tersebut. Bilamana perut aku pun Allah dah tak suka maka sifat riak aku ini pun pasti mendatangkan kebencian kepada Allah. Apa tidaknya kerana Allah pernah berfirman dalam hadith qudsi bahawa riak juga adalah sebahagian dari syirik. Eeeee... na'u zubillah minzalik... aku tak nak syirik kepada Allah. Kata ustaz dosa orang yang bunuh orang, minum arak, berzina dan berjudi boleh Allah ampunkan dengan syarat bertaubat tetapi Allah tak ampunkan dosa syirik.

Baiklah... aku tak syirik pun, aku tak mau syirik. Tapi bila aku yakin bahawa makanan akan bagi aku kenyang itu juga syirik. Bila aku yakin bahawa dengan wang aku boleh mendapatkan segala-gala keperluan dunia, itu juga syirik. La haula wala...

Rupa-rupanya aku telah banyak buat perkara yang bertentangan dengan perintah Allah dan Rasul, patutlah Rasulullah s.a.w. nak berlapar satu hari dan nak makan satu hari keesokannya bilamana Allah ta'ala offer untuk menukar tanah dan pasir di keliling kota Madinah itu kesemuanya menjadi emas. Lapar juga satu anugerah yang bukan semua orang sanggup terima. Ya Allah, jadikanlah aku orsng ysng dsnggup menahan ujian dariMu dan orang yang sanggup tahan berlapar Ya Allah Ya Rahman Ya Wahhab.

Ya Allah... rupa-rupanya dari dalam kubur itu bersemarak msuara mereka yang meminta untuk kembali kedunia sementara mereka yang berada didunia ini termasuk aku masih leka dan lalai serta lepa, kerana sifat lalai dan leka dan lepa ini telah lali dalam kehidupanku maka akhirnya menjadi lena. Lena dalam mimpi nak masuk syurga walhal tak jengah apa yang Nabi s.a.w buat terutama dalam bulan Ramadhan.

Memang aku banyak buat silap kerana mencontohi apa yang orang lain buat. Lepas asar orang pergi bazaar Ramadhan aku pun pergi tengok itu tengok ini. Lalu banyak juadah telah berkenan dihati...errr... maksud sebenar disini juadah tersebut telah masuk kedalam hati, walhal Allah sebut dalam al Quran ingatlah aku pagi dan petang. Kini Allah tidak masuk kedalam hatiku sebaliknya juadah-juadah itu telah masuk dalam hati. Sepatutnya aku mencontohi Rasulullah s.a.w. dalam semua perkara.

Ada pernah aku dengar satu ulamak bagitau satu sunnah yang kita dapat ikut dalam zaman ini  ganjarannya menyamai 100 pahala syahid. Buat apa yang Nabi s.a.w. buat senang-senang dapat pahala sedangkan buat ikut orang kebanyakannya sia-sia.
.
La haula wala quwwata illa billah..~



Tiada ulasan:

Catat Ulasan