Bacaan Popular

Jumaat, 17 Jun 2016

Bacaan Al Quran

Gambar sekadar hiasan sahaja.

Membaca al Quran dengan cara menghafal dan membaca al Quran dengan cara melihat masyaf berbeza ganjaran pahalanya. Perbezaannya ialah sekali ganda kepada yang melihat masyaf. Setiap satu huruf dikira 10 pahala. Namun itu cuma membaca seperti biasa sahaja dan didalam bulan-bulan yang biasa-biasa juga. Sangat jauh beza apabila datangnya Ramadhan, setiap satu huruf yang dibaca diberikan ganjaran 100 pahala. Itulah hebatnya Ramadhan dan ganjaran-ganjaran yang akan kita perolehi apabila melakukan amal soleh sehingga Nabi Musa a.s. begitu cemburu dengan kita dan pernah meminta kepada Allah ta'ala agar dia diturunkan semula kedunia untuk menjadi ummat Muhammad s.a.w.

Namun ramai antara kita masih mensia-siakan waktu dan ruang masa yang Allah ta'ala berikan kepada kita ini. Petang hari selepas waktu asar kita disibukkan dengan juadah di Bazaar Ramadhan sementara pagi selepas suboh kita disibukkan pula dengan urusan menghantar anak isteri ketempat sekolah dan kerja. Walhal kita rasa dengan isteri kita bekerja dapat menambah rezeki untuk keluarga, namun sebenarnya kita silap lagi sebab sebenarnya kaum lelakilah yang kena ikhtiar untuk keperluan anak isteri. Jika ini yang kita lakukan pasti kita ada masa untuk online dengan Allah selepas suboh dan selepas solat asar.

Sebaliknya mereka yang menghafal al Quran dan membaca surah yang sudah dihafal tersebut didalam solat akan digandakan lagi ganjarannya sehingga seribu (1000) pahala bagi setiap satu huruf yang dibaca. Berbanding cuma separuh dari seribu tersebut bagi mereka yang membaca ayat al Quran dalam solatnya sambil duduk dikerusi. Jadi pada pendapat Tok Wan sendiri (minta maaf dan jangan kecil hati atau terguris hati) apalah sangat menahan sakit dibahagian lutut hanya untuk 4 atau 5 minit membaca Kalimatullah dan kita dapat tiga ganjaran, pertama ganjaran pahala kerana menunaikan solat, kedua kerana membaca al Quran dan ketiga menahan kesakitan.

Dalam bulan Ramadhan, ganjaran untuk pembacaan al Quran dilebihkan lagi sehingga 70 kali gandaan dari biasa. So.... satu ayat dari surah al Ikhlas di ayat pertama yang mempunyai 9 huruf kita sudah dapat 9000 pahala, bayangkan jikalau dalam solat Dhuha kita baca surah Asy Syam dan Ad Dhuha pasti pahalanya mencapai ratusan juta. Yea lah, nak percaya kepada benda-benda ghaib ini memang sukar sebab tak nampak dengan mata berbanding kueh di Bazaar Ramadhan satu harga 40 sen kalau beli tiga cuma seringgit, nampak benda tu kan?

Berbalik dengan isteri kita yang pergi bekerja, Tok nak sebut disini bahawa kebanyakan mereka membuat dosa, lebih-lebih lagi dibulan Ramadhan ini. Kebanyakan mereka akan pakai lipstik dibibir dan itu adalah membatalkan puasa. Bila kita ajukan perkara ini pasti terlalu ramai yang melenting kata tak batal. Okeylah kalau kita ikut juga cakap mereka yang kata tak batal cuba pula kita lihat apa tujuan pakai lipstik ketika pergi kerja bukankah tujuan untuk dipandang cantek? Adakah itu tujuan Allah tumbuhkan perhiasan keatas batang tubuh mereka?

Kalau tulis banyak-banyak karang lagi banyak orang yang marah dengan Tok Wan, lagipun Tok Wan ni bukannya Ustaz. Perkara lipstik dalam bulan puasa ini elok ajukan kepada Ulamak atau Ustaz yang boleh kita yakini pengetahuannya. Jikalau tanya pada Ustazah mungkin ada Ustazah yang akan membeliakkan mata pulak. 

Kita balik semula kepada pembacaan al Quran. Oleh kerana Allah ta'ala sayangkan kita semua dan tak mahu kita semua masuk neraka maka diberikannya al Quran kepada Nabi s.a.w. kita yang terakhir itu. Dan syurga diharamkan untuk dimasuki oleh sesiapa kecuali Nabi Muhammad s.a.w. yakni Nabi kita mdan ummat-ummatnya terlebih dahulu memasukinya. Habis tu ummat-ummat Musa a.s. tengok ajer? Ummat-ummat Nabi Ibrahim a.s. dan Sulaiman a.s. akan tengok saja dan tunggu sehingga kita semua selesai masuk? Memang begitulah keputusan Allah.

Dan oleh kerana Allah sayangkan kita maka kita mendapat al Quran. Bagi mereka yang tidak tahu membaca al Quran mereka umpama orang yang mendapat surat dari Kekaseh namun tak tahu membacanya. Bagi mereka yang boleh membacanya tapi tak faham atau tak dapat amalkan maka mereka Allah ta'ala umpamakan seperti kaldai yang memikul kitab-kitab dibelakangnya.

So... kita patut merasa malu dengan ummat-ummat terdahulu kerana antara kita ada yang tak tahu baca al Quran, ada pula antara kita dah tahu baca al Quran dan dah 3 kali qatam namun dah tak baca dah, perkara ini disamakan dengan tamat persekolahan dan tak perlu sekolah lagi. Al Quran bukan sedemikian.
.
.
La haula wala quwwata illa billah..~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan