Ramadhan memang akan mengajar kita untuk bertakwa kepada Allah. Mengharap hanya pada Allah. Mengingat hanya pada Allah. Jadi jikalau kita masih banyak mengharap kepada makhluk bermakna kita belum cukup bertakwa.
Dibulan Ramadhan biasanya kita akan bersedia dihadapan juadah berbuka sebelum waktu azan maghrib. Jadi kita harus kekalkan cara sedemikian dengan bersedia ada dalam rumah sebelum maghrib atau bersedia ada dalam masjid sebelum waktu azan. Inilah cara terbaik untuk menjadi manusia yang bertakwa.
Dalam bulan Ramadhan kita bangun awal untuk makan sahur, begitulah juga dalam bulan-bulan yang lain kita bangun awal mandi dan solat tahajud kemudian menuju ke majid sebelum azan suboh berkumandang. Inilah jalan takwa yang sebaik-baiknya.
Dalam bulan Ramadhan juga selepas selesai solat suboh kita tidak terus meninggalkan masjid, begitu jugalah dalam bulan-bulan yang lain kita terus berada dalam masjid untuk berzikir, tasbihat, selawat dan istighfar atau membaca al Quran sehingga matahari terbit (syuruk) apabila sudah syuruk maka baru pulang untuk mengerjakan solat sunat isyrak dirumah. Dalam bulan-bulan yang lain pun hendaknya begitu juga, teruskan amalan dibulan Ramadhan dalam bulan-bulan yang lain. Inilah jalan menuju ketakwaan kepada Allah.
Dalam bulan Ramadhan juga apabila sudah selesai solat asar secara berjemaah kita tidak terus pulang kerumah, sebaliknya tetap duduk dalam majid melengkapkan zikir atau bacaan al Quran sambil mengingati Allah. Selesai tugas tersebut pun kita tidak mencari juadah untuk berbuka sebab juadah yang sudah ada dirumah atau dimasjid sudah memadai kerana makanan yang banyak akan mengurangkan penghampiran kita kepada Allah s.w.t. Inilah jalan yang baik untuk kita ikuti.
Begitu juga selepas solat isyak tak usahlah cepat-cepat hendak meninggalkan masjid. Duduklah dulu bersama-sama Jemaah yang duduk memikirkan soal agama. Inilah jalan terbaik untuk kita kerana masa untuk kita tinggal dibumi ini hanya sedikit sahaja. Masa untuk akhirat tiada penghujungnya.
.
La haula wala quwwata illa billah..~
Tiada ulasan:
Catat Ulasan