Bacaan Popular

Jumaat, 13 Mei 2016

Dua Jam Setengah

Gambar sebagai hiasan sahaja.


Dua jam setengah setiap hari kita perlu berikan untuk mengusahakan iman dan amal dalam diri kita sendiri sebab dengan berbuat begitu iman kita akan meningkat, bila iman sudah meningkat barulah amal ibadah dengan mudah dapat dilaksanakan. Begitulah bait-bait yang keluar dari mulut orang yang apabila berkata-kata pasti kata-kata yang baik yang keluar dari mulutnya hanya bertujuan menaikkan jasbah kita. Jika tidak dapat lalukan dua jam setengah secara berterusan pun tak apa. Boleh pecah kepada dua atau tiga bahagian, sebelah pagi 45 minit dan sebelah petang lagi sikit. Jikalau hanya mampu lakukan cuma satu setengah jam saja pun tak mengapa, tak berdosa pun cuma yang tidak boleh ialah yang tak mahu buat atau langsung takder buat. Sebab diakhirat kelak akan menyesal.

Sebenarnya apa yang sering kita cakapkan akan meresap masuk dalam hati kita. Apa yang ada dalam pemikiran kita akan meresap masuk dalam hati kita. Apa yang selalu kita dengar dengan mudah masuk dalam hati dan bersarang didalamnya. Apabila kita terperanjat pasti itulah yang akan terpacul dari mulut atau lidah kita. Keempat-empat panca indera yakni mata, telinga, lidah dan otak akan menjurus apa yang dilakukan setiap hari maka apa itulah yang akan masuk dan bertakhta dalam hati.

Apabila eldest sebut semua orang kena buat kerja dua jam setengah setiap hari kita seperti acuh tak acuh. Walhal dalam perkara dunia kita bukan saja telah menyediakan masa kita melebihi 8 hingga 12 jam sehari hanya untuk mendapatkan beberapa ringgit sebagai upah. Inilah keyakinan kita kepada wang ringgit yang lebih kuat daripada keyakinan kita terhadap usaha agama yang hanya tak sampai tiga jam yang nilainya sangat hebat.

Tak Wan nak sebut ianya hebat memanglah ianya hebat. Tapi ramai nanti tak faham sebab bukan semua orang boleh faham apa benda yang hendak kita fahamkan. Dua jam setengah ini adalah pengurbanan kita untuk melakukan kerja dakwah. Kerja dakwah ni tak seteruk mana pun. Jalan kesana-kemari sambil tebarkan salam pun dakwah juga. Nabi Nuh a.s. telah melakukan dakwah selama 950 tahun dan berjaya mengumpul pengikut seramai 83 orang. Namun Nabi kita yakni Muhammad s.a.w. melakukan dakwah selama 23 tahun dan telah mengumpulkan pengikut disegenap alam termasuk jinn dan manusia. Tapi nak bagitau anda semua disini apa itu dua jam setengah.

Pernah dengar perbidalan satu hari akhirat bersamaan dengan seribu tahun didunia. Jangka hayat umat Nabi Muhammad s.a.w. cuma antara 60 ke 70 tahun sahaja dan apabila jangka hayat itu dibawa keakhirat maka jangka hayat untuk hidup didunia ini hanya dua jam setengah sahaja. Begitu singkatnya hidup kita ini. Dalam ayat al Quran surah Toha ada menyebut bisik-bisik di Padang Mahsyar yang berkata kita hidup didunia dulu cuma tak sampai sebulan namun Allah menempelak mereka dengan menyatakan kehidupan disunia dulu tak sampai sehari. Ini merangkumi seluruh umat sejak Nabi Adam a.s. sehinggalah dunia diqiamatkan. Kerana ada manusia yang dipanjangkann umurnya sehingga ribuan tahun dan ada yang cuma seminggu sahaja.
.
La haula wala quwwata illa billah..~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan