Bacaan Popular

Jumaat, 27 Jun 2014

Maksud Hidup



Alhamdulillah... khabar gembira yang Nabi s.a.w. bawa untuk seluruh alam telah sampai kepada kita (di Malaysia) lalu nama kita diletakkan dengan nama-nama yang mencerminkan kita ini Islam. Jikalau tidak, pastilah nama kita masih Pokok anak Batu atau Tikar anak Lampu.

Oleh kerana khabar gembira telah sampai kepada kita maka Allah ta'ala perintahkan dalam al Quran supaya kita menyampaikan pula berita ini kepada orang lain agar semua orang dapat perkhabaran tersebut yakni, Allah Tuhan yang Esa dan Nabi Muhammad s.a.w. adalah pesuruh Allah dengan mentauhidkan kalimah, 'La ilaha illalah'.

Inilah kerja yang Allah letakkan kepada para Nabi a.s. yang terdahulu dan keatas kita, sebab selepas Nabi Muhammad s.a.w. tidak ada lagi Nabi yang Allah hantar kedunia. Jikalau kita tak menyampaikan bermakna kita kena bersiap sedia di Padang Mahsyar untuk dakwa-dakwi nanti apabila ramai yang kita kenal didunia yang mendakwa kita kenapa tidak beritahu kepada aku semasa didunia dulu bahawa khabar gembira sudah sampai kepada kamu. Agak-agak apa kita nak jawab.

Yang tak solat, kitalah yang kena ingatkan mereka tentang solatnya, yang dedah aurat kerana tak tahu maka kita jugalah yang perlu ingatkan tentang dosa dedah aurat. Mungkin suami mereka tidak faham perihal aurat. Mungkin ayah mereka tak sempat menerangkan perihal aurat kerana Allah ta'ala telah memanggil pulang dengan kadar segera. Kalau mereka-mereka yang kita tegur berasa marah atau nak marah pada kita, kira tak apalah, sebab di Padang Mahsyar nanti kita akan jawab, 'Kan didunia dulu aku dah tegur.' Tapi dia akan balas balik, 'Kenapa tak rotan saya masa tu atau ikat saya heret, tarik pergi ke rumah Allah.'

Lalu apa yang kita nak jawab dengan orang kafir depan rumah kita yang menjadi jiran kita sudah hampir 20 tahun. Atau jiran sebelah rumah kita yang MyKad dia tulis agama dia Islam yang akan dakwa kita sebab pergi masjid tak pernah ajak dia.

Marilah kita ajak-mengajak kepada kebaikan sambil berpesan-pesan dengan kebaikan serta sabar dalam mengerjakan solat. Sesungguhnya yang akhir itu adalah lebih baik dari yang awal.

La haula wala quwwata illa billah..~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan