Bacaan Popular

Isnin, 31 Disember 2012

Marah Adalah Kunci Kejahatan


Gambar sekedar hiasan sahaja

SIFAT marah yang datang daripada hati mempunyai kaitan dengan keimanan seseorang. Orang yang sabar dapat menahan kemarahan dalam saat-saat genting dan sudah tentu mendapat ganjaran di sisi-Nya. Seseorang yang dapat mengawal kemarahan adalah orang yang kuat di sisi Allah.

Daripada Abdullah bin Umar ra, Rasulullah SAW bersabda: 


"Tiada hamba yang meneguk air, lalu mendapat ganjaran yang lebih besar di sisi Allah daripada hamba yang meneguk air menahan kemarahan kerana Allah." 
(riwayat Ibnu Majah)

Sementara itu, marah dapat didefinisikan sebagai berasa panas hati kerana ditipu (dihina dan lain-lain), perasaan panas hati, berang, gusar, murka yang datangnya daripada hati. Kemarahan akhirnya meresap dalam darah dan menguasai akal fikiran yang tidak terkawal.

Dalam hadis yang lain, daripada Abu Hurairah ra, Nabi SAW bersabda: 


Bukankah orang gagah itu, orang kuat bertinju. Akan tetapi orang yang gagah adalah orang yang dapat mengawal diri ketika marah. 
(riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Dalam hubungan kekeluargaan, marah juga boleh merenggangkan antara satu sama lain. Kita boleh marah jika sesuatu yang dilakukan oleh seseorang itu bertentangan dengan Islam.

Allah amat menyukai sifat lemah-lembut. Daripada Aisyah ra, Nabi SAW bersabda: 


Sesungguhnya Allah menyukai sifat lemah-lembut dalam setiap perkara. 
(riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Begitulah juga dalam hubungan persahabatan dan kejiranan. Sifat marah boleh merenggangkan seseorang dengan sahabat atau jirannya.

Mengambil wuduk dan beristighfar dapat mengawal sifat marah. Segala-galanya dapat meruntuhkan tipu daya iblis dan menghancurkan kesesatan yang disuruhnya. Selain itu, memberi penawar hati yang marah dan gundah, sesungguhnya hati tunduk kepada Allah SWT.

Sifat marah juga adalah cerminan kalbu keperibadian jiwa yang tidak tenteram. Oleh itu, kawal jiwa kerohanian supaya hidup sentiasa tenteram, aman dan damai sepanjang masa.

Para sahabat Nabi Muhammad SAW dan ulama dahulu memberikan berbagai-bagai ungkapan dan falsafah tentang bahaya dan buruknya sifat marah.


kredit: utusanmelayu


Salam Ukhuwah..~

Ahad, 30 Disember 2012

Kenapa Umat Islam Masih Malas

Gambar hiasan ialah permandangan dalam Masjid Syeikh Zayed di Abu Dhabi, Arab Saudi

Kenapa Umat ISLAM masih malas...34 minit jer kan...!


Apabila kita melakukan sesuatu pekerjaan, kadang-kala kita terlalu sibuk sehinggakan kita jadikan ia alasan untuk melengah-lengahkan solat atau lebih teruk lagi, meninggalkannya terus.  Jika dilakukan sedikit pengiraan, dalam sehari, kita perlu menunaikan solat:

Subuh : 2 rakaat

Zuhur : 4 rakaat

Asar : 4 rakaat

Maghrib : 3 rakaat

Isyak : 4 rakaat

Jadi jumlah keseluruhan adalah 17 rakaat sehari. Katakan seseorang itu mengerjakan solat lebih kurang 2 minit untuk setiap rakaat, maka jumlah masa yang diambil untuk menunaikan solat dalam sehari hanyalah selama 34 minit. Dalam sehari ada 24 jam bersamaan 1440 minit. Jika dikira peratusan masa yang diambil untuk menunaikan solat dalam sehari, hanyalah 2.36% sahaja, sikit kan?

Bagaimana pula dalam masa seminggu? 34 minit darab 7 bersamaan 238 minit. 238 minit bersamaan dengan 3.97 jam. Jika dikira dalam sebulan pula, katakan purata dalam sebulan ada 4 minggu.3.97 jam darab 4 bersamaan dengan 15.88 jam.

Dalam setahun pula, 15.88 jam sebulan darab dengan 12 sama dengan 190.56 jam. 190.56 jam ini jika ditukarkan kepada unit hari adalah bersamaan dengan 7.94 hari. Rupanya dalam setahun, masa kita untuk sembahyang hanyalah lebih kurang 8 hari.

Kita kira dari segi purata umur manusia pula. Katakan purata umur seseorang adalah sehingga 60 tahun. Umur 10 tahun merupakan umur seseorang mencapai akil baligh dan sudah mula wajib untuk menunaikan solat. Ini bermakna, seseorang yang berusia 60 tahun perlu bersolat selama 50 tahun. Jika dalam setahun, masa yang diambil untuk menunaikan solat hanyalah 7.94 hari, maka dalam tempoh waktu 50 tahun, masa yang diambil untuk menunai solat hanyalah 397 hari. 397 hari lebih kurang bersamaan 1 tahun 1 bulan.

Bayangkan dalam sepanjang umur kita, Allah hanya menyuruh kita menggunakan 1 tahun 1 bulan dari keseluruhan umur 60 tahun kita untuk menunai solat. Itupun kadangkala masa solat kita kurang kerana uzur, jama', kurang 2 rakaat untuk solat Jumaat.

Jika difikirkan kembali, 34 minit sehari adalah sangat singkat. Tengok wayang 2 jam, shopping berjam-jam, 34 minit tu tak luak pun masa 24 jam kita untuk sehari. Oleh itu, marilah kita sama-sama memperbaiki solat kita dan menghargai masa 34 minit itu dengan bersungguh-sungguh dan penuh khusyuk.

kredit: rakangroup


Salam Ukhuwah..~

Hukum Sambutan Tahun Baru Masehi


Soalan

Saya pernah terbaca bahawa haram bagi kita umat Islam menyambut perayaan Tahun Baru pada malam 31 Disember? Apa pandangan ustaz dalam perkara ini?

Jawapan

Pertamanya, sebagai umat Muhammad SAW, kita di ajar untuk mengira peredaran hari menggunakan bulan Islam, ia terlebih afdhal. Pengiraan zakat perlu menggunakan bulan Islam bagi mengetahui "hawl" (tempoh wajibnya) sudah sampai atau belum. Justeru, secara umumnya adalah lebih baik untuk kita mengingati bulan Islam ini bagi terus menjaga identiti Islam yang tersendiri. Islam juga telah meletakkan dua hari raya yang patut disambut dan dirayakan oleh Umat Islam iaitu Eidil Fitri dan Eid Adha.

Oleh itu, sebarang sambutan majlis lain mestilah tidak menyerupai sambutan perayaan dua hari raya Islam tadi. Islam juga terbuka dalam menilai sambutan keraian yang tidak bersifat keagamaan, diterima adat dan tiada unsur yang bercanggah dengan hukum dalam sambutannya.

Tidak dinafikan bahawa terdapat para ulama yang mengharamkan sama sekali sambutan tahun baru dalam apa jua bentuk. Namun, menyambut tahun baru Masehi (yang mengikut kiraan Gregorian calendar ciptaan Pope Gregory), menurut pandangan saya, ia adalah HARUS secara bersyarat serta bergantung kepada cara sambutan dan keraian yang dibuat.

Walaupun kalendar masehi adalah ciptaan bukan Islam, namun melihat kepada penerimaan kalendar moden ini, ia tidak lagi kelihatan bersangkut paut dengan agama malah amat ramai yang tidak lagi mengetahui dan ambil endah tentang asal usulnya, apatah lagi kaitannya dengan mana-mana agama. Ia sudah dikira sebagai sebuah kalendar moden yang diterima di atas asas adat dan kebiasaan. Namun begitu, syarat-syarat seperti berikut mestilah diambil perhatian dalam sambutannya:-

* Sambutan tersebut dilakukan atas asas ‘Uruf atau ‘Adat dan bukannya di anggap sebagai suatu upacara keagamaan. Jika ia diasaskan atas dasar ibadah maka ia perlu mempunyai sandaran dalil yang jelas. Bagaimanapun jika menyambutnya atas asas adat dan diisi dengan progam yang boleh membawa kesedaran keagamaan dan kebaikan, maka saya masih berpendapat ia adalah HARUS kerana ia termasuk di bawah umum kelebihan majlis ilmu.

Justeru, sambutan tahun baru menurut adat setempat adalah HARUS DENGAN SYARAT berdasarkan penerimaan Islam terhadap adat yang tidak bercanggah dengan Islam. Kaedah Islam yang menerima adat seperti ini adalah " Al-‘Adat Muhakkamah"

Ertinya : "Adat yang tidak bercanggah dengan Syara' boleh menentukan hukum sesuatu perbuatan dan tindakan". (Rujuk Al-Madkhal al-Fiqhi Al-‘Am, Syeikh Mustafa Az-Zarqa, 2/885 ; Syarh alQawaid al-Fiqhiyyah, Syeikh Ahmad Az-Zarqa, ms 219).

Terdapat satu keadah lain berbunyi : " Innama tu'tabaru al-‘Adat iza attaradat aw ghalabat"

Ertinya : Sesungguhnya diiktiraf sebagai adat (yang tidak bercanggah) apabila ianya berterusan dilakukan dan dilakukan oleh majority". (Al-Qawaid al-Fiqhiyyah, Ali Ahmad An-Nadawi, ms 65)

* Tiada percampuran rambang lelaki dan wanita yang bukan mahram yang dikebiasaan membawa kepada maksiat. Bagaimanapun, syarat ini hampir mustahil untuk dijaga pada zaman ini kecuali jika dianjurkan oleh badan agama yang disertai mereka yang mempunyai ilmu agama yang baik dan bukan terbuka sebagaimana sambutan besar-besaran umum. Tatkala itu, sambutan akan menjadi haram jika syarat ini tidak dijaga. Namun ia tidak semestinya menjadikan seluruh sambutan menjadi haram jika percampuran itu tidak menjadi satu agenda penganjur, tatkala itu, mereka yang bercampur atas kehendak sendiri melakukan dosa secara individu dan ia dari jenis 'haram lighairihi' atau haram yang datang akibat dari sebab-sebab luaran.

* Tidak dicampur adukkan dengan hiburan-hiburan yang bertentangan dengan kehendak Islam. Seperti lagu-lagu memuji muja kekasih, wanita, arak. Tidak kira samada ianya lagu biasa atau nasyid (terutamanya dengan kebanjiran kumpulan nasyid hari ini tersasar dari tujuan asal mereka sehingga memperkenalkan lagu-lagu memuji-muja wanita sebagai kekasih).

* Kandungan majlis sambutan ini juga mestilah bertepatan dengan kehendak syara'. Majlis sambutan tahun baru dengan penganjuran majlis ilmu sebagai mengambil sempena cuti umum adalah diharuskan pada pandangan saya.

kredit: Ust Zaharuddin


Salam Ukhuwah..~

Sabtu, 29 Disember 2012

Sifat Amanah Akan Hilang Sedikit Demi Sedikit

Gambar sekedar hiasan sahaja.

Daripada Huzaifah bin Al-Yaman r.a. katanya, "Rasulullah s.a.w.. pernah memberitahu kami dua buah hadis (mengenai dua kejadian yang akan berlaku). Yang pertama sudah saya lihat sedang yang kedua saya menanti-nantikannya. Rasulullah s.a.w. memberitahu bahawasanya amanat itu turun ke dalam lubuk hati orang-orang yang tertentu. Kemudian turunlah Al-Quran. Maka orang-orang itu lalu mengetahuinya melalui panduan Al-Quran dan mengetahuinya melalui panduan as-Sunnah.


Selanjutnya Rasulullah s.a.w. menceritakan kepada kami tentang hilangnya amanah, lalu Baginda s.a.w. bersabda, "Seseorangitu tidur sekali tidur, lalu di ambillah amanah itu dari dalam hatinya, kemudian tertinggallah bekasnya seperti bekas yang ringan sahaja. Kemudian ia tertidur pula, lalu di ambillah amanah itu dari dalam hatinya, maka tinggallah bekasnya seperti lepuh di tangan (mengelembung di tangan dari bekas bekerja berat seperti menggunakan kapak atau cangkul). Jadi seperti bara api yang kau gillingkan dengan kaki mu, kemudian mengelembunglah ia dan engkau melihat ia meninggi, padahal tidak ada apa-apa".


Ketika Rasulullah s.a.w. menceritakan hadis ini beliau mengambil sebiji batu kecil (batu kerikil) lalu menggilingkannya dengan kakinya.

"Kemudian berpagi-pagi (jadilah) orang ramai berjual beli, maka hampir sahaja tiada ada seorang juga pun yang suka menunaikan amanah, sampai dikatakan orang bahawasanya di kalangan Bani Fulan (di kampung yang tertentu) itu ada seorang yang sangat baik memegang amanah, sangat terpercaya dan orang ramai mengatakan, "Alangkah tekunnya dalam bekerja, alangkah indahnya pekerjaannya, alangkah pula cerdik otaknya. Padahal di dalam hatinya sudah tiada lagi keimanan sekali pun hanya seberat timbangan biji sawi."


"Maka sesungguhnya telah sampai masanya saya pun tidak memperdulikan manakah diantara kamu semua yang saya hendak bermubaya'ah (berjual beli). Jikalau ia seorang Islam, maka agamanyalah yang akan mengembalikan kepada ku (maksudnya agamanyalah yang dapat menahannya dari khianat). Dan jikalau ia seorang Nasrani atau Yahudi, maka pihak yang bertugaslah yang akan menggembalikannya kepada ku (maksudnya jika dia seorang Nasrani atau Yahudi maka orang yang memegang kekuasaan / pemerintahlah yang dapat menbantu aku untuk mendapatkan semua hak-hakku daripadanya.) Ada pun pada hari ini maka saya tidak pernah berjual beli dengan kamu semua kecuali dengan Fulan dan Fulan (orang-orang tertentu sahaja)".
(Riwayat Bukhari & Muslim)


Keterangan:
Hadis ini menunjukkan bahawa sifat amanah akan hilang secara beransur-ansur dan bilangan kaum Muslimin, sehinggalah sampai suatu saat nanti orang yang dianggap baik untuk menjaga amanat pun telah khianat pula. Begitulah gambaran masyarakat kita hariini. Ramai daripada kita terpedaya oleh seseorang yang pada zahirnya boleh memikul amanah, tetapi sebenarnya ia juga telah berlaku curang.

kredit: fadhilatamal


Salam Ukhuwah..~

Jumaat, 28 Disember 2012

Bila Terdesak Datanglah Bijak


Syam II, kereta perisai buatan tangan Mujahidin Suriah,

BISHQATIN

Dari kejauhan terlihat seperti kotak logam besar berkarat, tetapi ketika dilihat dari dekat ternyata itu adalah sebuah kendaraan tempur lapis besi-waja yang menunjukkan prestasi baru Mujahidin Suriah, kereta tank buatan tangan sendiri (dengan izin Allah) sedang menanti untuk dikerahkan.

Syam II, diambil dari nama Arab Suriah, dibuat dari kerangka kereta dan dimodifikasi oleh Mujahidin menjadi sebuah kendaraan seperti kereta tank lapis besi-waja yang biasa digunakan tentera. Syam II, dipuji-puji oleh para Mujahidin dengan menyebutnya "100 persen buatan Suriah."

Untuk menciptakan Syam II, memerlukan waktu satu bulan bagi merancang, melakar dan mengembangkan kendaraan tersebut, kata designer Syam II, Mahmud Abud dari brigade Al-Ansar yang berpengkalan di kota Aleppo, dikutip SaudiGazette.

Dari luar, penampilan Syam II memang sederhana tetapi tak kalah canggih dengan tank buatan terkemuka. Syam II dilengkapi lima kamera, terletak tiga di bahagian depan, satu di bagian belakang dan lebihnya di dipasang di senjata.

Awak di dalam kabin sepenuhnya terlindungi, pengemudi menjalankan Syam II dengan melihat layar yang menampilkan video dari kamera yang terpasang tersebut.


Mujahidin di dalam Syam II 


Sementara penembak duduk di samping pengemudi, dapat mengaktifkan senjata mesin dengan melihat layar untuk melihat target dan menggunakan stick yang mengawal peralatan dilengkapi dengan tombol-tombol (joy stick).

Dinding logam badan Syam II setebal 2,5 cm dan dikatakan mampu menahan tembakan meriam 23 mm. Namun, Syam II dikatakan belum mampu menahan tembakan tank atau senjata anti-tank RPG.

"Saudara saya, seorang insinyur terlatih, yang punya ide ini. Kami memiliki kereta, melepaskan mesin dieselnya dari kerangkanya dan membangun mesin," kata Abud, yang berbasis di pusat komando Mujahidin di Bishqatin.


Mujahidin di dalam Syam II 


Biaya yang dikeluarkan untuk menciptakan Syam II, tidak termasuk senjata, mencapai USD 10.000.

"Tidak termasuk senjata, kendaraan ini bernilai sekitar USD 10.000," ungkap Abud.
Mujahidin Suriah dengan segala keterbatasannya berusaha kreatif menciptakan senjata dan peralatan tempur sendiri dengan memanfaatkan barang-barang yang ada.

Bagaimanapun, bagi Mujahidin senjata canggih bukan faktor utama memenangi pertempuran, sebab mereka sepenuhnya yakin bahwa kemenangan datangnya dari pertolongan Allah s.w.t. Mereka akan tetap bertempur meskipun dengan peralatan tak secanggih milik musuh.

kredit: rakangroup


Salam Ukhuwah..~

Khamis, 27 Disember 2012

Adakah Kita Masih Suka Dan Percaya


“Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang yang bukan daripada kalangan kamu (saperti Yahudi, Nasrani, dan Munafiq) menjadi teman karib (yang dipercayai). Mereka tidak akan berhenti berusaha mendatangkan kesusahan kepada kamu. Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. Telah pun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulut mereka, dan apa yang tersembunyi oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya Kami telah jelaskan kepada kamu ayat ayat (Kami), jika kamu memahaminya (memikirkannya).

“Awaslah! Kamu sahaja yang suka dan percayakan mereka, sedangkan mereka tidak suka kepada kamu. Kamu juga beriman kepada segala Ktab Allah (sedang mereka tidak beriman kepada Al Quran)  Apabila mereka bertemu dengan kamu, mereka berkata,”Kami beriman”, tetapi apabila mereka berkumpul sesama sendiri, mereka mengigit hujung jari kerana geram bercampur marah (kepada kamu). Katakanlah (wahai Muhammad) : Marilah kamu kerana kemarahan kamu itu. Sesungguhnya Allah mengetahui tiap tiap isi hati. Jika kamu memperolihi kebaikan nescaya mereka bersedih hati (dendam). Tetapi jika kamu mendapat bencana bersabar dan bertaqwa nescaya tipudaya mereka sedikitpun tidak mendatangkan kemudaratan kepadamu. Sesungguhnya Allah mengetahui segala apa yang mereka kerjakan”.

[Al Quran Surah Ali Imran ayat 118-120]


Umat Islam terpinga pinga apabila terdapat di seluruh dunia Islam (termasok negara kita Malaysia) beberapa negara, pergerakan, harakah atau parti perjuangan Islam bergabung dengan pergerakan musyrikin. Apakah matlamat dan tujuan pergerakan Islamiah itu? Tak lain tak bukan kerana ingin mendapat KEKUATAN UNTUK MENGEJAR KUASA. Sedangkan pergerakan musyrikin mempunyai perjuangan dan idelogi yang amat berbeza dengan mana mana pergerakan Islamiah. Apatah lagi jika pergerakan musyrikin itu jelas pernah atau sedang menunjukkan penentangan nya kepada perkembangan Islam.  Adakah pergerakan Islamiah yang terlibat itu rasa dia lemah hingga terpaksa bergabung dan bergantung dengan pihak musyrikin yang kuat supaya dengan langkah itu dia boleh jadi pergerakan Islamiah yang kuat? Kalau dah dapat kekuatan (dari bantuan kawan dan inspirasi ideologi kuffar agaknya) dengan siapakah yang hendak dia hendak bersaing atau lawan? Bersaing atau berlawan dengan pergerakan musyrikin atau pergerakan pergerakan Islam yang lain?

Mengapa mesti bergabung dengan pergerakan musyrikin untuk memperolehi kekuatan? Mengapa tidak bergabung dengan pergerakan Islamiah yang lain yang sama-sama lemah untuk menjadi lebih kuat? Bukan kah ini akan menambah kekuatan pergerakan atau jemaah jemaah Islamiah? Ibarat kata pepatah bersatu teguh bercerai roboh. Mengapa tidak jadikan ikatan pergerakan Islamiah itu kukuh saperti batang batang lidi yang di ikat rapi menjadi satu, kuat dan kukuh menjadi sebatang penyapu yang tidak mudah di patah patah kan?

Kalau di Malaysia alasan yang di beri oleh pemimpin-pemimpin pergerakan atau harakah Islam yang bergabung dengan puak musyrikin sangat lah lemah. Mereka memberi alasan hendak berdakwah kepada pemimpin dan ahli pergerakan musyrikin yang mereka gabung. Perlukah bergabung dengan mereka untuk tujuan dakwah ? Kalau begitu mengapa tidak bergabung aje dengan badan-badan agama kristian, buddha atau hindu untuk tujuan berdakwah juga?

Dalam perkembangan isu semasa dunia kita sudah melihat bagaimana pergerakan dan negara negara umat Islam bergabung dan jadi sekutu dengan musuh Islam kerana mahukan perlindungan “protection” saperti yang dilakukan oleh negara umat Islam saperti Arab Saudi, Mesir dan Kuwait dan lain lain. Akibatnya, lihat apa sudah jadi dengan Husni Mubarak yang pernah jadi sekutu kuat musyrikin Amerika? Adakah musyrikin Amerika yang dianggap sekutu itu membantunya ketika menghadapi krisis tempoh hari? Lihat sekutu "pilihanraya" Parti Ihkwan Muslim yang kuffar dan berideologikan nasionalisme dan sekularisme, setelah sama sama berjaya menjatuhkan Husni Mubarak dan mendapat kuasa, kini sudah bikin onar. Kini kumpulan kafir ini dengan kekuatan nasionalis-sekuler mula berkerjasama pula dengan Zionis-Israel, dan sejumlah tokoh di masa pemerintahan Hosni Mubarak, berusaha menjatuhkan pemerintahan Mohammad Mursi dan bawah parti Islam Ikhwanul Muslimin………Fikiran lah.........

Renung dan fikirkan amaran Allah dalam Surah al Quran yang saya bentangkan di atas dan peritiwa yang menimpa Husni Mubarak dan Mesir (Tahun 2011) sebagai teladan buat keseluruhan pergerakan dan negara umat Islam. ELAK BERKAWAN DENGAN MUSUH.

kredit: rakangroup


Salam Ukhuwah..~

Rabu, 26 Disember 2012

Tutur Kata Baik Menunjukkan Akhlak Mulia Mukmin

Gambar sekedar hiasan

SIFAT orang yang beriman sangat banyak disebut di dalam ayat al-Quran mahupun hadis Rasulullah s.a.w. Ini menunjukkan bahawa seseorang Islam perlu memiliki pakej yang lengkap untuk melayakkan mereka menjadi seorang mukmin yang sebenar.

Antara sifat orang yang beriman ialah bercakap benar dan menjauhi dusta, bohong dan kata-kata palsu. Ini menggambarkan bahawa Islam amat menekankan kepada pembinaan akhlak mulia melalui penjagaan tutur kata yang baik. Justeru, apabila ada orang yang sikapnya selalu bercakap bohong, adu domba, mengumpat, menyebarkan fitnah dan khabar angin yang semuanya berpunca dari lisan adalah tidak menggambarkan akan kebaikan dirinya sebagai orang mukmin.

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: “Barang siapa yang beriman kepada Allah dan hari kemudian, maka hendaklah ia berkata yang baik, atau hendaklah ia diam” 
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Hadis ini menjelaskan nilai peradaban yang cukup tinggi kerana mulut yang baik sebenarnya bukan hanya bermanfaat kepada individu itu sendiri malah akan dapat menjaga keharmonian berkeluarga, sahabat handai, teman sekerja, masyarakat setempat dan keseluruhan umat Islam itu sendiri.

Dalam hal ini Imam al-Syafie ada menyatakan bahawa hadis ini bermaksud, apabila seseorang itu mahu berkata-kata hendaklah ia berfikir terlebih dulu. Jika tiada apa-apa yang bahaya pada kata-katanya itu bolehlah ia meneruskan perbicaraannya, tetapi jika kata-katanya boleh mengundang bahaya dan masalah kepada orang lain, lebih elok ia berdiam diri saja.

Hadis ini amat sinonim dengan hadis lain yang disabdakan oleh Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: “Di antara keelokan Islam seseorang ialah meninggalkan apa-apa yang tidak berguna kepada dirinya”. Termasuk menolak perkara yang tidak mendatangkan apa-apa faedah ialah meninggalkan kata-kata dusta yang menyakiti orang lain.

Memutar belit kata-kata digambarkan oleh al-Quran sebagai sifat dan perangai orang kafir, munafik, Yahudi dan Bani Israel. Kaum ini memang terkenal dengan pembohongannya kepada Allah s.w.t. dan sekalian Rasul yang diutuskan kepada mereka. Walaupun telah berjanji untuk taat dan patuh kepada Allah dan Rasul-Nya, namun akhirnya mereka berpaling dan bersifat talam dua muka.

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud: “Di antara manusia ada yang mengatakan: kami beriman kepada Allah dan hari kemudian, padahal mereka itu sesungguhnya bukan orang yang beriman. Mereka hendak menipu Allah dan orang yang beriman, padahal mereka hanya menipu diri sendiri sedang mereka tidak menyedari” 
(Surah al-Baqarah : 8-9).

Keburukan sifat mereka ini dilanjutkan seterusnya dalam ayat 11-14 surah yang sama. Kisah orang Yahudi dan Bani Israel bersama Nabi Musa ada dinukilkan dalam al-Quran surah al-Baqarah ayat 40-61. Putar belit mereka dalam isu penyembelihan sapi betina dirakamkan dalam ayat 67-74.

Apabila keburukan perilaku ini diulang-ulang pada ayat dan surah yang lain menjelaskan bahawa sifat berkata dusta adalah satu yang amat dilarang dan mesti dijauhi dari menghiasi setiap individu Muslim.

Mengumpat atau memperkatakan yang buruk di belakang orang adalah antara dosa mulut yang dilarang Allah s.w.t. Yang menjadi satu kehairanan ialah bukan sedikit manusia Muslim yang mengetahui akan dosa ini tetapi entah di mana silapnya, semakin dijelaskan kesan perbuatan mengumpat, semakin seronok pula mulut berbisik-bisik menceritakan keburukan orang lain.

Surah al-Hujurat mengandungi mesej yang sangat bermakna kepada kaum muslimin untuk mengawal lisan daripada berkata-kata yang tidak baik. Firman Allah s.w.t. dalam ayat 2-3 dalam surah ini mendidik para sahabat agar tidak meninggikan suara melebihi suara Nabi s.a.w.

Dalam ayat 6, Allah s.w.t. memberi amaran kepada kaum muslimin agar tidak mudah menerima perkhabaran yang datang dari orang fasik, yang pastinya khabar angin dan fitnah itu datang dalam bentuk berita yang dihimpunkan dalam bentuk lisan oleh orang yang membawa cerita.

Firman-Nya yang bermaksud: “Wahai orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti, agar kamu tidak tertimpa dengan satu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu akhirnya menyesal atas perbuatanmu itu” 
(Surah al-Hujurat : 6).

Ayat itu sebenarnya ada sabda nuzulnya (sebab penurunan). Seorang pemuda bernama al-Harith telah memeluk Islam dan berjanji kepada Rasulullah s.a.w. akan mengIslamkan serta mengumpulkan zakat kaumnya yang memeluk agama Islam. Sampai waktu yang dijanjikan, Rasulullah s.a.w. menghantar al-Walid bin Uqbah untuk memungut zakat yang dijanjikan. Dalam perjalanan al-Walid ke perkampungan al-Harith, beliau tiba-tiba merasa takut dan bimbang lantas pulang semula ke Madinah dengan membawa khabar palsu bahawa al-Harith enggan membayar zakat malah mahu membunuhnya.

Imam Fakhurrazi menyebut bahawa al-Walid nampak penduduk kampung al-Harith berkumpul beramai-ramai yang sememangnya menunggu kedatangan wakil Rasulullah s.a.w. untuk membayar zakat, tetapi al-Walid menyangka bahawa kaum al-Harith mahu menyerangnya lalu pulang terus ke Madinah.

Mendengarkan cerita ini lantas Rasulullah s.a.w. menghantar sekumpulan tentera untuk memerangi al-Harith. Beliau kemudian memaklumkan kepada Rasulullah s.a.w. bahawa tiada sesiapa pun wakil yang datang memungut zakat yang dijanjikan. Ini bermakna al-Walid telah melakukan pembohongan dan turunlah ayat 6 surah al-Hujurat.

Akibat dosa lisan juga, keharmonian rumah tangga Nabi s.a.w. berkocak lantaran buah mulut yang dibawa kononnya Saidatina Aisyah berlaku tidak baik dengan sahabat yang bernama Safwan bin Ma’tal. Peristiwa al-ifk ini memberi kesan yang sangat besar betapa bahaya lisan ini jika tidak dibendung boleh menyebabkan keruntuhan sebuah keluarga. Begitu hebat bahana fitnah yang tidak kenal sesiapa walaupun Nabi s.a.w. dan isteri Baginda s.a.w. sendiri.

kr
edit: Mohd Kamel Mat Salleh
Penolong Pengarah, Pusat Pemantapan Akidah (JAKIM), Jelebu, Negeri Sembilan.

Salam Ukhuwah..~

Selasa, 25 Disember 2012

10 Kebaikan Diberikan Kepada Insan Tak Lekang Amalan Zikir

Gambar hiasan dalam Masjid Kocatepe Ankara Turki

DALAM kehidupan, kita sering menghadapi pelbagai masalah dan keadaan yang ada kalanya membawa kepada kekusutan fikiran. Akibat terlalu tertekan dengan masalah keduniaan boleh menjerumuskan seseorang ke lembah landasan yang bertentangan dengan kehendak agama.

Sebenarnya sebagai seorang hamba Allah kita ditunjukkan oleh Rasulullah SAW dengan pelbagai kaedah dalam menjernihkan hati dan mententeramkan jiwa. Antaranya ialah dengan berzikir. Apakah yang dimaksudkan dengan berzikir?

Zikir menurut pengertian bahasa bermakna ‘ingat’. Jadi, berzikir itu ialah kita mengingati Allah dengan menyebut nama-Nya melalui pendekatan tasbih, tahlil, tahmid atau bacaan lain. Maksud zikir secara khusus ialah ucapan yang dilakukan melalui perantaraan lidah, mengingati Allah dengan hati atau melaksanakan sesuatu perbuatan dengan niat kerana Allah.

Dengan berzikir akan mendorong dan menyedarkan kita untuk melakukan segala perintah Tuhan dan menghindari larangan-Nya. Ini secara tidak langsung akan mempertingkatkan mutu iman dan menambahkan rasa ketakwaan.

Allah sangat menyukai orang yang lidahnya sentiasa basah dengan zikrullah. Ingatlah bahawa Allah sudah menjanjikan ganjaran pahala yang banyak kepada orang yang berzikir. Hal itu jelas apabila Allah berfirman yang bermaksud: “Golongan lelaki dan wanita yang banyak berzikir kepada Allah, Allah janjikan bagi mereka keampunan serta ganjaran yang besar.” – Surah Al-Ahzab ayat 35

Jadi rebutlah peluang yang dijanjikan Allah itu agar kita sentiasa mendapat hidayah dalam kehidupan dan hati berada dalam keadaan damai tenteram. Allah menyatakan melalui firman dalam Surah Ar- Ra’d ayat 28 yang bermaksud: “Ketahuilah, dengan berzikir kepada Allah hati akan tenang.” Oleh itu, kita boleh menjadikan zikir sebagai wadah untuk menenangkan hati kita. Segala keserabutan fikiran dan kekeruhan hati kita damaikannya dengan berzikir. Insya-Allah hati kita akan kembali menjadi setenang air di tasik.

Pesan Imam Al-Bukhari: ‘Zikir adalah tugas harian setiap Muslim kerana ia mendatangkan kekuatan dan ketenangan. Berzikirlah setiap masa agar Allah sentiasa ingatkan kita setiap masa.’ Demikian indahnya wasiat beliau kepada kita semua. Biasakanlah hati dan lidah kita berzikir kepada Allah kerana inilah yang dituntut Allah kepada kita. Allah ada berfirman dalam Surah An-Nisa’ ayat 103 yang bermaksud: ‘Kemudian apabila kamu selesai mengerjakan sembahyang, maka hendaklah kamu menyebut dan mengingati Allah ketika kamu berdiri atau duduk, dan ketika kamu berbaring.’ 

Insya-Allah melalui zikir kita dapat menyembuhkan penyakit hati daripada karat debu dosa yang dilakukan. Berzikir juga Allah janjikan akan mengangkat darjatnya seperti dikatakan oleh Rasulullah SAW: “Apakah kamu mahu aku ceritakan kepadamu berkenaan amal perbuatanmu yang terbaik dan yang paling bersih dalam pandangan Allah serta orang yang tertinggi darjatnya di antara kamu, yang lebih baik dari bersedekah emas dan perak serta lebih baik dari memerangi musuh kamu semua dan memotong leher mereka, dan mereka juga memotong leher kamu!” Kemudian sekalian sahabat bertanya: “Apakah itu wahai Rasul?” Baginda SAW menjawab: “Zikir kepada kepada Allah.” – Hadis riwayat Al- Baihaqi

Menurut Syeikh Hakim Moinuddin Chisti, melalui zikir seseorang itu akan mendapat 10 kebaikan. Antaranya ialah seseorang hamba itu akan dapat membentengkan diri daripada bisikan syaitan. Selain itu orang yang berzikir akan dilimpahi keredaan Allah, dimurahkan ruang rezekinya, membangkitkan aura sahsiah peribadi murni, dapat menghidup dan menjernihkan hati.

Demikian juga katanya mukmin yang senang berzikir itu akan mencapai taraf hampir dengan Allah, mengelakkan diri daripada sifat mazmumah seperti mengumpat dan mengeji. Manfaat lain ialah seseorang itu akan berupaya membina fikiran yang positif, dinamik dan bersedia hidup penuh berani. Terakhir yang dikirakan amat penting kepada kita ialah dapat menenggelamkan sifat munafiq. Begitulah hikmah berzikir menurut pendapat Syeikh Hakim Moinuddin Chisti.

Jadi, marilah kita bersama-sama menjadikan takwim harian kita dengan memasukkan zikir yang perlu dan mesti dilaksanakan. Insya-Allah dengan berzikir, aura dan tenaga kebangkitan jiwa dan kejernihan hati yang luhur dapat dizahirkan. Insya-Allah.


kredit: berotaharian


Salam Ukhuwah..~

Isnin, 24 Disember 2012

Jangan Anggap Diri Suci Untuk Mengaibkan Orang Lain

Gambar sekadar hiasan sahaja

Di antara fenomena mutakhir di mana ada di kalangan umat Islam terutamanya politikus yang berpandangan bahawa di antara ajaran Islam, di antara amal soleh yang besar ganjarannya, ialah mencari aib orang lain lalu menyebarkannya dan memberi ulasan ke atasnya. Apatah lagi dalam suasana kecanggihan teknologi komunikasi sekarang ini, amal soleh tersebut amat mudah dilaksanakan, semudah “klik” dengan menggunakan tetikus komputer atau menyentuh di atas talifon pintar masing-masing.

Saya tertanya, kenapakah mereka tidak “klik” sentuh ayat al-Qur’an berikut ini: Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani. 
[al-Hujurat 49:12]


Perhatikan larangan Allah: Janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang. Kemudian perhatikan pula bagaimana Allah mengakhiri ayat di atas dengan firman-Nya: sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani, mengisyaratkan bahawa perbuatan mengintip dan mencari-cari kesalahan dan keaiban orang lain adalah satu dosa besar yang tidak akan terampun melainkan melalui taubat kepada Allah dan mengharapkan kasih sayang daripada-Nya.

Sikap yang benar di sini yang sememangnya merupakan ajaran Islam dan amal soleh yang besar ganjarannya, ialah memberi nasihat secara tertutup andai benar seseorang itu melakukan kesalahan. Sama-sama kita mengulangkaji surah al-Asr yang saya yakin semua pembaca telah pun menghafalnya.


Maaf kata, pada pengamatan saya, kategori orang yang suka menyebarkan keaiban sesama umat Islam bukanlah dari kalangan mereka yang jarang-jarang solat, kerap mengunjungi tempat maksiat atau free hair. Akan tetapi kategori orang yang suka menyebarkannya ialah dari kalangan mereka yang tidak meninggalkan solat lima kali sehari, menjauhi tempat maksiat dan tidak mendedahkan aurat. Pendak kata, kategori orang yang suka menyebarkan keaiban umat Islam ialah mereka yang menjauhi beberapa dosa besar dan perbuatan keji.

Persoalannya, mengapakah mereka yang menjauhi beberapa dosa besar dan perbuatan keji suka mencari keaiban orang lain dan menyebarkannya? Jawapannya boleh ditemui dalam ayat al-Qur’an berikut:
Dan Allah jualah yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi untuk membalas orang-orang yang berbuat jahat menurut apa yang mereka lakukan dan membalas orang-orang yang berbuat baik dengan balasan yang sebaik-baiknya.

(Iaitu) orang-orang yang menjauhi dosa-dosa besar serta perbuatan-perbuatan yang keji, kecuali salah silap yang kecil-kecil (yang mereka terlanjur melakukannya, maka itu dimaafkan). Sesungguhnya Tuhanmu Maha Luas keampunan-Nya.

Dia lebih mengetahui akan keadaan kamu semenjak Dia mencipta kamu (berasal) dari tanah dan semasa kamu berupa anak yang sedang melalui berbagai peringkat kejadian dalam perut ibu kamu; maka janganlah kamu menganggap dirimu suci. Dialah sahaja yang lebih mengetahui akan orang-orang yang bertakwa.
 
[al-Najm 53:31-32]

Dalam ayat di atas, Allah menerangkan kebesarannya yang memiliki segala apa yang ada di langit dan bumi. Berdasarkan kebesaran ini, Allah akan membalas orang-orang yang berbuat jahat dan yang berbuat baik. Di antara ciri orang yang berbuat baik itu ialah mereka yang menjauhi dosa besar dan perbuatan keji. Namun Allah menekankan bahawa sebagai Yang mencipta setiap manusia dari tanah sehingga ke berbagai peringkat dalam rahim ibu, Allah mengetahui hati, perasaan dan siapakah di antara orang-orang tersebut yang benar-benar bertaqwa kepada-Nya.

kredit: rakangroup


Salam Ukhuwah..~

Sabtu, 22 Disember 2012

Tiga Negara Diperintah Dajjal Sudah Bergabung



Isu sebenar yg berlaku di Syiria.

Kedatangan Ulama' (Sheikh Muhammad Ali al-Sabuni Syiria) di UKM, menerangkan keadaan saudara kita di sana..

Syeikh mengatakan ada 3 sebab negara Syiria lebih DIUTAMAKAN dari Palestine untuk jihad:

1)Beliau mengatakan keadaan di Syria lebih teruk dari Palestine.. Umat Islam telah ramai dibunuh dengan kejam.. Banding dengan Palestine, walau bertahun2 telah dijajah dizalimi, IBARAT kematian rakyat palastine 60 ribu orang pada tempoh 60 tahun..

Tapi di Syria.. 60 ribu yang telah TERKORBAN dengan HANYA TEMPOH 2 TAHUN kekejaman berlaku.. tapi itu baru yang diwar2kan.. yang ditulis.. tapi disebaliknya ada lagi kematian yang tidak direkod berpuluh2 ribu lagi kematian..

2) Sebab telah keluarnya fatwa dari ulama-ulama seluruh dunia, mereka berdasarkan Quran dan Sunnah melihat keutamaan negara Syria itu yang istimewa.. di mana bumi Syria adalah bumi Dimasyh: tempat Nabi Isa a.s. akan turun nanti, Syam Syria.. dan Imam Mahdi mengikut dalil al-Quran.

3) Jadi jihad di negara Syria kerana bantu Syria ibarat bantu Palestine.. tapi isu di Syria ramai orang tak tahu berbanding dengan Palestine.. di Syria tidak dibenarkan diwar2kan segala maklumat, tiada media..tidak benarkan bantuan masuk pun.

Kata sheikh, "tiada satu pun masjid di syiria yang tidak dibom!", masjid dihina..orang Syiah mencabuli wanita ahli sunnah di dalam masjid.

Di Syria tiada Hospital untuk bantu orang Sunnah. Jika mereka dibom, mereka dibiarkan macam itu saja. Kesakitan hingga mati, si emak tak boleh tolong dan akan rahsiakan kematian ahli keluarganya, jika tidak akan ditangkap dan dibunuh juga.

SYIAH buat kekejaman sebab dia berpegang bahawa halal darah ahli sunnah wal jamaah. Mereka percaya jika dapat sembelih ahli sunnah, darahnya di bumi ni, akan dapat bangkitkn ketua mereka nanti iaitu: al Masih ad Dajal laknatullah!!!

*jadi Ulama TU PESAN: , mereka taknak bantuan hanya duit sebab bukan boleh bawa masuk di syria, bukan hanya doa kita2 je.. tapi beliau PESAN: sampaikanlah kepada yang lain... ambil tahu cakna tentang negara Syria, agar semua tahu dan bersatu..
Sementara itu Prof. Dr. Yusuf Qardhawi beberapa bulan lalu menyatakan seperti berikut;




Prof. Dr. Yusuf Qardhawi berpandangan, mereka yang telah menunaikan ibadat haji dan umrah wajar bagi mereka menggunakan wang tersebut untuk didermakan kepada saudara seagama di Syria yang amat memerlukan waktu ini.

Berdasarkan aulawiyat (keutamaan), menurut beliau situasi yang terdesak waktu ini di Syria dan di seluruh dunia menyaksikan umat Islam ditekan dan dizalimi memerlukan kepada keprihatinan dan pertolongan. Melainkan mereka yang buat pertama kali menunaikan ibadat haji kerana ia merupakan kefardhuan bagi setiap muslim sekali dalam seumur hidup.

Menurut Syeikh Qardhawi, beberapa kaedah yang digariskan oleh Islam perlu dinilai iaitu:

Pertama: Allah tidak akan menerima amalan sunat hingga ditunaikan amalan fardhu. Contohnya, setiap mereka yang mengerjakan umrah tanpa mengeluarkan zakat sebagai contoh, maka umrahnya ditolak oleh Allah.

Keutamaan mengeluarkan harta bagi mengerjakan umrah ialah perlu dibersihkan terlebih dahulu hartanya dengan kefardhuan zakat.

Kedua: Allah tidak akan menerima amalan sunat yang menjurus kepada perbuatan yang haram kerana menyelamatkan dosa dari yang haram perlu didahulukan berbanding memperoleh pahala dari amalan sunat.

Ketiga: Pintu kebaikan yang dikurniakan oleh Allah amat luas maka jangan disempitkannya kerana mereka yang mengerjakan haji secara berulang kali akan menutup peluang saudara Islam lain yang masih belum berkesempatan menunaikan ibadat ini.

Justeru, dua kesimpulan yang dibuat kepada mereka yang melakukan ibadat haji berulang kali:

1) Dapat menggunakan wang tersebut bagi membantu umat Islam yang kesusahan yang amat memerlukan bantuan.

2) Memberikan peluang kepada saudara Islam lain yang masih belum menunaikannya


Fakta tambahan

Selama tempoh sekitar 70 tahun Zionis menjajah bumi Palestin, mereka telah membunuh sekitar 30 ribu umat Islam Palestin. Manakala rejim Syiah Nusairi (era Bashar) di Syria pula, dalam tempoh 2 tahun sahaja telah membunuh lebih daripada 50 ribu umat Islam Syria.

Jika dicampur jumlah mangsa tragedi Hama pada tahun 1982 (era Hafeez Asad) yang mengorbankan lebih 46 ribu umat Islam, maka jumlah keseluruhan umat Islam yang dibunuh Syiah di Syria ialah 96 ribu orang sejak tahun 1982 iaitu tempoh masa yang lebih singkat iaitu 30 tahun sahaja.

Kesimpulannya Syiah membunuh ASWJ dengan purata 3200 orang setahun selama 30 tahun manakala yahudi zionis Israel membunuh ASWJ dengan purata 428 orang setahun selama 70 tahun.

Perkara yang perlu kita fikirkan untuk mengaitkan Israel, AS, Negara Syiah Iran, Iraq dan Syria

1. Penyerahan Bukit Golan kepada israel.

2. Penyiaran empat rangkaian agama Iran dari stesen di Israel.

3. Peranan Amerika menyerahkan Iraq kepada kepimpinan Syiah.

4. Kaitan yahudi Israel dengan yahudi iran. 70.000 yahudi Iran telah berpindah ke Israel selepas kejayaan revolusi Islam di Iran.

5. Darah yahudi dalam tubuh ahmadinejad.

6. Sejarah syiah menurut ASWJ - Hasil tipu daya oleh seorang yahudi yaman. Syiah diasaskan oleh Abdullah Ibnu Saba' seorang Yahudi dari San'a Yaman.

7. Lihat peta di bawah. Dengan penyerahan Iraq kepada pemerintahan Syiah bermakna tiga negara dikuasai syiah seolah-olah bercantum dalam peta. Jika benar andaian gua bahawa syiah adalah proksi yahudi Israel bermakna keempat-empat negara dajjal sudah bergabung (saling bersambung) berdasarkan kedudukan peta politik.

8. dan kaitan Syam sebagai lokasi perang akhir zaman dan lokasi turun nabi Isa a.s. di akhir zaman. 



Walaupun Syam/Syria bukan tanah suci umat Islam seperti BaitulMuqadis namun ia adalah bumi ambiya di mana letaknya makam para ambiya seperti Nabi Nuh AS di Kerak dan makam nabi Sulaiman AS di Sarfah. ASWJ Syria juga perlu dibantu seperti mana bantuan kita kepada Palestine.


Ingat yahudi ingat syiah,
Amerika, Israel, Iran, Iraq, Syria, dan Lebanon adalah sekutu belaka.

Syiah di Malaysia macam mana?Apabila mereka berkembang, adakah ASWJ akan turut dimusuhi dan dibunuh?
kredit: Syeikh Ali As-Sobuni


Salam Ukhuwah..~

Jumaat, 21 Disember 2012

Perihal Sirat Mustaqim

Sila klik pada gambar jika kurang jelas.

Perjalanan semua manusia di atas Sirat Mustaqim adalah berbagai-bagai, diantaranya ialah :

1) Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat sepantas kilat.

2)Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat seperti tiupan angin.

3)Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat seperti burung terbang.

4)Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat seperti kelajuan kuda lumba.

5)Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat sepantas lelaki perkasa.

6)Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat sepantas binatang peliharaan.

7)Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat dalam tempoh sehari semalam.

9)Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat selama bertahun-tahun.

10)Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat selama 25 ribu tahun.
semua kiraan masa adalah mengikut kiraan masa dunia.



DIANTARA TIPS UNTUK MELEPASI TITIAN SYIRAT AL-MUSTAQIM


Dalam sebuah hadith panjang riwayat Imam Muslim daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud;


“Dan diletakkan sebuah jambatan di atas neraka jahannam, lalu aku dan umatku menjadi orang pertama yang meniti di atasnya. Rasul-rasul berdoa pada hari itu : ‘Ya ALLAH, selamatkan, selamatkan.’ Di kanan kirinya ada pengait-pengait seperti duri pokok Sa’dan. Pernahkah kalian melihat duri pokok Sa’dan?” Para sahabat menjawab, “pernah, wahai Rasulullah.”


Baginda melanjutkan : “Sesungguhnya pengait itu seperti duri poko Sa’dan, namun hanya ALLAH yang tahu besarnya. Maka ramai manusia yang disambar dengan pengait itu sesuai dengan amal perbuatannya di dunia.”


Suasana pada saat itu pastinya mengerikan. Suara teriakan, jeritan meminta tolong, tangisan, dan ketakutan terdengar dari pelbagai arah. Lebih mengerikan suara gemuruh api neraka dari bawah sirat yang siap menelan orang terjatuh ke dalamnya. Tidak henti-henti Rasulullah s.a.w. dan nabi-nabi yang lain termasuk juga malaikat berdoa untuk keselamatan manusia,


“Ya ALLAH, selamatkan, selamatkan.”


Setiap muslim wajib menjadikan kepercayaan kepada perkara ini sebagai aqidahnya. Berkenaan dengan sifat titian ini, Rasulullah s.a.w. pernah bersabda mafhumnya : “Ia ialah sebuah jalan yang sangat licin, kaki sulit sekali berdiri di atasnya.” (Riwayat Imam Muslim daripada Abu Said Al-Khudri)


Dalam hadith Ahmad daripada Aisyah r.h.a., Rasulullah s.a.w. menyifatkan bahawa sifat titian itu adalah lebih tipis daripada rambut dan lebih tajam daripada pedang.


Sirat di akhirat ini wujud hasil daripada titian (jalan) hidup yang kita pilih selama tinggal di dunia. Oleh sebab itu, siapa yang memilih jalan ALLAH, sambil bepegang teguh dengan syariat Islam, maka sirat di akhirat ini akan mudah dilalui untuk sampai ke syurga idaman.


Sebaliknya, siapa yang enggan melalui jalan ALLAH ini, lalu memilih jalan hidup yang bebas daripada aturan halal-haram, maka hari itu sirat yang akan dilaluinya menjadi sangat sempit dan sukar dilalui. Golongan ini akan tergelincir dari titian lalu jatuh melayang-layang ke dalam neraka jahannam selama-lamanya.


Imam Abu Tahir al-Qazwini berkata : Setiap orang yang biasa berjalan di titian agama, maka ia akan sangat mudah melintasi sirat di akhirat. Dan sesiapa yang tidak biasa melaluinya, maka ia akan menemui kesulitan berjalan di atasnya, kakinya akan tergelincir dan ia akan menyesal selama-lamanya.”


Jadi di sini, disertakan tips dan pantang-larang sirat


Rasulullah s.a.w. pernah menyebut beberapa amalan yang dapat menjamin keselamatan seseorang melintas di atas sirat. Antaranya adalah :


~Banyakkan bersedekah


~Melazimkan diri hadir ke masjid


Sebaliknya, beberapa amalan buruk dapat merencatkan kelancaran perjalanan seseorang di atas titian sirat. Amalan itu antara lain ialah :


Membuat tuduhan dusta kepada seorang Mukmin.


Abu Daud meriwayatkan daripada Muaz bin Anas al-Juhani, sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :


“Sesiapa yang menjaga seorang Mukmin daripada gangguan munafik, maka ALLAH akan mengutus seorang malaikat untuk menjaga tubuhnya daripada api neraka jahannam, dan sesiapa yang membuat tuduhan (dusta) kepada seorang Mukmin untuk memburukkan namanya, maka ALLAH akan menghentikan langkahnya di atas sirat hingga ia bersedia melepaskan tuduhan tersebut.”


*Termasuk membuat tuduhan dusta ialah menyokong tuduhan tersebut dan menyebarkannya dalam kalangan masyarakat untuk merosakkan nama baik atau reputasi orang yang dituduh. Justeru, berhati-hatilah dalam menapis tiap berita dan cerita yang kita terima. Lebih-lebih lagi bila berkaitan dengan dosa seperti zina dan liwat. Kita memohon agar ALLAH membersihkan umat kita daripada sikap-sikap yang tidak sihat ini.


Petikan daripada Kitab Mahkamah di Padang Mahsyar m/s: 146

kredit: Sila Share


Salam Ukhuwah..~

Khamis, 20 Disember 2012

Doa Elak Sihir Dan Santau




Beberapa cara dibawah bolehlah diamalkan untuk mengelak dari terkena sihir


MEMBACA SURAH AL FATIHAH DAN MEMBACA TIGA SURAH TERAKHIR ATAU 3 QUL SETIAP HARI.


Ia berdasarkan hadith :


Ertinya : Baginda S.A.W telah berkata kepadaku : “Bacalah Qul Huwa Allahu Ahad” (al-ikhlas) dan (surah an-Nas) dan (surah al-falaq) sebanyak 3 kali ketika pagi dan petang, ia mampu mencukupkan kamu dari segala sesuatu.( At-Tirmidzi, Bab Doa yang disebut Ketika Ingin Tidur, no 3570 ; Sunan Abu Daud, Bab Apa Yang Dibaca Ketika Subuh, no 5072 ( Nuzhatul Muttaqin, no 1457 , 2/229 ) At-Tirmidzi : Hasan Sohih, An-Nawawi : Sohih


MEMBACA AYAT AL-KURSI SELEPAS SOLAT ( IAITU SURAH AL-BAQARAH AYAT 255)


Dalilnya :


Ertinya : “Sesiapa yang membaca ayat Kursi setiap kali selepas solat, maka tiada siapa yang dapat menghalangnya dari memasuki syurga” (Riwayat an-Nasaie dan at-Tabrani dengan sanad salah satu antaranya Sohih. Antara yang mengatakan hadith ini sebagai SOHIH adalah Ibn Hibban, Abul Hasan (guru Ibn Munzir), Az-Zahabi, Ibn Hajar, Al-Qaradawi (Rujuk Al-Muntaqa min at-Targhib wa at-Tarhib lil Munziri, Bab Zikir Selepas Solat Fardhu, no 890, 1/426)


MEMBACA DOA INI DENGAN SETIAP HARI IAITU 3 KALI : “BISMILLAHILLAZI LA YADHURRU MA’ASMIHI SYAI UN FIL ARDI WALA FISAMAIE, WA HUWAS SAMI’UL ‘ALIM”.


Dalilnya :


Ertinya : Rasulullah S.A.W bersabda : ((Tiada seorang hamba pun yang berkata setiap pagi dan petangnya : “Dengan nama Allah yang tiada siapa mampu memudaratkan dengan namaNya samada di dunia mahupun di langit, dan Dialah maha mendengar lagi maha mengetahui” sebanyak 3 kali, kecuali tiada apa yang mampu memudaratkannya)) (Sohih Muslim, no 2731 (Nuzhatul Muttaqin, no 1413, 2/207)


MEMBACA DUA AYAT TERAKHIR DARI SURAH AL-BAQARAH PADA WAKTU MALAM


Ertinya : “Barangsiapa membaca 2 ayat terakhir ( ayat no 285 dan 286 ) dari surah al-Baqarah dalam satu malam, maka 2 ayat itu telah pun mencukupi baginya”(Al-Bukhari & Muslim)


MEMBACA ZIKIR : “LA ILAHA ILLAH WAHDAHU LA SYARIKALAH, LAHUL MULKU WALAHUL HAMDU YUHYI WA YUMIT WAHUWA ‘ALA KULLI SYAI’IN QODIR ” ( SEPULUH KALI )


Ertinya : Bersabdalah Nabi S.A.W : Barangsiapa menyebut : ” Tiada tuhan melainkan Allah Yang Esa, tiada sekutu bagiNya, bagiNya segala kerajaan dan bagiNya kepujian, yang menghidupkan dan yang mematikan, dan Dia maha berkuasa atas segala sesuatu”sebanyak seratus kali selepas solat Maghrib, nescaya Allah akan membangkitkan ia (di hari qiamat) dengan senjata yang mampu melindunginya dari Syaitan sehinggalah pagi esoknya, dan dituliskan baginya sepuluh kebaikan seperti pahala menunaikan perkara wajib, dan dipadamkan darinya sepuluh kejahatan seperti dosa-dosa besar. Dan ia standing dengan membebaskan 10 hamba wanita islam.” (Sunan At-Tirmidzi, Bab Doa nabi SAW , no 3534 , hlm 802 ; At-Tirmidzi : Hasan Ghorib , Al-Albani : Hasan)


MEMBACA : ” A’UZU BIKALIMATILLAH AT-TAMMATI MIN SYARRIMA KHALAQ


Ertinya : Adapun jika engkau menyebut tatkala kamu berpetang-petang : (( Aku berlindung dengan kalimah Allah yang maha sempurna dari segala kejahatan makhluk)) , nescaya tiada sesuatu apa akan memudaratkanmu. ( Riwayat Muslim Rujuk Al-Muntaqa min at-Targhib wa at-Tarhib lil Munziri, Bab Zikir Yang Disebut Ketika Subuh, no 336, 1/225 )



kredit: rakangroup


Salam Ukhuwah..~

Rabu, 19 Disember 2012

Perangkap Sudah Tersedia



Saya terbaca dalam akhbar THE EDGE FINANCIAL DAILY hari ini 13 Disember 2012 bertajuk“Playing race, religion card may backfire” komentar seorang penganalisis politik Melayu yang mengatakan untuk PRU13 ini, memainkan isu bangsa dan agama kepada orang Melayu tidak akan memberi apa-apa kebaikan kepada mana-mana parti (samada UMNO atau PAS) malah ia mungkin akan memakan diri sendiri (backfire). Selaku orang yang pakar dalam menganalisa politik saya yakin sudah tentu kenyataan itu dibuat berdasarkan pengalaman beliau yang terlibat dengan politik tanahair sekian lama. Kenyataan ini disokong oleh seorang penganalisis lain berbangsa Cina.


Namun saya kurang bersetuju dengan pandangan beliau kerana jika benar itu yang menjadi fahaman setiap orang Melayu bermakna :-

Tidak akan ada lagi mana-mana pihak atau pimpinan Melayu akan memperkatakan agenda Melayu dan memperjuangkan hak bangsa Melayu. Akhirnya kita akan diratah dan dimamah dengan lahapnya oleh bangsa lain tanpa kita sedar.

Berlaku pencairan identiti secara halus sehingga akhirnya bangsa Melayu akan tidak lagi dikenali. Agama juga akan hilang pejuangnya. Yang tinggal nanti hanyalah pejuang islam leberalist dan pluralist. Manakala agama lain semakin subur berkembang seperti kristian. Siapa yang akan kita persalahkan nanti?

Tindakan ini hanyalah satu tindakan mengundur kebelakang sedangkan bangsa lain saban hari terus memperjuangkan bangsa mereka dan menuntut apa saja yang mereka perlukan. Dan mereka dapat apa yang mereka tuntut satu persatu. Bukan itu saja, mereka juga meminta kerajaan merubah perlembagaan demi menjaga kepentingan bangsa mereka.

Dakwaan mengatakan bahawa faktor sara hidup merupakan faktor utama dalam pemikiran pengundi Melayu, bukan agama dan bangsa, bagi saya adalah satu penghinaan kepada umat Melayu. Survey yang dibuat mungkin tidak meluas menyebabkan penganalisis membuat pendirian demikian. Adakah orang Melayu hanya berfikir pasal duit bukan agama? Tidakkah beliau lihat bagaimana pelbagai demonstrasi dibuat oleh umat Islam bagi menentang LGBT, Liberalism, penghinaan kepada mahkamah syariah dan sebagainya membuktikan agama sangat dekat kepada hati orang Melayu.

Kalau agama tidak lagi releven, adakah ini juga bererti PAS tidak lagi releven? Bukankah umat Melayu menyokong PAS kerana perjuangan Islamnya? Apakah penganalisis ini sudah membayangkan akan zaman kejatuhan PAS? Umat Melayu Islam menolak UMNO bukan hanya kerana isu korupsi tetapi juga penghayatan agama dikalangan ahlinya dilihat yang sangat longgar. UMNO juga di cop sebagai penyebab kepada segala masalah sosial hari ini. Tidakkah ini membuktikan agama masih menjadi faktor penting kepada orang Melayu?

Penganalisis mungkin sudah kecewa dan tidak nampak harapan lagi bahawa umat Melayu Islam akan bersatu dalam masa terdekat. Bagi saya ini satu pandangan yang sangat pesimis dan tidak harus berlaku kepada umat Islam. Ia akan hanya membuatkan umat Melayu Islam akan sentiasa dikuasai oleh bangsa lain walaupun Melayu itu majoriti. Sepatutnya dalam keadaan umat Melayu Islam berpecah ini dan diratah oleh bangsa lain, kita semua bangsa Melayu sepatutnya bersepakat memperkatakan survival bangsa. Ini kerana bukan saja bangsa itu penting malah ia mempunyai hubungan yang sangat rapat dengan agama Islam. Cuba banyangkan jika tidak ada lagi yang memperkatakan isu bangsa dan agama, apa akan jadi kepada umat Melayu Islam di negara ini? Sudah pasti akan menjadi semakin lemah dan mungkin akan hilang terus dalam peta tanahair. Penganalisis mungkin terlupa dan tidak perasan bahawa bangsa lain sedang berjuang bermati-matian memperjuangkan bangsa dan agama mereka kenapa kita pulak harus mematikan dari memperkatakan agenda agama dan bangsa? Tidakkah ini akan memusnahkan bangsa sendiri.

Kadangkala tidak bermakna jika seseorang itu pakar bererti dia betul segala-galanya. Ia bergantung kepada apa fikrah yang dianutinya. Kalau material itu menjadi agenda dalam pemikirannnya maka analisanya juga akan lebih cenderung kepada isu ekonomi tetapi kalau bangsa dan agama menjadi perjuangannya, saya yakin kenyataan dan pandangan beliau akan berubah.

Moga bangsaku, orang Melayu Islam, tidak terpedaya dengan kenyataan penganalisis ini.

kredit: Saudara Aminuddin Yahya


Salam Ukhuwah..~

Selasa, 18 Disember 2012

Pemimpin Ego Dan Takabbur


BILA manusia itu rasa dia lebih dari orang lain, berpangkat besar atau keturunan mulia dan ternama saperti raja, pemimpin, orang besar, YB dan bila dia rasa dia hebat dalam berpolitik dan mempunyai ramai penyokong maka rasa tinggi diri, sombong, angkuh dan takabbur hinggaplah pada hatinya. Samada sedar atau tidak sedar, sengaja atau tidak sengaja. Orang yang rasa dirinya alim dan ulama yang rasa dirinya hebat pun tidak terkecuali.

Sebab bila sudah rasa lebih dari orang lain, maka lenyaplah rasa kekurangan, kelemahan dan kehambaan diri pada Allah dari hati nuraninya. Maka ruang kosong itu segera pula diisi oleh rasa hebat, rasa besar atau besar kepala, rasa istimewa, rasa tuan, bahkan ada yang rasa Tuhan. Maka bila hati sudah jadi begitu, meninggilah diri dengan yang lain, memandang rendah sesama hamba Allah, jijiklah dia terhadap manusia yang lemah dan hina, maka sombonglah dia, angkuh dan takabburlah dia. Bagi yang faham Islam dia tidak akan membesarkan diri, tapi kadang kala oleh kerana taqwanya lemah, maka dia tidak dapat mengawal nafsu yang sudah rasa istimewa itu bertindak dengan perangai-perangai orang sombong dan takabur. Dia tidak mahu sombong dan takabbur sebab dia tahu sikap itu dosanya besar, tetapi dia tidak dapat lawan nafsunya. Maka terjebak lah juga dia dalam senarai orang yang sombong, ego, dan takabbur.

Mazmumah yang paling di benci Allah ialah ego (sombong) sebab ego itu membawa kesan yang sangat buruk. Contoh lihat lah suasana di negara kita, rakyat gelisah dan kucar kacir akibat adanya ramai pemimpin pemimpin, ahli-ahli politik dan penyokongnya yang ego. Realiti sifat dan sikap ego yang memalukan oleh pemimpin pemimpin boleh di lihat pun dalam persidangan Parlimen melalui kaca TV.

Iblis, kerana penyakit ego telah derhaka pada Tuhan. Begitu sombong nya Iblis. Walaupun dia cukup kenal dengan Allah, sudah pernah lihat api neraka, tapi kesombongan (ego) nya membuatkan dia pandang kecil pada Allah. Berapa ramai hari ini orang yang hatinya sudah jadi saperti Iblis. Ego hingga memandang orang lain hina. Tidak boleh di tegur atau di nasihati. Kalau di tegur melenting sebaliknya di cabarnya orang yang menegur. 
Hinggakan demi memuaskan hati, sanggup melakukan dosa-dosa yang boleh tercampak ke neraka.

Allah berfirman dalam Hadis Qudsi: “Kibir atau sombong itu selendang Ku. Siapa yang memakai selendang Ku nescaya dia tidak akan mencium bau syurga”.

Di antara contoh sifat orang orang yang ego :

Bagi orang politik pendapat lawannya walau benar sekalipun tidak akan diterima. Dia akan lawan sampai dia rasa dia yang benar, dan dia yang menang. Kalau lawannya pandai cakap maka dia akan putarkan cakap supaya orang terkeliru dan menganggap dia yang benar. Namun hati kecilnya tetap bersuara “Sebenarnya lawan aku itu betul aku yang salah”. Rasa ego memaksa dan mendesak agar dia tidak mengaku salah. Dia akan buat apa saja untuk membela dirinya, dan hatinya puas! Pengikut atau penyokong penyokong nya pun ikut sama jadi ego.

Dia mahu kemajuan dan kebenaran itu dari dia. Contohnya kalau orang lain tegakkan Islam dia tidak iktiraf walaupun betul. Hanya Islam yang dia hendak tegakkan itu saja yang betul.

Antara ulama dengan ulama masing masing mengatakan pendapat lawannya salah. Hanya dia yang betul.

Keegoan atau kesombongan manusia tidak pernah dimuktamarkan. Sedangkan itu lah punca segala krisis. Penyakit yang begitu bahaya dibiarkan melanda tanpa seorangpun berusaha untuk mengubatinya. Tidak hairanlah masyarakat dan negara boleh ranap dikerjakan oleh manusia yang sudah jadi IBLIS itu.

kredit: fitrahislam


Salam Ukhuwah..~

Isnin, 17 Disember 2012

Kaedah Hukuman Sebat Mengikut Syarak




SEBAT adalah satu bentuk hukuman dalam perundangan Islam yang bertujuan memberi pengajaran kepada penerima hukuman dan orang yang melihatnya. Hukuman sebat juga berupaya menghindar dan membersihkan masyarakat daripada perbuatan dan tabiat keji dan hina.

Merujuk kepada rencana bertajuk "Kaedah hukuman sebat di Mahkamah Syariah" oleh Datuk Muhammad Asri Abdullah di dalam Jurnal Hukum JLD. XXII BHG. 1 ( 1427 H) September 2006), pelaksanaan hukuman sebat di Malaysia diperuntukkan dalam semua enakmen undang-undang tatacara jenayah syariah bagi kebanyakan negeri.

Peruntukan-peruntukan tersebut antaranya ialah Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Negeri Johor) 2003, Seksyen 125; Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 2003, Seksyen 125; Enakmen Acara Jenayah Syariah (Negeri Pulau Pinang) 1996, Seksyen 125 dan Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Negeri Sembilan) 2003, Seksyen 125.

Selain itu, Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Negeri Kelantan) 2002, Seksyen 125; Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Negeri Melaka) 2002, Seksyen 125; Enakmen Tatacara Jenayah (Negeri Pahang) 2002, Seksyen 125 dan Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Perak) 2004, Seksyen 125.

Di bawah Seksyen 125 dan 126 Akta Prosedur Jenayah Syariah (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1997 (Akta 560), diperuntukkan kaedah dan masa pelaksanaan hukuman sebat seperti berikut:

Seksyen 125 - Hukuman sebat

1. Peruntukan seksyen ini dan seksyen 126 hendaklah terpakai apabila tertuduh dihukum sebat.

2. Alat sebatan, tidak termasuk pemegangnya hendaklah daripada jenis yang sama dan dibuat sama ada daripada rotan atau ranting kecil pokok yang tiada ruas atau buku dan panjangnya tidak melebihi 1.22 meter dan tebalnya tidak melebihi 1.25 sentimeter.

3. Peruntukan yang berikut hendaklah diikuti apabila melaksanakan hukuman sebat iaitu:

a) Sebelum dilaksanakan, pesalah mesti diperiksa oleh seorang pegawai perubatan kerajaan untuk diperakui bahawa kesihatannya dalam keadaan baik untuk menjalani hukuman itu.

b) Jika pesalah sedang hamil, hukuman hendaklah ditangguhkan sehingga tamat tempoh dua bulan selepas melahirkan atau keguguran, mengikut mana-mana yang berkenaan.

c) Hukuman hendaklah dilaksanakan di depan seorang pegawai perubatan kerajaan di mana-mana tempat sebagaimana yang diarahkan oleh mahkamah atau di suatu tempat yang ditetapkan oleh kerajaan.

d) Orang yang dilantik untuk melaksanakan hukuman hendaklah "adil dan matang".

e) Orang itu hendaklah menggunakan alat sebatan dengan kekuatan sederhana tanpa mengangkat tangan melebihi kepala supaya tidak melukakan kulit pesalah.

f) Selepas satu sebatan, dia hendaklah mengangkat alat sebatan ke atas dan tidak menariknya.

g) Sebatan boleh dibuat ke seluruh bahagian tubuh kecuali muka, kepala, perut, dada atau bahagian-bahagian sulit.

h) Pesalah hendaklah memakai pakaian mengikut hukum syarak.

i) Jika pesalah itu lelaki, sebatan hendaklah dibuat dalam keadaan dia berdiri dan bagi perempuan, dalam keadaan duduk.

j) Jika semasa pelaksanaan hukuman sebat itu pegawai perubatan kerajaan memperakui bahawa pesalah itu tidak lagi dapat menerima sebatan, ia hendaklah ditangguhkan sehingga diperakui semula tubuhnya sihat.

4. Dalam hal pesalah dihukum sebat sahaja, maka dia hendaklah diperlakukan seolah-olah dia dihukum dengan hukuman pemenjaraan sehingga hukuman itu dilaksanakan.

5. Jika pegawai perubatan memperakui bahawa pesalah itu - oleh sebab umur tua (lebih 50 tahun), keuzuran atau apa-apa sebab lain - tidak dapat menjalani hukuman pada keseluruhannya atau sebahagiannya, maka kes itu hendaklah dirujuk kepada mahkamah yang boleh memerintahkan hukuman itu dilaksana mengikut cara yang difikirkan munasabah.


Seksyen 126 - Masa melaksana hukuman

Apabila tertuduh dihukum sebat sebagai tambahan kepada penjara, hukuman sebat itu tidak boleh dikenakan jika suatu rayuan dibuat dan sehingga hukuman itu disahkan oleh Mahkamah Rayuan.

Sebatan itu hendaklah dikenakan dengan seberapa segera yang praktik dan dalam hal suatu rayuan, dengan seberapa segera yang praktik selepas penerimaan perintah Mahkamah Rayuan.

Kaedah pelaksanaan yang diperuntukkan sebenarnya tidak bertentangan dengan hukum syarak yang turut memberi panduan cara pelaksanaannya.

Jika menggunakan rotan atau ranting kayu, ia hendaklah dalam bentuk sederhana ukurannya. Tidak terlalu muda dan tidak terlalu tua, tidak berbuku-buku atau pecah-pecah atau seumpamanya.

Ia amat penting supaya ia tidak boleh mencedera atau menyebabkan luka parah ke atas pesalah.

Ini kerana hukuman tersebut bukan bertujuan mencederakan pesalah tetapi mencegah dan melarang serta memberi pengajaran kepadanya. Ia selaras dengan hadis riwayat Malik dari Zaid bin Aslam. "Seorang lelaki mengaku berzina di zaman Rasulullah SAW. Baginda meminta sebatang tongkat untuk menyebat lelaki itu. Apabila tongkat diberi kepadanya, Baginda mendapati ia telah pecah-pecah, lalu Baginda meminta tongkat lain.

Apabila yang kedua dibawa kepadanya, tongkat itu dibuat daripada dahan kayu yang baru dipotong. Rasulullah menolaknya lagi dan meminta tongkat lain. Akhirnya diberi kepada Baginda tongkat sederhana yang tidak keras, Rasulullah menerimanya dan memerintahkan supaya disebat tongkat itu.

Ketika melaksanakan hukuman sebat, cara sebatan hendaklah secara sederhana. Si pelaksana tidak boleh mengangkat tangan hingga ke paras kepalanya atau dengan lain perkataan, tidak boleh mengangkat tinggi tangannya sehingga sampai kepada matlamat dan tujuannya.

Saidina Umar al-Khattab r.a pernah menghukum sebat seorang pesalah di zamannya. Beliau berkata kepada tukang sebat: "Sebatlah dia dan jangan diangkat tanganmu sehingga ternampak ketiak."

Ketika Umar melihat pukulan agak kuat daripada sepatutnya, beliau berkata: "Kamu tidak menghukum tetapi membunuhnya.''

Mengenai bahagian yang disebat, Imam Syafie berpendapat, pukulan hendaklah ditujukan kepada pelbagai anggota tetapi hendaklah menjauhi faraj, rusuk dan semua anggota yang ditakuti membahayakan orang yang disebat.

Ia berdasarkan riwayat Umar al-Khattab bahawa beliau menemui seorang jariah yang sedang dilakukan hadd ke atasnya, lalu beliau berkata maksudnya: "Kamu pergilah kepadanya, pukullah dan janganlah sampai mengoyakkan kulitnya."

Ini kerana maksud daripada hukuman sebat itu adalah mencegah tanpa bertujuan membunuh pesalah.

Ketika disebab, pesalah mesti memakai pakaian menutup aurat. Jika memakai pakaian tebal, hendaklah diganti dengan yang sederhana kerana dibimbangi pukulan tidak dirasai oleh pesalah. Ini berdasarkan riwayat 'Abdullah bin Mas'ud r.a bahawa Rasulullah bersabda: "Tidak ada pada umat ini, perebahan, pembogelan, pembelengguan dan pengikatan."

Bagi pesalah hamil, hukuman mesti dilakukan dua bulan selepas melahirkan. Jika dia masih sakit, pelaksanaan mesti ditangguhkan sehingga betul-betul sihat.

Jika penyakitnya tiada harapan sembuh, hukuman hendaklah dijalankan serta-merta dengan syarat, rotan tidak akan mencederakannya.

Diriwayatkan Rasulullah pernah menyuruh supaya dijalankan hukuman sebat ke atas seorang lelaki yang sedang tenat dengan hanya satu pukulan menggunakan seratus mayang tamar yang diikat. Lelaki itu telah berzina dan sepatutnya disebat 100 kali.

Hukuman sebat juga hendaklah dilaksanakan pada masa dan keadaan yang sesuai iaitu tidak dalam cuaca yang sangat panas atau sejuk kerana boleh membawa kemudaratan.

Pelaksanaannya pula hendaklah di depan sekumpulan orang mukmin. Seperti firman Allah SWT dalam Surah al-Nur ayat 2: "Dan hendaklah pelaksanaan hukuman mereka disaksikan oleh sekumpulan orang-orang yang beriman."

Sementara itu, kertas kerja bertajuk "Peranan institusi penjara dalam pelaksanaan hukuman sebat bagi kes jenayah syariah: satu pandangan" oleh Masran Muhamad pula membezakan hukuman sebat antara pesalah jenayah dan syariah.

1. Saiz Rotan

Bagi pesalah jenayah panjang rotan tidak dinyatakan tetapi bergaris pusat 1.25 sentimeter. Sementara pesalah jenayah syariah pula ialah panjang 1.22 meter dan bergaris pusat 1.25 sentimeter.

2. Pemeriksaan Kesihatan

Bagi pesalah jenayah, pemeriksaan kesihatan dilakukan oleh mana-mana pegawai perubatan, manakala jenayah syariah oleh pegawai perubatan beragama Islam.

3. Pelaksanaan Hukuman

Bagi pesalah jenayah, sebat dilaksanakan oleh mana-mana pegawai sebat rotan yang dilantik oleh Komisioner Jeneral Penjara, manakala jenayah syariah hanya dilakukan oleh Pegawai Sebat Rotan beragama Islam.

4. Bahagian Anggota yang Disebat

Bagi pesalah jenayah, pukulan sebat hendaklah di bahagian punggung dan ia berbeza dengan jenayah syariah yang meletakkan beberapa pengecualian.

5. Cara Sebatan

Bagi jenayah syariah, tukang sebat tidak boleh mengangkat rotan sehingga ke paras kepala dan pukulan secara sederhana agar tidak melukakan kulit.

6. Kedudukan dan pakaian semasa disebat

Bagi pesalah jenayah, mereka tidak memakai pakaian dan hanya ditutup di bahagian sulit sahaja dan diikat di tripod manakala pesalah syariah lelaki disebat dalam keadaan berdiri dan perempuan duduk dan memakai pakaian menutup aurat.

7. Baki hukuman sebat yang dihentikan

Bagi pesalah jenayah, jika sebahagian atau keseluruhan hukuman sebat tidak dapat dilaksanakan atas sebab-sebab kesihatan, maka ia akan dirujuk kepada mahkamah manakala jenayah syariah ia boleh ditangguhkan sehingga pegawai perubatan memperakui bahawa pesalah itu sihat tubuhnya untuk menjalani baki hukuman itu.

8. Orang yang boleh disebat

Bagi pesalah jenayah, perempuan tidak boleh disebat tetapi pesalah jenayah syariah, perempuan tidak dikecualikan.

9. Saksi-saksi

Bagi pesalah jenayah, tiada saksi diperlukan semasa hukuman dilaksanakan tetapi pesalah syariah mesti bersaksikan sekurang-kurangnya empat lelaki Islam.

Maka, hukuman sebat adalah sebagai satu bentuk hukuman dalam Islam yang bertujuan menjaga kebaikan dan kepentingan umum. Islam sentiasa memandang dan mementingkan kebaikan orang ramai lebih utama daripada individu kerana ia boleh menghindari kerosakan, keruntuhan moral dan memberi rasa keinsafan kepada pesalah.

Pelaksanaannya bukanlah bertujuan menzalimi pesalah sebaliknya memberi rasa keinsafan dan pengajaran.

kredit: Setiausaha Persatuan Pegawai Syariah Malaysia (PPSM).


Salam Ukhuwah..~

Ahad, 16 Disember 2012

Akhirnya Memeluk Islam

Kisah Seorang Kekanak Amerika Masuk Islam


Rasulullah saw bersabda: ”Setiap bayi yang dilahirkan dalam keadaan fitrah. Maka kedua orang tuanyalah yang menjadikannya Yahudi, atau Nasrani, atau Majusi.” (HR.Bukhari)

Kisah budak Amerika ini tidak lain adalah sebuah bukti yang membenarkan hadits tersebut di atas.

Alexander Pertz dilahirkan dari kedua orang tuanya Nasrani pada tahun 1990 M.

Sejak awal ibunya telah memutuskan untuk membiarkannya memilih agamanya jauh dari pengaruh keluarga atau masyarakat.

Begitu dia sejak boleh membaca dan menulis maka ibunya menghadirkan untuknya buku-buku agama dari seluruh agama, baik agama langit atau agama bumi.

Setelah membaca dengan mendalam, Alexander memutuskan untuk menjadi seorang muslim.

Padahal dia tidak pernah bertemu muslim seorang pun selama ini.

Dia sangat cinta dengan agama Islam ini sampai pada tahap dia mempelajari solat, dan mengerti banyak hukum-hukum syar’i, membaca sejarah Islam, mempelajari banyak kalimat bahasa Arab, menghafal surah, dan belajar azan.

Semua itu berlaku tanpa bertemu dengan seorang muslim pun.

Berdasarkan bacaan-bacaan tersebut dia memutuskan untuk mengganti namanya iaitu Muhammad ’Abdullah, dengan tujuan agar mendapatkan keberkahan Rasulullah saw yang dia cintai sejak masih kecil.

kredit: detikislam



Berniat Menentang Islam Tetapi Akhirnya Memeluk Islam



Ibrahim Killington, semula ingin menyertai tentera untuk melawan Islam, tapi kemudian hatinya terpaut oleh Al Quran dan Islam! Berikut ini adalah kisah seorang mualaf asal Inggeris. Berpunca dari keinginan untuk mengkaji paganisme dan “bahkan” berniat bergabung dalam tentera untuk melawan Islam, namun akhirnya boleh mencari cahaya dan hidayah Islam, ini kisahnya: Nama saya ialah Ibrahim Killington.

Sebelum saya menuju Islam, hidup saya benar-benar tertumpu pada minuman (mabuk-mabukan), ubat-ubatan (ganja, dadah, ekstasy), dan bersenang-senang semata.

Seluruh tujuan hidup saya hanya untuk bersenang-senang, ketawa, dan tidak ada yang dilakukan lagi selain bersenang-senang, mungkin sampai mati, dan berkumpul dengan orang-orang yang mempunyai kebiasaan yang sama, dan tentunya itu tidak membuat diri menjadi semakin lebih baik.

Pengalaman pertama saya mengenal Islam adalah pada saat terjadi serangan 9/11. (Lihat juga video kami pada bahagian video,-Salah satu video terbaik-memberikan bukti, “Konspirasi Tragedi WTC dan bukti dilakukan” orang dalam “sendiri).

Saya ingat saya masih sangat muda pada waktu itu, saya tidak sepenuhnya menyedari apa yang sedang berlaku. Bahkan, saya berlari ke teman-teman saya setelah melihat laporan berita itu, dan saya mengatakan kepada mereka bahawa “Pelancong” (salah pengucapan = orang yang melancong / Berliburan ke suatu tempat) telah menyatakan perang terhadap Amerika ... kerana saya belum pernah mendengar tentang pengganas sebelumnya.

Dan ketika perang itu berlangsung, saya melihat semakin banyak maklumat tentang perang di Afghanistan, saya mula memahami bahawa orang-orang “yang diperangi ini” adalah Muslim. Kaum Muslim melakukan kekejaman dahsyat di seluruh dunia, begitu katanya yang terus di “bombardment” (= bertubi-tubi) di gencarkan oleh media-media. Saya mula sangat membenci Islam. bahkan saya cuba untuk bergabung dengan tentera sebayak tiga kali dengan maksud agar boleh pergi ke sana (Afghanistan), dan membunuh banyak muslim yang saya boleh, sebagai bahagian demi membela negara serta melindungi dan memberi rasa aman bagi keluarga saya. Saya fikir pada masa itu mereka adalah jenayah besar dunia.


Mencari Islam

Saya selanjutnya mula mendengar lebih banyak tentang Islam, kali terakhir saya melamar tentera, saya datang ke stesen radio, pada waktu itu saya mendengar radio yang mendedahkan tentang teori konspirasi, dan seumpamanya. Stesen radio itu membicarakan tentang suatu perang melawan keganasan dan tentang kehidupan Nabi Muhammad (sallallahu alaihi wa sallam).

Ini sangat tidak masuk akal bagi saya, bagaimana orang-orang itu “percaya” dan “mengikuti” Nabi ini, setelah semua macam saya dengar perihal “evil things” (hal-hal jahat) yang “mereka katakan” tentang dia. Jadi, saya mula mempersoalkan apa yang diyakini Muslim pada waktu itu, dan ‘ketika itu pun’ saya sedang tertarik untuk mengetahui hal-hal keagamaan.

Pada saat saya sedang mencari Norse Mythology, (kepercayaan terhadap mitos, legenda dan kekuatan supranatural), and Paganism (penyembahan terhadap berhala), Salah satu teman saya mengatakan kepada saya sebelum saya memutuskan mengkaji paganisme ada baiknya saya melihat-lihat ajaran spiritual yang lain.

Oleh sebab itu, menjadi terfikir buat saya untuk mencari maklumat tentang Muslim di Internet. Saya fikir salah satu muslim pertama yang saya lihat di Internet adalah Baba Ali (muallaf, pembuat filem-filem keislaman yang ditanyangkan dalam “Islam channel” Inggeris).

Dia mematahkan stereotaip tentang Islam bagi saya. Saya terkejut bahawa orang ini lucu (tidak berdarah dingin) dan pembawaannya tenang. Dia tidak seperti apa yang “mereka” tuduhkan perihal muslim dari apa yang pernah saya dengar.

Bagi memenuhi kehausan saya akan Islam, saya membuat keputusan untuk meminjam Al-Quran dari tempat saya kuliah (kampus). Ketika saya memegangnya, saya fikir ini adalah “Buku Pegangan pengganas,” dalam gemgaman saya, dan saya khuatir bahawa agen MI5 (Agen rahsia Inggeris) akan datang untuk menahan saya. Saya memutuskan untuk cepat-cepat keluar dari perpustakaan dan membawa pulang Al-Quran yang saya pinjam.

Tapi begitu mulai saya membaca Al-Quran (terjemahan), “ it hits me immediately”, itu menghentam saya, ... dan saya tidak dapat menghentikan untuk tidak membacanya; itu benar-benar menjunam jauh ke dalam hati saya; Saat saya membaca surat-surat yang ada di Al Quran, Saya tak sengaja membaca tentang orang-orang di neraka yang keadaannya meminum air mendidih sehingga membakar tekak mereka. Membaca ini, hati saya bergetar, seakan-akan saya boleh merasakan tekak saya terbakar, dan saya boleh merasakan bagaimana sebenarnya hal ini, sehingga saya memutuskan saya perlu berubah.

Dalam usaha untuk berubah, hal pertama yang saya lakukan adalah saya pergi ke masjid, saya menghabiskan sepanjang hari di sana dengan membaca. Bahkan ibu saya menelefon di malam hari dan bertanya di mana saya berada sepanjang hari. Saya katakan “Saya sedang berada di masjid! …” Dengan terkejut Ibu saya mengatakan, “Tidak, kamu tidak boleh di Masjid, kamu seorang Kristian. Kristian tidak pergi ke masjid.

” Ibu saya sangat terkejut dan sangat yakin bahawa saya akan menyusuri jalan yang buruk.

Itu reaksi ibu saya yang wajar, (mengingat gencarnya media dalam melakukan stereotaip negatif tentang islam “war on terror”). namun setelah beberapa waktu, dia mula dapat menerimanya. Dia banyak menangis. Saya tidak terlalu yakin mengapa dia menangis, saya fikir dia merasa saya menolak semua yang diajarinya kepada saya selama ini.

Banyak orang mengatakan bahawa ketika mereka mencari Islam, seolah-olah mereka sudah pulang ke rumah asalnya. Dan itulah perasaan yang saya dapatkan. Saya di masa lalu bukanlah saya yang sesungguhnya, saat itu bukanlah diri saya yang sebenarnya. Dan inilah sekarang diri saya sebenarnya.! Saya menjadi diri yang lebih baik setelah saya masuk Islam.

Dan saran saya bagi orang lain (non muslim) yang berfikir / meragukan Islam, Janganlah mencari hanya di internet untuk mengetahuinya, tapi datangilah ke masjid dan berbicara dengan orang yang mempunyai pengetahuan tentang hal itu. Kerana terdapat banyak propaganda dan fitnah-fitnah dari laman-laman web anti Islam yang tidak benar. dan jika anda tidak tahu apa-apa tentang Islam. Anda akan kesulitan untuk menilai mana yang benar dan mana yang dusta. Jadi jauh lebih baik untuk bercakap dengan seseorang yang paham dan berilmu.

Dan jangan takut dengan apa yang akan difikirkan keluarga anda; banyak orang bahkan saya sendiri pada mulanya bimbang tentang apa yang akan orang tua saya fikirkan, namun setelah masuk Islam, justeru saya berharap yang terbaik bagi kedua-dua orang tua. Bahawa mereka akan mengikuti jejak saya untuk segera memeluk Islam.

kredit: globalmuslim


Salam Ukhuwah..~