Bacaan Popular

Sabtu, 30 November 2013

Keimanan Diuji Dalam Pelbagai Cara

Gambar sekadar hiasan sahaja

DALAM sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Tabrani daripada Abu Umamah, Allah berfirman kepada malaikat-Nya bermaksud : “Pergilah kepada hamba-Ku. Lalu timpalah bermacam-macam ujian kepadanya kerana Aku mahu mendengar suaranya.”

Hadis di atas menjelaskan bahawa Allah memerintahkan malaikat-Nya yang tidak pernah derhaka dan tetap melaksanakan apa yang Allah perintahkan kepada mereka untuk melakukan pelbagai ujian dan cubaan kepada hamba-hamba-Nya.

Dengan cubaan dan ujian ini, diharapkan akan terkeluarlah suara hamba itu. Namun begitu, sekiranya tidak terkeluar suara hamba itu, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui sesuatu yang tersembunyi dalam hati hamba-Nya.

Sesungguhnya kehidupan ini tidak sunyi daripada kesenangan dan kesusahan, kesukaan dan kedukaan yang silih berganti. Oleh itu, barang sesiapa yang beranggapan kehidupan ini adalah kesenangan, kemewahan semata-mata atau penuh dengan kesukaran dan kesusahan selama-lamanya, ia adalah salah.

Melalui hadis di atas, Allah mengingatkan bahawa kesenangan dan kesusahan itu adalah ujian ke atas hamba-Nya dan ia adalah sunnatullah.

Oleh itu, kehidupan ini dipenuhi dengan ujian dan cubaan daripada Allah. Ini kerana sesuatu yang tidak diuji, tidak akan kelihatan keasliannnya. Umpama manusia gagal untuk menentukan emas tulen dengan tiruan.

Maka, untuk menentukan emas itu tulen, maka ia perlu dinilai ketulenannya. Demikianlah halnya manusia, di mana mereka telah mengaku diri beriman. Tentulah Allah akan menguji sejauh mana keimanan mereka terhadap-Nya. Hal ini dijelaskan dalam firman Allah bermaksud: “Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan mengatakan: Kami telah beriman, sedang mereka tidak diuji?” (Surah al-Ankabut, ayat 2-3).

Melalui ayat di atas, Sayyid Qutb (1327-1386 Hijrah) menafsirkan sesungguhnya iman itu bukanlah sebuah kata-kata yang diucap, malah iman adalah suatu hakikat yang mempunyai tugasnya, suatu amanah yang mempunyai beban tanggungjawabnya, suatu jihad yang memerlukan kesabaran dan suatu perjuangan yang memerlukan ketabahan.

Manusia tidak cukup dengan hanya berkata: “Kami telah beriman.” Mereka tidak dibiarkan membuat dakwaan seperti itu hingga terdedah kepada ujian dan membuktikan kebenaran dakwaan mereka. Mereka juga perlu keluar daripada ujian itu dengan hati bersih sebagaimana api menguji emas untuk memisahkan unsur logam yang murah melekat padanya. Inilah makna asal kata-kata ujian dari segi bahasa. Ia mempunyai tujuannya, bayangannya dan saranannya. Begitulah juga ujian itu bertindak pada hati hati manusia.

Dalam ayat lain, Allah menerangkan secara jelas bahawa hubungan manusia dengan kehidupan adalah hubungan ujian dan cubaaan. Firman Allah bermaksud: “Dan sesungguhnya Kami telah menjadikan apa yang ada di bumi itu sebagai perhiasan, agar kami menguji mereka siapakah di antara mereka yang terbaik amal perbuatannnya.” (Surah al-Kahfi, ayat 7-8. Ayat ini menjelaskan bahawa tujuan Allah mendatangkan pelbagai ujian ke atas hamba-Nya untuk menilai siapakah di antara hamba-hamba-Nya yang terbaik. Yang terbaik amalnya itulah adalah orang terbaik di sisi Allah.

Ujian yang Allah datangkan kepada hamba-Nya tidak berupa kesusasahan, kesulitan dan kesakitan semata-mata. Malah, manusia perlu berwaspada kerana ujian dan cubaan akan datang kepada mereka dalam bentuk kesenangan, kemewahan dan kekayaan. Ini secara terang difirmankan oleh-Nya bermaksud: “Dan kami akan uji kalian dengan keburukan dan kebaikan sebagai cubaan dan kepada Kamilah kamu akan kembali.” (Surah al-Anbia, ayat 35).

Sebenarnya ujian Allah ke atas hamba-Nya dengan nikmat harta kekayaan dan pelbagai kesenangan, pada hakikatnya lebih berat daripada ujian dengan bencana, seksaan dan kesusahan. Ini kerana berapa ramaikah orang yang memiliki kekayaan, tetapi hidupnya penuh dengan kecelakaan kerana gagal mengguna atau menyalurkannya pada tempat sewajarnya.

Kekayaan yang dimiliki diuji oleh Allah. Ini jelas diterangkan dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh at-Tarmizi bermaksud: “Sesungguhnya bagi setiap umat ada ujian dan ujian bagi umatku ialah harta kekayaan.”

Demikian juga dengan orang yang diuji dengan pangkat dan kekuasaan, hinggakan mereka menyangka mereka telah berkuasa sepenuhnya dan memiliki segala-galanya. Hal ini diperingatkan Allah dalam firman-Nya bermaksud: “Ketahuilah! Sesungguhnya manusia benar-benar melampaui batas ketika menganggap dirinya serba cukup. Sesungguhnya hanya kepada Tuhanmu tempat kembali.” (Surah al-Alaq, ayat 6-8)

Ayat ini menegur sikap manusia yang angkuh dan sombong yang menganggap mereka memiliki segala-galanya dan boleh melakukan apa saja selepas mendapat kekuasaan dan pangkat dalam masyarakat. Pada hal, apa yang dimiliki hanya sedikit daripada kurniaan Allah kepada hamba-Nya.

Rasulullah bimbang umatnya yang diulit dengan kemewahan yang tidak ingatkan Allah. Ini kerana kehancuran umat terdahulu adalah kerana kemewahan. Sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh Bukhari bermaksud: “Demi Allah, bukanlah kemiskinan yang aku khuatirkan atas kamu, akan tetapi aku khuatir sekiranya kemewahan dunia yang kamu dapat sebagaimana yang telah diberikan kepada orang sebelum kamu, lalu kamu bergelumang dalam kemewahan itu hingga binasa, sebagaimana bergelumang dan binasanya umat terdahulu.”

Ujian berat bagi kaum lelaki ialah ujian terhadap wanita. Ini dijelaskan dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh al-Bukhari bermaksud: “Sepeninggalanku tiadalah yang ujian yang lebih berbahaya kepada kaum lelaki kecuali godaan kaum wanita.”

Ujian yang menyebabkan manusia mudah tergelincir pula ialah mengenai akidah dan agama. Ini kerana, ramai orang yang mengaku dirinya Muslim, beriman tetapi setelah diuji Allah akan iman dan agamanya dengan pelbagai cubaan, ternyata ramai antara mereka yang lemah dan tergelincir daripada landasan yang benar.

Perkara itu dijelaskan dalam firman-Nya bermaksud: “Dan antara manusia ada yang berkata: Kami beriman kepada Allah. Tetapi apabila mendapat gangguan dan rintangan dalam melaksanakan perintah Allah, dia menganggap gangguan itu seakan-akan seksaan daripada Allah. Dan jika datang pertolongan daripada Allah; mereka pasti akan berkata: Sesungguhnya kami berserta dengan kamu (kaum mukmin).

“Sesungguhnya bukankah Allah lebih mengetahui apa yang ada dalam dada manusia? Dan sesungguhnya Allah mengetahui orang yang beriman dan benar-benar mengetahui orang yang munafik.” (Surah al-Ankabut, ayat 10-11.

Oleh itu, sekiranya diuji Allah hendaklah kita bersabar kerana dengan bersabar kita akan mendapat ganjarannya iaitu dihapuskan dosanya. Ini dijelaskan dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh at-Tarmizi bermaksud: “Ujian yang tiada henti-hentinya menimpa kaum mukmin baik lelaki atau wanita yang mengenai diri, harta dan anak-anaknya, tetapi dia bersabar, dia akan menemui Allah dalam keadaan tidak berdosa.”

Daripada huraian atas dapat disimpulkan, ujian yang Allah turunkan ke atas hamba-Nya mempunyai pelbagai bentuk. Ada ujian yang menimpa tubuh, anak, harta kekayaan, pengaruh, kekuasaan, pangkat, akidah dan sebagainya sama ada dalam bentuk kesenangan mahupun kesusahan. Tujuan Allah memberi ujian itu untuk melihat siapakah orang yang benar-benar beriman dengan-Nya, untuk menghapuskan dosa hamba-Nya dan menguji kesabaran hamba-Nya supaya benar-benar menjadi seorang Muslim berkualiti.

kredit:rakangroup


Salam Ukhuwah..~

Jumaat, 29 November 2013

Pasangan Di Syurga

Gambar sekadar hiasan sahaja


Kita mengetahui bahwa jika laki-laki masuk syurga, mereka akan mendapatkan bidadari. Apakah jika perempuan masuk syurga, mereka juga akan mendapat pasangan?

Firman Allah tentang kenikmatan syurga:


“….di dalamnya kamu memperoleh semua yang kamu inginkan dan memperoleh pula semua yang kamu minta. Sebagai hidangan dari (Allah) Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Fushshilat :31-34)

“… dan di dalam syurga itu terdapat segala sesuatu yang diingini oleh hati dan sedap (dipandang) mata, serta kamu kekal di dalamnya (Az-Zukhruf :71)

Mempunyai pasangan adalah hal yang paling didambakan di samping keperluan-keperluan rohaniah. Keperluan para penghuni syurga akan dipenuhi, baik laki-laki mahupun perempuan. Seseorang perempuan akan dinikahkan oleh Allah di syurga dengan orang yang telah menikahinya semasa hidup di dunia.

Allah berfirman: 

“ Ya Tuhan kami, masukkanlah kami ke dalam Syurga ‘Adn yang telah Enkau janjikan kepada Mereka dan orang-orang yang shaleh di antara bapa-bapa mereka, isteri-isteri mereka, dan keturunan mereka…”(Al-Mu’min : 8)

Jika seorang perempuan pernah mempunyai dua suami di dunia, ia akan memilih salah satu dari keduanya di syurga. Jika seorang perempuan tidak menikah di dunia, Allah akan menikahkanya dengan orang yang disukainya di syurga.

Kurnia Allah di syurga bukan hanya untuk laki-laki, melainkan untuk laki-laki dan perempuan, masing-masing punya pasangan. Seseorang mungkin berkata, “Allah telah menyebutkan bidadari (al-hur al-in) sebagai pasangan bagi laki-laki, tetapi Allah tidak menyebutkan pasangan bagi perempuan.” Jawapannya, Allah menyebutkan isteri bagi para suami kerana para suamilah yang biasa mencari dan menginginkan isteri.

kredit: rakangroup


Salam Ukhuwah..~

Khamis, 28 November 2013

Nikmat Dari Bakti Yang Ikhlas



SEORANG juru ukur tanah berasa takut untuk menunaikan ibadat haji kerana merasakan dirinya belum bersedia kerana tidak rajin beribadat. Beliau bimbang, keburukan dan sifat malas beribadat yang dilakukan selama ini akan diberi pembalasan di Tanah Suci. Dia mengaku ketika menjalankan tugasnya terutama di hutan, beliau sering mengabaikan solat.

Selain tidak rajin beribadat, juru ukur ini mempunyai sifat panas baran. Beliau sering mendengar cerita bagaimana pergaduhan berlaku pada mereka yang tidak sabar. Jika ini berlaku pahala hajinya musnah. Ustaz sering mengingatkan, ketika menunaikan ibadat haji, seseorang dituntut mempunyai sifat penyabar.

Bagaimanapun kerana beliau sudah berpencen dan memperoleh wang ganjaran, beliau memberanikan diri untuk ke Tanah Suci. Ketika mendaftarkan diri di pejabat Tabung Haji, beliau mengikuti kursus dan berazam ingin berbakti apabila berada di Makkah.

Apabila tiba masa berangkat ke Makkah, jirannya membawa tiga beg pakaian, tetapi juru ukur itu membawa satu beg pakaian saja. Dia tidak mahu menyusahkan, sebaliknya bercadang membeli barang keperluan di Makkah. Disebabkan hajatnya ingin berbakti di Tanah Suci, beliau membawa kira-kira 500 biji ubat.

Beliau berbuat demikian kerana berpegang kepada falsafah, jika ingin menolong orang lain, dirinya perlu lebih sihat, selain ubatnya boleh diberikan kepada mereka yang memerlukan.

Ketika mengikuti kursus dulu, penceramah ada berkata, jika seseorang memohon untuk mendapatkan hotel yang dekat ketika di Makkah, kebiasaannya dia akan mendapat tempat tinggal yang jauh. Ini katanya, Allah ingin menguji iman setiap umatnya.



Mengingatkan nasihat itu dan azamnya untuk berbakti di Tanah Suci, beliau berdoa kepada Tuhan untuk mendapatkan rumah yang dekat ketika di Makkah. Beliau berbuat demikian dengan harapan untuk mendapat tempat tinggal yang jauh.

Dalam hatinya berkata, jika tinggal di tempat jauh, beliau akan mendapat banyak pahala apabila melangkah ke masjid, selain masalah tempat tinggal jauh sudah tidak asing padanya kerana ketika bekerja dulu, dia berjalan puluhan batu setiap hari.

Bagaimanapun apabila tiba di Tanah Suci, beliau ditakdirkan mendapat tempat tinggal yang dekat dengan masjid. Walaupun niatnya tidak dimakbulkan Allah tetapi keazamannya ingin berbakti ketika berada di Tanah Suci diteruskan. Pantang mendengar orang sakit, dia lebih dulu dari petugas lain menghulurkan ubat yang sesuai.

Jika ada orang tua dan orang sakit yang ingin menunaikan sembahyang di Masjidil Haram, beliau menghulurkan bantuan. Ketika orang berebut menaiki bas untuk ke Arafah, beliau menjadi orang terakhir menaiki bas bagi memastikan semua jemaah sudah ke Arafah.

Begitu juga ketika orang ramai berangkat dari Arafah ke Mina, beliau akan memastikan jemaah lain selesai menaiki bas, baru dirinya berbuat demikian. Beliau juga tidak kedekut untuk mengutip anak batu bagi tujuan melontar jamrah untuk diberikan kepada mereka yang memerlukan.

Daripada Mina, beliau juga menjadi orang terakhir menaiki bas untuk kembali ke Makkah. Jemaah lain berebut-rebut menaiki bas untuk pulang ke Makkah tetapi di takdirkan Tuhan, bas yang dinaiki juru ukur tadi sampai terlebih dulu.

Ini kerana pada musim haji, pemandu bas di Makkah, bukannya terdiri daripada penduduk Makkah tetapi didatangi dari negara lain. Jadi ramai yang kurang arif mengenai jalan di sekitar Mina, Arafah dan Makkah. Walaupun siang hari, ramai pemandu yang sesat dan akhirnya mengambil masa berjam-jam untuk sampai ke Makkah, walaupun jarak antara Mina dengan Makkah tidak terlalu jauh.

Apabila sampai di Makkah, juru ukur tadi pergi ke Masjidil Haram untuk tawaf dan saie bagi melengkapkan rukun hajinya. Ketika itu keadaan di sekitar Kaabah, seperti menjelang wukuf, padat dengan manusia. Ketika ingin memulakan tawaf itu, juru ukur tadi terpandang seorang lelaki tua bertongkat. Dia menolong lelaki itu tetapi tidak memahami apa yang diucapkan lelaki berwajah Arab sebagai menyatakan rasa terima kasih.

Selepas menolong lelaki itu dan lelaki berkenaan sudah beredar, juru ukur tadi meneruskan hajatnya untuk tawaf. Bagaimanapun beliau merasakan begitu lapang sekali. Walaupun orang lain melihat keadaan begitu padat, tetapi yang dilihat juru ukur adalah keadaan sebaliknya, tidak ramai jemaah dan begitu senang tawaf

Akhirnya beliau berjaya menyelesaikan tawaf dan saienya tanpa sebarang masalah.

Ketika kembali ke maktab, juru ukur menceritakan hal orang tua tadi kepada guru agama maktab. Beliau juga menyatakan jumlah orang yang tawaf tidak ramai. Bagaimanapun, rakannya membantah kerana mereka gagal tawaf kerana keadaan begitu padat di sekeliling Kaabah.

Guru agama itu menjelaskan, kemungkinan lelaki yang ditolong juru ukur tadi adalah seorang wali Allah. Sebagai ganjarannya menolong dengan ikhlas sepanjang berada di Makkah, Allah permudahkan ketika tawaf. Sejak itu juru ukur semakin rajin beriktihad di masjid.

kredit: rakangroup


Salam Ukhuwah..~

Rabu, 27 November 2013

Pahitnya Mata Dunia Kerana Manisnya Syurga Allah



Kebahagian tertunda yang dibayar dengan pengorbanan selalunya terasa manis.
Tidak ada satupun di dunia ini hasil karya sendiri. Anda mencapai tujuan anda selalunya berkat bantuan orang lain. 


Seorang sufi bermadah,
"Adakalanya kesalahan membuatkan sesaorang itu memperbaiki diri. Tidak pernah bersalah itu.. boleh mendatangkan sombong diri.. oleh itu tidakkah beruntong mencuba biarpun terpaksa berbuat salah daripada pasrah yang tidak menentu". 


Nabi s.a.w. bersabda,
"Seutama utama perjuangan sesaorang terhadap dirinya sendiri dan hawa nafsunya". 


Kata pemikir Islam,
"Antara sifat munafik itu ialah menganggap nasihat orang sebagai sindiran padanya ..sebab itu tidak di terimanya". 


Ulamak mursyid berkata,
"Buah akal ialah ilmu pengetahuan.. buah jiwa ialah iman.. buah fizikal ialah kemajuan.. alangkah indahnya kalau ketiga tiga anggota ini melahirkan buah dalam kehidupan". 


Istimewa jiwa pengasih.
Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Setia hati yang pengasih mendapat pahala.. ubat untuk hati yang terluka
ialah iman yang kuat". 


Saling mencintai.
Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Perumpamaan orang mukmin dalam hal saling mencintai.. saling mengasihi dan saling menyayang bagaikan sebuah tubuh. Apabila salah satu anggota tubuh terasa sakit.. maka seluruh tubuh akan merasa sakit.. tidak dapat tidur dan terasa demam". 


Nabi s.a.w. bersabda,
"Jagalah dirimu dari api neraka.. meskipun dengan sedekah separuh dari sebiji kurma..jika tidak dapat.. maka sepatah kata yang baik". 


Seorang hamba Allah berkata,
"Ibadat itu laksana perniagaan. Adapun kedainya adalah khalwat {bersunyi sunyian)..modalnya taqwa ..sedangkan keuntungannya adalah syurga".


Segalanya dari syahwat.
Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Hak itu berat dan pahit sedangkan batil itu ringan dan manis. Adakalanya suatu syahwat menyebabkan dukacita yang abadi". 



Kalau hati itu bersih. 

Seorang ulamak berkata,
"Pandangan mata selalu menimpa..pandangan akal selalu tersalah.. pandangan nafsu selalu melulu dan pandangan hati lah yang hakiki.. 
kalau hati itu bersih bersihlah segalanya".


akan kita sambung dilain keluaran.


Salam Ukhuwah..~

Selasa, 26 November 2013

Antara Sabar Dan Mengeluh



Pada zaman dahulu ada seorang yang bernama Abul Hassan yang pergi haji di Baitul Haram. Diwaktu tawaf tiba-tiba ia melihat seorang wanita yang bersinar dan berseri wajahnya.

"Demi Allah, belum pernah aku melihat wajah secantik dan secerah wanita itu, tidak lain kerana itu pasti kerana tidak pernah risau dan bersedih hati."

Tiba-tiba wanita itu mendengar ucapan Abul Hassan lalu ia bertanya, "Apakah katamu hai saudaraku ? Demi Allah aku tetap terbelenggu oleh perasaan dukacita dan luka hati kerana risau, dan seorang pun tiada yang menyetujui aku dalam hal ini."

Abu Hassan bertanya, "Bagaimana hal yang merisaukanmu?"

Wanita itu menjawab, "Pada suatu hari ketika suamiku sedang menyembelih kambing korban, dan pada aku mempunyai dua orang anak yang sudah boleh bermain dan yang satu masih menyusu, dan ketika aku bangun untuk membuat makanan, tiba-tiba anakku yang agak besar berkata pada adiknya, "Hai adikku, sukakah aku tunjukkan padamu bagaimana ayah menyembelih kambing ?"

Jawab adiknya, "Baiklah kalau begitu ?"

Lalu disuruh adiknya baring dan disembelihkannya leher adiknya itu. Kemudian dia merasa ketakutan setelah melihat darah memancut keluar dan lari ke bukit yang mana di sana ia dimakan oleh serigala, lalu ayahnya pergi mencari anaknya itu sehingga mati kehausan dan ketika aku letakkan bayiku untuk keluar mencari suamiku, tiba-tiba bayiku merangkak menuju ke periuk yang berisi air panas, ditariknya periuk tersebut dan tumpahlah air panas terkena ke badannya habis melecur kulit badannya. Berita ini terdengar kepada anakku yang telah berkahwin dan tinggal di daerah lain, maka ia jatuh pengsan hingga sampai menuju ajalnya. Dan kini aku tinggal sebatang kara di antara mereka semua."

Lalu Abul Hassan bertanya, "Bagaimanakah kesabaranmu menghadapi semua musibah yang sangat hebat itu ?"

Wanita itu menjawab, "Tiada seorang pun yang dapat membedakan antara sabar dengan mengeluh melainkan ia menemukan di antara keduanya ada jalan yang berbeda. Adapun sabar dengan memperbaiki yang lahir, maka hal itu baik dan terpuji akibatnya. Dan adapun mengeluh, maka orangnya tidak mendapat ganti yakni sia-sia belaka."

Demikianlah cerita di atas, satu cerita yang dapat dijadikan tauladan di mana kesabaran sangat digalakkan oleh agama dan harus dimiliki oleh setiap orang yang mengaku beriman kepada Allah dalam setiap terkena musibah dan dugaan dari Allah. Kerana itu Rasulullah s.a.w bersabda dalam firman Allah dalam sebuah hadith Qudsi,: " Tidak ada balasan bagi hamba-Ku yang Mukmin, jika Aku ambil kekasihnya dari ahli dunia kemudian ia sabar, melainkan syurga baginya."

Begitu juga mengeluh. Perbuatan ini sangat dikutuk oleh agama dan hukumnya haram. Kerana itu Rasulullah s.a.w bersabda,: " Tiga macam daripada tanda kekafiran terhadap Allah, merobek baju, mengeluh dan menghina nasab orang."

Dan sabdanya pula, " Mengeluh itu termasuk kebiasaan Jahiliyyah, dan orang yang mengeluh, jika ia mati sebelum taubat, maka Allah akan memotongnya bagi pakaian dari wap api neraka." (Riwayat oleh Imam Majah)

Semoga kita dijadikan sebagai hamba Tuhan yang sabar dalam menghadapi segala musibah.

Salam Ukhuwah..~

Isnin, 25 November 2013

Amal Yang Tetap Bermakna



Berhati-hatilah bagi orang-orang yang ibadahnya mengikut waktu atau bermusim, kerana boleh jadi perbuatan tersebut merupakan tanda-tanda keikhlasannya belum sempurna. Kerana aktiviti ibadah yang dilakukan secara bermusim, tiada lain ukurannya adalah urusan duniawi.

Ia hanya akan dilakukan kalau sedang memerlukan sesuatu, sedang dilanda musibah, atau sedang disempitkan dengan ujian dan kesusahan, meningkatlah amal ibadahnya. Tidak demikian halnya ketika pertolongan ALLAH datang, kemudahan menghampiri, kesenangan melimpah-ruah, kemampuannya bersenang-senangnya bersama ALLAH semakin menghilang.

Bagi yang amalnya bermusim, ketika menjelang pernikahan tiba-tiba saja ibadahnya jadi meningkat, solat wajib tepat waktu, tahajud nampak khusuk, tapi anehnya ketika sudah menikah, jangankan tahajud, solat subuh pun terlambat. Ini adalah perbuatan yang memalukan. Sudah diberi kesenangan, justru malah melalaikan perintah-Nya. Seharusnya sesudah menikah berusaha lebih gigih lagi dalam ber-taqarrub kepada ALLAH sebagai bentuk ungkapan rasa syukur.

Ketika berwudhu, misalnya, jika disamping kita ada seorang ulama yang cukup terkenal dan disegani, wudhu kita pun secara sedar atau tidak tiba-tiba dibagus-baguskan. Tetapi ketika tiada siapa pun yang melihat, wudhu kita pun kembali dilakukan dengan seadanya dan lebih dipercepat.

Atau ketika menjadi imam solat, bacaan Quran kita kadangkala digetar-getarkan atau disedih-sedihkan agar orang lain ikut sedih. Tapi sebaliknya ketika solat sendiri, solat kita menjadi kilat, padat dan ringkas. Kalau solat bersendirian dia begitu pantas, tapi kalau ada orang lain jadi kelihatan lebih bagus. Hati-hatilah boleh jadi ada sesuatu dibalik ketidakikhlasan ibadah-ibadah kita ini.

Kerananya kalau melihat amal-amal yang kita lakukan jadi semakin lemah kualiti dan kuantitinya ketika diberi kesenangan, maka itulah tanda bahwa kita kurang ikhlas dalam beramal.

Hal ini berbeza dengan hamba-hamba-Nya yang telah mencapai tahap maqam ikhlas, maqam di mana seorang hamba mampu beribadah secara istiqamah dan terus-menerus berkesinambungan. Ketika diberi kesusahan, dia akan segera saja bersimpuh sujud merindukan pertolongan ALLAH. Sedangkan ketika diberi kelapangan dan kesenangan yang lebih lagi, dia semakin bersimpuh dan bersyukur lagi atas nikmat-Nya ini.

Orang-orang yang ikhlas adalah orang yang kualiti beramalnya dalam keadaan ada atau tidak ada orang yang memperhatikannya adalah sama saja. Berbeza dengan orang yang kurang ikhlas, ibadahnya akan dilakukan lebih bagus ketika ada orang lain memperhatikannya, apalagi bila orang tersebut dihormati dan disegani.

Amat bertuahlah bagi setiap orang yang sentiasa ikhlas ini. Betapa tidak? Orang-orang yang ikhlas akan sentiasa dianugerahi pahala, bahkan bagi orang-orang ikhlas, amal-amal mubah (neutral) pun pahalanya akan berubah menjadi pahala amalan sunat atau wajib. Hal ini adalah disebabkan niatnya yang ikhlas.

Maka, bagi orang-orang yang ikhlas, dia tidak akan melakukan sesuatu perkara kecuali ia tetap niatnya kerana ALLAH saja. Kalau hendak duduk di kerusi diucapkannya, "Bismilahirrahmanirrahiim, ya ALLAH semoga perbuatan duduk ini menjadi amal kebaikan". Lisannya yang nyata sentiasa memuji ALLAH atas nikmatnya berupa kurniaan membolehkannya duduk sehingga ia dapat beristirahat menghilangkan kepenatan. Jadilah perbuatan duduk ini sarana (berniat) taqarrub kepada ALLAH.

Kerana ramai orang yang melakukan perbuatan duduk, namun tidak mendapatkan pertambahan nilai apapun, selain meletakkan punggungnya di kerusi. Tidak usah hairan apabila suatu ketika ALLAH memberi peringatan dengan sakit buasir atau bisul, sekadar peringatan bahawa perbuatan duduk adalah anugerah nikmat yang ALLAH kurniakan kepada kita.

Begitu pun ketika makan, sempurnakanlah niat di dalam hati, sebab sudah seharusnya di lubuk hati yang paling dalam kita meyakini bahawa ALLAH-lah yang memberi makan setiap hari, tiada satu hari pun yang luput dari limpahan curahan nikmatnya.

Kalau membeli sesuatu, perhitungkanlah juga bahawa apa yang dibeli, diniatkan kerana ALLAH. Ketika membeli kenderaan, niatkan kerana ALLAH. Kerana menurut Rasulullah SAW, kendaraan itu ada tiga jenis, 1) Kendaraan untuk ALLAH, 2) Kenderaan untuk syaitan, 3) Kenderaan untuk dirinya sendiri.

Apakah cirinya? Kalau niatnya benar, dipakai untuk tujuan ibadah, tujuan agama, maka inilah kenderaan untuk ALLAH. Tapi kalau sekadar untuk menunjuk-nunjuk, riak, ujub, maka inilah kenderaan untuk syaitan. Sedangkan kenderaan untuk dirinya sendiri, misalkan kuda dipelihara, dikembangbiakan, dipakai tanpa niat, maka inilah kenderaan untuk diri sendiri.

Pastikan bahawa jikalau kita membeli kenderaan, niat kita tiada lain hanyalah kerana ALLAH. Kerananya bermohon saja kepada ALLAH, "Ya ALLAH saya memerlukan kenderaan yang selayaknya, yang boleh meringankan untuk menuntut ilmu, yang boleh meringankan untuk berbuat amal, yang boleh meringankan dalam menjaga amanah". Subhanallah bagi orang yang telah meniatkan seperti ini, maka, petrolnya, tempat duduknya, shockbreaker-nya, dan semuanya dari kenderaan itu ada dalam timbangan kebaikan, insya ALLAH. Sebaliknya jika digunakan untuk maksiat, maka kita juga yang akan menanggungnya.

Kelebihan lain dari seorang hamba yang ikhlas adalah akan memperoleh pahala amal, walaupun sebenarnya belum menyempurnakan amalnya, bahkan belum mengamalkanya. Inilah istimewanya amalan orang yang ikhlas. Suatu ketika hati sudah meniatkan mahu bangun malam untuk tahajud, "Ya ALLAH saya ingin tahajud, bangunkan jam 03.30 ya ALLAH". Jam pun disetkan, isteri telah diberi tahu, "Mah, kalau awak bangun dulu, tolong bangunkan saya. Jam 03.30 kita akan tahajud. Ya ALLAH saya mahu bersujud kepadamu di waktu ijabahnya (terkabul) doa". Berdoa dan tidurlah ia dengan tekad bulat akan bangun tahajud.

Sayangnya, ketika terbangun ternyata sudah azan subuh. Bagi hamba yang ikhlas, dia akan gembira bercampur sedih. Sedih kerana tidak dapat solat tahajud dan gembira kerana ia masih dapat pahalanya. Bagi orang yang sudah berniat untuk tahajud dan tidak dibangunkan oleh ALLAH, maka kalau ia sudah bertekad, ALLAH pasti akan memberikan pahalanya.

Mungkin ALLAH tahu, hari-hari yang kita lalui akan menggunakan banyak tenaga. ALLAH Maha tahu apa yang akan terjadi, ALLAH juga Maha tahu bahawa kita mungkin telah kehilangan tenaga kerana kesibukkan kita. Hanya ALLAH-lah yang menidurkan kita dengan lena.

Walau apapun amal yang dilakukan oleh seorang hamba yang ikhlas akan tetap bermakna, akan tetap bernilai, dan akan tetap mendapatkan balasan pahala yang setimpal. Subhanallah. Wallahu a'lam bishshawab

kredit: pesantren


Salam Ukhuwah..~

Ahad, 24 November 2013

Hati Yang Malu



Suatu hari, demikian dikisahkan, seorang lelaki mendatangi Imam Hambali (780-855). Ia lelaki yang banyak bergelumang dengan maksiat. Tiba-tiba ia datang ke majlis pengajian Imam Hambali untuk menceritakan mimpinya itu.

Dalam mimpi itu, kata lelaki itu, ia merasa sedang berada dalam sekumpulan manusia yang berada di hadapan Rasulullah SAW. Rasul kelihatan berada di tempat yang agak tinggi. Satu per satu, orang-orang mendatangi Rasul dan berkata, "Doakan saya ya Rasulullah." Rasul pun mendoakan orang-orang itu. "Akhirnya tinggal aku sendiri," kata lelaki yang menceritakan mimpinya itu. "Aku pun sangat ingin mendatangi beliau, tapi aku malu atas berbagai maksiat yang telah kulakukan. Rasul lalu berkata,"Mengapa kau tidak datang kepadaku dan minta kudoakan?" "Wahai Rasulullah," kata lelaki itu, "Aku terhalang oleh rasa malu akibat perbuatan-perbuatan burukku di masa lalu." "Kalau engkau merasa terhalang oleh rasa malu, berdirilah dan mintalah agar aku mendoakanmu. Bukankah engkau tak pernah menghina para sahabatku," jawab Rasullah saw dalam mimpi tersebut.

Itu hanya sebuah kisah kecil dari percubaan umat manusia meninggalkan kemaksiatan untuk hijrah ke bumi kebaikan. Perjumpaan serta dialog dengan Rasul pun hanya ada dalam mimpi, bukan dalam kenyataan. Mimpi bukanlah dasar yang kukuh untuk dijadikan pegangan, walaupun para pecinta sejati Rasulullah meyakini bahawa mimpi bertemu Rasulullah adalah sama dengan pertemuan yang sebenarnya, dan mimpi seperti itu hanya mungkin dialami oleh mereka yang mendapat syafaat.

Tetapi Imam Hambali menghargai keterangan lelaki pendosa tersebut. Laki-laki itu mermpunyai rasa malu di atas perbuatan-perbuatan buruknya. Rasa malu itu yang mencegahnya terperosok semakin dalam ke jurang kemaksiatan, dan malah mengangkatnya ke dataran kebaikan. Mimpi itu adalah jalan yang menghantarkannya menuju ke pintu taubat dengan menemui Imam Hambali. Maka, Imam Hambali pun berkata pada lelaki itu untuk menyebarkan kisah tersebut agar memberi kemanfaatan pada orang-orang lain.

Di dalam perjalanan manusia sebagai hamba untuk mendekati pada Sang Kekasih, Allah Azza Wajalla, rasa malu barulah merupakan tangga yang pertama. Masih sangat jauh dari wujud rasa cinta yang semestinya. Tapi, apa yang membuat kita dapat mencapai tangga ke-99 bila tangga pertama pun kita tak sanggup menapakinya? Bukankah kita tak melupakan petunjuk Rasulullah bahwa "Malu adalah sebahagian dari iman."

Rasul sekalipun menggenggam rasa malu di hadapan Allah Sang Maha Penyayang. Setidaknya itu tercetus dalam kisah Mi'raj, saat Muhammad SAW menerima perintah secara langsung agar umatnya menegakkan solat. Mula-mula Allah memerintahkan solat 50 kali dalam sehari. Rasulullah sempat menyanggupi, namun Rasul lain yang ditemui dalam perjalanan ghaib tersebut mengingatkannya bahawa tugas itu terlalu berat bagi umat Muhammad.

Rasul pun meminta keringanan sehingga tugas diturunkan lima kali. Masih terlalu berat, Rasul meminta keringanan lagi. Demikian terus-menerus hingga kewajiban solat hanya lima kali sehari. Saat itu, Muhammad SAW diingatkan bahawa lima kali sehari masih terlampau berat. Namun, Rasul telah malu hati untuk kembali mengajukan keringanan pada Allah SWT.

Hanya Allah yang Maha tahu seberapa benar kisah tersebut, tapi kisah itu telah menunjukkan perasaan malu dalam kehidupan rohaniah Rasul. Adakah kita rasa malu kerana mengabaikan solat? Malukah kita kerana hanya mempunyai sedikit bekalan kebaikan dalam kehidupan ini.

Allah sentiasa menyaksikan setiap langkah kita. Maka semestinya kita malu berbuat hal yang membazir, apatah lagi maksiat, di hadapan-Nya. Semestinya kita harus malu kerana tak cukup beribadah kepada-Nya. Semestinya kita harus malu bila tidak berkerja keras menyelesaikan amanat-masing-masing.

Semestinya kita malu kerana tidak mensyukuri nikmat, menuntut kenaikan gaji dengan mengeluh bukan dengan meningkatkan kualiti kerja sendiri. Semestinya kita harus merasa malu bila menjadi orang atasan tetapi tak mampu mengangkat nasib orang bawahan, dan sebagai seorang pemimpin tetapi gagal menyejahterakan rakyat yang kita pimpin. Lazimnya, kita hanya malu untuk urusan duniawi di hadapan manusia lain, bukan urusan kebaikan di hadapan Allah swt.

Tokoh sufi Rabi'ah Al-Adawiyah juga mengungkapkan rasa malunya. Suatu ketika, ia ditanya mengapa tidak minta pertolongan materi (solder) dari sahabat-sahabatnya. Rabi'ah menjawab tenang. "Aku malu kalau harus minta materi pada Allah, padahal Dialah pemilik segala materi. Apakah aku harus minta materi pada orang yang jelas bukan pemilik materi itu."

Suatu doa kerap dikumandangkan sebagai pujian di lingkungan madrasah atau masjid. "Tuhanku, aku merasa tak layak untuk mendapat surga-Mu. Tapi aku pun tak sanggup menanggung azab neraka-Mu. Maka terimalah taubatku, maafkan segala dosaku. Sungguh Engkau adalah Pengampun Yang Maha Besar."

Rasa malu telah membuat seorang wali Allah memanjatkan doa itu. Tidakkah kita malu bila tidak mengikuti jalan yang telah ditempuhi Rasulullah dan para wali Allah untuk menuju ke pangkuan-Nya. (zaim uchrowi)

kredit: pesantren



Salam Ukhuwah..~

Sabtu, 23 November 2013

Petua Murah Rezeki Dan Jauhi Kesulitan




Abu Yazid Al Busthami, pelopor sufi, pada suatu hari pernah didatangi seorang lelaki yang wajahnya kusam dan keningnya selalu berkerut. Dengan murung lelaki itu mengadu,"Tuan Guru, sepanjang hidup saya, rasanya tak pernah lepas saya beribadah kepada Allah. Orang lain sudah lelap, saya masih bermunajat. Isteri saya belum bangun, saya sudah mengaji. Saya juga bukan pemalas yang enggan mencari rezeki. Tetapi mengapa saya selalu malang dan kehidupan saya penuh kesulitan?"

Sang Guru menjawab sederhana, "Perbaiki penampilanmu dan rubahlah roman mukamu. Kau tahu, Rasulullah s.a.w. adalah penduduk dunia yang miskin namun wajahnya tak pernah keruh dan selalu ceria. Sebab menurut Rasulullah s.a.w., salah satu tanda penghuni neraka ialah muka masam yang membuat orang curiga kepadanya." Lelaki itu tertunduk. Ia pun berjanji akan memperbaiki penampilannya. Wajahnya senantiasa berseri. Setiap kesedihan diterima dengan sabar, tanpa mengeluh. Alhamdullilah sesudah itu ia tak pernah datang lagi untuk berkeluh kesah. Keserasian selalu dijaga. Sikapnya ramah, wajahnya senantiasa mengulum senyum bersahabat. Roman mukanya berseri.

Tak heran jika Imam Hasan Al Basri berpendapat, awal keberhasilan suatu pekerjaan adalah roman muka yang ramah dan penuh senyum. Bahkan Rasulullah s.a.w menegaskan, senyum adalah sedekah paling murah tetapi paling besar pahalanya.

Demikian pula seorang suami atau seorang isteri. Alangkah celakanya rumah tangga jika suami isteri selalu berwajah tegang. Sebab tak ada persoalan yang diselesaikan dengan mudah melalui kekeruhan dan ketegangan. Dalam hati yang tenang, fikiran yang dingin dan wajah cerah, Insya Allah, apapun persoalannya nescaya dapat diatasi. Inilah yang dinamakan keluarga sakinah, yang didalamnya penuh dengan cinta dan kasih sayang
.



Salam Ukhuwah..~

Jumaat, 22 November 2013

Cuma Dapat 8 Selama 33 Tahun



Kisah ini adalah diriwayatkan daripada Hatim Al Asom yang merupakan penuntut kepada Sadiq Al Balqi r.a. Pada suatu hari Sadiq bertanya kepada Hatim:

"Wahai muridku! Berapa lamakah engkau mengenaliku? Jawab Hatim: 33 tahun. Kata Sadiq; Apa yang engkau pelajari daripadaku dalam tempoh tersebut?. Maka Hatim menjawab hanya lapan (8) perkara yang aku perolehi daripadamu. Lalu gurunya terkejut dengan jawapan itu lalu dia pun bertanya: telah berlalu umurku bersamamu dan engkau tidak pelajari selain lapan perkara? Hatim berkata: wahai guruku, aku tidak mempelajari selain lapan perkara tersebut dan aku tidak mahu membohongimu. Gurunya bertanya: "Apakah lapan perkara itu?

Jawab Hatim:

Pertama: Aku melihat kepada manusia ini, dan aku dapati setiap daripada mereka mencintai kekasihnya, tetapi percintaannya terbatas, apabila kekasihnya menemui ajal, maka aku menjadikan kebaikan sebagai kekasihku, apabila aku mati aku pergi bersamanya.

Kedua: Aku mengamati pada kalam Allah yang maksudnya: "dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah dan mengekang hawa nafsunya sesungguhnya syurgalah tempat tinggalnya". Maka aku mengetahui bahawa kalam Allah itu benar, lalu aku bersungguh-sungguh mengekang nafsuku sehingga benar-benar menuruti perintah Allah.

Ketiga: Aku melihat manusia apabila dia mempunyai sesuatu yang bernilai, ia berusaha untuk menjaga dan memeliharanya dengan sebaik-baiknya, lalu aku teringat firman Allah yang bermaksud:"apa yang kamu miliki pasti akan binasa dan apa yang ada di sisi allah akan kekal abadi".

Keempat: Aku melihat manusia itu berbangga dengan harta, keturunan dan pangkat. Maka aku merenung pada firman Allah yang bermaksud: "Sesungguhnya orang yang paling mulia di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa di kalangan kamu.

Kelima: Aku melihat manusia saling menuduh dan melaknat sesame mereka dan semua itu berpunca daripada hasad, aku merenung firman Allah yang bermaksud "Sesungguhnya tuhanmu mengagihkan rezeki kepada sesiapa yang dikehendakinya dan menentukannya".

Keenam: Aku melihat manusia itu menzalimi dan membunuh sesame mereka, maka aku merenung firman Allah yang bermaksud: "Sesungguhnya syaitan itu musuh kamu, maka ambillah dia sebagai musuh yang sebenar".

Ketujuh: Aku melihat manusia dan aku dapati setiap daripada mereka itu berdukacita dengan apa yang mereka tidak perolehi dan selalu menolak ketentuan Allah Taala. Keadaan ini mengingatkan aku kepada firman Allah yang bermaksud:"Setiap apa yang melata di atas muka bumi ini Allahlah yang menentukan rezeki mereka".

Kelapan: Aku melihat manusia dan aku melihat mereka bergantung nasib kepada makhluq, lalu aku teringat firman Allah yang bermaksud: "Bertawakallah kepada yang hidup dan tidak mati".

kredit: rakangroup


Salam Ukhuwah..~

Khamis, 21 November 2013

Pesanan Imam Syafei Untuk Kaum Lelaki




Empat perkara menguatkan badan lelaki

1. Makan daging
2. Memakai haruman
3. Kerap mandi
4. Berpakaian dari kapas




Empat perkara melemahkan badan lelaki

1. Banyak berkelamin (bersetubuh)
2. Selalu cemas
3. Banyak minum air ketika makan
4. Banyak makan bahan yang masam



Empat perkara menajamkan mata lelaki

1. Duduk mengadap kiblat
2. Bercelak sebelum tidur
3. Memandang yang hijau
4. Berpakaian bersih



Empat perkara merosakan mata lelaki

1. Memandang najis
2. Melihat orang dibunuh
3. Melihat kemaluan
4. Membelakangi kiblat



Empat perkara menajamkan fikiran lelaki

1. Tidak banyak berbual kosong
2. Rajin bersugi (gosok gigi)
3. Bercakap dengan orang soleh
4. Bergaul dengan para ulama


Salam Ukhuwah..~

Rabu, 20 November 2013

Maksiat Sendat Padat


Bila hidup kita berkat, diri ini akan selamat. Apabila diri selamat, rumah-tangga jadi sepakat. Apabila rumahtangga jadi sepakat, masyarakat jadi muafakat. Apabila masyarakat jadi muafakat, negara kita menjadi kuat. Apabila negara menjadi kuat, negara luar jadi hormat. Apabila negara luar jadi hormat, permusuhan pun tersekat. Apabila permusuhan tersekat, pembangunan pun meningkat. Apabila pembangunan pun meningkat, kemajuan menjadi pesat.

TETAPI AWAS!!! 

Apabila pembangunan meningkat, kemajuan menjadi pesat, kita lihat bangunan naik bertingkat-tingkat. Ditengah-tengah itu, tempat maksiat tumbuh macam kulat. Apabila tempat-tempat maksiat tumbuh macam kulat, KETIKA ITU manusia mula mengubah tabiat. Apabila manusia telah mengubah tabiat, ada yang jadi lalat ada yang jadi ulat. Apabila manusia dah jadi ulat, sembahyang makin hari makin liat. Apabila sembahyang jadi liat, orang baik ada yang bertukar jadi jahat. Apabila orang baik bertukar jahat, orang miskin pula nak kaya cepat. Apabila orang miskin nak kaya cepat, orang tua pula nak mati lambat. Apabila orang tua nak mati lambat, tak dapat minum madu telan jer la minyak gamat. Yang lelaki, budak budak muda pakai seluar ketat.

Semua nak tunjuk kuat. Bila berjudi, percaya unsur kurafat. Tapi hidup pula yang melarat. Tali kasut dah tak berikat. Rambut pun jarang sikat. Yang perempuan, pakai mini sekerat. Suka pakai baju ketat. Suka sangat menunjukkan pusat. Hingga tak pedulikan lagi batasan aurat. Pakai pulak yang singkat-singkat. Kadang-kadang ternampak benda 'bulat'. Bila jadi macam ini, siapa lihat pasti tercegat. Silap gaya jadi gawat, bohsia bohjan lagi hebat. Duduk jauh berkirim surat. Bila berjumpa, tangan berjabat. Kemudian pakat lawan peluk siapa erat. Masa tu, nafas naik sampai tersekat-sekat. Usah peduli agama dan adat. Usah takut Allah dan malaikat. Yang penting apa kita nak buat? Kita 'bukti' lah kita buat. Akhirnya perut kempis dah jadi bulat. Apabila perut kempis dah jadi bulat, maka lahirlah pula anak-anak yang tak cukup sifat. Bila anak-anak tak cukup sifat, jam tu kita tengok bayi dibuang di merata tempat.

MAKNANYA KETIKA ITU, IBLIS MULA MELOMPAT. 

Dia kata apa? Habis manusia dah masuk jerat. Habis manusia telah tersesat. Inilah dia fenomena masyarakat. Oleh itu wahai saudaraku dan para sahabat, Marilah kita pakat mengingat, Bahawa dunia hari ini makin singkat, Esok atau lusa mungkin kiamat, Sampai masa kita semua akan berangkat! . Berangkat menuju ke negeri akhirat. Di sana kita akan ditanya apa yang kita buat. Masa tu, sindri mau ingat. Umur mu banyak mana mu buat ibadat...? Zaman muda mu, apa yang telah mu buat...? Harta benda anta, dari mana anta dapat...? Ilmu anta, adakah anta manafaat...? Semoga ianya dapat mengingatkan kita supaya segera meninggalkan maksiat dan memperbanyakkan ibadat.


Salam Ukhuwah..~

Selasa, 19 November 2013

Kesah Syaitan Bernama Khannas

Gambar sekadar jhiasan sahaja

Di awal Nabi Adam dan Hawa di turunkan ke Bumi., syaitan laknatullah yang tak pernah mengenal putus asa untuk menghancurkan anak cucu Adam, memikirkan bagaimana cara hendak mengganggu kacau anak cucu Adam dari patuh dengan suruhan Allah.


Suatu hari ibu syaitan lakantullah duduk berfikir "macam mana aku(laknatullah) hendak kenakan anak cucu Adam"....dan tiba-tiba dia(laknatullah) nampak anak dia(laknatullah) yang bernama khanaz(laknatullah). lalu di panggilnya "khanaz(laknatullah)....mari sini ikut mak(laknatullah)...".


Lalu dia(laknatullah) pun pergi menuju ke rumah Adam dan Hawa. Yang pada ketika itu Nabi Adam baru saja meninggalkan rumah untuk pergi kerja mencari nafkah. Dan tinggallah Hawa keseorangan di rumah, tiba-tiba, pintu rumah diketuk, lalu dibuka oleh Hawa dan bertanya "Siapa kamu.." ibu syaitan laknatullah menjawab "Tolong jagakan anak saya(laknatullah)...nanti saya(laknatullah) akan datang untuk ambil dia(laknatullah) balik".


Hawa yang tidak mengetahui apa-apa muslihat ibu syaitan laknatullah, sedia memberi pertolongan. Apabila Adam pulang, Adam terperanjat dan bertanyakan Hawa "Anak siapa nie..?", Lalu Hawa menjawab "Tak tahulah..tadi ada seorang wanita(laknatullah) menyuruh kita menjaga anak(laknatullah) ini." Adam berfikir dan " Ini mesti anak syaitan(laknatullah), yang mahu menganggu anak cucu kita...".


"Apa harus kita lakukan sekarang..?"tanya Hawa pada Adam. Setelah lama berfikir "Kita potong-potong dagingnya(laknatullah) sehingga kecil dan gantungkan isi-isi dagingnya(laknatullah) di pokok luar rumah kita...Nanti bila ibunya(laknatullah) datang biar dia(laknatullah) nampak dan tahu anaknya(laknatullah) sudah ttiada...".


Keesokkan pagi harinya ibu syaitan laknatullah itu pun datang lagi ketika Adam sudah keluar pergi kerja. "Mana anak aku(laknatullah)..."Tanya ibu syaitan(laknatullah) pada Hawa. Hawa pun menjawab dan secara tidak sengaja menerangkan apa yang telah meraka lakukan terhadap anak syaitan(laknatullah),


"anak kamu(laknatullah)........Semalam Adam pulang ke rumah, lalu ia mengatahui yang anak itu anak syaitan laknatullah... lalu sudah kami kerat-kerat anak kamu(laknatullah) dan kami gantungkan dagingnya(laknatullah) di atas pokok luar sana ..."terang Hawa.


"Oh...ia ke?..."jawab ibu syaitan laknatullah dengan nada yang tidak risau. Kemudian ibu syaitan laknatullah meneriak memanggil anaknya(laknatullah) "Khanazzzzz(laknatullah)....!!!"


Tiba-tiba daging-daging khanaz laknatullah yang telah dikerat bergantungan di atas pokok itu pun bercantum kembali dan menjadi hidup dan menjadi khanaz laknatullah kembali dan ibu syaitan laknatullah masih tidak berputus asa dan masih meminta Hawa menjagakan khanaz lakantullah dan dia(laknatullah) berpesan akan kembali lagi esok hari nya.


Apabila Adam pulang dan terlihatlah anak syaitan laknatullah yang bernama khanaz laknatullah itu lagi dan bertanyakan pada Hawa kenapa anak syaitan laknatullah itu masih berada di rumah meraka. Hawa menerang apa yang berlaku.


"Kita tak boleh biarkan usaha syaitan laknatullah untuk menganggu hidup anak cucu kita.." kata Adam. "Apa harus kita lakukan lagi.."tanya Hawa. "Begini..kita bakar anak syaitan laknatullah ini dan abunya(laknatullah) kita buangkan ke laut, biar abunya(laknatullah) di bawa arus laut dan ibunya(laknatullah) tidak akan dapat mendapatkan anaknya(laknatullah) ini lagi..." terang Adam.


Keesokan paginya datang lah lagi ibu syaitan laknatullah ini bertanyakan khanaz laknatullah. ketika Adam sudah keluar bekerja. "Mana anak(laknatullah) aku(laknatullah)?" tanya ibu syaitan laknatullah. "Anak(laknatullah) kamu sudah kami bakar dan abunya(laknatullah) kami buang ke laut!" jawab Hawa.


"Oh ia ke? Kata ibu sayitan laknatullah lalu meneriak mamanggil "khanaz laknatullah!!!"...kemudian bercantumlah kembali daging khanaz laknatullah dari abu dan menjadi Khanaz laknatullah kembali. Kemudian di serahkankan kembali pada Hawa untuk menjaga khanaz laknatullah.


Apabila Adam pulang, mendapati anak syaitan laknatullah itu masih berada di rumahnya
"Ini tak boleh jadi, kita tak boleh biarkan mereka ganggu anak cucu kita"kata Adam.
"Apa harus kita lakukan ?" tanya Hawa. "Begini sajalah...kita belah dua anak dia nie ..kamu telan sebelah, aku telan sebelah. Habis cerita!" Cadang Adam.


Keesokan pagi, datanglah lagi ibu syaitan laknatullah bertanyakan anaknya ketika Adam sudah keluar bekerja. "Mana anak aku(laknatullah)" tanya ibu syaitan laknatullah.
"anak(laknatullah) kamu ...., kali ini kamu tak dapat balik anak
kamu(laknatullah).."jawab Hawa. "Kenapa..?"tanya ibu syaitan laknatullah.


"Anak kamu(laknatullah) telah kami telan....!" Jawab Hawa dengan penuh yakin.
"Ia ke...? Lalu ibu syaitan laknatullah memanggil anaknya ½ "khanaz(laknatullah)!!!" "ia mak(laknatullah)...." jawab khanaz laknatullah dari dalam badan Hawa.. Bagus anakku(laknatullah)..kamu(laknatullah) duduk sana , jangan keluar-keluar. Arah ibu syaitan laknatullah pada khanaz laknatullah.


Itulah cerita dia(laknatullah) kawan-kawan...duduklah khanaz laknatullah dalam tubuh badan manusia sehinggá Hari Kiamat., syaitan khanaz(laknatullah) tugasnya:

- Bila kita makan ia(laknatullah) pun makan, kita minum ia(laknatullah) pun minum.
Apa aktiviti kita buat dia(laknatullah)akan menyertai JIKA KITA TIDAK MEMBACA
BISMILLAH.

- Bila kita solat dia(laknatullah) akan berusaha supaya kita was-was, itulah mana yang
sedang solat, tiba-tiba tidak ingat berapa rakaat sudah disolatkan.

- Buat kerja kita keliru dan ingat-ingat lupa "Eh dah buat ke Belum yer.." ubatnya
banyakkan dengan BERISTAGAFAR...

- khanaz laknatullah akan belari / bermain dalam darah kita...ubatnya...banyakkan
Zikir...

Sahabat Rasulullah pernah bertanya bagaimana hendak mengelak dari khanaz laknatullah ini. Sabda Rasulullah S.A.W., setiap apa yang hendak kita lakukan mulakanlah dengan membaca BISMILLAH dan Doa., sekurang-sekurangnya BISMILLAH dan khanaz laknatullah akan berasa kelaparan bila kita berpuasa dan akan menjadi bertambah kurus apabila kita memulakan dengan membaca Bismillah sebelum makan.

Bagaimana syaitan laknatullah yang tidak pernah putus asa untuk memperdaya anak cucu Adam.. Surah An Nas jua menceritakan hal syaitan laknatullah bernama khanaz laknatullah yang sentiasa membuat kita merasa was-was.

Apa-apa pun mulakan setiap kerja aktiviti dengan
 
بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيمِ  

Salam Ukhuwah..~

Isnin, 18 November 2013

Tidak Mudah Menangkap Pencuri Di Negeri Pencuri



Di sebuah kampung, seorang pemuda kelihatan dikejar puluhan orang yang ingin menangkapnya. “Pencuri! Dasar pencuri! Gantung,” teriak masyarakat desa ke arah si pemuda. Sepanjang jalan, celaan, hardikan, bahkan pukulan tertuju ke diri si pemuda yang dituduh mencuri. Si pemuda cuma diam pasrah.

Di sebuah balai pertemuan desa, si pemuda itu diadili. Seorang hakim bertanya,“Mana barang buktinya?” Seorang pegawai desa menunjukkan sebuah bungkusan.” Ini, Pak!” Tampak dari luar balai desa, beratus-ratus pengunjung terus saja berteriak, ”Gantung! Habiskan!"

Entah kenapa, suara teriakan-teriakan itu tiba-tiba diam ketika hakim membuka bungkusan.“Hmm, apa ini?” Tanya hakim ke si pemuda. Agak lambat, pemuda itu menjawab, ”Gelas emas, Pak!” Sebuah benda berwarna emas menyerupai gelas besar antik. Gelas emas itu jelas bukan barang sembarangan. Persis seperti barangan kerajaan ratusan tahun lalu. Nampaknya, pengunjung yang sebahagian besar petani miskin begitu takjub dengan barang bukti itu.

“Dari mana kamu dapatkan benda ini?” Tanya hakim kemudian. ”Rahsia!” Jawab si pemuda spontan.“Kenapa?” Tanya hakim lagi.” Kerana di sana masih banyak yang lebih bagus,” jawab si pemuda mantap.“Kalau begitu, kamu akan dihukum gantung!” Gertak si hakim mulai galak. ” Sila! ” Ucap si pemuda lagi – lagi tenang.

Tapi, si hakim mulai bimbang. “Baiklah. Apa syaratnya agar kami boleh tahu lokasi emas – emas itu?” Tanya si hakim diplomatik. Si pemuda mula berfikir. Tak lama, ia berkata,“Bebaskan saya.” Semua pengunjung spontan berteriak,” Huuuuuuu!“

Malamnya, si pemuda termenung dalam penjara ketika sang hakim tiba-tiba di hadapannya. Ia agak kaget. ”Pak Hakim ? ” Suaranya spontan.“Esok, aku akan membebaskan kamu dari semua tuntutan. Asal kamu ceritakan di mana emas – emas itu berada, ” ucap si hakim agak berbisik.

”Hm,” suara lain tiba-tiba menelusup. Ketua keselamatan tiba- tiba sudah berada di belakang hakim. “Tidak semudah itu. Aku saksi yang boleh memberatkan! ” Ucap ketua keselamatan agak mengancam. Si hakim mula berfikir.“Baiklah. Bagaimana kalau kita kerjasama? ” Suara hakim ke arah ketua keselamatan.” Setuju!“

Tiba -tiba, seseorang masuk ke lokasi penjara. Seorang pembantu kepala desa menyampaikan surat. Isinya, kepala desa ingin bertemu dengan si pemuda malam ini juga. Empat mata. Hakim dan ketua keselamatan terdiam. Wajah mereka agak pucat.

Di rumah kepala desa, si pemuda dijamu dengan begitu istimewa. Ia tampak bahagia.” Jangan kuatir. Kamu akan saya jamin bebas! ”Ucap sang kepala desa penuh wibawa. ” Jadi, di mana barang itu …..“

Belum lagi tuntas ucapan kepala desa, ratusan orang berdemo persis di depan rumah. Ada yang membawa parang, besi, potongan kayu, dan batu. Mereka berteriak berulang-ulang, “Bebaskan dia. Bebaskan pemuda itu. Dia tidak bersalah!“

Ternyata, tidak mudah menangkap pencuri di negeri pencuri


kredit: Islampos



Salam Ukhuwah..~

Ahad, 17 November 2013

Keadaan Manusia Ketika Di Padang Mahsyar




Setelah selesai penghalauan seluruh manusia ke Padang Mahsyar dihari kiamat itu, jadilah manusia-manusia itu dalam satu arena yang sangat luas. Di situ semua manusia berkumpul iaitu sejak zaman Nabi Adam a.s. hingga manusia yang paling akhir dimatikan.

Mereka semua disuruh berbaris dan menunggu satu pemeriksaan yang menakutkan dalam Persidangan Mahkamah Allah . Masing-masing diliputi rasa takut dan khuatir, sedih dan gelisah , binggung, bimbang dan panik. Masing-masing menyesal diri dan tertanya-tanya, ke neraka manakah aku ini.

Bagi mereka yang berbuat dosa di dunia ini akan menanti dengan penuh rasa debar dan gementar kalau boleh mahu dihidupkan semula didunia dan mahu jadi hamba yang taat dan patuh dengan hukum-hakam Allah. Tapi apakan daya nasi sudah menjadi bubur. Kini mereka menanti apakah pembalasan yang akan Allah timpakan.

Dalam upacara di Padang Mahsyar, semua manusia akan berbaris dan berkumpul dengan pemimpin-pemimpin yang mereka ikuti sewaktu hidup didunia dahulu. Sebagaimana telah diditegaskan dalam firman Allah yang berbunyi ;


“ Ingatlah suatu hari ( yang dihari itu ), kami panggil tiap umat dengan pemimpinya”

Di perhimpunan agung Padang Mahsyar itu akan di pasang bendera, sepanduk dan panji-panji sebagai tanda pengenal golongan umat manusia. Bendera dan panji-panji itulah yang disebut “ Liwaul hamdi ’’ iaitu bendera pujian . Umat Islam akan berbaris dengan beberapa barisan dibawah panji-panji, sesuai dengan apa yang telah mereka ta'ati dalam hidupnya.

Apakah ia ahli yang jujur, seorang zalim, zuhud, dermawan , syuhada, qari, muadzin dan sebagainya, ini semua akan ada panji-panjinya dan pemimpin-pemimpinya sendiri.

Dalam satu riwayat bahawa Rasulullah s.a.w ditanya tentang bendera pujian mengenai panjang dan lebarnya. Maka baginda bersabda; “ Panjangnya dapat di tempuh 1000 tahun, dimana tertulis ‘ Laillaha illallah Muhamadarasulullah ‘. Dan lebarnya antara langit dan bumi.. Adapun bahannya dari yakut yang merah, tiangnya dari perak yang putih dan zabarjut yang hijau. Ia mempunyai tiga buah menara dari Nur ( cahaya ). Satu cahaya kearah timur, satu cahaya ditengah-tengah dunia dan yang satunya berada di arah barat. 


Pada menara itu tertulis 3 baris; Baris pertama tertulis;‘ Bismillahir Rahman Nir Rahim’ Ertinya: Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyanyang.

Baris kedua tertulis; ‘Alhamdulillah hirabbil Alamin’ –Ertinya; Segala puji bagi Allah seru sekelian Alam.

Baris ketiga tertulis ;‘Laillaha illallah muhamadarasulullah’ –Ertinya; Tiada Tuhan selain Allah dan Muhamad adalah utusan Allah.

Adapun setiap baris jaraknya dapat ditempuh 1000 tahun . Disamping terdapat 70,000 bendera. Setiap satu bendera dibawahnya terdapat 70,000 barisan malaikat, setiap barisan terdiri dari 50,000 melaikat yang sama bertasbih kepada Allah dan meMaha-sucikan-Nya”.

Perlu dimaklumi bahawa sifat-sifat dan keadaan ‘Liwaul Hamdi’ ini mungkin banyak menimbulkan pertanyaan bagi akal. Namun kerana itu adalah satu hal yang ghaib, maka Allahlah yang Maha Mengetahui sebenarnya dan Maha Kuasa atas segala sesuatu.

Imam Al-jurjani menerangkan makna ‘Liwaul Hamdi’ . Bendera pujian berada pada kekuasaan Allah. Bahawasanya berdera itu dipasang pada sisi Nabi Muhamad s.a.w. Adapun para mukmin berada di kanan kiri bendera Nabi s.a.w, sedangkan orang kafir berada dalam azab sengsara bersedia untuk menjadi kayu bakar api neraka selama bendera itu dipasang dan berkibar. Jika bendera itu dipindahkan, maka dikala itu orang-orang kafir akan dihalau untuk terjun ke dalam neraka. Waliya Zubillah..

Bendera-bendera itu akan dipegang oleh pemimpin-pemimpin kebenaran dan dibawahnya terdapat barisan-barisan pengikutnya. Bendera itu di pasang dan dikibarkan oleh :

Bendera Pertama- Bendera Kebenaran
Bendera ini akan dikibarkan oleh Sayidina Abu Bakar As Siddiq. Bagi semua orang yang benar dan jujur dan akan berada di bawah naungan panji-panji ini.

Bendera Kedua- Bendera Fuqaha
Bendera ini akan dikibarkan oleh Sayidina Muaz bin Jabal r.a . Bagi semua orang yang alim fiqih akan berada dibawah naungan panji-panji ini.

Bendera Ketiga- Bendera Zuhud
Bendera ini akan di kibarkan oleh Sayidina Abu Dzar r.a . Bagi semua manusia yang menjiwai dan hidup cara Zuhud akan berada dibawah bendera ini.

Bendera Keempat- Bendera Dermawan
Bendera ini akan dikibarkan oleh Sayidina Usman bin Affan r.a . Bagi semua para dermawan akan berada dibawah bendera ini.

Bendera kelima- Bendera Syuhada
Bendera ini akan di kibarkan oleh Sayidina Ali r.a. Bagi setiap orang yang mati syahid akan berada di bawah bendera ini. 


Bendera Keenam – Bendera Qurra’ 
Bendera ini akan di kibarkan oleh Ubbaya bin Kaab r.a . Bagi setiap para Qarri akan berada dibawah bendera ini.

Bendera Ketujuh- Bendera Muadzin
Bendera ini akan di kibarkan oleh Sayidina Bilal r.a. bagi semua para Muadzin akan berada dibawah bendera ini.

Bendera kelapan- Bendera ini bagi orang yang dibunuh secara aniaya. Bendera ini akan dikibarkan oleh Sayidina Hussain r.a. Bagi orang yang dibunuh dengan aniaya akan berada di bawah bendera ini.



Nota Tok Wan:

Agak-agak kita akan berada dibawah bendera yang mana ha ?


Salam Ukhuwah..~

Sabtu, 16 November 2013

Al Quran Dan Hadith



“Aku tinggalkan dalam kalangan kamu dua perkara yang kamu tidak sekali-kali akan sesat selagi kamu berpegang teguh kepada keduanya, iaitu Kitab Allah dan sunah Rasulullah”. (s.a.w) (imam malik )

Kira-kira 1400 tahun yang lampau wahyu pertama yang diturunkan oleh Allah s.w.t kepada Nabi Muhamad s.a.w, melalui Malaikat Jibril A.S ketika baginda berada di Gua Hira’ iaitu wahyu yang menjadi kunci pembuka pintu pendidikan yang seluas-luasnya. Wahyu tersebut berbunyi;

IQRA’….Ertinya: “Bacalah (wahai Muhamad ) dengan nama TuhanMu yang menciptakan ( sekalian makhluk ) . Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah dan Tuhan-Mu lah yang Maha Pemurah, yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan,
( Surah Al-Alaq a.1-5).

Firman Tuhan: “Apabila datang pertolongan Allah dan kemenangan (semasa engkau Muhamad berjaya menguasai negeri Mekah ). Dan engkau melihat manusia masuk dalam ugama Allah beramai-ramai”.
(Surah An-Nasr a.1-2).

Berkata Ibbnu Abbas; “Ini adalah Rasulullah, pemimpin pasukan berpanji hijau.”Jawab Nabi s.a.w. “Alhamdulillah yang telah memberi petunjuk padamu kepada islam, orang semacam kamu tak pantas tak kenal kepada islam”.

Panji-panji /bendera-bendera islam nabi Muhamad Laillahaillallah Muhamadarasulullah bendera hijau. Panji-panji islam zaman kalifah Usman bin Affan.

Sabda Nabi s.a.w: Bani Israil berpecah belah kedalam 72 firqah dan akan berpecah-belah umatku kedalam 73 firqah, semuanya akan masuk Neraka kecuali satu. Orang banyak bertanya firqah yang mana ya Rasulullah? Rasulullah s.a.w. menjawab: Yaitu firqah yang ada dimana saya berada dan sahabat-sahabat saya. (73 firqah semuanya masuk Neraka, kecuali satu firqah saja ahli Syurga, iaitu (Orang2 yang mengambil Qur’an dan sunah sebagai panduan hidup, jalan lurus.)

Firman Tuhan : “Allah lah pelindung orang-orang yang beriman, yang mengeluarkan mereka dari kegelapan kepada cahaya, dan orang-orang kafir penolong mereka ialah thagut (syaitan) yang mengeluarkan mereka dari cahaya kepada kegelapan”. (Surah Baqarah).

Firman Allah: “ Ingatlah maka barang siapa hatinya dibuka oleh Allah kepada islam, maka ialah yang mendapat Nur dari Tuhan-Nya. tetapi jika kamu tergelincir dari (jalan Allah, sesudah datang kepadamu kebenaran, maka ketahuilah bahawasanya Allah Maha Berkuasa lagi Maha Bijaksana”. (Qur’an)

Firman Allah: “Yaitu orang-orang yang menjadikan Agama mereka sebagai main-main dan senda gurau, dan kehidupan dunia telah menipu mereka, maka pada hari ini, (kiamat) kami melupakan mereka sebagaimana mereka melupakan pertemuan mereka dengan hari ini .” (Qur’an)

Firman Allah “Iaitu orang-orang yang memecah belahkan Agama mereka, dan mereka menjadi beberapa golongan, tiap-tiap golongan merasa bangga dengan apa yang ada pada golongan mereka”.
(Surah Ar-Rum ).

Firman Allah “ Wahai orang-orang yang beriman ! Mahukah kamu Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab Seksa yang tidak terperi sakitnya? Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya , serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu, yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).” (Dengan itu ) Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu, dan memasukkan kamu kedalam taman-taman yang mengalir dibawahnya beberapa buah sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal yang baik dalam syurga “ ‘Adn’”. Itulah keberuntungan yang besar.
(Surah As-Saff a.10-12)

Firman Allah: “ Yang mereka sembah selain dari Allah itu, tidak lain hanyalah menyembah berhala, dan (dengan menyembah berhala itu ) mereka tidak lain hanyalah menyembah syaitan lagi durhaka”. ( Qur’an).

Firman Tuhan: “ Hai orang-orang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang yang kafir menjadi pemimpin, bukan dari orang yang beriman. Inginkah kamu supaya Allah membuat alasan yang terang menyalahkan kamu? ( Qur’an).


Salam Ukhuwah..~

Jumaat, 15 November 2013

Imam Syafe'i ke Kota Madinah



Dalam perjalan tersebut haripun mulai senja Syafi'i singgah di Zi Tua untuk bermalam, keadaan sekelilingnya kering dan panas dan tidak ada tumbuh-tumbuhan. Ditempat itu ramai didapati orang yang sedang berkhemah. Syafi'i mulai merasa lapar, sedangkan uang tak ada. Meskipun demikian ia yakin Allah s.w.t. akan memberikan pertolongannya kepada orang yang ingin menambah Ilmu Pengetahuannya. Ditempat itu Syafi'i berkenalan seorang yang separuh baya yang baik dan ramah. Syafi'i diajak makan malam bersamanya. Syafi'i memanggil orang itu dengan "pak cik". Syafi'i mengucapkan syukur kepada Allah s.w.t. atas anugerah-Nya, sehingga ia tidak sampai kelaparan. Ketika itu Syafi'i bertanya kepada orang itu:"Siapakah orang yang paling alim di Madinah, ketika itu. Lalu orang itu menceritakan kepada syafi'i, bahwa orang yang paling Alim di kota Madinah ketika itu ialah Imam Malik bin Anas. Syafi'i bermohon kepada sahabat barunya itu, semoga ia sudi membawanya bertemu dengan Imam Malik bin Anas. 


Memasuki hari kedelapan kami telah tiba di pinggir kota Madinah, dari jauh kelihatan sayup Masjid Nabi, dimana Rasulallah s.a.w.dimakamkan didekatnya. Alangkah gembiranya hati Syafi'i setibanya dimasjid Nabi, dan beliau menunaikan solat sepuasnya dengan khusyuk dan perasaan terharu dengan tidak disadarinya air mata syafi'i membasahi pipinya, karena betapa mengagumi kebesaran dan keagungan Nabi s.a.w. yang telah berjuang menegakkan Islam dan Ummatnya. Rasulallah s.a.w. telah berjaya merobah suatu masyarakat yang berpecah belah menjadi satu masyarakat yang bersatu padu, yang terdiri dari berbilang kaum dan agama, dengan terpatrinya piagam Madinah yang terkenal hingga bila-bila masa. Syafi'i setelah menunaikan solat, beliau pergi menziarahi makam Rasulallah s.a.w. Setelah itu, beliau melihat ramai orang sedang menghadiri majlis Ilmu mengelilingi Ulama Agung Imam Malik bin Anas. Syafi'i turut hadir untuk ikut sama mendengar dengan tekun segala mutiara Hadish Nabi s.a.w., yang disampaikan oleh Imam Malik.

Kelebihan Imam Syafi'i ialah daya hapalan yang dianugerahkan Allah kepadanya, sehingga semua pelajaran yang disampaikan oleh Imam Malik telah dapat dihapalnya. Seusainya pengajian murid-murid Imam Malik menyalami Tok Guru mereka sambil beredar dan pulang kerumah masing-masing. Syafi'i masih berada ditempatnya. Imam Malik merasa heran, karena dilihatnya anak muda itu tidak meninggalkan tempat pengajian. Lalu beliau memanggil syafi'i dan bertanyakan segala sesuatu berkenaan dirinya, dan apa yang telah didengarnya. Imam Malik meminta supaya Syafi'i mengatakan kembali sebuah hadis yang telah dipelajarinya. Syafi'i dengan lancarnya bukan saja mendengarkan satu hadis tetapi semua hadis yang didengarnya ketika Imam
Malik menyampaikan pelajarannya. Sungguh mengagumkan daya ingatan pemuda Syafii, sehingga Imam Malik tertarik kepadanya.


Salam Ukhuwah..~

Khamis, 14 November 2013

Apabila Sufi Berlalu Pergi



Pada awalnya sebuah tamadun, bangsa, negara, kumpulan atau 'Groups' bermula dengan sifar atau dalam keadaan tak ada apa satu. Kemudian mereka belajar untuk survive. Mereka akan saling membantu, tolong-menolong. Semua ini dilakukan untuk memenuhi keperluan asas, tak kiralah samada dari segi keperluan fizikal atau keperluan rohani.
Mereka akan saling menyayangi, hormat menghormati. Segala masalah diselesaikan dengan terus-terang dan terbuka, tak ada sindir-menyindir, perli-memperli. Segalanya aman damai tanpa sebarang puaka dan raksasa.

Kemudian mereka ke zaman kemuncak iaitu zaman kehendak, apabila segala keperluan asas sudah dipenuhi maka datang pula keinginan. Keinginan ini adalah supaya segala aktiviti untuk mencari keperluan asas ini menjadi lebih mudah.

Pada zaman keinginan inilah datangnya para sufi dan auliya dengan tujuan untuk mengawal agar keinginan tadi tidak dikawal oleh nafsu. Setelah segala keinginan terpenuhi, maka tiba pula satu zaman dimana mereka mencari hiburan. Apabila datangnya hiburan, datanglah pula nafsu. Apabila nafsu sudah beraja, wadah ilmu yang digembar-gemburkan hilang entah kemana. Asyik cerita lagu, bowling, lepak, berkhemah, perjumpaan, percintaan putus ditengah jalan, akedemi yang menganjurkan pertandingan lagu-lagu tak adil. Yang sunah diperlekehkan hingga punah. Orang yang berjihad dikatakan jahat, lalu kena fuck pejuang agama dan tanah air itu.

Bini nak pakai tudung, pakai. Tak mau pakai tak apa. Agama hak masing-masing. Ingat Islam tu kau yang cipta, suka-suka buat, tak suka tak payah buat. Ingat kat sana nanti tak ditanya, bagaimana pimpinan dibawahmu engkau jaga. Masa tu kawan, bini yang lawa tu pun nak lepas diri ajer tau. "Laki aku tak suruh pun". Hello brader, masa tu api neraka menjulang-julang depan mata, nak ke tanggung bini punya dosa.

Kemudian wujud pula zaman persaingan yang haloba. Masing-masing mahu menunjukkan ego, angkuh dan bangga. Sejarah dimana mereka ingin survival bersama-sama sudah bertukar menjadi 'survival of the fittest'. Masing-masing ingin menjatuhkan masing-masing. Ketika inilah munculnya segala raksasa, puaka dan geruda. Sindir-menyindir, perli, caci mencaci, tohmah sampai ke kaum keluarga mula merebak dengan pantasnya.

Ketika inilah keadaan sudah retak menanti belah. Para sufi tidak takan bertahan dalam keadaan begini. Mereka akan segera berlalu pergi. Tujuan mereka bukan untuk berdebat atau berlawan dengan raksasa bermata hijau. Tujuan mereka adalah untuk berkongsi rahsia cinta dari Kekasih yang sejati.

Namun ada menyatakan kasihan sang sufi itu. Dia sudah berlalu pergi. Patutnya kasihan diri sendiri. Dia tetap sufi walau dimana sahaja, sekalipun dia dihina tidak akan mengurangkan darjatnya. Sekalipun dia dipuji, sedikit pun tidak menaikkan darjatnya. Sudah menjadi tertib sebuah kemusnahan, tak kiralah bangsa atau negara. Segala kemusnahan bermula dengan kehilangan para sufi, wali dan ulama serta guru-guru.

Kerana Allah tak mahu mereka ini turut musnah bersama dengan orang yang lalai, maka mereka dibawa pergi terlebih dahulu. jadi berhati-hatilah, bila sufi sudah berlalu pergi, bila guru sudah diangkat kembali, waktu kemusnahan pasti tidak lama lagi. tak kiralah dalam negara ke, dalam kampung ke, dalam groups ke. Bila penyebar tauhid sudah tiada maknanya kemusnahan bakal menjelma. Sama juga kiamat tidak akan terjadi selagi tauhid masih wujud.

Bila berlalunya para penyebar ilmu tauhid, bila berlalunya ilmu sufi dihati masing-masing. Maka datanglah penyakit yang penuh keluh kesah tanpa diketahui puncanya. Segala benda remeh-temeh pun boleh buat gila. Duit tak ada disalahkan ekonomi. Negara hiruk-pikuk disalahkan pemimpin. Dalam rumahtangga isteri marahkan suami, laki pukul bini. anak haru-biru. Awek cabut lari pun boleh jadi gila ( macam pompuan dalam dunia ni dah habis). Segala penyakit yang tak disangka-sangka mula muncul. Duit masuk beribu-ribu sebulan, tapi dok tak cukup jugak. Makanan berlambak-lambak, tapi tak kenyang-kenyang jugak. Tilam punyalah empuk, tapi tidur tak jugak lena.

Jangan kita sia-siakan sufi yang maseh ada bersama kita.


Salam Ukhuwah..~

Selasa, 12 November 2013

Yang Mana Lebih Maju ?


Yang mana lebih maju ? Yang dulu atau yang ada sekarang ?

Tak ramai yang nak bertanya soalan macam tu. Tapi ada juga yang bertanya kan. Soalan ini sudah kerap-kali tok temui dalam pencarian.

Cari punya cari punya cari dan cari lagi semalam terpandang gambar logam berkarat (gambar diatas). Logam ini ditemui bersama-sama sebuah kapal zaman kuno yang tenggelam entah tahun bila. Dan mengikut kajian saintifik, logam tersebut merupakan serpihan peralatan yang seangkatan dengan komputer yang digunakan untuk meramalkan gerhana matahari.

Yang peliknya alat ini dibuat  100 Tahun Sebelum Masehi. Bermakna alat ini telah direka-cipta lebih kurang 2100 tahun dahulu. Ertinya 2100 tahun dahulu dunia saintis sudah maju dengan penciptaan komputer bagi  meramal kejadian gerhana matahari. 

Ish... rasa pelik pulak. Tapi jangan pelik, memang dunia ini sentiasa maju, dan apabila maju manusia sombong diri dan melupakan Allah s.w.t. lalu Allah hapuskan beberapa banyak kaum yang terdahulu daripada kita. Dalam al Quran ada menceritakan berbagai kaum yang pernah ujud diatas muka bumi ini dan kemudian dilenyapkan dengan berbagai-bagai bencana.

Kaum 'Add yang gagah dan besar yang mampu membina bangunan dalam gunung serta memantulkan pencahayaan dari sinar matahari sehingga dapat masuk jauh kedalam gunung tersebut tanpa menggunakan elektrik atau wayar.

Kata seorang ustaz yang bercerita dalam kuliah yang tok pernah attend zaman Nabi Nuh a.s. dulu manusia dah pakai i-Pad. Tapi oleh kerana mereka ingkar dengan perintah Allah dan Rasul-Nya maka dunia dibanjirkan maka tenggelamlah mereka semua.

Bumi dan laut yang ada pada hari ini bukanlah peta muka bumi dan laut seperti sebelum banjir besar zaman Nabi Nuh a.s. Ini bermakna ada banyak bandar-bandar besar yang terletak dipinggir laut sebelum itu telah tenggelam. 

Cerita ustaz ini boleh tok terima sebab selalu sangat kita dengar cerita UFO muncul disana-sini. Mungkin UFO ini adalah kenderaan manusia zaman dulu yang dapat diselamatkan. Wallahu 'alam...


Salam Ukhuwah..~