Bacaan Popular

Ahad, 30 Jun 2013

Amal Yang Tetap Bermakna




Berhati-hatilah bagi orang-orang yang ibadahnya mengikut waktu atau bermusim, kerana boleh jadi perbuatan tersebut merupakan tanda-tanda keikhlasannya belum sempurna. Kerana aktiviti ibadah yang dilakukan secara bermusim, tiada lain ukurannya adalah urusan duniawi.

Ia hanya akan dilakukan kalau sedang memerlukan sesuatu, sedang dilanda musibah, atau sedang disempitkan dengan ujian dan kesusahan, meningkatlah amal ibadahnya. Tidak demikian halnya ketika pertolongan ALLAH datang, kemudahan menghampiri, kesenangan melimpah-ruah, kemampuannya bersenang-senangnya bersama ALLAH semakin menghilang.

Bagi yang amalnya bermusim, ketika menjelang pernikahan tiba-tiba saja ibadahnya jadi meningkat, solat wajib tepat waktu, tahajud nampak khusuk, tapi anehnya ketika sudah menikah, jangankan tahajud, solat subuh pun terlambat. Ini adalah perbuatan yang memalukan. Sudah diberi kesenangan, justru malah melalaikan perintah-Nya. Seharusnya sesudah menikah berusaha lebih gigih lagi dalam ber-taqarrub kepada ALLAH sebagai bentuk ungkapan rasa syukur.

Ketika berwudhu, misalnya, jika disamping kita ada seorang ulama yang cukup terkenal dan disegani, wudhu kita pun secara sedar atau tidak tiba-tiba dibagus-baguskan. Tetapi ketika tiada siapa pun yang melihat, wudhu kita pun kembali dilakukan dengan seadanya dan lebih dipercepat.

Atau ketika menjadi imam solat, bacaan Quran kita kadangkala digetar-getarkan atau disedih-sedihkan agar orang lain ikut sedih. Tapi sebaliknya ketika solat sendiri, solat kita menjadi kilat, padat dan ringkas. Kalau solat bersendirian dia begitu pantas, tapi kalau ada orang lain jadi kelihatan lebih bagus. Hati-hatilah boleh jadi ada sesuatu dibalik ketidakikhlasan ibadah-ibadah kita ini.

Kerananya kalau melihat amal-amal yang kita lakukan jadi semakin lemah kualiti dan kuantitinya ketika diberi kesenangan, maka itulah tanda bahwa kita kurang ikhlas dalam beramal.

Hal ini berbeza dengan hamba-hamba-Nya yang telah mencapai tahap maqam ikhlas, maqam di mana seorang hamba mampu beribadah secara istiqamah dan terus-menerus berkesinambungan. Ketika diberi kesusahan, dia akan segera saja bersimpuh sujud merindukan pertolongan ALLAH. Sedangkan ketika diberi kelapangan dan kesenangan yang lebih lagi, dia semakin bersimpuh dan bersyukur lagi atas nikmat-Nya ini.

Orang-orang yang ikhlas adalah orang yang kualiti beramalnya dalam keadaan ada atau tidak ada orang yang memperhatikannya adalah sama saja. Berbeza dengan orang yang kurang ikhlas, ibadahnya akan dilakukan lebih bagus ketika ada orang lain memperhatikannya, apalagi bila orang tersebut dihormati dan disegani.

Amat bertuahlah bagi setiap orang yang sentiasa ikhlas ini. Betapa tidak? Orang-orang yang ikhlas akan sentiasa dianugerahi pahala, bahkan bagi orang-orang ikhlas, amal-amal mubah (neutral) pun pahalanya akan berubah menjadi pahala amalan sunat atau wajib. Hal ini adalah disebabkan niatnya yang ikhlas.

Maka, bagi orang-orang yang ikhlas, dia tidak akan melakukan sesuatu perkara kecuali ia tetap niatnya kerana ALLAH saja. Kalau hendak duduk di kerusi diucapkannya, "Bismilahirrahmanirrahiim, ya ALLAH semoga perbuatan duduk ini menjadi amal kebaikan". Lisannya yang nyata sentiasa memuji ALLAH atas nikmatnya berupa kurniaan membolehkannya duduk sehingga ia dapat beristirahat menghilangkan kepenatan. Jadilah perbuatan duduk ini sarana (berniat) taqarrub kepada ALLAH.

Kerana ramai orang yang melakukan perbuatan duduk, namun tidak mendapatkan pertambahan nilai apapun, selain meletakkan punggungnya di kerusi. Tidak usah hairan apabila suatu ketika ALLAH memberi peringatan dengan sakit buasir atau bisul, sekadar peringatan bahawa perbuatan duduk adalah anugerah nikmat yang ALLAH kurniakan kepada kita.

Begitu pun ketika makan, sempurnakanlah niat di dalam hati, sebab sudah seharusnya di lubuk hati yang paling dalam kita meyakini bahawa ALLAH-lah yang memberi makan setiap hari, tiada satu hari pun yang luput dari limpahan curahan nikmatnya.

Kalau membeli sesuatu, perhitungkanlah juga bahawa apa yang dibeli, diniatkan kerana ALLAH. Ketika membeli kenderaan, niatkan kerana ALLAH. Kerana menurut Rasulullah SAW, kendaraan itu ada tiga jenis, 1) Kendaraan untuk ALLAH, 2) Kenderaan untuk syaitan, 3) Kenderaan untuk dirinya sendiri.

Apakah cirinya? Kalau niatnya benar, dipakai untuk tujuan ibadah, tujuan agama, maka inilah kenderaan untuk ALLAH. Tapi kalau sekadar untuk menunjuk-nunjuk, riak, ujub, maka inilah kenderaan untuk syaitan. Sedangkan kenderaan untuk dirinya sendiri, misalkan kuda dipelihara, dikembangbiakan, dipakai tanpa niat, maka inilah kenderaan untuk diri sendiri.

Pastikan bahawa jikalau kita membeli kenderaan, niat kita tiada lain hanyalah kerana ALLAH. Kerananya bermohon saja kepada ALLAH, "Ya ALLAH saya memerlukan kenderaan yang selayaknya, yang boleh meringankan untuk menuntut ilmu, yang boleh meringankan untuk berbuat amal, yang boleh meringankan dalam menjaga amanah". Subhanallah bagi orang yang telah meniatkan seperti ini, maka, petrolnya, tempat duduknya, shockbreaker-nya, dan semuanya dari kenderaan itu ada dalam timbangan kebaikan, insya ALLAH. Sebaliknya jika digunakan untuk maksiat, maka kita juga yang akan menanggungnya.

Kelebihan lain dari seorang hamba yang ikhlas adalah akan memperoleh pahala amal, walaupun sebenarnya belum menyempurnakan amalnya, bahkan belum mengamalkanya. Inilah istimewanya amalan orang yang ikhlas. Suatu ketika hati sudah meniatkan mahu bangun malam untuk tahajud, "Ya ALLAH saya ingin tahajud, bangunkan jam 03.30 ya ALLAH". Jam pun disetkan, isteri telah diberi tahu, "Mah, kalau awak bangun dulu, tolong bangunkan saya. Jam 03.30 kita akan tahajud. Ya ALLAH saya mahu bersujud kepadamu di waktu ijabahnya (terkabul) doa". Berdoa dan tidurlah ia dengan tekad bulat akan bangun tahajud.

Sayangnya, ketika terbangun ternyata sudah azan subuh. Bagi hamba yang ikhlas, dia akan gembira bercampur sedih. Sedih kerana tidak dapat solat tahajud dan gembira kerana ia masih dapat pahalanya. Bagi orang yang sudah berniat untuk tahajud dan tidak dibangunkan oleh ALLAH, maka kalau ia sudah bertekad, ALLAH pasti akan memberikan pahalanya.

Memang ALLAH tahu, hari-hari yang kita lalui akan menggunakan banyak tenaga. ALLAH Maha tahu apa yang akan terjadi, ALLAH juga Maha tahu bahawa kita mungkin telah kehilangan tenaga kerana kesibukkan kita. Hanya ALLAH-lah yang menidurkan kita dengan lena.

Walau apapun amal yang dilakukan oleh seorang hamba yang ikhlas akan tetap bermakna, akan tetap bernilai, dan akan tetap mendapatkan balasan pahala yang setimpal. Subhanallah. Wallahu a'lam bishshawab

kredit: pesantren



Salam Ukhuwah..~

Sabtu, 29 Jun 2013

Sikap Imam Al-Syafi'i Terhadap Ahli Bid'ah

Gambar sekedar hiasan sahaja.

Dari mukjizat Nabi s.a.w., Baginda mengatakan bahawa umat Islam akan berpecah. Ini adalah realiti pada hari ini di mana Umat Islam berpecah seperti mana yang disebutkan dalam hadis perpecahan Umat, di mana Baginda s.a.w. mengatakan bahawa umat Islam akan berpecah kepada 73 kumpulan, kesemuanya di dalam api neraka kecuali satu sahaja.
Hal ini juga disebutkan di dalam hadis Nabi s.a.w. daripada riwayat sahabat Irbadh bin Sariyah di mana Baginda s.a.w. mengatakan bahawa barangsiapa yang umurnya panjang dan hidup selepas kewafatan Baginda s.a.w. akan melihat perselisihan yang banyak, maka hendaklah dia berpegang dengan sunnah Nabi s.a.w. dan sunnah para Khulafa’. Inilah jalan yang selamat, iaitu kembali kepada sunnah Nabi s.a.w. dan juga sunnah para sahabat.


BANTAHAN IMAM AL-SYAFI’I TERHADAP SYIAH

Perkembangan mazhab Syiah pada zaman Imam Al-Syafi’i sangat lemah. Walau bagaimanapun ia tidak menghalang Imam Al-Syafi’i daripada menyanggah pengikut-pengikut Syiah ini. Yunus bin ‘Abdul A’la berkata: “Aku mendengar Imam Al-Syafi’i apabila disebut nama (Syiah) Rafidhah, dia pun mencela mereka sekeras-kerasnya dan mengatakan bahawa mereka adalah seburuk-buruk golongan.” (Manaqib Al-Baihaqi)
Imam Al-Syafi’i juga berkata: “Aku tidak pernah melihat seorang pun yang aku bersaksi akan kebohongannya selain dari golongan (Syiah) Rafidhah.’” (Ibid)

Imam Al-Syafi’i juga tidak membolehkan harta rampasan perang dibahagi sedikit pun kepada penganut Syiah Rafidhah yang ikut berperang. Beliau r.h. berkata: “Tidak diberi bahagian dari harta rampasan sedikit pun kerana Allah s.w.t. berfirman ketika menyebut ayat tentang rampasan, maksudnya: “Dan orang-orang yang datang sesudah mereka (Muhajirin dan Ansar), mereka berdoa: ‘Wahai Tuhan kami, ampunilah kami dan saudara-saudara kami yang telah beriman lebih dahulu dari kami.” (Al-Hasyr: 10), maka siapa yang tidak mengatakan ini tentu dia tidak berhak.” (Al-Thabaqat)

Ayat ini menunjukkan tentang wajibnya mencintai para sahabat Nabi s.a.w. kerana syarat untuk ditetapkan bahagian dari harta rampasan untuk orang-orang yang datang sesudah Sahabat Nabi s.a.w. adalah konsisten dalam cinta, kesetiaan, dan beristighfar untuk mereka (sahabat Nabi s.a.w.). Sebaliknya, orang yang mencela seorang sahaja dari mereka atau mempunyai keyakinan buruk terhadapnya, dia sama sekali tidak mempunyai hak di dalam harta rampasan.”

Hal yang sama diriwayatkan oleh Imam Malik dan yang lain. Imam Malik berkata, “Siapa yang membenci salah seorang sahaja dari sahabat Muhammad s.a.w. atau di hatinya tersimpan dengki kepada mereka, maka tidak ada hak baginya dalam harta rampasan kaum Muslimin.” Kemudian dia membacakan firman Allah dalam Surah Al-Hasyr ayat 10. (Tafsir Al-Qurthubi)

Walaupun begitu jelas penolakan Imam Al-Syafi’i terhadap Syiah, serta penolakannya terhadap kesaksian Syiah, serta larangannya untuk solat di belakang Syiah, namun ada sahaja kelompok yang menuduh Imam kaum Muslimin ini sebagai Syiah. Tuduhan ini telah dibantah antaranya oleh muridnya sendiri iaitu Imam Ahmad r.h.

Ibnu Katsir pula menegaskan: “Imam Al-Syafi’i terlalu mulia kedudukannya dan terlalu tinggi kehormatannya untuk sependapat dengan Syiah, suatu kelompok pinggiran, sebab beliau memiliki pemahaman yang sempurna, hafalan yang luar biasa, pemikiran yang cemerlang, dan daya logik yang cermat.” Kemudian Ibnu Katsir menyebutkan bukti-bukti tentang sikap konsistennya Imam dalam mengikuti mazhab Salaf dalam menyikapi para Sahabat.


PANDANGAN IMAM AL-SYAFI’I TERHADAP SUFI

Tasawuf adalah satu metod yang permulaannya adalah zuhud total dan kemudian berkembang dan setelah itu para penganutnya mula memperkenalkan nyanyian, muzik, dan tarian. Menurut mereka, tasawuf adalah pelatihan jiwa dan mujahadah ke arah akhlak yang baik seperti zuhud, sabar, ikhlas, jujur dan sifat terpuji yang lain. Akhirnya mereka dihalangi dari ilmu kerana mereka melihat bahawa yang menjadi tujuan adalah amal perbuatan. Apabila cahaya ilmu telah terpadam, akibatnya mereka teraba-raba dalam kegelapan.

Tidak dinafikan bahawa niat dan tujuan mereka baik, namun mereka tidak berada di atas kebenaran akibat tidak menitik beratkan ilmu sehingga ada di antara mereka yang mengamalkan hadis-hadis maudhu’ (palsu) sedangkan dia sendiri tidak menyedarinya. Tatacara ibadah beberapa kelompok di antara mereka menjadi bercabang-cabang kepada tarikat-tarikat sehingga akidah mereka pun menjadi rosak.

Pada zaman Imam Al-Syafi’i belum ada pendokong sufi kecuali sangat sedikit. Ungkapan sufi tidak popular pada tiga abad pertama, tetapi setelah kurun itu apabila ia mulai muncul, perbincangan tentang sufi banyak dibicarakan. Imam Syafi’i tidak ketinggalan menyanggah setiap bid’ah yang dilihat pada golongan ini. Telah masyhur perkataan Imam Al-Syafi’i tentang sufi, antaranya beliau berkata: “Pangkal tasawuf itu adalah kemalasan.” (Manaqib Al-Baihaqi)

Akibat jauhnya ahli sufi dari ilmu, Iblis sentiasa mengelabui mata mereka dengan pelbagai bentuk bid’ah hingga mereka mewujudkan untuk diri mereka sunnah-sunnah (tatacara ibadah) ciptaan mereka sendiri. Contohnya seperti bid’ah taghbir iaitu mereka menyebut “Allah, Allah” dengan menepuk-nepuk di atas tanah (untuk menghasilkan irama).
Berkenaan hal ini, Imam Al-Syafi’i berkata, “Aku tinggalkan di Iraq suatu yang diciptakan oleh kaum Zindiq, iaitu taghbir yang mereka sangka dapat melunakkan hati. Padahal ia menjauhkan manusia dari Al-Quran.” (Manaqib Al-Baihaqi)

Dari Ibnul Jauzi, Abu Mansur Al-Azhari menyebut bahawa mughabbirah adalah sekelompok orang yang bersungguh-sungguh di dalam zikir kepada Allah dengan doa dan merendah diri kepadaNya. Mereka menamakan apa yang mereka senangi dari syair taghbir. Apabila mereka melihat ia dilantunkan dengan suara yang merdu, mereka merasa senang dan menari-nari. Dari itu mereka dinamakan mughabbirah.

Imam Al-Syafi’i berkata: “Sama’ (mendengar nyanyian) adalah hiburan yang dibenci dan menyerupai kebatilan. Siapa yang banyak melantunkannya, dia termasuk orang yang dungu dan tidak diterima kesaksiannya.” Al-Zajjaj berkata: “Imam Al-Syafi’i membenci taghbir. Kalangan pemuka dari teman-teman Imam Al-Syafi’i mengingkari sama’ sebagaimana tidak ada perbezaan di kalangan pengikut awalnya tentang hal itu. Di kalangan pengikutnya yang akhir yang turut mengingkari ialah Abu Al-Thayyib Al-Thabari, bahkan dia menulis kitab tentang larangan dan celaan terhadap nyanyian.
Selain Abu Al-Thayyib, juga Al-Qadhi Abu Bakar Muhammad bin Muzaffar Al-Syami. Dia berkata, “Tidak dibolehkan nyanyian, mendengarnya, dan memukul-mukul tongkat (untuk menghasilkan irama). Barangsiapa menyandarkan hal itu kepada Imam Al-Syafi’i bererti dia telah berbuat dusta terhadapnya.” Bahkan Imam Al-Syafi’i menerangkan di dalam kitab Adab Al-Qadha’: “Apabila seseorang terus-menerus mendengar nyanyian, nescaya ditolak kesaksiannya dan batal kelurusan agamanya.”

Ibnul Jauzi berkata: “Ini adalah pendapat kalangan ulama Syafi’iyah dan para ahli agama di antara mereka. Hanya kalangan mutaakkhir (orang yang datang kemudian) yang memberi kemudahan tentang hal itu, yakni orang yang minima ilmu dan dikuasai hawa nafsu.” (Talbis Iblis)

Dalam hal ini, perlu kita ketahui bahawa setiap jalan dan setiap syariat yang tidak menepati cara dan ajaran Rasulullah adalah sesat dan terpesong. Ini kerana ilmu itu adalah apa yang difirmankan oleh Allah dan apa yang disabdakan oleh Rasulullah s.a.w. dan apa yang disebut oleh para sahabat. Selain daripada itu bukanlah ilmu sebaliknya adalah bisikan daripada Syaitan.

Allah s.w.t. memerintahkan Rasulullah s.a.w. melakukan setiap yang makruf dan melarang setiap yang munkar, menghalalkan setiap yang baik dan mengharamkan setiap yang buruk. Nabi s.a.w. bersabda: “Tidaklah Allah mengutus seorang Nabi, kecuali sudah menjadi kewajipan baginya untuk mengarahkan umatnya kepada kebaikan sesuai apa yang diketahuinya untuk mereka, dan melarang dari keburukan apa yang diketahui untuk mereka.” (Riwayat Muslim)


CARA MENYIKAPI AHLI BID’AH PADA ZAMAN INI

Kita berdepan dengan ahli bid’ah pada zaman ini seperti mana ulama-ulama Islam telah berdepan dengan mereka pada zaman dahulu. Kita menasihati mereka serta memberi peringatan yang baik kepada mereka. Di samping itu kita juga memulau majlis-majlis mereka dan tidak menghadiri majlis-majlis mereka. Hal ini adalah kerana majlis bid’ah tidak diredai oleh Allah s.w.t. dan mengundang murka Allah.

Imam Ahmad ketika ditanya tentang taghbir, beliau menjawab: “Sesuatu yang bid’ah.” Beliau ditanya lagi: “Bolehkah kami duduk-duduk bersama mereka?” Beliau menjawab: “Tidak boleh duduk bersama mereka.” (Majmu’ Al-Fatawa)

Sesungguhnya kebaikan itu semuanya terletak pada perbuatan mengikuti Nabi s.a.w, sedangkan keburukan semuanya terletak pada perbuatan yang menyalahinya iaitu bid’ah dalam masalah yang Allah tidak izinkan padanya (masalah agama). Wallahu a’lam.

kredit: Syaikh Muhammad bin Abdul Wahhab Al-‘Aqil, Pensyarah Jabatan Akidah, Uni. Islam Madinah, Arab Saudi. Susunan Teks: Ustaz Idris bin Sulaiman, Pegawai Penyelidik, Kedutaan Arab Saudi. Di sunting semula Tok Wan


Salam Ukhuwah..~

Jumaat, 28 Jun 2013

Sujud Syukur



DEFINASI 

Sujud Syukur ialah sujud terima kasih kerana mendapat nikmat (keuntungan) atau terhindar daripada bahaya dan kesusahan yang besar.


Waktunya 

Sujud Syukur disunatkan sewaktu mendapat keuntungan atau sewaktu terhindar daripada bencana dan sebagainya


Dalilnya 

Daripada Saiyidina Abu Bakar r.a. menceritakan bahawa Nabi Muhammad s.a.w. Apabila datang kepada beliau sesuatu yang mengembirakan atau khabar yang baik, beliau terus sujud berterima kasih kepada Allah ta'ala. Hadis diriwayatkan oleh Abu Daud dan Termidzi r.a.


Rukunnya 

1 Niat
2 Takbiratulihram
3 Sujud
4 Memberi salam



Syarat-syaratnya 

Disyaratkan sujud syukur dengan beberapa syarat :
a. Suci dari hadath besar dan kecil
b. Suci dari najis samaada di badan, pakaian dan tempat
c. Menghadap ke kiblat
d. Menutup aurat


Cara-cara melakukannya.

Pertama : Niat, SAHAJA AKU SUJUD SYUKUR KERANA ALLAH TAALA
Kedua : Mengangkat takbiratulihram, ( ALLAHUAKBAR )
Ketiga : Sujud, sepertimana sujud dalam Solat



Bacaan dalam sujud

1. SUBHANALLAH WALHAMDULILLAH WALA ILAHA ILLALLAH HUWALLAHU AKBAR 3kali

2. Kemudian berdoa di dalam hati dalam bahasa melayu (peringatan kalau dilafazkan dalam bahasa melayu batal sujud syukur tersebut)

A. YA ALLAH KAMI BERSYUKUR DI ATAS KURNIAAN DAN NIKMATMU

B. YA ALLAH KAMI BERSYUKUR DENGAN REZEKI YANG TELAH ENGKAU BERIKAN KEPADA KAMI

C. YA ALLAH AMPUNLAH DOSA-DOSA KAMI, KEDUA IBU BAPA DAN ORANG-ORANG YANG BERIMAN

D. YA ALLAH JAUHILAH RUMAH DAN TEMPAT KERJA KAMI DARI BENCANA DAN MALAPETAKA

E. YA ALLAH KAMI BERJANJI UNTUK MENTAATI SEGALA PERINTAH-MU DAN MENJAUHI SEGALA LARANGAN-MU

Keempat : Duduk selepas sujud lalu memberi salam.

kredit: rakangroup


Salam Ukhuwah..~

Khamis, 27 Jun 2013



DALAM dunia moden dan era globalisasi pelbagai ciptaan terbaharu dicipta oleh ahli sains dan teknologi untuk memudahkan kerja-kerja yang dilakukan oleh manusia.


Salah satunya adalah komputer dan telefon pintar yang ada kaitannya dengan Teknologi Maklumat (IT). Semua alat ini sebenarnya adalah bertujuan untuk kebaikan dan memudahkan manusia berkomunikasi dan juga beribadat melaluinya.


Kepada anak remaja, jangan jadikan telefon pintar sebagai "nyawa". Jadikan ia sebagai alat mendekatkan diri kepada-Nya bukan melalaikan. Jauhkan segala sifat-sifat tercela seperti riak, lupa diri, lalai dan terbuai dengan lagu-lagu membuai layu. Segalanya adalah alat yang menguji keimanan kita.


Oleh itu, jadikan alat-alat ini iaitu komputer dan telefon pintar, gajet dan sebagainya sebagai alat yang memudahkan kita, bukan mendatangkan masalah dan melalaikan kehidupan kita di dunia serba canggih dan perlukan maklumat yang cepat.


Ibu bapa juga memainkan peranan dengan menasihati anak-anak remaja yang berusia antara 11 hingga 17 tahun tentang kepentingan alat-alat ini dalam kehidupan masa kini. Jika tidak dipantau dan diberikan panduan, kemungkinan ia akan mengganggu ke arah proses pembelajaran dan mengganggu tumpuan kepada pelajaran.


Adalah lebih baik ibu bapa memberikan bimbingan dan nasihat iaitu sewaktu belajar jangan menggunakan telefon dan mendengar lagu serta membuka komputer riba. Jelaskan kepada mereka keutamaan ilmu pengetahuan dan kemahiran lain adalah lebih penting dalam kehidupan masa depan.


Sesungguhnya, martabat ilmu itu sangat tinggi kedudukannya dalam Islam. Bahkan iman dan amal tidak sah tanpa ilmu. Oleh sebab itu, Islam mewajibkan umatnya yang mukalaf supaya belajar dan mengajar, paling tidak mengenai fardu ain.


Konsep berilmu, beramal dan berakhlak mestilah diterapkan dalam jiwa anak-anak. Nabi s.a.w. bersabda: "Tuntutlah ilmu, sesungguhnya menuntut ilmu adalah pendekatan diri kepada Allah s.w.t. dan mengajarkannya kepada orang yang tidak mengetahui adalah sedekah.



Ilmu pengetahuan


Sesungguhnya ilmu pengetahuan menempatkan orangnya dalam kedudukan terhormat dan mulia (tinggi) ilmu pengetahuan adalah keindahan bagi ahlinya di dunia dan akhirat." (riwayat ar-Rabii')


Berkaitan dengan fenomena ciptaan baharu ini, Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud:
"Tiga perkara yang aku takuti akan menimpa umatku setelah aku tiada iaitu kesesatan sesudah memperoleh pengetahuan, fitnah-fitnah yang menyesatkan dan syahwat perut serta seks." (ar-Ridha)


Jika dilihat penggunaan telefon pintar, Internet banyak menjurus kepada perkara-perkara seperti tohmahan, khabar angin, fitnah yang menyesatkan dan paparan lucah yang disebutkan oleh Nabi s.a.w. seperti mana dalam hadis di atas.


Seterusnya, berkaitan dengan bidaah Nabi s.a.w. bersabda:
"Barang siapa menipu umatku maka baginya laknat Allah, para malaikat dan seluruh manusia. Ditanyakan, "Ya Rasulullah, apakah pengertian tipuan umatmu itu?." Baginda menjawab: Mengada-adakan amalan bidaah, lalu melibatkan orang kepadanya."(riwayat Dar Alquthni daripada Anas).


Adalah menjadi kesalahan kepada ibu bapa apabila anak tidak melaksanakan ibadah seperti solat dan sebagainya. Keruntuhan moral remaja banyak berpunca daripada pengaruh Internet, telefon pintar, pergaulan bebas dan tiada kawalan dan pemantauan daripada ibu bapa.


Apa yang penting adalah bukan untuk mencari kesalahan dan menghukum pesalahnya tetapi membetulkan dan menangani kesilapan dan kekurangan itu sebaik mungkin. Asas pendidikan itu bermula dan berakar dari rumah tangga dan menjadi tanggungjawab ibu bapa.


Fungsi dan tanggungjawab ibu bapa sangat besar dalam menentukan hala tuju anak-anak dalam kehidupan mereka bagi menjadikan mereka beriman, berakhlak, berilmu pengetahuan dan berkemahiran dalam semua bidang kehidupan.



Silap didikan


Di sinilah asas utamanya, di mana kesilapan dan kesalahan didikan mampu menyebabkan anak-anak menjadi hilang arah tujuan dan pedoman. Ibu bapa juga mesti sentiasa memantau siapa kawan anak-anak mereka.


Lebih mengundang mimpi ngeri kepada ibu bapa dan juga anak-anak apabila tidak dipantau ia menjerumuskan anak-anak ke lembah kehidupan yang penuh noda. Sebagai ibu bapa pastikan anak-anak memilih kawan yang beriman dan soleh. Serta pastikan anak-anak sentiasa keluar rumah dengan ibu bapa atau kalangan keluarga yang boleh dipercayai.


Dalam hal ini, Rasulullah s.a.w. ditanya tentang peranan kedua-dua orang tua. Baginda s.a.w. lalu menjawab,
"Mereka adalah (yang menyebabkan) syurgamu atau nerakamu." (riwayat Ibnu Majah)


Apabila ibu bapa lalai terhadap bahan bacaan, tontonan dan pergaulan anak-anak, tunggulah akibatnya yang akhirnya menjadi beban kepada ibu bapa untuk menanggung akibatnya. .


Kurangnya kasih sayang dan perhatian daripada ibu bapa terhadap anak-anak remaja dapat mendorong mereka ke arah mencari kebebasan hak dan keperluan mereka di luar rumah yang akhirnya menyebabkan mereka terjebak dengan pelbagai gejala sosial.

kredit: DR. AMINUDIN MANSOR


Salam Ukhuwah..~

Rabu, 26 Jun 2013

Sifat Neraka



اللهم ارنا الحق حقا وارزقنا اتباعه وارنا الباطل باطلا وارزقنا اجتنابه

Allahumma arinal haqqa, haqqa, warzuqnattiba’ah, 

wa arinal bathila bathila, warzuqnajtinabah.

Ya Allah, tunjukkanlah yang kebenaran itu sebagai kebenaran,
dan kurniakanlah kami kekuatan untuk mengikutinya
(memperjuangkannya), dan tunjukkanlah yang
batil itu sebagai batil dan kurniakanlah kami
kekuatan untuk menjauhinya
(menghapuskannya).




SIFAT NERAKA.

Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata: Jibrail datang kepada Nabi s.a.w. pada waktu yang ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya, maka ditanya oleh Nabi s.a.w.: ‘Mengapa aku melihat kau berubah muka?’

Jawabnya: ‘Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yang mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu benar, dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa aman dari padanya…’

Lalu Nabi s.a.w.. bersabda: ‘Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat Jahannam.’

Jawabnya: ‘Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah yang mengutus engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya.

Demi Allah yang mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itu digantung di antara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi kerana panas dan basinya.

Demi Allah yang mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yang disebut dalam Al-Quran itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai ke bawah bumi yg ke tujuh.

Demi Allah yg mengutus engkaudengan hak, andaikan seorang di hujung barat tersiksa, nescaya akan terbakar orang-orang yang di hujung timur kerana sangat panasnya, Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi dan minumannya air panas campur nanah dan pakaiannya potongan-potongan api. Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang tertentu dari orang laki-laki dan perempuan.’

Nabi s.a.w. bertanya: ‘Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah kami?’ Jawabnya: ‘Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya di bawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun, tiap pintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda.’ (nota kefahaman: iaitu yg lebih bawah lebih panas)

Tanya Rasulullah s.a.w..: ‘Siapakah penduduk masing-masing pintu?’

Jawab Jibril :

Pintu pertama yakni ’Pintu yang terbawah untuk orang-orang munafik, dan orang-orang yang kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat Nabi Isa a.s. serta keluarga Fir’aun sedang namanya Al-Hawiyah.

Pintu kedua tempat orang- orang musyrikin bernama Jahim,

Pintu ketiga tempat orang shobi’in bernama Saqar.

Pintu ke empat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusi bernama Ladha,

Pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah..

Pintu ke enam tempat orang nasara bernama Sa’eir.’



Kemudian Jibril diam segan pada Rasulullah s.a.w. sehingga ditanya‘Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?’

Jawabnya: ‘Di dalamnya orang-orang yang berdosa besar dari ummatmu yang sampai mati belum sempat bertaubat.’

Maka Nabi s.a.w. jatuh pingsan ketika mendengar keterangan itu, sehingga Jibril meletakkan kepala Nabi s.a.w. di pangkuannya sehingga sedar kembali dan sesudah sadar Nabi saw bersabda:

‘Ya Jibril, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari ummat ku yang akan masuk ke dalam neraka?’

Jawabnya: ‘Ya, iaitu orang yang berdosa besar dari ummatmu.’

Kemudian Nabi s.a.w. menangis, Jibril juga menangis, kemudian Nabi s.a.w. masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang selalu menangis dan minta kepada Allah.(dipetik dari kitab ‘Peringatan Bagi Yg Lalai’)

Dari Hadith Qudsi: Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sedangkan kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari Ku..
Tahukah kamu bahawa neraka jahanam-Ku itu:

1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat
2. Setiap tingkat mempunyai 70,000daerah
3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung
4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah
5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik
6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak
7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum
8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular
9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta mengandungi lautan racun yang hitam pekat.
10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 rantai
11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat


Mudah-mudahan ini dapat menimbulkan keinsafan kepada kita semua.

kredit: rakangroup


Salam Ukhuwah..~

Selasa, 25 Jun 2013

Sifat Malu




Suatu hari, demikian dikisahkan, seorang lelaki mendatangi Imam Hambali (780-855). Ia lelaki yang banyak bergelumang dengan maksiat. Tiba-tiba ia datang ke majlis pengajian Imam Hambali untuk menceritakan mimpinya itu.

Dalam mimpi itu, kata lelaki itu, ia merasa sedang berada dalam sekumpulan manusia yang berada di hadapan Rasulullah s.a.w. Rasul s.a.w. kelihatan berada di tempat yang agak tinggi. Satu persatu, orang-orang mendatangi Rasul s.a.w. dan berkata, "Doakan saya ya Rasulullah." Rasul s.a.w. pun mendoakan orang-orang itu. "Akhirnya tinggal aku sendiri," kata lelaki yang menceritakan mimpinya itu. "Aku pun sangat ingin mendatangi Baginda s.a.w, tapi aku malu atas berbagai maksiat yang telah kulakukan. Rasul s.a.w. lalu berkata,"Mengapa kau tidak datang kepadaku dan minta kudoakan?" "Wahai Rasulullah," kata lelaki itu, "Aku terhalang oleh rasa malu akibat perbuatan-perbuatan burukku di masa lalu." "Kalau engkau merasa terhalang oleh rasa malu, berdirilah dan mintalah agar aku mendoakanmu. Bukankah engkau tak pernah menghina para sahabatku," jawab Rasullah s.a.w. dalam mimpi tersebut.

Itu hanya sebuah kisah kecil dari percubaan umat manusia meninggalkan kemaksiatan untuk hijrah ke bumi kebaikan. Perjumpaan serta dialog dengan Rasul s.a.w. pun hanya ada dalam mimpi, bukan dalam kenyataan. Mimpi bukanlah dasar yang kukuh untuk dijadikan pegangan, walaupun para pecinta sejati Rasulullah s.a.w. meyakini bahawa mimpi bertemu Rasulullah s.a.w. adalah sama dengan pertemuan yang sebenarnya, dan mimpi seperti itu hanya mungkin dialami oleh mereka yang mendapat syafa'at.

Tetapi Imam Hambali menghargai keterangan lelaki pendosa tersebut. Laki-laki itu mempunyai rasa malu di atas perbuatan-perbuatan buruknya. Rasa malu itu yang mencegahnya terperosok semakin dalam ke jurang kemaksiatan, dan malah mengangkatnya ke dataran kebaikan. Mimpi itu adalah jalan yang menghantarkannya menuju ke pintu taubat dengan menemui Imam Hambali. Maka, Imam Hambali pun berkata pada lelaki itu untuk menyebarkan kisah tersebut agar memberi kemanfa'atan pada orang-orang lain.

Di dalam perjalanan manusia sebagai hamba untuk mendekati pada Sang Kekasih, Allah Azza Wajalla, rasa malu barulah merupakan tangga yang pertama. Masih sangat jauh dari wujud rasa cinta yang semestinya. Tapi, apa yang membuat kita dapat mencapai tangga ke-99 bila tangga pertama pun kita tak sanggup menapakinya? Bukankah kita tak melupakan petunjuk Rasulullah s.a.w. bahwa "Malu adalah sebahagian dari iman."

Rasullullah s.a.w. sekalipun menggenggam rasa malu di hadapan Allah Sang Maha Penyayang. Setidaknya itu tercetus dalam kisah Mi'raj, saat Muhammad s.a.w. menerima perintah secara langsung agar umatnya mendirikan solat. Mula-mula Allah memerintahkan solat 50 kali dalam sehari. Rasulullah s.a.w. sempat menyanggupi, namun Rasul lain yang ditemui dalam perjalanan ghaib tersebut mengingatkannya bahawa tugas itu terlalu berat bagi umat Muhammad s.a.w.

Rasullullah s.a.w. pun meminta keringanan sehingga tugas diturunkan lima kali. Masih terlalu berat, Rasulullah s.a.w. meminta keringanan lagi. Demikian terus-menerus hingga kewajiban solat hanya lima kali sehari. Saat itu, Muhammad s.a.w. diingatkan bahawa lima kali sehari masih terlampau berat. Namun, Rasulullah s.a.w. telah malu hati untuk kembali mengajukan keringanan pada Allah s.w.t.

Hanya Allah yang Maha tahu seberapa benar kisah tersebut, tapi kisah itu telah menunjukkan perasaan malu dalam kehidupan rohaniah Rasulullah s.a.w.  Adakah kita rasa malu kerana mengabaikan solat? Malukah kita kerana hanya mempunyai sedikit bekalan kebaikan dalam kehidupan ini.

Allah sentiasa menyaksikan setiap langkah kita. Maka semestinya kita malu berbuat hal yang membazir, apatah lagi maksiat, di hadapan-Nya. Semestinya kita harus malu kerana tak cukup beribadah kepada-Nya. Semestinya kita harus malu bila tidak berkerja keras menyelesaikan amanat-masing-masing.

Semestinya kita malu kerana tidak mensyukuri nikmat, menuntut kenaikan gaji dengan mengeluh bukan dengan meningkatkan kualiti kerja sendiri. Semestinya kita harus merasa malu bila menjadi orang atasan tetapi tak mampu mengangkat nasib orang bawahan, dan sebagai seorang pemimpin tetapi gagal mensejahterakan rakyat yang kita pimpin. Lazimnya, kita hanya malu untuk urusan duniawi di hadapan manusia lain, bukan urusan kebaikan di hadapan Allah s.w.t.

Tokoh sufi Rabi'ah Al-Adawiyah juga mengungkapkan rasa malunya. Suatu ketika, ia ditanya mengapa tidak minta pertolongan materi (tentera) dari sahabat-sahabatnya. Rabi'ah menjawab tenang. "Aku malu kalau harus minta tentera pada Allah, padahal Dialah pemilik segala tentera. Apakah aku harus minta tentera pada orang yang jelas bukan pemilik tentera itu."

Suatu doa kerap dikumandangkan sebagai pujian di lingkungan madrasah atau masjid. "Tuhanku, aku merasa tak layak untuk mendapat surga-Mu. Tapi aku pun tak sanggup menanggung azab neraka-Mu. Maka terimalah taubatku, maafkan segala dosaku. Sungguh Engkau adalah Pengampun Yang Maha Besar."

Rasa malu telah membuat seorang wali Allah memanjatkan doa itu. Tidakkah kita malu bila tidak mengikuti jalan yang telah ditempuhi Rasulullah s.a.w. dan para wali Allah untuk menuju ke pangkuan-Nya. (zaim uchrowi)

kreditrenungan pesantren



Salam Ukhuwah..~

Isnin, 24 Jun 2013

Orang Yang Mengerti Al Quran Yang Mula-mula Diazab Di Neraka




Rasulullah s.a.w. bersabda:


“Pada hari kiamat Allah akan menghukum semua makhluk dan semua makhluk tertekuk lutut. Pada hari itu orang yang pertama sekali akan dipanggil ialah orang yang mengerti Al-Quran, kedua orang yang mati fisabilillah dan ketiga ialah orang kaya.


Allah akan bertanya kepada orang yang mengerti Al-Quran: “Bukankah Aku telah mengajar kepadamu apa yang Aku turunkan kepada utusan-Ku..?…


Orang itu menjawab: “Benar Ya Tuhanku. Aku telah mempelajarinya di waktu malam dan mengerjakannya di waktu siang.”


Allah berfirman, yang artinya: “Dusta! Kamu hanya mahu digelar sebagai Qari dan Qariah, malaikat juga berkata demikian.”


Datang orang kedua, lalu Allah bertanya: “Kenapa kamu terbunuh..?” Jawab orang itu: “Aku telah berperang untuk menegakkan agama-Mu.”


Allah berfirman: “Dusta! Kamu hanya ingin disebut pahlawan yang gagah berani dan kamu telah mendapat gelaran tersebut, malaikat juga berkata demikian.”


Kemudian datang orang ketika pula: “Apa kamu buat terhadap harta yang Aku berikan kepadamu..? “Jawab orang itu:


“Aku gunakan untuk membantu kaum keluargaku dan juga untuk bersedekah.”


Lantas Allah berfirman: “Dusta! Kamu hanya ingin disebut dermawan dan kamu telah dikenali, malaikat juga berkata demikian.”


Sabda Rasulullah SAW lagi:



“Ketiga-tiga orang inilah yang pertama-tama akan dibakar dalam api neraka."




Semoga bermanfaat buat kita semua.


Salam Ukhuwah..~

Ahad, 23 Jun 2013

Tangisilah Dunia Ini



Dari Ummu Salamah r.ha meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda "Mana-mana wanita yang meninggal dunia dalam keadaan suaminya redha kepadanya, nescaya dia akan masuk kedalam syurga." (Hadith Riwayat At Tirmizi)


Tangisan ahli neraka amat dahsyat

Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka bersifat yang demikian ialah orang-orang yang berjaya. ( Surah Ali Imran : 104 )

Sesungguhnya telah datang kepada kamu Rasul kami (Muhammad s.a.w) yang menerangkan kepada kamu (akan syariat Islam) ketika terputusnya (kedatangan) Rasul-rasul (yang diutus), supaya kamu tidak (berdalih) dengan berkata (pada hari kiamat): Tidak datang kepada kami seorang pun pembawa berita gembira dan juga pembawa amaran (yang mengingatkan kami). Kerana sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang pembawa berita gembira dan juga pembawa amaran dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. (Surah Al Maidah 19)

PENJENAYAH di penjara memiliki gelaran paling buruk yang diberi oleh masyarakat kerana membenci perbuatan mereka. Si pencuri, perompak, perogol dan pembunuh. Walaupun bertaubat atau tamat tempoh tahanan, jarang masyarakat boleh menerima bekas banduan ini. Kalau pun boleh, pasti mereka akan sentiasa berwaspada dan curiga. Betapa hebatnya kebencian kepada perbuatan jenayah.


Dapatkah bayangkan keadaan manusia ketika berada di mahkamah Allah nanti? Pada hari penghisaban, apakah akan terasa malu seperti si penjenayah yang malu apabila kesalahannya menjadi bahan laporan dalam akhbar? Bolehkah muka ini ditutup?
Bolehkah mengupah peguam paling hebat untuk menghadapi segala pertuduhan ke atas diri sendiri? Mungkinkah semua orang boleh dibeli dengan wang dan pengaruh? Adakah ada jalan untuk melarikan diri?

Kita manusia yang kerdil, tetapi mengapa berlagak seperti Tuhan Pemilik segalanya? Manusia bertingkah seperti syaitan, padahal dia berada dalam genggaman Tuhannya. Ketika dia merampas hak orang lain, segala rekod perbuatannya itu disimpan kukuh sebagai bukti.

Mengapakah Allah SWT tidak menurunkan bala-Nya terus menerus pada saat seseorang itu melakukan dosa? Jawapannya adalah firman Allah bermaksud:
"Berapa banyak penduduk negeri yang telah Aku beri tempoh, sedangkan mereka berbuat zalim, kemudian Aku seksa mereka dan kepada-Ku mereka kembali." (Surah AlHajj 48)


Biarlah pelaku dosa itu diberi tempoh selagi hayatnya di atas bumi ini belum berakhir. Allah Maha Penerima Taubat. Tetapi, sayang sekali, mereka suka menunda taubat, menganggap peluang itu untuk berpuas-puas terlebih dulu dan bertaubat kemudian.

Semakin dihulur setiap peluang, maka semakin buta matanya, pekak telinganya, keras hatinya dan hebat bergaya mengalahkan syaitan.

Diteguk segala kemanisan syahwat duniawi sehingga lupa kepanasan buah zaqqum tanaman neraka yang akan diletakkan di dalam kerongkongnya nanti.

Hatinya puas menikmati kesenangan yang memuncak pada hujung keghairahan. Tetapi, dia lupa di dasar lubang jahanam yang gelap itu nanti terpaksa melalui aksi pembakaran manusia, penyeksaan dan pembunuhan yang tidak pernah berhujung dengan kematian.

Jurang neraka terlalu curam, setiap penderhaka akan merasai seksa dihumbankan ke dalamnya. Pernahkah kita membayangkan jatuh dari ketinggian sejauh 70 tahun perjalanan baru sampai ke dasar lantainya? Jika kejadian itu di dunia ini, bagaimana pula keadaan orang yang jatuh ke dasar jurang neraka itu nanti?

"Pada suatu hari kami berada di sisi Rasulullah s.a.w, tiba-tiba terdengar suara benda yang jatuh. Lalu Baginda bertanya:
"Tahukah kamu semua suara apakah itu?" Kami menjawab: "Allah dan rasul-Nya lebih mengetahui." Baginda bersabda yang maksudnya: "Itu adalah suara batu yang dilemparkan ke dalam neraka jahanam sejak 70 tahun yang lalu dan sekarang baru sampai ke dasarnya." Hadis riwayat Imam Muslim

Sesungguhnya mereka yang berada dalam neraka itu hidup dan merasai setiap kesakitan itu sedikit demi sedikit. Diganti setiap kulit yang hangus dengan kulit yang baru. Sehari di sana sama seperti seribu tahun di dunia ini.

Mengapakah mereka memilih kesenangan haram yang sebentar saja di dunia ini? Pada hal mereka pandai mengira, tahu membezakan makna sengsara dan bahagia, berakal tajam dalam menganalisis segala sesuatu. Allah mengingatkan kita bahawa azab dan sengsara yang akan diderita itu bukan sebentar.

Firman-Nya bermaksud;
"Sesungguhnya sehari di sisi Tuhanmu seperti seribu tahun daripada apa yang kamu hitung." (Surah al-Hajj 47)

Bagaimanakah suara tangisan ahli neraka? Pernahkah anda mendengar tangisan orang yang dipisahkan daripada keluarganya? Tangisan orang yang menderita sakit dan terpaksa disuntikkan ubat penahan sakit? Tangisan orang yang kematian anak yang disayang? Tangisan orang yang gagal dalam kerjaya? Tangisan perempuan yang disakiti suaminya? Tangisan orang kaya yang muflis? Tangisan ibu dan bapa yang disakiti anaknya? Semua jenis tangisan di atas dunia ini tidak sehebat tangisan ahli neraka. Tangisan yang mengalirkan penyesalan tidak berhujung. Tiada harapan dan peluang.

Mereka merayu kepada Tuhan:
"Wahai Tuhan kami, keluarkanlah kami daripadanya (kembalikanlah kami ke dunia) maka jika kami kembali kepada kekufuran, sesungguhnya kami adalah orang yang zalim." (Surah al-Mukminun, ayat 107)

Allah menjawab rayuan mereka itu dengan firman-Nya bermaksud:
"Tinggallah kamu dengan hina di dalamnya dan janganlah kalian bercakap dengan Aku."(Surah al-Mukminun, ayat 108)


Oleh itu, jika anda menangis di dunia ini, pastikan tangisan itu adalah tangisan penyesalan dan taubat kepada Allah . Barang siapa yang banyak menangis di sini, nescaya tiada air mata lagi yang akan jatuh menitis di Padang Mahsyar nanti. Balasan Allah sangat adil. Saksi yang dipanggil adalah anggota badan kita sendiri. Menunduklah wajah yang dulunya terngadah sombong, kecutlah hati yang dulunya bongkak dan bengkak serta menggigil sekujur badan bagai hendak melepaskan kulit. Lalu kita bertanya, layakkah aku mendapat perlindungan Allah ? Jawapannya payung Allah itu hanya untuk tujuh golongan saja.


Pemimpin yang adil.

Pemuda yang sentiasa beribadah kepada Allah semasa hidupnya.
Seseorang yang hatinya sentiasa terpaut dengan Masjid.

Dua orang yang saling mencintai kerana Allah , keduanya berkumpul & berpisah kerana Allah .

Seorang lelaki yang diajak oleh seorang perempuan cantik & berkedudukan untuk berzina tetapi dia berkata, "Aku takut kepada Allah ".

Seorang yang memberi sedekah tetapi dia merahsiakannya seolah-olah tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diberikan oleh tangan kanannya.

Seseorang yang mengingat Allah di waktu sunyi sehingga bercucuran air matanya.

kredit: rakangroup


Salam Ukhuwah..~

Sabtu, 22 Jun 2013

Bala Besar Untuk Kufur Yang Besar




MUTAKHIR ini, kita sering mendengar pelbagai berita tragedi di seluruh dunia. Selain bencana alam seperti gempa bumi, letupan gunung berapi, ribut taufan dan kemarau, kita dikejutkan dengan kejadian kejam seperti pembunuhan beramai-ramai, rompakan dan penculikan.

Kesan dari bencana itu, menyebabkan manusia kehilangan nyawa, kemusnahan harta benda termasuk tanaman dan ternakan dalam nilaian harta yang menjangkau jutaan ringgit.

Banyak tempat di mana sebelum ini tidak pernah berlaku bencana, mula dilanda pelbagai malapetaka tidak disangka-sangka. Kejadian yang berlaku secara mendadak itu sering kali mengundang keresahan ahli sains. Mereka agak sukar membuat telahan mengapakah bencana itu melanda di tempat yang tidak seharusnya berlaku kejadian itu.

Apa yang dapat disimpulkan pelbagai malapetaka itu disebabkan kemelut dan krisis yang sengaja diciptakan manusia sendiri. Sebahagian kita pada hari ini, seolah-olah hilang keyakinan untuk menjalankan tanggungjawab sebagai khalifah di bumi Allah ini.

Disebabkan kerenah dan krisis di kalangan manusia itulah juga barangkali Allah sengaja menimpakan bencana ke atas segelintir hamba-Nya yang tidak pernah untuk insaf, malah secara berterusan terbabit dengan pelbagai perbuatan yang menderhaka kepada Allah.

Semakin banyak kajian dan penyelidikan dibuat untuk membendung bencana daripada terus berlaku, semakin kerap pula Allah menurunkan bala dan malapetaka kepada golongan itu.

Allah berfirman bermaksud: “Dan apa juga yang menimpa kamu daripada kesusahan (bala bencana) maka disebabkan oleh apa yang kamu lakukan (perbuatan salah dan dosa) dan (dalam pada itu) Allah memaafkan sebahagian daripada dosa kamu.” (Surah as-Syura, ayat 30)

Sesungguhnya hanya dengan keyakinan, iltizam, istiqamah dan keinsafan mendalam membolehkan kita mencari kekuatan dalam diri bagi mengimarahkan bumi Allah dengan perbuatan yang diredai. Ini kerana kita hanya makhluk Allah yang dipinjamkan sementara untuk menetap di alam fana ini.

Setiap apa juga kerakusan dan keterlanjuran yang berlaku bukanlah disebabkan pihak tertentu saja. Ia mungkin disebabkan rentetan peristiwa berpanjangan akibat keegoan manusia untuk menguasai bumi ini secara total dan sering menganggap orang lain tidak ubah seperti hamba.

Tanpa sikap toleransi dan saling faham memahami, tentu saja pelbagai kejadian negatif akan cepat meletus. Apabila tercetusnya pertelingkahan, permusuhan dan dendam, pasti akan meletuslah perbalahan yang akhirnya hanya memusnahkan sebahagian besar makhluk di muka bumi.

Dapat difahami daripada ayat di atas, Allah berhak untuk menurunkan apa juga bala ke atas hambanya yang tidak bersyukur dengan nikmat dan kurniaan-Nya. Bahkan melakukan perbuatan yang sentiasa mengundang kemurkaan Allah.

Ada waktunya Allah hanya menurunkan malapetaka kecil. Ia adalah amaran Allah agar manusia segera berhenti daripada berbuat sesuatu yang boleh mengundang kemarahan-Nya. Tetapi, apabila datang bala yang lebih besar, ia bukan lagi sebagai ingatan dan amaran, sebaliknya bencana yang sengaja diturunkan Allah untuk memberi pembalasan di atas kerakusan manusia.

Lebih malang, apabila berlaku bencana Allah, ramai manusia yang tidak berdosa akan turut menjadi korban. Di sinilah pentingnya konsep ‘berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran’ sebagaimana ingatan Allah dalam Surah al-Asr.

Allah berfirman bermaksud: “Wahai kaumku, mintalah ampun daripada Tuhanmu, kemudian kembalilah mentaati-Nya agar diturunkan hujan lebat dan menambah bagi kamu kekuatan yang sedia ada dan janganlah kamu membelakangi seruan-Ku dengan terus menerus melakukan dosa.” (Surah Hud, ayat 52)

Keengganan menunaikan tuntutan agama seperti mengeluarkan zakat juga adalah salah satu hal yang boleh mengundang kemurkaan Allah. Di antaranya melalui kemarau panjang.

Dalam hal ini Rasulullah s.a.w. bersabda, maksudnya: “Tidak menghalang sesuatu kaum itu daripada mengeluarkan harta mereka melainkan mereka menghalang langit daripada menurunkan hujan. Kalaulah tidak kerana binatang yang ada di muka bumi ini, nescaya langit pasti tidak akan menurunkan hujan buat selama-lamanya.” (Hadis riwayat Muslim)

Daripada Tarmidzi, daripada Ali bersabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: “Apabila umatku melakukan 15 perkara berikut, maka layaklah bagi Allah menimpakan bencana ke atas mereka, iaitu:

1.  Apabila harta yang dirampas daripada peperangan diagihkan kepada orang tertentu saja.

2.  Apabila wang zakat dikeluarkan kerana menebus kesalahan.

3.  Apabila sesuatu yang diamanahkan menjadi milik sendiri.

4.  Apabila suami terlalu mentaati isteri.

5.  Apabila anak menderhakai ibu bapa.

6.  Apabila seseorang itu lebih memuliakan teman daripada ibu bapa sendiri.

7.  Apabila kedengaran lebih banyak bunyi bising.

8.  Apabila lebih ramai membicarakan hal keduniaan dalam masjid.

9.  Apabila pemimpin sesuatu kaum itu orang dihina oleh kaumnya sendiri.

10. Apabila memuliakan orang lain kerana takutkan ancaman yang akan diambil ke atasnya.

11. Apabila arak menjadi minuman biasa dalam majlis.

12. Apabila ramai lelaki memakai sutera.

13. Apabila wanita dijemput ke dalam majlis untuk menghiburkan lelaki.

14. Apabila wanita bermain alat muzik.

15. Apabila orang terkemudian menghina orang yang terdahulu.

Maka, pada saat itu tunggulah bala yang akan menimpa dalam bentuk angin (puting beliung) dan gerak gempa yang maha dahsyat atau tanaman tidak menjadi.”

Sebagai umat yang meyakini kuasa Allah Taala, tidak dapat tidak, kita terpaksa akur untuk menerima hakikat bahawa segala bencana Allah sebenarnya bukanlah kerana sengaja Allah mahu menurunkannya. Ia disebabkan kerakusan dan keegoan manusia itu sendiri yang begitu lahap mengejar kuasa dan kebendaan.

Akal yang dikurnia Allah bagaikan tidak ada nilai dan kegunaan sedikit pun apabila nafsu mula merajai diri sendiri.

Akhirnya, marilah kita pulang ke dalam diri masing-masing, berfikir dengan kewarasan akal dan dengan kesucian iman kembali ke jalan yang hak yang syumul. Apalah gunanya jikalau wajah yang tampan dan tubuh yang kuat tetapi sukar untuk mengerjakan suruhan ALLAH TAALA.


kreditrakangroup


Salam Ukhuwah..~

Jumaat, 21 Jun 2013

Selembar Bulu Mata

Gambar sekedar hiasan sahaja.

Diceritakan di Hari Pembalasan kelak, ada seorang hamba Allah sedang diadili. Ia dituduh bersalah, menyia-nyiakan umurnya di dunia untuk berbuat maksiat. Tetapi ia berkeras membantah."Tidak. Demi langit dan bumi sungguh tidak benar. Saya tidak melakukan semua itu."

"Tetapi saksi-saksi mengatakan engkau betul-betul telah menjerumuskan dirimu sendiri ke dalam dosa," jawab malaikat. Orang itu menoleh ke kiri dan ke kanan, lalu ke segenap penjuru. Tetapi anehnya, ia tidak menjumpai seorang saksi pun yg sedang berdiri. Di situ hanya ada dia sendirian. Makanya ia pun menyanggah, "Manakah saksi-saksi yg kau
maksudkan? Di sini tdk ada siapa kecuali aku dan suaramu." "Inilah saksi-saksi itu," ujar malaikat.

Tiba-tiba mata angkat bicara, "Saya yang memandangi." Disusul oleh telinga, "Saya yang mendengarkan." Hidung pun tidak ketinggalan, "Saya yang mencium dan menghidu" Bibir mengaku, "Saya yang merayu." Lidah menambah, "Saya yang berkata-kata" Tangan meneruskan, "Saya yang memegang dan menggenggam." Kaki menyusul, "Saya yang berjalan dan berlari."

"Nah kalau kubiarkan, seluruh anggota tubuhmu akan memberikan kesaksian tentang perbuatan aibmu itu", ucap malaikat. Orang tersebut tidak dapat membuka sanggahannya lagi. Ia putus asa dan amat berduka, sebab sebentar lagi bakal dihumbankan ke dalam jahanam.

Padahal, rasa-rasanya ia telah terbebas dari tuduhan dosa itu. Tatkala ia sedang dilanda kesedihan itu, sekonyong-konyong terdengar suara yang amat lembut dari selembar bulu matanya: "Saya pun ingin juga mengangkat sumpah sebagai saksi." "Silakan", kata malaikat. "Terus terang saja, menjelang ajalnya, pada suatu tengah malam yang lengang,
aku pernah dibasahinya dengan air mata ketika ia sedang menangis menyesali perbuatan buruknya. Bukankah Nabinya pernah berjanji, bahwa apabila ada seorang hamba kemudian bertaubat, walaupun selembar bulu matanya saja yang terbasahi air matanya, namun sudah diharamkan dirinya dari ancaman api neraka? Maka saya, selembar bulu matanya, berani tampil sebagai saksi bahwa ia telah melakukan taubat sampai
membasahi saya dengan air mata penyesalan."

Dengan kesaksian selembar bulu mata itu, orang tersebut di bebaskan dari neraka dan diantarkan ke surga. Sampai terdengar suara bergaung kepada para penghuni surga: "Lihatlah, Hamba Tuhan ini masuk surga karena pertolongan selembar bulu mata."

Firman Allah s.w.t., "Demi masa, sesungguhnya manusia itu benar-benar berada di dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, yang ingat-mengingati supaya mentaati kebenaran, dan yang ingat-mengingati dengan kesabaran." Surah Al-Ashr

Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..."

"jika tidak dapat apa yang kita suka...belajarlah untuk menyukai apa yang kita dapat.." 

Salam Ukhuwah..~