Bacaan Popular

Jumaat, 31 Ogos 2012

Al Quran Dalam Solah


Hazrat 'Aishah r.anha berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda,

"Membaca al Quran dalam solah adalah lebih afdal daripada membaca al Quran di luar solah. Membaca al Quran di luar solah lebih afdal daripada tasbih dan takbir (memuji Allah s.w.t.). Tasbih adalah lebih afdal daripada sedekah, sedekah adalah lebih afdal daripada puasa dan puasa adalah penghalang daripada api neraka."
(Hadith riwayat Baihaqi)

 Ketinggian membaca al Quran daripada zikrullah adalah jelas kerana al Quran adalah perkataan Allah s.w.t. Sebelum ini pun telah di jelaskan bahawa kemuliaan perkataan Allah s.w.t. ke atas segala perkataan adalah sama sebagaimana kemuliaan Allah s.w.t. ke atas makhluknya.

Keutamaan zikrullah ke atas sedekah telah dinyatakan juga dalam hadith-hadith yang lain. Keutamaan sedekah ke atas puasa, sebagaimana dinyatakan dalam hadith ini, adalah bertentangan dengan sebahagian hadith lain yang menukilkan bahawa puasa sunat adalah lebih afdal daripada sedekah. Perbezaan ini adalah disebabkan keadaan tertentu.

Dalam sesetengah keadaan, puasa adalah lebih afdal dan dalam sebahagian keadaan yang lain sedekah lebih afdal. Perbezaan ini juga kerana keadaan orang yang terlibat bagi sesetengah orang puasa adalah lebih afdal.

Apabila puasa sunat yang dikatakan sebagai penghalang daripada api neraka berada pada kedudukan terakhir dalam hadith ini maka apatah lagi membaca al Quran, yang disebut pada kedudukan pertama, pasti lebih hebat lagi.

Pengarang kitab Ihya'-'Ulumuddin telah meriwayatkan daripada Hazrat 'Ali r.a. bahawa sesiapa membaca al Quran ketika berdiri dalam solah akan mendapat seratus pahala bagi setiap huruf. Sesiapa yang membaca al Quran dalam solah dalam keadaan duduk akan diberi lima puluh pahala bagi setiap huruf. Sesiapa yang membaca al Quran di luar solah dalam keadaan berwuduk akan mendapat sepuluh pahala dan sesiapa yang tidak membaca al Quran tetapi mendengar dengan penuh perhatian kepada bacaan orang lain pun mendapat pahala iaitu satu pahala bagi setiap huruf.

Begitulah Maha Pemurahnya Allah s.w.t. kepada umat Muhammad s.a.w. sebab itu jugalah di katakan bahawa kedatangan Rasulullah s.a.w. sebagai Nabi akhir zaman adalah pembawa berita gembira. 

Soalan tok kepada anda sekalian, adakah anda berasa gembira mendengar berita gandaan pahala yang di sebutkan ini? Jika anda gembira bererti anda telah memahami tujuan kedatangan Rasulullah s.a.w. sebagai Nabi akhir zaman. Jikalau tidak atau sebagai tidak ada apa-apa rasa maka anda harus perbaiki diri anda sendiri dulu, mungkin ada silap di mana-mana, seperti kereta yang tidak dapat berfungsi sebagai sebuah kereta dan harus di lakukan pemeriksaan mana-mana bahagian yang tidak sempurna kedudukan atau fungsi atau perlu alat-ganti yang lain.

Assallam maualikom w.b.t.

kredit: fadhilat amal


Salam Ukhuwah..~




Khamis, 30 Ogos 2012

Berkenalan Dengan Malaikat


MALAIKAT 


Penertian Malaikat adalah: 'alam ghaib, makhluk dan hamba Allah s.w.t. yang diciptakan dari cahaya dan diberi kekuatan untuk melaksanakan keta'atan padaNya (Qs.21:19-20). 

TABIAT MALAIKAT 

Pembawaan atau tabiat malaikat adalah tunduk dan patuh pada kekuasaan dan keagungan Allah s.w.t. serta berbakti secara sempurna kepadaNya (Qs.16:50/21:26-28/66:6). 

Imam Bukhari meriwayatkan bahwa Rasulullah s.a.w. bersabda, 

"Apabila Allah s.w.t. menentukan suatu keputusan di langit maka semua malaikat sama-sama memukulkan sayapnya karena tunduk pada firman Allah s.w.t. yang seolah olah sebagai suatu bunyi-bunyinya yang nyaring di atas sebuah batu yang licin. Selanjutnya apabila telah lenyap ketakutan itu dari hati mereka yang diucapkan oleh Rob?"jawabnya,"Kebenaran dan dia adalah Maha luhur dan Maha Besar". 


YANG WAJIB DI IMANI DARI MALAIKAT 

1. Mengimani wujudnya mereka. 

2. Mengimani mereka yang kita kenal namanya maupun yang kita tidak kita kenal. 

3. Mengimani sifat-sifat mereka. 

4. Mengimani tugas-tugas mereka. 


DALIL-DALIL YANG MEWAJIBKAN IMAN KEPADA MALAIKAT 

IMAN kepada malaikat adalah suatu bahagian dari rukun iman. Tidak sempurna iman seorang muslim kecuali jika ia beriman dengan wujud, sifat dan tugas-tugas malaikat.


TUGAS-TUGAS MALAIKAT 

1. Beribadah kepada Allah dengan bertasbih kepadaNya siang dan malam tanpa rasa bosan atau terpaksa. 

2.Membawa wahyu kepada anbiya' dan para Rasul. 

3. Memohonkan ampunan bagi kaum mukminin.  

4. Meniup sangkakala. 

5. Mencatat amal perbuatan. 

6. Mencabut nyawa. 

7. Memberi salam kepada ahli syurga. 

8. Menyiksa ahli neraka. 

9. Memikul 'Arsy.

10.Memberi kabar gembira dan memperkokoh kedudukan kaum mukminin. 

11. Mengerjakan pekerjaan selain yang telah disebutkan di atas (Qs.37:1-3/51:1-4/77:1-6). 


PENGARUH IMAN KEPADA MALAIKAT 

1. Mengetahui keagungan Allah s.w.t., kekuatan dan kekuasaan-Nya. 

2. Syukur kepada Allah s.w.t. atas perhatianNya kepada manusia sehingga menugaskan malaikat untuk mencatat amal dan untuk berbagai kemaslahatan lainnya. 

3. Cinta kepada malaikat karena ibadah yang mereka lakukan kepada Allah s.w.t. 

4. Menumbuhkan cinta kepada amal soleh karena malaikat selalu siap mencatat amal manusia. 

5. Menghindarkan manusia dari azab Allah s.w.t. yang telah disiapkanNya. 


BERIMAN KEPADA MALAIKAT 

1. Iman kepada malaikat adalah satu rukun dari rukun iman. Tidak sempurnakan iman seseorang kecuali dengan beriman kepada mereka. 

2. Iman kepada malaikat memperluas pandangan kita terhadap peraturan yang telah di tetapkan oleh Allah s.w.t. di alam ini. 

3. Dengan beriman kepada malaikat yang selalu menyertai dan mencatat amal kita dapat menjadikan kita selalu waspada, sehingga tidak terperosok ke dalam maksiat yang di benci Allah s.w.t. Wahai sodaraku yang seagama itulah yang di tugaskan Allah s.w.t. kepada malaikat dan ambillah yang baiknya.  Aaminnn....

kredit: rakangroup


Salam Ukhuwah..~

Rabu, 29 Ogos 2012

Nur Zikrullah

Nur zikrullah akan bersama seseorang itu sama ada didunia mahupun di dalam kubur dan nur tersebut berada di hadapannya ketika dia melintas titian sirat. Allah s.w.t. berfirman;


"Dan adakah orang yang mati (hatinya dengan kekufuran) kemudian kami hidupkan dia (semula dengan hidayah dan iman) dan kami jadikan baginya cahaya (iman) yang menerangi (sehingga dapatlah dia membezakan antara yang benar dengan yang salah dan dapatlah) dia berjalan dengan cahaya itu di tengah-tangah masyarakat manusia. (Adakah orang yang demikian keadaannya) sama seperti orang yang berada dalam kegelapan (kufur) yang tidak dapat keluar sama sekali daripadanya?"
Surah al An'am ayat 122

Orang pertama yang dimaksudkan ialah orang-orang mukmin yang hatinya bercahaya dengan beriman kepada Allah s.w.t., 'mahabbah' (mencintaiNya), 'makrifat' (mengenaliNya) dan 'zikrullah' (sentiasa mengingatiNya). Sementara orang yang kedua tidak mempunyai sifat-sifat tersebut. Sebenaarnya 'nur' itu adalah sesuatu yang begitu unggul, dalam 'nur' itu terdapat kejayaan yang sempurna. Jesteru, diriwayatkan dalam beberapa hadith, Rasulullah s.a.w. sentiasa berdoa supaya Allah s.w.t. menjadikan nur pada daging, tulang, otot, rambut, kulit, telinga, mataa, di atas, di bawah, di kanan, di kiri, di hadapan dan di belakang Baginda s.a.w. Baginda s.a.w. memohon supaya keseluruhan dirinya dijadikan nur. Mengikut kadar nur daripada zikir, amalan-amalan yang lain akan bercahaya. Amalaan daripada sesetengah orang menuju kelangit dalam keadaan seumpama cahaya matahari dan cahaya yang sempurna inilah akan kelihatan pada wajah mereka pada hari kiamat.

Zikir adalah perkara utama dalam ilmu tasawuf dan diamalkan oleh setiap ahli tasawuf dalam tariqat mereka. Sekiranya pintu zikir telah terbuka bagi seseorang, berarti telah terbuka baginya jalan menuju kepada Allah s.w.t. Sesiapa yang telah sampai kepada Allah s.w.t. nescaya dia akan mendapat segala-gala yang dikehendakinya kerana tidak ada apa-apa yang berkurangan di sisi Allah s.w.t.

Di dalam hati manusia ada suatu bahagian yang tidak dapat dipenuhi melainkan dengan zikrullah. Apabila zikir telah menguasai hati maka zikir bukan saja dapat mengisi bahagian hati bahkan menjadikan seseorang itu kaya, menjadikannya dipandang mulia, walaupun tidak mempunyai puak dan bukan dari keturunan bangsawan. Menjadikannya seperti seorang raja, walaupun tidak mempunyai kerajaan. Sebaliknya orang yang lalai daripada zikrullah pasti dia akan dihina walaupun dia mempunyai harta kekayaan, keturunan bangsawan dan kerajaan.

Zikir menghimpun kembali yang telah bercerai dan menceraikan yang telah berhimpun, mendekatkan yang jauh dan menjauhkan yang dekat. Maksud 'menghimpun kembali yang telah bercerai' ialah pelbagai kerisauan, dukacita dan kegelisahan yang ada di dalam hati manusia diganti dengan ketenangan. Maksud 'menceraikan yang terhimpun' ialah kesalahan dan dosa yang telah terhimpun pada seseorang dipisahkan daripadanya. Tentera-tentera syaitan yang menguasai seseorang diceraikan daripadanya. Cinta akhirat yang jauh itu didekatkan dan cinta dunia yang dekat itu dijauhkan daripada seseorang.

Zikir menyedarkan hati yang tidur dan menjadikan hati itu sentiasa berwaspada daripada kelalaian. Selagi hati massih tidur maka selama itulah manusia dalam kerugian.

Zikir merupakan pohon yang menghasilkan buah makrifatullah. Semakin diperbanyakkan zikir itu semakin kukuh tunjang pohon itu, semakin kuat tunjang pohon itu maka semakin banyak buah yang terhasil.

Zikir juga mendekatkan seseorang kepada Allah s.w.t. sehingga terhasil 'Mai'iyattullah' yakni Allah s.w.t. sentiasa bersamanya. Sebagaimana diterangkan dalam al Quran;

"Sesungguhnya Allah s.w.t. bersama orang yang bertakwa."


Ddisebutkan dalam satu hadith qudsi;

"Aku bersama hambaKu selagi dia mengingatiKu."

Disebutkan dalam sebuah hadith qudsi bahawa Allah s.w.t. berfirman, "Orang yang mengingatiKu adalah orangKu, Aku tidak akan menjauhkannya daripada rahmatKu. Sekiranya mereka sentiasa bertaubat daripada dosa-dosa maka Aku menjadi habib (kekasih) mereka. Sebaliknya jika mereka tidak bertaubat maka Aku menjadi tabib (pengubat) untuk mereka dengan membawa kesusahan dan keperitan kepada mereka untuk mensucikan mereka daripada dosa-dosa."

Sebenarnya, 'mai'iyattullah' ialah keadaan Allah s.w.t. bersama seseorang yang akan terhasil menerusi zikir. Keadaan tersebut tidak mungkin dapat ditandingi walau seseorang itu ditemani oleh sesiapa pun selain Allah s.w.t. Keadaan itu tidak mungkin diterangkan dengan lidah dan tidak boleh diluahkan melalui tulisan. Kelazatan itu hanya dirasai oleh orang yang telah mengecapi keadaan itu.


"Ya Allah berikanlah kepadaku sedikit daripadanya."


kredit: fadhilat amal


Salam Ukhuwah..~

Selasa, 28 Ogos 2012

Perihal Puasa 6 Syawal

PUASA SUNAT

Terdapat banyak jenis puasa-puasa sunat yang boleh dilaksanakan seperti berpuasa sunat hari Isnin dan Khamis, puasa 10 Muharram, puasa tiga hari dalam sebulan dan puasa enam hari di bulan Syawal.

Menjadi kebiasaan kepada orang-orang Islam di Malaysia berpuasa sunat selama enam hari di bulan Syawal selepas mereka menamatkan puasa sebulan Ramadhan kerana meyakini ganjaran dan pahala yang akan dikurniakan oleh Allah S.W.T.

Abu Ayyub al-Ansari ada meriwayatkan satu hadith daripada Rasulallah s.a.w. di dalam menerangkan tentang kelebihan puasa enam Syawal yang maksudnya “Sesiapa yang berpuasa Ramadhan, kemudian diikutinya puasa enam hari Syawal samalah seperti dia berpuasa sepanjang tahun” 
( Dikeluarkan oleh Imam Muslim di dalam sahihnya, juga dikeluarkan oleh sekalian ramai ulama hadith seperti al-Tirmizi, al-Nasaie dan Ibn. Majah ). 
Imam al-Syafie menjelaskan bahawa hadith ini adalah hadith sahih.


PERIHAL PUASA 6 SYAWAL

Imam al-Tabrani pula ada mengeluarkan di dalam susunan hadithnya yang turut berkaitan dengan fadhilat puasa enam Syawal maksudnya, “Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dan diikuti kemudiannya puasa enam hari dalam bulan Syawal, keluarlah dari dirinya segala dosa seperti hari dia dilahirkan oleh ibunya”

Terdapat beberapa persoalan tentang perlaksanaan puasa enam Syawal adakah terus langsung dilaksanakan selepas hari raya pertama dan dibuat secara berturut-turut atau boleh dilakukan pada bila-bila masa sepanjang Syawal sama ada secara berturut-turut atau sebaliknya.

Pendapat di dalam mazhab Syafie menyebut bahawa yang terlebih afdhal di dalam perlaksanaannya ialah sejurus selepas hari raya pertama dan dilakukan enam hari berturut-turut.

Ini tidak pula bermakna, jika seseorang itu melaksanakan secara terputus-putus (tidak berturutan) atau dilakukan pada pertengahan atau akhir Syawal dianggap satu kesalahan atau tidak mendapat pahala, malah semuanya diterima Allah s.w.t. dan dikira sebagai satu ibadah juga.

Perlu difahami bahawa yang dimaksudkan dengan puasa sepanjang tahun itu bukan terletak kepada puasa 6 hari Syawal dengan meninggalkan puasa Ramadhan, tetapi kelebihan puasa setahun itu diperolehi setelah dilengkapkan puasa Ramadhan dan disambung dengan puasa Syawal.

Imam al-Nawawi di dalam kitab Syarah Sahih Muslim ada menyebut kewajaran pahala diberikan seumpama puasa setahun kepada mereka yang berpuasa 6 Syawal. Merujuk kepada satu hadith Rasulullah s.a.w. yang bermaksud “Setiap satu amalan kebajikan itu digandakan pahalanya sebanyak 10 kali ganda”.

Ini bermakna bahawa puasa sehari dalam bulan Ramadhan samalah seperti puasa sepuluh kali, dan jika sebulan Ramadhan itu gandaan pahalanya seumpama puasa 10 bulan kerana ianya adalah sepuluh kali ganda. Manakala puasa sehari bulan Syawal seumpama 10 kali puasa dan 6 hari menyamai 60 hari iaitu 2 bulan. Maka jika ditambah 10 bulan dengan 2 bulan samalah seperti puasa setahun.


Apakah hukumnya jika seseorang itu berniat untuk qadha puasanya dan dibuat 6 hari dalam Syawal adakah akan mendapat pahala puasa 6 Syawal?

Syeikh al-Marhum Atiyyah Saqar (salah seorang ulama terkenal al-Azhar) di dalam kitab himpunan fatwanya ada menyebut bahawa hukumnya dibolehkan kepada seseorang untuk qadha puasanya dan ditunaikan 6 hari dalam bulan Syawal dengan niat qadha, maka terhasillah baginya pahala qadha dan pahala puasa 6 Syawal. Tetapi yang lebih afdhal ialah diasingkan antara puasa qadha dan puasa 6 Syawal kerana puasa qadha itu hukumnya wajib dan puasa Syawal itu hukumnya sunat, maka adalah lebih baik tidak disatukan niat kerana antara yang sunat dan wajib itu tidak boleh disatukan.

Para ulama mazhab Syafie menyebut bahawa pahala puasa 6 Syawal itu akan terhasil juga apabila seseorang itu melakukan puasa qadha selama 6 hari walaupun niatnya adalah qadha dan bukan niat puasa 6 Syawal, tetapi pahalanyanya untuk puasa 6 Syawal itu kurang sedikit. Ini menurut kata-kata Imam al-saya’rawi “Jika seseorang itu berpuasa di dalam bulan Syawal sebagai qadha daripada puasa Ramadhan atau puasa nazar atau lain-lain puasa sunat, maka akan diperolehi pahala sunat Syawal itu kerana terlaksananya puasa 6 hari dalam bulan Syawal tetapi kesempurnaan pahala tidak diperolehi sepenuhnnya melainkan jika diniatkan untuk puasa sunat 6 hari bulan Syawal”.

Sebagai kesimpulannya, adalah terlebih baik jika puasa sunat 6 Syawal dibuat berasingan dengan puasa lain sama ada qadha, nazar, kaffarah ataupun puasa sunat yang lain. Selesaikan dahulu 6 hari puasa qadha dan ditambah kemudiannya dengan niat puasa 6 Syawal. Ini akan lebih menyeragamkan amal ibadat yang dilakukan agar tidak bercampur aduk antara satu sama lain.

Antara hikmat disyariatkan puasa 6 hari bulan Syawal ialah sebagai satu latihan kepada orang-orang Islam bahawa amal ibadat itu bukan terletak pada bulan-bulan tertentu seperti Ramadhan bahkan amalan itu perlu konsisten untuk sepanjang kehidupan manusia.

Ia juga sebagai satu cabaran kepada orang-orang Islam supaya tidak menjadikan Syawal itu bulan bergembira semata-mata dan jika puasa itu dilakukan seawal mungkin di permulaan Syawal, ini akan menjadikan seseorang manusia itu benar-benar ingin menyahut seruan dari Allah untuk terus beribadat secara istiqamah dan berpanjangan.

kredit: Ustaz Zaharuddin


Salam Ukhuwah..~

Khasiat Pucuk Paku Merah @ Pucuk Midin


Salah satu makanan yang juga popular di Malaysia termasuk Nusantara ialah Pucuk Paku Merah atau setengah daerah memanggilnya Pucuk Midin...sedap tau, rugi tak rasa..kalau anda balik kampong jangan lupa merasa makanan ini. Orang di kampong pasti tau mana nak cari daun ini.

Pucuk ini kalau masak dengan belacan...fuhhh sedap tak terkata..betul..tak caya cuba buat sendiri dan rasa.

Ok...sini tok nak kongsi serba sedikit info Pucuk Paku Merah atau Pucuk Midin untuk menambah ilmu pengetahuan anda dan kalau yang dah tahu cukuplah sekadar tatapan minda.

Pucuk Paku Merah atau Midin atau nama saintifiknya Stenochlaena palustris adalah tumbuhan liar yang tumbuh di tanah dataran rendah dalam hutan sekunder dan tempat terbuka seperti kebun getah serta gemar menumpang pokok lain.

Tumbuhan ini juga antara tanaman semusim rizomatous dan epiphytic dengan akarnya mencengkam di tanah yang biasa didapati di kawasan paya gambut dan air tawar serta hutan belukar.

Pucuk paku yang lembut, berdaun atau tanpa daun terbuka digunakan sebagai sayur atau ulam. Pelepah berdaun kecil yang mempunyai spora biasanya tidak dimakan, manakala warna pelepah berbeza dari hijau muda kepada hijau tua atau kemerah-merahan.


Pelepah subur dan warna merah terhasil daripada tindak balas kepada pertukaran persekitaran yang tidak menentu seperti cuaca dan jerebu.

Di kawasan bandar. permintaan terhadap Pucuk Paku Merah atau Pucuk Paku Midin meningkat dengan keadaan tanah berasid dan cuaca yang panas di kebanyakan tempat menggalakkan pertumbuhan paku-pakis ini secara semulajadi.

Kesedaran awam terhadap makanan kesihatan dan bebas daripada pencemaran mendorong penggunaan dan permintaan semakin meningkat terhadap sayur pucuk paku bewarna merah ini yang tumbuh secara semulajadi.

Pengambilannya sebagai makanan di jamin selamat dan mengandungi pelbagai khasiat dengan setiap 100 gram pucuk muda mengandungi 4.8 mg zat besi, selain mengandungi vitamin A (beta karotene) dan yang penting bagi menguatkan penglihatan dan mencegah rabun malam. Ermmm...sebab itulah orang dulu-dulu tak pakai spek pun penglihatan mereka tak mudah rabun, segalanya nampak jelas hingga akhir hayat. Inilah makanan harian mereka.

Selain itu, tumbuhan liar ini kaya dengan mineral terutama fosforus dan kalium. Perubatan secara tradisional percaya pucuk ini mampu mengubati masalah kesihatan seperti penyakit ciri birit dan daunnya yang direbus baik dimakan sebagai ulam.

Hemmm...banyak juga khasiat pucuk yang tumbuh meliar ni kan... so jangan lupa makan pucuk paku merah ini. Ia dengan mudah boleh dibeli di tempat orang jual sayur-sayur kampong. Kalau tak jumpa tanyalah kepada penjual, barangkali minggu depan dia boleh bawakan jikalau ada order.


Yer...memang begitulah resmi di bandar, kalau nak kena order dulu. Kalau malas order, balik kampong suruh orang kampong pi cari dalam belukar, pasti jumpa. Tapi upah penat lelah orang jangan lupa.


Salam Ukhuwah..~

Isnin, 27 Ogos 2012

Zikrullah

HADITH
Maksudnya

"Hazrat Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda; "Seorang penyeru akan menyeru pada hari kiamat, dimanakah mereka yang bijak?" Orang ramai bertanya, "Siapakah yang dimaksudkan orang bijak?" Jawab Baginda s.a.w.. "Mereka itu adalah orang yang mengingati Allah s.w.t. sambil berdiri dan duduk dan dalam keadaan berbaring (yakni dalam setiap keadaan mereka mengingati Allah s.w.t.. Dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi lalu berkata, "Ya Allah, tidaklah Engkau mencipta ini (semua) dengan sia-sia. Maha Suci Engkau maka peliharalah kami daripada seksaan api neraka." Satu bendera akan disediakan untuk mereka. Mereka semua akan mengikuti bendera itu dan dikatakan kepada mereka, "Masuklah kedalam syurga untuk selama-lamanya."


Keterangan

'Memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi', bermaksud memikirkan mengenai tanda-tanda kekuasaan Allah s.w.t. dan keajaiban hikmah-hikmahnya. Perkara ni akan meneguhkan lagi makrifatNya.

"Ya Illahi, alam ini adalah taman Engkau."

Ibnu Abidunia rah. meriwayatkan sebuah hadith mursal bahawa pada suatu ketika Rasulullah s.a.w. pergi kepada sekumpulan para sahabat r.a. yang sedang duduk berdiam diri. Rasulullah s.a.w. bertanya, "Apa yang kamu fikirkan?" Mereka menjawab, "Kami memikirkan tentang ciptaan Allah s.w.t. "Rasulullah s.a.w. bersabda, "Baik. Jangan sekali-kali memikirkan tentang zat Allah s.w.t. (kerana zatNya itu tidak dapat difikirkan) tetapi fikirkanlah tentang ciptaanNya."

Sekali seorang sahabat r.a. berkata kepada Hazrat Aishah r.a, "Ceritakanlah tentang mana-mana amalan Baginda s.a.w. yang aneh. "Beliau berkata, "Tidak ada amalan Baginda s.a.w. yang tidak aneh. Sekali peristiwa Rasulullah s.a.w. datang ke tempat tidur lalu berselimut bersamaku. Kemudian Baginda s.a.w. berkata, "Biarkanlah aku beribadat kepada Tuhanku." Baginda s.a.w. pun bangun lalu berwuduk dan mendirikan solah sambil menangis sehingga air mata mengalir membasahi dadanya. Begitulah juga keadaan Baginda s.a.w. sehingga Bilal r.a. datang memanggil Baginda s.a.w. untuk solah suboh. Saya berkata, "Ya Rasulullah tidakkah telah dijamin keampunan untukmu? Tetapi, mengapa Tuan menangis begitu sekali?" Rasulullah s.a.w. bersabda, "Tidakkah sepatutnya aku menjadi seorang hamba Allah yang bersyukur?" Kemudian Baginda s.a.w. bersabda lagi, "Mengapa tidak aku menangis sedangkan pada hari ini telah diturunkan ayat-ayat berikut.

Maksudnya

"Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan Rahmat Allah) bagi orang-orang yang bijak; (Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata); "Wahai Tuhan kami ! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, makaa peliharalah kami dari azab neraka."
(Surah Ali Imran ayat 190 & 191

Seteruanya Baginda s.a.w. bersabda, "Kebinasaan bagi orang yang membaca ayat-ayat tersebut tetapi tidak merenung dan memikirkan tentangnya."

Amir bin 'Abdi Q'ais rah. berkata beliau mendengar daripada sahabat, bukan hanya daripada seorang, dua atau tiga orang tetapi daripada sebilangan besar para sahabat bahawa, merenung dan berfikir akan ciptaan Allah s.w.t. adalah nur dan cahaya iman. Hazrat Abu Hurairah r.a. meriwayatkan daripada Rasulullah s.a.w. bahawa terdapat seorang yang berbaring di bumbung rumahnya (biasanya rumah orang Arab berbumbung landai) sambil memandang ke langit dan bintang-bintang lalu berkata. "Demi Allah. aku yakin bahawa ada zat yang menciptakan semua ini. Ya Allah, ampunilah aku." Maka Rahmat Allah s.w.t. tertumpu kepadanya lalu dia diampuni. Hazrat Ibnu 'Abbas r.a. berkata bahawa berfikir seketika adalah lebih baik daripada beribadat sepanjang malam. Demikian juga di riwayatkan daripada Hazrat Abu Darda r.a. dan Anas r.a.. Diriwayatkan juga daripada Hazrat Anas r.a. bahawa berfikir seketika (tentang kejadian-kejadian Allah) adalah lebih baik daripada beribadat selama lapan puluh tahun. Seorang bertanya kepada Ummu Darda tentang ibadat Hazrat Abu Darda r.a. yang paling afdal. Jawabnya. "Merenung dan berfikir (tentang kejadian-kejadian Allah)". 

Hazrat Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda, "Berfikir seketika adalah lebih baik daripada beribadat selama enam puluh tahun." Walau bagaimanapun, riwayat-riwayat diatas bukanlah menunjukkan bahawa ibadat-ibadat yang lain tidak perlu dikerjakan. Setiap ibadat mempunyai kedudukan dan kepentingan yang tersendiri, sama ada ibadat fardhu, sunat ataupun yang harus. Apabila mana-mana satu daripada ibadat-ibadat itu ditinggalkan maka balasan azab yang dikenakan setimpal dengan kedudukan ibadat itu.

Imam Ghazali rah. telah menulis bahawa merenung dan berfikir dikatakan ibadat yang paling afdal kerana hakikatnya zikir sudah sememangnya tersirat dalam perbuatan itu. Melalui merenung dan berfikir dua maunafa'at  lagi akan diperoleh.

Pertama, 'makrifatullah' (mengenaali Allah s.w.t. yakni merenung dan berfikir adalah kunci makrifat.

Kedua, cinta kepaada Allah s.w.t. akan tercapai melalui berfikir. Merenung dan berfikir inilah yang dikatakan muraqaabah oleh para ulama tasawuf dan banyak hadith membuktikan kelebihan muraqabah.

Dalam kitab Musnad Abu Ya'la diriwayatkan daripada Hazrat 'Aishah r.a. bahawa beliau berkaata, "Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda bahawa zikir khafi (zikir di dalam hati) yang tidak didengar oleh malaikat pun menghasilkan ganjaran tujuh puluh kali ganda." Apabila Allah s.w.t. menghimpunkan seluruh manusia pada hari kiamat untuk dihisab dan malaikat Kiraman Katibin membawa buku-buku amalan manusia maka Allah s.w.t. akan berfirman kepadanya. "Periksalah amalan si fulan kalau-kalau masih ada yang tertinggal?" Malaikat menjawab, "Tiada sesuatu amalan pun yang kami tidak catit dan semua amalan disimpan rapi." Allah s.w.t akan berfirman, "Ada lagi amal kebajikannya di sisi Kami yang kamu tidak mengetahuinya iaitu zikir khafi (zikir dalam hati)." Imam Baihaqi rah. juga meriwayatkan hadith ini daripada Hazrat 'Aishah r.a. di dalam kitab "Shu'ab" bahawa zikir yang tidak didengar oleh malaikat adalah tujuh puluh kali lebih afdal daripada zikir yang didengar oleh malaikat.

Hazrat Sa'ad r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda, "Sebaik-baik zikir ialah zikir khafi dan sebaik-baik rezeki ialah yang mencukupi (yakni tidak kurang, sehingga tidak memadai untuk hidup dan tidak lebih sehingga mendatangkan takabur dan dihabiskan dalam kejahatan)."

Ibnu Habban dan Abu Ya'la rah. berkata bahawa hadith tersebut adalah sahih.

Diriwayatkan dalam sebuah hadith bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda, "Hendaklah kamu mengingati Allah dengan zikir 'khamil'." Seorang bertanya, "Apakah yang dimaksudkan dengan zikir khamil itu?" Jawab Baginda s.a.w., "Ialah zikir khafi (zikir yang dilakukan secara bersembunyi diri."

Melihat hadith-hadith yang tersebut di atas dapat diketahui kelebihan zikir khafi, walhal hadith-hadith yang menerangkan mengenai zikir jihri atau zikir dengan suara yang nyaring sehingga orang mengatakan gila terhadap orang yang berzikir seperti ini, juga telah disebutkan sebelum ini. Kedua-dua zikir yang dinyatakan adalah amalan yang berlainan. Kepentingan kedua-dua zikir itu berbeza mengikut keadaan seseorang. Guru yang mursyid yang akan menentukan zikir yang sesuai mengikut orang-orang yang tertentu dan pada waktu-waktu yang tertentu bersesuaian dengan keadaaan oraang itu.


kredit: fadhilat amal



Salam Ukhuwah..~



Ahad, 26 Ogos 2012

Neraka Allah S.W.T.

Jahannam merupakan neraka yang memiliki seksaan yang amat dahsyat. Dipimpin oleh Malaikat Malik dan memiliki 19 malaikat penyiksa,
salah satunya adalah Zabaniah.


“Api neraka jahannam juga telah dinyalakan seribu tahun sehingga menjadi merah. Kemudian dibakar lagi selama seribu tahun hingga menjadi putih. Kemudian dibakar lagi selama seribu tahun hingga menjadi hitam, seperti malam yang gelap gelita.” (HR. Tirmizi).

Jahanam memiliki 7 buah pintu dan pada setiap pintu itu terdapat 70,000 gunung, pada setiap gunung itu pula terdapat 70,000 lereng api dan pada setiap lereng itu terdapat 70,000 belahan tanah yang terdiri dari api, pada setiap belahannya pula terdapat 70,000 lembah dari api.

Disetiap lembah itu terdapat 70,000 gudang dari api, dan pada setiap gudang itu pula terdapat 70,000 kamar dari api, pada setiap bilik itu pula terdapat 70,000 ekor ular dan kala, dan setiap kala itu mempunyai 70,000 ekor dan setiap ekor pula memiliki 70,000 ruas. Pada setiap ruas kala jengking tersebut mempunyai 70,000 qullah bisa.



PEMANDANGAN LAIN DI JAHANNAM

Di Jahannam terdapat sebuah gunung api Shu’uda yang Allah memerintahkan orang kafir (Al-Walid bin Mughirah) untuk mendakinya. (Lihat QS. Al-Muddatstsir: 17). 

Menurut riwayat Imam Ahmad, setiap kali dia meletakkan tangannya di atas gunung tersebut, maka tangannya langsung meleleh. Dan ketika diangkat kembali seperti semula. Dia akan menghabiskan waktu selama 70 tahun untuk mendakinya, dan menuruninya selama 70 tahun juga.

Di Jahannam juga terdapat lembah Al-Ghayy, yaitu lembah di dasar Jahannam yang di aliri nanah bercampur darah dari para penghuni neraka. Lembah ini disediakan Allah kepada mereka yang meremehkan solah dan mengikuti syahwatnya. (Lihat QS. Maryam: 59).

Juga lembah Atsam yang berisi ular dan kalajengking, azab di dalamnya berlipat-lipat. Lembah ini diperuntukkan bagi mereka yang berbuat syirik, berzina dan membunuh jiwa tanpa hak. (Lihat QS. Al-Furqan: 68).

Ada juga lembah Maubiqa yang berisi nanah di dalam neraka Jahannam. Allah menyiapkannya untuk para penyembah berhala. (Lihat QS. Al-Kahfi: 51-52).

Ada juga sebuah rumah bernama Al-Falaq, Ibnu Rajab mengatakan jika pintunya dibuka, maka seluruh penduduk neraka akan menjerit karena tidak mampu menahan panasnya. Wallahu a’lam.

Di Jahannam juga terdapat penjara Bulas dimana orang-orang yang menyombongkan diri akan di giring seperti semut-semut kecil berbentuk manusia, mereka diselimuti dengan kobaran api dan terbenam dalam keringat dan nanah yang bercampur darah penduduk neraka. (HR. Ahmad, hasan).

Belenggu Jahannam. Di dalam Jahannam ada tiga belenggu; 

Al-Aghlal, yaitu belenggu dari besi membara yang dipasang dileher penduduk neraka. (QS. Saba: 33), 

Al-Ashfad, yaitu tali api yang sangat kuat sehingga membuat seseorang tak berdaya. (QS. Ibrahim: 49) dan 

As-Salasil, yaitu rantai besi yang panjangnya 70 hasta. (QS. Al-Haqqah: 32).
Cambuk Jahannam. Allah berfirman: “Dan untuk mereka cambuk-cambuk dari besi.” (QS. Al-Hajj: 21).



BERBAGAI BENTUK SIKSAAN BAGI PENDUDUK NERAKA

Seringan-ringan siksa adalah seseorang yang memakai terompah dari bara api, sehingga menyebabkan otaknya mendidih. (HR. Bukhari dan Muslim).
Kepala mereka akan disiram dengan air panas sehingga melelehkan otak mereka, begitu pula isi perut dan kulit mereka. (QS. Al-Hajj: 19-21).

Wajah mereka akan diseret di atas bara api, juga dibolak-balik seperti daging bakar. (QS. Al-Ahzab: 66).

Wajahnya akan dihitamkan seperti tertutup kepingan malam yang gelap gelita. (QS. Yunus: 27).

Dikepung api dari segala penjuru. (QS. Al-Ankabut: 55 dan Az-Zumar: 16).

Api membakar hati penduduk neraka, sehingga dari hati mereka keluar api.
Isi perut manusia akan terburai (menimpa kepada Amru bin Luhay, orang yang pertama kali merubah ajaran tauhid nabi Ibrahim a.s. menjadi penyembahan terhadap berhala).

Terjun dari atas neraka, yaitu bagi mereka yang bunuh diri dengan menjatuhkan dirinya dari tempat yang tinggi.

Tidak pernah mati selamanya. (QS. Ibrahim: 17).

Siksaannya tidak pernah berhenti. (QS. Al-Mukmin: 49-50).



ULAR DAN KALAJENGKING JAHANNAM

Dalam menjelaskan firman Allah s.w.t:

“Kami tambahkan kepada mereka siksaan di atas siksaan disebabkan mereka selalu berbuat kerusakan.” (QS. An-Nahl: 88).

Ibnu Mas’ud berkata:

“Yaitu kalajengking yang taringnya seperti pohon kurma yang panjang.”




SIAPAKAH PENDUDUK NERAKA?


Dari Al-Qur’an dan Sunnah yang sahih disimpulkan bahwa penduduk neraka adalah orang yang musyrik, kafir, munafik, orang-orang sombong, orang-orang yang tidak mengingkari Thaghut (penyembahan yang disembah selain Allah) dan pemimpin zalim, para penzina dan homoseks, peminum khamer (minuman keras), pemakan riba (seperti bunga Bank), uang judi dan harta anak yatim tanpa alasan yang benar, pembunuh orang mukmin tanpa hak, orang yang bunuh diri, orang yang tidak mahu berjihad dan tidak mahu membantu kaum muslimin yang tertindas dan di perangi, orang yang meninggalkan solah, zakat, dan shaum (puasa), para dayus (orang yang membiarkan perbuatan maksiat terjadi di hadapannya) dan orang yang durhaka kepada kedua orang tuanya, dll.



Semoga kita tidak menjadi sebahagian dari Penduduk Neraka! Amiin Ya Allah..!


Salam Ukhuwah..~

Kesah Nabi Daud a.s. Bhg 2


Pada suatu hari, Nabi Daud a.s.  merenung dan mendengarkan ocehan burung yang berdialog satu sama lain. Lalu beliau mengerti apa yang dibicarakan burung-burung itu. Allah s.w.t meletakkan cahaya dalam hatinya sehingga ia memahami bahasa burung dan bahasa haiwan-haiwan yang lain. Daud a.s. sangat mencintai haiwan dan burung. Beliau berlemah lembut kepada haiwan-haiwan itu, bahkan beliau merawatnya ketika haiwan- haiwan itu sakit sehingga burung-burung dan binatang yang lain pun mencintainya. Di samping kemampuan memahami bahasa burung, Allah s.w.t juga memberinya hikmah (ilmu pengetahuan). Ketika Daud a.s. memperoleh ilmu dari Allah s.w.t atau ketika ia mendapatkan mukjizat maka bertambahlah rasa cintanya kepada Allah s.w.t dan bertambah juga rasa syukumya kepada-Nya, begitu juga ibadahnya semakin meningkat. Oleh kerana itu, beliau berpuasa pada suatu hari dan berbuka pada hari yang lain. Allah s.w.t sangat mencintai Daud a.s. dan memberinya kerajaan yang besar. Dan masalah yang dihadapi oleh kaumnya adalah, banyaknya peperangan di zaman mereka. kerana itu, pembuatan baju besi sangat penting. Baju besi yang dibuat oleh para ahli sangat berat sehingga seorang yang berperang tidak mudah bergerak dengan bebas ketika memakai baju besi itu.

Pada suatu hari, Nabi Daud a.s. duduk sambil merenungkan masalah tersebut dan di depan beliau ada potongan besi yang beliau main-mainkan. Tiba- tiba, beliau mengetahui bahawa tangannya dapat membikin besi itu lembut. Allah s.w.t memang telah melembutkan besi bagi Daud a.s.. Lalu Daud a.s. memotong-motongnya dan membentuknya dalam potongan-potongan kecil dan melekatkan sebahagian pada yang lain, sehingga beliau mampu membuat baju besi yang baru, yaitu baju besi yang terbentuk dari lingkaran-lingkaran besi yang jika dipakai oleh seseorang yang berperang maka ia akan bebas untuk bergerak dan tubuhnya tetap terlindung dari pedang dan kapak. Baju besi itu lebih baik dari semua baju besi yang ada pada ketika itu.

Allah s.w.t melembutkan baju besi baginya. Yakni, Nabi Daud a.s. adalah orang yang pertama kali menemukan bahawa besi dapat menjadi cair dengan api dan ia dapat dibentuk menjadi ribuan rupa. Kami merasa puas dengan tafsir seperti ini. Nabi Daud a.s. bersyukur kepada Allah s.w.t. Kemudian banyak fabrik-fabrik berdiri untuk membuat baju besi yang baru. Ketika selesai pembuatan baju besi itu dan diberikan kepada pasukannya maka musuh-musuh Daud a.s. mengetahui bahawa pedang mereka tidak akan mampu menembus baju besi ini. Baju besi yang dipakai oleh para musuh itu sangat berat dan dapat ditembusi oleh pedang. Baju besi yang mereka pakai tidak membuat mereka bergerak dengan bebas dan tidak dapat melindungi mereka ketika bertempur, tidak demikian halnya dengan baju besi yang dibuat oleh Nabi Daud a.s.. Setiap peperangan yang diikuti oleh tentera Daud a.s. maka beliau selalu mendapatkan kemenangan; setiap kali beliau memasuki kancah pertempuran maka beliau merasakan kemenangan. Beliau mengetahui bahawa kemenangan ini semata-mata datangnya kerana Allah s.w.t sehingga rasa syukurnya kepada-Nya semakin bertambah dan tasbih yang beliau lakukan pun semakin meningkat serta kecintaan kepada Allah s.w.t pun semakin bergelora.


Ketika Allah s.w.t mencintai seorang nabi atau seorang hamba dari hamba-hamba-Nya maka Dia menjadikan manusia juga mencintainya. Manusia mencintai Nabi Daud a.s. sebagaimana burung-burung, haiwan- haiwan, dan gunung-gunung pun mencintainya. Raja melihat hal yang demikian itu lalu timbullah rasa cemburu dalam dirinya. Ia mulai berusaha untuk menyakiti Nabi Daud a.s. dan membunuhnya. Ia menyiapkan pasukan untuk membunuh Daud a.s.. Daud a.s. mengetahui bahawa raja cemburu kepadanya. Oleh kerana itu, beliau tidak memerangi raja namun apa yang beliau lakukan? Beliau mengambil pedang raja sewaktu ia tidur lalu beliau memotong sebahagian dari pakaiannya dengan pedang itu. Kemudian beliau membangunkan raja dan berkata kepadanya: "Wahai raja, engkau telah berhasrat untuk membunuhku, namun aku tidak membencimu dan tidak ingin membunuhmu. Seandainya aku ingin membunuhmu maka aku lakukan waktu engkau tidur. Ini bajumu telah terpotong. Aku telah memotongnya waktu engkau tidur. Aku boleh memotong lehermu sebagai ganti dari memotong baju itu, tetapi aku tidak melakukannya. Aku tidak suka untuk menyakiti seseorang pun. Ajaran yang aku bawa hanya berisi cinta dan kasih sayang, bukan kebencian. Raja menyedari bahawa dirinya salah dan ia meminta maaf kepada Daud a.s.."

Kemudian berlalulah hari demi hari dan raja terbunuh dalam suatu peperangan yang tidak diikuti oleh Nabi Daud a.s, kerana raja itu cemburu kepadanya dan menolak bantuannya. Setelah itu, Nabi Daud a.s. menjadi raja. Masyarakat sewaktu itu mengetahui bahawa Daud a.s. melakukan apa saja demi kebaikan dan kebahagiaan mereka sehingga mereka rela untuk menjadikannya raja bagi mereka. Jadi, Daud a.s. menjadi Nabi yang diutus oleh Allah s.w.t sekaligus menjadi raja. Kekuasaan tersebut justru meningkatkan rasa syukur kepada Allah s.w.t dan meningkatkan ibadahnya kepada-Nya serta mendorong beliau untuk lebih meningkatkan kebaikan dan menyantuni orang-orang fakir serta menjaga kepentingan masyarakat umum.

Allah s.w.t memperkuat kerajaan Daud a.s. Allah selalu menjadikannya menang ketika melawan musuh-musuhnya. Allah menjadikan kerajaannya sangat besar sehingga ditakuti oleh musuh-musuhnya meskipun tidak dalam peperangan. Allah menambah nikmat-Nya kepada Daud a.s. dalam bentuk memberinya hikmah. Selain memberi kenabian kepada Daud a.s, Allah s.w.t memberi hikmah dan kemampuan untuk membezakan kebenaran dari kebatilan. Nabi Daud a.s. mempunyai seorang anak yang bernama Sulaiman a.s. Sulaiman a.s. adalah anak yang cerdas dan kecerdasannya itu tampak sejak masa kecilnya. Usia Sulaiman a.s. mencapai sebelas tahun ketika terjadi kisah ini. Allah s.w.t berfirman:



"Dan (ingatlah kisah) Daud dan Sulaiman, di waktu keduanya memberikan keputusan mengenai tanaman, kerana tanaman itu dirosaki oleh kambing-kambing kepunyaan kaumnya. Dan adalah Kami menyaksikan keputusan yang diberikan oleh mereka itu, maka Kami telah memberikan pengertian kepada Sulaiman tentang hukum (yang lebih tepat); dan kepada masing-masing mereka telah Kami berikan hikmah dan ilmu. " (QS. al-Anbiya': 78-79)


Seperti biasanya, Daud a.s. duduk dan memberikan keputusan hukum kepada manusia dan menyelesaikan persoalan mereka. Seorang lelaki pemilik kebun datang kepadanya disertai dengan lelaki yang lain. Pemilik kebun itu berkata kepadanya: "Tuanku wahai Nabi, sesungguhnya kambing lelaki ini masuk ke kebunku dan memakan semua anggur yang ada di dalamnya. Aku datang kepadamu agar engkau menjadi hakim bagi kami. Dan aku menuntut ganti rugi."

Daud a.s. erkata kepada pemilik kambing: "Apakah benar bahawa kambingmu memakan kebun lelaki ini?" Pemilik kambing itu berkata: "Benar wahai tuanku." Daud a.s. berkata: "Aku telah memutuskan untuk memberikan kambingmu sebagai ganti dari apa yang telah dirosaki oleh kambingmu." Sulaiman a.s. berkata: "Allah telah memberinya hikmah di samping ilmu yang diwarisi dari ayahnya - aku memiliki hukum yang lain, wahai ayahku." Daud a.s. berkata: "Katakanlah wahai Sulaiman." Sulaiman a.s. berkata: "Aku memutuskan agar pemilik kambing mengambil kebun laki- laki ini yang buahnya telah dimakan oleh kambingnya. Lalu hendaklah ia memperbaikinya dan menanam di situ sehingga tumbuhlah pohon-pohon anggur yang baru. Dan aku memutuskan agar pemilik kebun itu mengambil kambingnya sehingga ia dapat mengambil munafa'at dari bulunya dan susunya serta makan darinya. Jika pohon anggur telah besar dan kebun tidak rosak atau kembali seperti semula, maka pemilik kebun itu dapat mengambil kembali kebunnya dan begitu juga pemilik kambing pun dapat mengambil kambingnya." Daud a.s. berkata: "Ini adalah keputusan yang hebat wahai Sulaiman. Segala puji bagi Allah s.w.t yang telah memberimu hikmah ini. Engkau adalah Sulaiman yang benar-benar bijaksana." Nabi Daud a.s. - meskipun kedekatannya kepada Allah s.w.t dan kecintaannya kepada-Nya - selalu belajar kepada Allah s.w.t. Allah s.w.t telah mengajarinya agar ia tidak memutuskan suatu perkara kecuali setelah ia mendengar perkataan kedua belah pihak yang bertikai.

Pada suatu hari Nabi Daud a.s. duduk di mihrabnya yang di situ ia solat dan beribadah. Ketika ia memasuki kamarnya, ia memerintahkan para pengawalnya untuk tidak mengizinkan seseorang pun masuk menemuinya atau mengganggunya saat ia solat. Tiba-tiba, beliau dikejutkan ketika melihat dua orang lelaki berdiri di hadapannya. Daud a.s. takut kepada mereka berdua kerana mereka berani masuk, padahal ia telah memerintahkan agar tak seorang pun masuk menemuinya. Daud a.s. bertanya kepada mereka: "Siapakah kalian berdua?" Salah seorang lelaki itu berkata: "Janganlah takut wahai tuanku. Aku dan laki-laki ini berselisih pendapat. Kami datang kepadamu agar kamu memutuskan dengan cara yang benar." Daud a.s. ertanya: "Apa masalahnya?" Laki-laki yang pertama berkata: "Saudaraku ini mempunyai sembilan puluh sembilan kambing betina, sedangkan aku hanya mempunyai satu. Ia telah mengambilnya dariku." Ia berkata: "Berikanlah kepadaku, lalu ia mengambilnya dariku." Daud a.s. berkata tanpa mendengar pendapat atau acadangan pihak yang lain: 'Sesungguhnya dia telah berbuat zalim kepadamu dengan meminta kambingmu untuk ditambahkan kepada kambingnya. Dan sesungguhnya dari kebanyakan orang-orang yang berserakan itu sebahagian mereka berbuat zalim kepada sebahagian yang lain, kecuali orang-orang yang beriman.'

Daud a.s. terkejut ketika tiba-tiba dua orang itu menghilang dari hadapannya. Kedua orang itu bersembunyi laksana awan yang menguap di udara. Akhirnya, Daud a.s. mengetahui bahawa kedua lelaki itu adalah malaikat yang diutus oleh Allah s.w.t kepadanya untuk memberinya pelajaran: hendaklah ia tidak mengambil keputusan hukum di antara dua orang yang berselisih kecuali setelah mendengar perkataan mereka semua. Barangkali pemilik sembilan puluh sembilan kambing itu yang benar. Daud a.s. tunduk dan bersujud serta rukuk kepada Allah s.w.t dan meminta ampun kepada-Nya. Allah s.w.t berfirman:


"Dan sampaikah kepadamu berita orang-orang yang berperkara ketika mereka memanjat pagar? Ketika mereka masuk (menemui) Daud lalu ia terkejut dengan (kedatangan) mereka. Mereka berkata: 'Janganlah kamu merasa takut, (kami) adalah dua orang yang berperkara yang salah seorang dari kami berbuat lalim kepada yang lain; maka berilah keputusan di antara kami dengan adil dan janganlah kamu menyimpang dari kebenaran dan tunjukilah kami ke jalan yang lurus. Sesungguhnya saudaraku ini mempunyai sembilan puluh sembilan ekor kambing betina dan aku mempunyai seekor saja. Maka dia berkata: 'Serahkanlah kambing itu kepadaku dan dia mengalahkan aku dalam perdebatan.' Daud berkata: 'Sesungguhnya dia telah berbuat lalim kepadamu dengan meminta kambingmu untuk ditambahkan kepada kambingnya. Dan sesungguhnya dari kebanyakan orang-orang yang berserikat itu sebahagian mereka berbuat zalim kepada sebahagian yang lain, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal yang soleh; dan amat sedikitlah mereka ini". Dan Daud mengetahui bahawa kami mengujinya; maka ia meminta. ampun kepada Tuhannya lalu menyungkur sujud dan bertaubat. Maka Kami ampuni baginya kesalahannya itu. Dan sesungguhnya dia mempunyai kedudukan dekat pada sisi Kami dan tempat kembali yang baik." (QS. Shad: 21-25)


Banyak cerita dongeng atau bohong yang disampaikan orang-orang Yahudi tentang godaan yang dialami oleh Daud a.s.. Dikatakan bahawa ia tertarik dengan isteri dari salah seorang pemimpin pasukannya lalu ia mengutus pemimpin itu di suatu peperangan di mana ia mengetahui apa yang terjadi dengannya. Kemudian Daud a.s. menguasai isterinya.

Itu adalah kepalsuan yang mengada-ada. Manusia yang hatinya berhubungan dengan bintang tertinggi di langit dan tasbihnya berhubungan dengan tasbih makhluk-makhluk dan benda-benda mati, maka mustahil baginya untuk hanya melihat atau tertarik dengan keindahan atau kecantikan wajah wanita atau fiziknya. Seseorang yang melihat puncak keindahan di alam dan berhubungan dengannya secara langsung dan menundukkannya dengan tasbihnya maka mustahil baginya untuk tunduk kepada naluri seksual. Daud a.s. adalah seorang hamba Allah s.w.t dan tidak mungkin ia menjadi hamba dari nalurinya sebagaimana yang dikemukakan oleh cerita-cerita palsu Bani Israil.

Nabi Daud a.s. kembali menyembah Allah s.w.t dan bertasbih kepada-Nya serta melantunkan senandung cinta kepada-Nya sampai akhir hayatnya. Nabi Daud a.s. berpuasa sehari dan berbuka sehari. Sehubungan dengan itu, Rasulullah saw bersabda: "Sebaik-baik puasa adalah puasanya Daud. Beliau berpuasa satu hari dan berbuka satu hari. Beliau membaca Zabur dengan tujuh puluh suara; beliau melakukan solat di tengah malam dan menangis di dalamnya, dan kerana tangisannya segala sesuatu pun ikut menangis, dan suaranya dapat menyembuhkan orang yang gelisah dan orang yang menderita." Nabi Daud a.s. wafat secara tiba-tiba sebagaimana dikatakan oleh berbagai riwayat.

Matahari mengganggu manusia, lalu Sulaiman a.s. memanggil burung dan berkata:
"Naungilah Daud. Maka burung itu menaunginya. Dan angin menjadi tenang." Sulaiman a.s. berkata kepada burung: "Naungilah manusia dari sengatan matahari. Burung itu pun tunduk kepada perintah Sulaiman a.s. Ini untuk pertama kalinya orang-orang menyaksikan kekuasaan Sulaiman a.s."

kredit: rakangroup


Salam Ukhuwah..~

Sabtu, 25 Ogos 2012

Kisah Nabi Daud a.s.

Berlalulah tahun-tahun yang cukup panjang dari wafatnya Musa a.s. Setelah Nabi Musa a.s., datanglah para Nabi dan mereka telah wafat dan anak-anak Israil setelah Musa a.s. telah kalah. Kitab suci mereka telah hilang, yaitu Taurat. Ketika Taurat telah hilang dari dada mereka maka ia pun tercabut dari tangan mereka. Musuh-musuh mereka menguasai peti perjanjian yang di dalamnya terdapat peninggalan keluarga Musa a.s. dan Harun a.s.. Bani Israil terusir dari keluarga mereka dan rumah mereka. Keadaan mereka sungguh sangat tragis. Kenabian telah terputus dari cucu Lawi, dan tidak tersisa dari mereka kecuali seorang wanita yang hamil yang berdoa kepada Allah s.w.t agar Dia memberinya anak laki- laki. Lalu ia melahirkan anak laki-laki dan menamainya dengan nama Asymu'il yang dalam bahasa Ibrani bererti Ismail. Yakni Allah s.w.t mendengar doaku.

Ketika anak itu semakin dewasa, ibunya itu mengirimnya ke masjid dan menyerahkannya kepada lelaki soleh agar belajar kebaikan dan ibadah darinya. Anak itu berada di sisinya. Pada suatu malam - ketika ia telah hampir dewasa - ia tidur, lalu ia mendengar ada suara yang datang dari sisi masjid. Ia bangun dalam keadaan ketakutan dan menyangka bahawa syeikh atau gurunya memanggilnya. Ia segera menuju gurunya dan bertanya: "Apakah engkau memang memanggilku?" Guru itu tidak ingin menakut-nakutkannya maka ia berkata: "Ya, ya." Anak itu pun tidur kembali. Kemudian suara itu datang lagi memanggilnya untuk kedua kalinya dan ketiga hingga ia bangun dan melihat malaikat Jibril memanggilnya: "Tuhanmu telah mengutusmu kepada kaummu." Pada suatu hari, Bani Israil menemui Nabi yang mulia ini. Mereka bertanya kepadanya: "Tidakkah kami orang-orang yang teraniaya?" Dia menjawab: "Benar." Mereka berkata: "Tidakkah kami orang-orang yang terusir?" Dia menjawab: "Benar." Mereka mengatakan: "Kirimkanlah untuk kami seorang raja yang dapat mengumpulkan kami di bawah satu bendera agar kita dapat berperang di jalan Allah s.w.t dan agar kita dapat mengembalikan tanah kita dan kemuliaan kita." Nabi mereka berkata kepada mereka dan tentu ia lebih tahu daripada mereka: "Apakah kalian yakin akan menjalankan peperangan jika diwajibkan peperangan atas kalian?"

Mereka menjawab: "Mengapa kami tidak berperang di jalan Allah s.w.t sedangkan kami telah terusir dari negeri kami, dan anak-anak kami pun terusir serta keadaan kami makin memburuk." Nabi a.s. kemudian berkata: "Sesungguhnya Allah s.w.t telah mengutus Thalut sebagai penguasa bagi kalian." Mereka berkata: "Bagaimana ia menjadi penguasa atas kami sedangkan kami lebih berhak mendapatkan kekuasaan itu daripadanya. Lagi pula, ia bukan seorang yang kaya, sedangkan di antara kami ada orang yang lebih kaya daripadanya."

Nabi a.s. mereka kemudian berkata lagi: "Sesungguhnya Allah s.w.t memilihnya atas kalian kerana ia memiliki keutamaan dari sisi ilmu dan fizik. Dan Allah s.w.t memberikan kekuasaan-Nya kepada siapa pun yang Dia kehendaki." Mereka berkata: "Apa tanda kekuasaa-Nya?" Nabi a.s. menjawab: "Kitab Taurat yang dirampas musuh kalian akan kembali kepada kalian. Kitab itu akan dibawa oleh para malaikat dan diserahkan kepada kalian. Ini adalah tanda kekuasaan-Nya." Mukjizat tersebut benar-benar terjadi di mana pada suatu hari Taurat kembali kepada mereka.

Pembentukan pasukan Thalut dimulai. Thalut telah menyiapkan tenteranya untuk memerangi Jalut. Jalut adalah seseorang yang perkasa dan penantang yang hebat di mana tak seorang pun mampu mengalahkannya. Pasukan Thalut telah siap. Pasukan berjalan dalam waktu yang lama di tengah-tengah gurun dan gunung sehingga mereka merasakan kehausan. Raja Thalut berkata kepada tenteranya: "Kita akan menemui sungai di jalan. Barang siapa yang meminumnya maka hendaklah ia akan keluar dari pasukan dan barang siapa yang tidak menegukya dan hanya sekadar membasahi kerongkongannya maka ia akan dapat bersamaku dalam pasukan."

Akhirnya, mereka mendapati sungai dan sebahagian tentera minum darinya dan kemudian mereka keluar dari barisan tentera. Thalut telah menyiapkan ujian ini untuk mengetahui siapa di antara mereka yang menta'atinya dan siapa yang membangkangnya; siapa di antara mereka yang memiliki tekad yang kuat dan mampu menahan rasa haus dan siapa yang memiliki keinginan yang lemah dan mudah menyerah.

Thalut berkata kepada dirinya sendiri: "Sekarang kami mengetahui orang-orang yang pengecut sehingga tidak ada yang bersamaku kecuali orang- orang yang berani." Jumlah pasukan memang berpengaruh tetapi yang paling penting dalam pasukan adalah, sifat keberanian dan iman, bukan semata-mata jumlah dan senjata. Lalu datanglah saat-saat yang menentukan bagi pasukan Thalut. Mereka berdiri di depan pasukan musuhnya, Jalut. Jumlah pasukan Thalut sedikit sekali tetapi pasukan Musuh sangat banyak dan kuat.

Sebahagian orang-orang yang lemah dari pasukan Thalut berkata: "Bagaimana mungkin kita dapat mengalahkan pasukan yang perkasa itu?" Kemudian orang-orang mukmin dari pasukan Thalut menjawab: "Yang penting dalam pasukan adalah keimanan dan keberanian. Berapa banyak kelompok yang sedikit mampu mengalahkan kelompok yang banyak dengan izin Allah s.w.t." Allah s.w.t berfirman:


"Apakah kamu tidak memperhatikan ketua-ketua Bani Israil sesudah nabi Musa, yaitu ketika mereka berkata kepada seorang Nabi mereka: 'Angkatlah untuk kami seorang raja agar kami berperang (di bawah pimpinannya) dijalan Allah. Nabi mereka menjawab: 'Mungkin sekali jika kamu diwajibkan berperang, kamu tidak akan berperang.' Mereka menjawab: 'Mengapa kami tidak mau berperang di jalan Allah, padahal kami sesungguhnya telah diusir dari kampung halaman kami dan dari anak-anak kami.' Maka tatkala perang itu diwajibkan atas mereka, mereka pun berpaling, kecuali beberapa orang yang saja di antara mereka. Dan Allah Maha Mengetahui orang-orang yang zalim. Nabi mereka mengatakan kepada mereka: 'Sesungguhnya Allah telah mengangkat Thalut menjadi rajamu.' Mereka menjawab: 'Bagaimana Thalut memerintah kami, padahal kami lebih berhak mengendalikan pemerintahan daripadanya, sedang dia pun tidak diberi kekayaan yang banyak?' (Nabi mereka) berkata: 'Sesungguhnya Allah telah memilihnya menjadi rajamu dan menganugerahi ilmu yang luas dan tubuh yang perkasa.' Allah memberikan pemerintahan kepada siapa yang dikehendaki-Nya. Dan Allah Maha Luas Pemberian-Nya lagi Maha Mengetahui. Dan Nabi mereka mengatakan kepada mereka: 'Sesungguhnya tanda ia akan menjadi raja, ialah kembalinya tabut kepadamu, di dalamnya terdapat ketenangan dari Tuhanmu dan sisa dari peninggalan keluarga Musa dan keluarga Harun; tabut itu dibawa oleh malaikat. Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda bagimu, jika kamu orang yang beriman. Maka tatkala Thalut keluar membawa tenteranya, ia berkata: 'Sesungguhnya Allah akan menguji kamu dengan suatu sungai. Maka siapa di antara kamu meminum airnya, bukanlah ia pengikutku. Dan barang siapa tiada meminumnya, kecuali mencedok secedok tangan, maka ia adalah pengikutku. Kemudian mereka meminumnya kecuali beberapa orang di antara mereka. Maka tatkala Thalut dan orang-orang yang beriman bersama dia telah menyeberangi sungai itu, orang-orang yang telah minum berkata: 'Tak ada kesanggupan kami pada hari ini untuk melawan Jalut dan tenteranya' Orang-orang yang meyakini bahawa mereka akan menemui Allah berkata: 'Berapa banyak yang terjadi golongan yang sedikit dapat mengalahkan golongan yang banyak dengan izin Allah. Dan Allah berserta orang-orang yang sabar.'" (QS. al-Baqarah: 246-249)

Jalut tampak membawa baju besinya bersama pedangnya. Tampaknya ia menantang seseorang untuk berlawan dengannya. Semua tentera Thalut merasa takut untuk menghadapinya. Di saat-saat tegang ini, muncullah dari pasukan Thalut seorang penggembala kambing yang kecil, yaitu Daud a.s. Daud a.s. adalah seorang yang beriman kepada Allah s.w.t. Ia mengetahui bahawa keimanan kepada Allah s.w.t adalah hakikat kekuatan di alam ini, dan bahawa kemenangan bukan semata-mata ditentukan banyaknya senjata dan kuatnya tubuh.

Daud a.s. maju dan meminta kepada raja Thalut agar mengizinkannya berlawan dengan Jalut. Namun si raja pada hari pertama menolak permintaan itu. Daud a.s. bukanlah seorang tentera, ia hanya sekadar penggembala kambing yang kecil. Ia tidak memiliki pengalaman dalam peperangan. Ia tidak memiliki pedang, senjatanya adalah potongan batu bata yang digunakan untuk menghalau kambingnya. Meskipun demikian, Daud mengetahui bahawa Allah s.w.t adalah sumber kekuatan yang hakiki di dunia ini. kerana ia seorang yang beriman kepada Allah s.w.t, maka ia merasa lebih kuat daripada Jalut.

Pada hari kedua, ia kembali meminta izin agar diberi peluang untuk memerangi Jalut. Lalu raja memberikan izin kepadanya. Raja berkata kepadanya: "Seandainya engkau berani memeranginya, maka engkau menjadi pemimpin pasukan dan akan menikahi anak perempuanku." Daud a.s. tidak peduli dengan janji-janji tersebut. Ia hanya ingin berperang dan memenangkan agama. Ia ingin membunuh Jalut, seorang lelaki yang sombong yang zalim dan tidak beriman kepada Allah s.w.t, Raja mengizinkan kepada Daud a.s. untuk berlawan dengan jalut.

Daud a.s. maju dengan membawa tongkatnya dan lima buah batu serta katapel (lastik Palestin). Jalut maju dengan dilapisi senjata dan baju besi. Jalut berusaha mengejek Daud a.s. dan mengejeknya serta mentertawakan kefakirannya dan kelemahannya. Kemudian Daud a.s. meletakkan batu yang kuat di atas katapelnya, lalu ia melepaskannya di udara sehingga batu itu pun meluncur dengan keras. Angin menjadi sahabat Daud a.s. kerana ia cinta kepada Allah s.w.t sehingga angin itu membawa batu itu menuju ke dahi Jalut. Batu itu membunuhnya. Jalut yang dibekali senjata yang lengkap itu tersungkur ke tanah dan mati.

Daud a.s., seorang penggembala yang baik, mengambil pedangnya. Dan berkecamuklah peperangan di antara kedua pasukan. Peperangan dimulai ketika pemimpinnya terbunuh dan rasa ketakutan menghinggapi seluruh pasukannya, sedangkan pasukan yang lain dipimpin oleh seorang penggembala kambing yang sederhana.


Allah s.w.t berfirman:

"Tatkala mereka tampak oleh jalut dan tenteranya, mereka pun berdoa: 'Ya Tuhan kami, tuangkanlah kesabaran atas diri kami, dan kukuhkanlah pendirian kami terhadap orang-orang kafir.' Mereka (tentera Thalut) mengalahkan tentera Jalut dengan izin Allah memberinya kepadanya (Daud) pemerintahan dan hikmah, (sesudah meninggalnya Thalut) dan mengajarkan kepadanya apa yang dikehendaki-Nya. Seandainya Allah tidak menolak (keganasan) sebahagian manusia dengan sebahagian yang lain, pasti rosaklah bumi ini. Tetapi Allah mempunyai kurnia (yang dicurahkan) atas semesta alam." (QS. al-Baqarah: 250-251)

Setelah Daud a.s. membunuh jalut, ia mencapai puncak kebenaran di tengah- tengah kaumnya sehingga ia menjadi seorang lelaki yang paling terkenal di kalangan Bani Israil. Beliau menjadi pemimpin pasukan dan suami dari anak perempuan raja. Namun Daud a.s. tidak begitu gembira dengan semua ini. Beliau tidak bertujuan untuk mencapai kebenaran atau kedudukan atau kehormatan, tetapi beliau berusaha untuk menggapai cinta Allah s.w.t. Daud a.s. telah diberi suatu suara yang sangat indah dan mengagumkan. Daud bertasbih kepada Allah s.w.t dan mengagungkan- Nya dengan suaranya yang menarik dan mengundang kekaguman. Oleh kerana itu, setelah mengalahkan Jalut, Daud a.s. bersembunyi. Beliau pergi ke gurun dan gunung. Beliau merasakan kedamaian di tengah-tengah makhluk-makhluk yang lain. Di saat mengasingkan diri, beliau bertaubat kepada Allah s.w.t.


Allah s.w.t berfirman:

"Dan sesungguhnya telah Kami berikan kepada Daud kurnia Kami. (Kami berfirman): 'Hai gunung-gunung dan burung-burung, bertasbihlah berulang-ulang bersama Daud', dan Kami telah melunakkan besi padanya. (Yaitu) buatlah baju besi yang besar-besar dan ukurlah anyamannya; dan kerjakanlah amalan yang soleh. Sesungguhnya Aku melihat apa yang kamu kerjakan." (QS. Saba': 10- 11)
"Dan telah Kami tundukan gunung-gunung dan burung-burung, semua bertasbih bersama Daud, dan Kamilah yang melakukannya. Dan telah Kami ajarkan kepada Daud membuat baju besi kepada kamu, guna memelihara kamu dalam peperanganmu; Maka hendaklah kamu bersyukur (kepada Allah)." (QS. al-Anbiya': 79-80)

Ketika Daud a.s. duduk, maka ia bertasbih kepada Allah s.w.t dan memuliakan-Nya. Allah s.w.t memilih Daud a.s. sebagai Nabi dan memberinya Kitab Zabur. Allah s.w.t berfirman:
"Dan Kami berikan Kitab Zabur kepada Daud." (QS. al-Isra': 55)

Zabur adalah kitab suci seperti Kitab Taurat. Daud a.s. membaca kitab tersebut dan bertasbih kepada Allah s.w.t. Saat beliau bertasbih, gunung-gunung juga ikut bertasbih, dan burung-burung pun berkumpul bersama beliau.


Allah s.w.t berfirman:

"Dan ingatlah hamba Kami Daud yang mempunyai kekuatan; sesungguhnya dia amat ta'at (kepada Tuhan). Sesungguhnya Kami menundukkan gunung-gunung untuk bertasbih bersama dia (Daud) di waktu pagi dan petang, dan (Kami tundukkan pula) burung-burung dalam keadaan terkumpul. Masing-masing amat ta'at kepada Allah. Dan Kami kuatkan kerajaannya dan Kami berikan hikmah dan kebijaksanaan dalam menyelesaikan perselisihan." (QS. Shad: 17-20)

Gurun terbentang sehingga mencapai ufuk. Ini adalah hari puasa Daud. Nabi Daud berpuasa pada suatu hari dan berbuka pada hari yang lain. Inilah yang disebut dengan Shiam ad-Dahr. Daud a.s. membaca Kitab Zabur dan merenungkan ayat-ayatnya. Gunung-gunung bertasbih bersamanya. Gunung menyempurnakan pembacaan ayat tersebut, dan terkadang beliau diam sementara gunung itu menyempurnakan tasbihnya. Bukan hanya gunung yang bertasbih bersama beliau, burung-burung pun ikut bertasbih. Ketika Daud a.s. mulai membaca Kitab Zabur yang suci maka burung-burung, binatang-binatang buas, dan pohon-pohon pun berkumpul di sisinya, bahkan gunung-gunung ikut bertasbih. Bukan hanya kerana ketulusan Daud a.s. yang menjadi penyebab bertasbihnya gunung-gunung atau burung-burung bersama beliau; bukan hanya keindahan suaranya yang menjadi penyebab bertasbihnya makhluk-makhluk yang lain bersama beliau, namun ini adalah mukjizat dari Allah s.w.t kepadanya sebagai Nabi yang memiliki keimanan yang agung, yang cintanya kepada Allah s.w.t sangat tulus. Bukan hanya ini mukjizat yang diberikan kepada beliau, Allah s.w.t juga memberinya ilmu atau kemampuan untuk memahami bahasa burung dan haiwan-haiwan yang lain.

...bersambung selepas solah Suboh esok 7 Syawal 1433. Insyaallah...

kredit: rakangroup


Salam Ukhuwah..~