Bacaan Popular

Jumaat, 20 Jun 2014

Doa Yang Makbul





Kebanyakan dari kita doa tak makbul. Jenuh sudah kita meminta dan berdoa kepada Allah ta'ala namun doa kita itu tidak makbul. Ada doa yang Allah ta'ala makbulkan tapi disimpan untuk diperlihatkan dihari akhirat dan ada doa yang Allah makbulkan dan Allah berikan semasa kita didunia lagi. Allah Maha Bijaksana.

Orang kafir dan munafik termasuk yang fasik tanpa perlu berdoa Allah ta'ala telah berikan apa yang mereka mahu, sebagai contoh rezeki yang melimpah-ruah tetapi sebenarnya rezeki tersebut tidak berkat, tidak mendapat rahmat. Berbanding doa orang Mukmin yang Allah redha dan ada permohonan yang Allah ta'ala tunaikan untuk digunakan dihari akhirat.

Doa orang Islam pula paling banyak yang tidak makbul, antaranya sebab anak atau isterinya atau suaminya tidak menurut perintah Allah dan ada yang lebih hebat berani melanggar perintah Allah seperti mendedahkan aurat ditempat awam.

Jadi apabila Allah ta'ala tidak makbulkan permohonan doa kita, kita kena periksa balik semula (buat correction diri) cuba cari apa silapnya kita maka Allah ta'ala tidak makbulkan doa tersebut. Mungkin isteri kita maseh mendedahkan lengannya kepada orang ramai walaupun ada tudong atas kepalanya. Mungkin anak isteri atau suami kita tidak berzikir (mengingati Allah) selepas solat suboh dan selepas solat asar. Kerana banyak kali Allah ta'ala sebut dalam al Quran, 'Ingatlah Aku pagi dan petang.'

Allah ta'ala ada sebut dalam al Quran, 'Ingatlah Aku pagi dan petang nescaya Aku akan mencukupkan.' Tetapi ramai dikalangan kita lepas solat suboh membebel pada anak agar bersegera mandi, segera sarapan untuk pergi sekolah. Atau kita sendiri apabila bangun pagi banyak fikir hal dunia. Hari ini nak masak apa, nak makan apa pagi ni. Atau nak jumpa siapa hari ini untuk kutip hutang atau macamana nak cari wang. Walhal sebaik-baik antara kita bila bangun saja harus bersyukur sambil mengingati Allah ta'ala. Mengingati adakah lagi masa untuk solat suboh sebelum matahari terbit (jikalau solat dirumah). Terbaik lagi ialah risau sebab tak sempat solat berjemaah ditempat azan dilaungkan.

Yakinlah jikalau kita mula berusaha untuk merubah kepada keadaan yang lebih baik InsyaAllah, para Malaikat melihat dan akan memperkatakan tentang kita dilangit sana, 'Si Polan itu sudah bertambah bagus sekarang ini.' dan Allah memberi tumpuan terhadap kita. Waktu itu minta apa saja Allah ta'ala akan beri samaada didunia atau diakhirat.

Akhirnya bukan susah untuk memohon agar Allah ta'ala makbulkan doa kita. Pertama mesti turut segala perintah Allah sebab kita ini hambaNya. Jika kita ada khadam (hamba abdi) pasti dan pasti kita mahu khadam kita mendengar cakap atau arahan kita walaupun kita suruh khadam-khadam itu tidur di kandang kuda, dan kita akan berasa marah jikalau khadam kita itu tidak mahu tidur dikandang kuda. Begitu jugalah jikalau Allah ta'ala larang kita janganlah kita dok tebiang pi buat juga. Allah ta'ala mempunyai jumlah Malaikat yang tersangat ramai untuk mencatat apa sahaja perbuatan, percakapan dan tingkah-laku kita. Ini bukanlah suatu sistem cctv yang dipasang untuk menjaga sebuah bangunan rahsia yang teramat rahsia. Dikatakan jumlah semua makhluk yang ada dibumi termasuk semut, anai-anai, kupu-kupu, lalat serta makhluk dilautan seperti udang yang kecil dan besar, ikan bilis yang halus dan besar, ikan-ikan yang berwarna-warni atau tidak berwarna. Jikalau dicampurkan kesemua makhluk itu jumlahnya, pastilah jumlah Malaikat Allah lebih ramai lagi.


Jadi mulai hari ini marilah kita berusaha agar doa kita senang dimakbulkan oleh Allah ta'ala, Rabb kita yang Esa.



La haula wala quwwata illa billah..~

2 ulasan:

  1. Doa sesetengah orang dimakbulkan dan diberi banyak harta,tak semestinya rahmat,kan ada satu ayat tentang istidraj(Al-An am 6:44-45)(Al-A'raaf 7:182)...jadi tak perlu kecewa...

    yang kita suka tak semestinya baik,mungkin kat hujung tu ada mudarat,pasai tu Allah tak beri apa yang kita mintak...(ayat Al Baqarah 2;216)...yang kita kurang suka tu mungkin yang terbaik Allah pilih utk kita ...

    BalasPadam