Kita sering menilai seseorang berdasarkan percakapan dan penampilan mereka. Apakah persepsi kita apabila mendengar ungkapan berikut, “Pintu bilik saya sentiasa terbuka. Jika ada masaalah jemputlah. Jangan malu, jangan segan”?
Biasanya ungkapan sebegini benar benar membuatkan kita rasa selesa dan amat senang sekali.
Malangnya kadangkala, ia sekadar kata kata untuk menunjukkan sifat luaran yang ada pada seseorang itu. Dia mengharapkan supaya orang yang mendengarnya memberikan penilaian dan persepsi yang positif terhadapnya.
Hakikat sebenarnya, apabila kita berjumpa dengannya untuk memberikan pandangan, pendapat, mengutarakan masaalah, berhujah dan sebagainya, kita akan di pandang serong, dicuriga, dikatakan bersikap negatif, pembangkang dan seumpamanya.
Kata-kata lain yang kita dengar adalah saperti, “Saya sebenarnya ikhlas”, “Saya terima dengan hati yang terbuka”, “Kritikan awak itu memang membina”, “Buat apa saya tipu awak”, “Kejayaan saya adalah kerana sokong semua”, dan ungkapan lain yang semirip dengannya. Adakah kata-kata ini datang dari lubuk hati yang benar benar ikhlas? Amat menyedihkan jika kata-kata ini hanya dijadikan sebagai pemikat untuk menyedapkan telinga orang yang mendengarnya. Sebaliknya, lain di mulut lain dihati.
Kata-kata manis ini bertujuan untuk menunjukkan bahawa dia memiliki hati budi yang sangat baik sedangkan hakikatnya tidak saperti yang di ungkapkan. Manusia bersikap begini kerana hatinya tidak ikhlas berpunca daripada rasa sombong, ego, bangga diri, hipokrit dan banyak lagi penyakit hati. Kedudukan, kepentingan politik, kuasa, dan pangkat juga banyak mempengaruhi manusia untuk bersikap “cakap tak serupa bikin”.
Orang yang bersifat begini jelas menunjukkan dia memiliki salah satu daripada sifat orang munafiq iaitu berkata-kata tetapi dusta saperti hadis Nabi s.a.w. yang bermaksud:
“Tanda orang munafiq itu ada tiga; apabila berkata kata dia berdusta, apabila berjanji dia mengingkari dan apabila diberikan amanah dia mengkhianatinya.”
(HR al Bukhari dan Muslim)
Kehidupan harian kita ini memang di kelilingi oleh mereka yang bersifat begini. Dalam al Quran ada diterangkan bagaimana untuk menghadapi manusia munafiq.
Kita seharusnya jangan menghiraukan dan menurut kehendak orang yang hipokrit ini kerana kebergantungan kita semestinya hanya kepada Allah s.w.t. sahaja. Kita tidak perlu bimbang dengan ancaman mereka dan bertawakal kepada Allah secara mutlak. Sebagaimana firman Allah yang bermaksud:
“Dan janganlah kamu menuruti kehendak orang kafir dan munafiq itu.Janganlah kamu hiraukan celaan mereka dan bertaqwalah kepada Allah.Dan cukuplah Allah sebagai pelindung (yang menyelamatkan kamu).”

(Surah al Ahzab 33:48)
Kita dengan mudah akan menuruti segala kehendak mereka dengan alasan mereka berkuasa. Kita ini mentimun mereka durian. Digelek kita kena, mengelek pun kita kena. Kadangkala kita lebih takut kepada mereka berbanding Allah s.w.t. Kita lebih tunduk atas perintah mereka dan mengingkari perintah Allah s.w.t. Ruang yang kita berikan meningkatkan lagi sifat hipokrit dan keegoan mereka sehinggakan mereka terlupa kepada kekuasaan Allah ta'ala.
Ingatlah bahawa kita semestinya takut kepada Allah s.w.t. berbanding takut kepada manusia. Allah menegaskan dalam al Quran yang bermaksud:
“Wahai Nabi, bertaqwalah kepada Allah dan janganlah kamu menuruti (keinginan) orang kafir dan munafiq. Sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui lagi Bijaksana.”

(Surah al Ahzab 33:1)
Ingatlah bahawa Allah amat membenci orang yang memiliki sifat saperti mana golongan munafiq, pandai memainkan kata-kata manis dihadapan tetapi penuh dengan kebencian dibelakang. Bagi mereka yang terpaksa bergaul dengan golongan ini, janganlah rasa takut dan bimbang kerana kebergantungan kita hanya kepada Allah s.w.t.
Kita harus berjuang mengutamakan perintah Allah s.w.t. daripada menuruti kehendak mereka. Sesungguhnya Allah ta'ala sentiasa bersama dengan mereka yang bertaqwa.

kredit: rakangroup
Salam Ukhuwah..~
Tiada ulasan:
Catat Ulasan