Bacaan Popular

Rabu, 9 November 2011

Melayu Dan Islam: Kenapa Lelaki Melayu Suka Sangat Pakai Seluar Pendek ?


Lelaki Melayu selamba pakai seluar pendek depan orang ramai...

Tahu apa Islam kata pasal aurat lelaki Muslim ?

Imam Hanafi dan Imam Hambali berpendapat : ” Lelaki diwajibkan menutup auratnya di antara pusat hingga lutut daripada dilihat oleh lelaki atau perempuan yang bukan mahramnya kecuali kepada isterinya.”.

Tetapi, kenapa ramai lelaki Melayu kita pakai seluar pendek atas paras lutut? Contohnya bila main bola sepak dan futsal ? Takkan mereka tidak tahu langsung bab aurat lelaki di dalam Islam ? Sebenarnya mereka tahu, tetapi mereka sengaja buat pekak telinga.

Kalau perempuan wajib memelihara aurat mereka, maka kaum lelaki pun sama. Tiada alasan.

Di tempat-tempat awam pula, ramai lelaki Melayu yang suka berfesyen memakai seluar shorts bila keluar sendirian atau bersama pasangan. Jika hendak dikatakan mereka terang-terangan mendedahkan aurat, belum boleh dituduh lagi. Tetapi, tahap kependekan seluar shorts tersebut sudah berada di tahap 'shubhah' atau 'grey area' yang bermaksud sangat hampir untuk menampakkan kedua-dua lutut yang menjadi aurat mereka.



Oleh hal yang demikian, bolehkah seluar shorts yang gemar dipakai oleh jantan-jantan Melayu stylo sekarang ini dibawa terus untuk solat di surau dan masjid ? Sudah tentu tidak boleh, kerana sudah pasti ketika ruku' dan sujud, seluar shorts mereka akan tersingkap lalu menampakkan lutut mereka. Maka, solat mereka akan batal sama sekali.

Kadang-kadang kelakar bila melihat sepasang suami isteri di mana, si isterinya lengkap bertudung dan berpakaian tutup aurat, tetapi di sebelahnya, si suami pula memakai seluar shorts tanggung serta memakai rantai leher dan gelang tangan. Padanan yang macam tidak kena, lalu membuat sesiapa yang memandang terfikir "Siapa yang patut membimbing siapa sebenarnya..?".

Lelaki Melayu dewasa yang memakai seluar shorts bukan sahaja merisikokan diri menampakkan aurat lutut mereka, malah mereka turut mempamerkan imej seperti lelaki tidak matang yang terhegeh-hegeh berlagak remaja sedangkan umur sudah semakin tua.

N'N:Tanpa prejudis....


Sila klik pada gambar ini untuk membesarkan imej gambar.

ulasan:

Anonymous said...
Jangan tengok seluar pendek yang syubhah je, tengok juga perangai jantan-jantan melayu yang bersarung tapi lubang pusat terbojeh.... buruk berbenor sebab sesetengah tu bergelar ustaz.... bojeh pusat tu boleh disumpah jadi batu dan diletak atas rumah ibadat satu kaum tu.


Anonymous said...
hmm..
Gua dh x pkai seluar pendek wlwpun berada dlm rumah..
Kita seharusnya berubah sblm kita mahu mendidik anak2 tentang etika pakaian dlm Islam..
Ada skali tu gua pegi klinik, mamat neh mcm bagus dh bela janggut,sekali gua tgk kaki rupanya betis dan lutut pun ble nampak sbb pkai sluar pendek..Terus gua istighfar dan doa supaya mamat tuh diberi hidayah oleh Allah sblm terlambat..


Anonymous said...
Gua zaman jahiliyah dulu jer pakai short...Sekarang ni gua pulak rasa menyampah tengok budak2 Melayu pakai short dan paling menyampah lagi pakcik2 yang kubur kata mari pakai short.......

kredit: -eSpAcE 9808-


Salam Ukhuwah..~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan