Bacaan Popular

Ahad, 9 Disember 2012

Sejarah Nabi Sulaiman Dan Bani Israel



Nabi Sulaiman a.s. merupakan salah seorang nabi daripada 25 orang rasul yang wajib diketahui. Baginda merupakan salah seorang nabi daripada keturunan Bani Israel selain Nabi Yusuf, Nabi Musa, Nabi Harun dan Nabi Isa a.s.

Dari sudut kronologi zaman, Nabi Sulaiman lahir selepas zaman Nabi Ibrahim, Nabi Ishak, Nabi Yaakob, Nabi Yusuf, Nabi Musa, Nabi Harun dan Nabi Daud a.s.

Majoriti para nabi lahir daripada kalangan bangsa Bani Israel adapun daripada bangsa Arab hanya Nabi Ismail dan Nabi Muhammad s.a.w.

Beliau adalah putera kepada Nabi Daud. Baginda berketurunan Bani Israel. Adapun daripada Nabi Ismail bin Ibrahim maka lahirnya bangsa Arab.

Daripada 12 putera Nabi Yaakob beliau berasal daripada keturunan Yahuza bin Yaakob a.s. Nama penuhnya Sulaiman bin bin Daud bin Isya bin Uwaid bin Abir bin Salamon bin Nakhsyon bin Amina Adab bin Iram bin Hasron bin Faridh bin Yahuza bin Yaakob bin Ishak bin Ibrahim. Bukan berketurunan Nabi Yusuf atau Bunyamin.

Dari segi luaran Nabi Sulaiman berkulit putih berseri, berambut lebat dan suka memakai pakaian berwarna putih.

Baginda juga merupakan antara nabi yang menjadi nabi dan pemerintah semasa hayatnya selain junjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w. Allah Taala telah menganugerahkan kepadanya kenabian dan kerajaan pada waktu yang sama.

Nabi Sulaiman telah menjadi raja menggantikan ayanhandanya Nabi Daud yang telah wafat. Ketika itu umur baginda 12 tahun. 

Sememangnya Nabi Sulaiman telah diberi kecerdikan dan kebijaksanaan semenjak kecil lagi. Baginda wafat ketika berumur 52 tahun setelah memerintah selama 40 tahun.
Nabi Sulaiman a.s. telah dianugerahkan oleh Allah dengan berbagai nikmat;

1: Mewarisi kerajaan daripada bapanya Nabi Daud selain kenabian. Baginda adalah
seorang nabi dan raja.

2: Boleh memahami ucapan burung dan semua binatang sebagaimana baginda dapat berbicara dengan burung hud-hud dan memahami dialog raja semut dengan rakyatnya.

3: Dapat menguasai jin dan dapat mengerahkan mereka menyelam ke dasar laut untuk mengeluarkan jauhar dan permata selain melaksanakan tugasan yang tidak mampu dilakukan oleh manusia seperti memindahkan istana.

4: Mempunyai bala tentera terdiri daripada manusia, jin dan burung-burung.

5: Diberikan kebijaksanaan sejak kecil lagi.

6: Dapat mengarahkan pergerakan angin mengikut kemahuannya.

Di dalam Al-quran banyak terdapat kisah-kisah Nabi Sulaiman.


kredit: rakangroup


Salam Ukhuwah..~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan