Gambar sekedar hiasan sahaja
SIFAT marah yang datang daripada hati mempunyai kaitan dengan keimanan seseorang. Orang yang sabar dapat menahan kemarahan dalam saat-saat genting dan sudah tentu mendapat ganjaran di sisi-Nya. Seseorang yang dapat mengawal kemarahan adalah orang yang kuat di sisi Allah.
Daripada Abdullah bin Umar ra, Rasulullah SAW bersabda:
"Tiada hamba yang meneguk air, lalu mendapat ganjaran yang lebih besar di sisi Allah daripada hamba yang meneguk air menahan kemarahan kerana Allah."
(riwayat Ibnu Majah)
Sementara itu, marah dapat didefinisikan sebagai berasa panas hati kerana ditipu (dihina dan lain-lain), perasaan panas hati, berang, gusar, murka yang datangnya daripada hati. Kemarahan akhirnya meresap dalam darah dan menguasai akal fikiran yang tidak terkawal.
Dalam hadis yang lain, daripada Abu Hurairah ra, Nabi SAW bersabda:
Bukankah orang gagah itu, orang kuat bertinju. Akan tetapi orang yang gagah adalah orang yang dapat mengawal diri ketika marah.
(riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Dalam hubungan kekeluargaan, marah juga boleh merenggangkan antara satu sama lain. Kita boleh marah jika sesuatu yang dilakukan oleh seseorang itu bertentangan dengan Islam.
Allah amat menyukai sifat lemah-lembut. Daripada Aisyah ra, Nabi SAW bersabda:
Sesungguhnya Allah menyukai sifat lemah-lembut dalam setiap perkara.
(riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Begitulah juga dalam hubungan persahabatan dan kejiranan. Sifat marah boleh merenggangkan seseorang dengan sahabat atau jirannya.
Mengambil wuduk dan beristighfar dapat mengawal sifat marah. Segala-galanya dapat meruntuhkan tipu daya iblis dan menghancurkan kesesatan yang disuruhnya. Selain itu, memberi penawar hati yang marah dan gundah, sesungguhnya hati tunduk kepada Allah SWT.
Sifat marah juga adalah cerminan kalbu keperibadian jiwa yang tidak tenteram. Oleh itu, kawal jiwa kerohanian supaya hidup sentiasa tenteram, aman dan damai sepanjang masa.
Para sahabat Nabi Muhammad SAW dan ulama dahulu memberikan berbagai-bagai ungkapan dan falsafah tentang bahaya dan buruknya sifat marah.
kredit: utusanmelayu
Salam Ukhuwah..~
Assalamualaikum Tok Wan,
BalasPadamTerima kasih kerana sudi berkongsi ilmu di sini.
Sama-sama Shamsiah Abdul Rahman :v..~
Padam