Sebab bila sudah rasa lebih dari orang lain, maka lenyaplah rasa kekurangan, kelemahan dan kehambaan diri pada Allah dari hati nuraninya. Maka ruang kosong itu segera pula diisi oleh rasa hebat, rasa besar atau besar kepala, rasa istimewa, rasa tuan, bahkan ada yang rasa Tuhan. Maka bila hati sudah jadi begitu, meninggilah diri dengan yang lain, memandang rendah sesama hamba Allah, jijiklah dia terhadap manusia yang lemah dan hina, maka sombonglah dia, angkuh dan takabburlah dia. Bagi yang faham Islam dia tidak akan membesarkan diri, tapi kadang kala oleh kerana taqwanya lemah, maka dia tidak dapat mengawal nafsu yang sudah rasa istimewa itu bertindak dengan perangai-perangai orang sombong dan takabur. Dia tidak mahu sombong dan takabbur sebab dia tahu sikap itu dosanya besar, tetapi dia tidak dapat lawan nafsunya. Maka terjebak lah juga dia dalam senarai orang yang sombong, ego, dan takabbur.
Mazmumah yang paling di benci Allah ialah ego (sombong) sebab ego itu membawa kesan yang sangat buruk. Contoh lihat lah suasana di negara kita, rakyat gelisah dan kucar kacir akibat adanya ramai pemimpin pemimpin, ahli-ahli politik dan penyokongnya yang ego. Realiti sifat dan sikap ego yang memalukan oleh pemimpin pemimpin boleh di lihat pun dalam persidangan Parlimen melalui kaca TV.
Iblis, kerana penyakit ego telah derhaka pada Tuhan. Begitu sombong nya Iblis. Walaupun dia cukup kenal dengan Allah, sudah pernah lihat api neraka, tapi kesombongan (ego) nya membuatkan dia pandang kecil pada Allah. Berapa ramai hari ini orang yang hatinya sudah jadi saperti Iblis. Ego hingga memandang orang lain hina. Tidak boleh di tegur atau di nasihati. Kalau di tegur melenting sebaliknya di cabarnya orang yang menegur. Hinggakan demi memuaskan hati, sanggup melakukan dosa-dosa yang boleh tercampak ke neraka.
Allah berfirman dalam Hadis Qudsi: “Kibir atau sombong itu selendang Ku. Siapa yang memakai selendang Ku nescaya dia tidak akan mencium bau syurga”.
Di antara contoh sifat orang orang yang ego :
Bagi orang politik pendapat lawannya walau benar sekalipun tidak akan diterima. Dia akan lawan sampai dia rasa dia yang benar, dan dia yang menang. Kalau lawannya pandai cakap maka dia akan putarkan cakap supaya orang terkeliru dan menganggap dia yang benar. Namun hati kecilnya tetap bersuara “Sebenarnya lawan aku itu betul aku yang salah”. Rasa ego memaksa dan mendesak agar dia tidak mengaku salah. Dia akan buat apa saja untuk membela dirinya, dan hatinya puas! Pengikut atau penyokong penyokong nya pun ikut sama jadi ego.
Dia mahu kemajuan dan kebenaran itu dari dia. Contohnya kalau orang lain tegakkan Islam dia tidak iktiraf walaupun betul. Hanya Islam yang dia hendak tegakkan itu saja yang betul.
Antara ulama dengan ulama masing masing mengatakan pendapat lawannya salah. Hanya dia yang betul.
Keegoan atau kesombongan manusia tidak pernah dimuktamarkan. Sedangkan itu lah punca segala krisis. Penyakit yang begitu bahaya dibiarkan melanda tanpa seorangpun berusaha untuk mengubatinya. Tidak hairanlah masyarakat dan negara boleh ranap dikerjakan oleh manusia yang sudah jadi IBLIS itu.
kredit: fitrahislam
Salam Ukhuwah..~
Tiada ulasan:
Catat Ulasan