Bacaan Popular

Rabu, 12 Disember 2012

Jual Beli Agama

Gambar sekedar hiasan sahaja.

Dahulu saya pernah berangapan bahawa, dalam dakwah dan menyampaikan agama kepada masyarakat, kita tidak boleh mengenakan harga dengan tujuan berniaga. Sehingga hari ini, saya masih mempunyai pandangan yang sama, cuma ada sedikit perubahan dan percanggahan dengan apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan "menjual ayat Allah dengan harga yang murah".


Dalam Al-Quran Allah Ta'ala menyebut dengan banyaknya ayat yang berkaitan dengan tindakan orang-orang kafir, munafiq mahupun musyrik yang menjual ayat-ayat Allah dengan harga yang murah. Ayat di bawah adalah antaranya:



"And believe in what I have sent down confirming that which is [already] with you, and be not the first to disbelieve in it. And do not exchange My signs for a small price, and fear [only] Me." Surah Al-Baqarah, 2:41.




Exchange / jual ayat Allah dengan harga yang murah di sini, bukanlah bermakna kita tidak boleh menjual-beli Al-Quran. Juga tidak bermakna, hasil kreatif yang berkaitan dengan ayat-ayat Al-Quran, seperti Frame, dan lebih lagi, ceramah-ceramah yang berkaitan dengan agama, tidak boleh dijual-beli. Tetapi disebut dalam Tafsir Jalalain, bahawa perbuatan "exchange / jual" di sini merujuk kepada menukarkan agama atau segala ajaran yang terkandung di dalam Al-Quran dan segala yang dibawa oleh RasuluLlah SAW, dengan sesuatu yang lebih buruk atau lebih tepat, menukarkannya dengan dunia.


Mengambil kelebihan dunia, berbanding kelebihan akhirat. Memilih untuk bersenang-lenang di dunia, berbanding kesenangan dan nikmat di akhirat, inilah makna sebenar ayat ini.


Justeru, dalam berdakwah dan juga menyampaikan ajaran kepada manusia, kita tidak boleh mengejar bahagian dunia, sehingga meninggalkan akhirat. Kita digalakkan untuk mencari rezeki yang halal. Misalnya, jika kita bekerja, kita menerima gaji yang setimpal dengan kerja yang kita lakukan. Segala imbuhan dan ganjaran yang kita terima, diterima dengan ikhlas dan sesuai dengan apa yang kita lakukan. Jika ada lebih, kita berzakat dan infaq pula ke jalan Allah.


Ramai di kalangan kita, kerap kali mempersoalkan tindakan ustaz-ustaz mengenakan harga untuk ceramah mereka. Atau perkhidmatan yang mereka berikan kepada kita, sebagai contoh jampi untuk sembuhkan penyakit, berdoa dan solat hajat kepada Allah Ta'ala bagi pihak kita. Jika di Darul Mubarak, kami juga menerima upah untuk mengerjakan haji dan bacaan Al-Quran untuk arwah di Tanah Haram. Semua ini dipersoalkan, kononnya, memperniagakan agama.


Saya kira, tuduhan ini tidak tepat, kerana kami mengambil upah yang bersesuaian dengan apa yang kami lakukan. Begitu juga ramai di kalangan penceramah-penceramah yang ikhlas, juga ustaz-ustaz yang mengamalkan perubatan alternatif yang ikhlas, mereka meminta apa yang sepatutnya menjadi hak mereka. Mereka juga ada keluarga yang perlu mereka sarai.


Justeru, sebagai pihak yang menerima khidmat dan ceramah yang berguna untuk kehidupan akhirat tersebut, kitalah yang terlebih dahulu perlu menghargai jasa mereka dengan memberikan upah-ganjaran yang setimpal.


Kadang-kadang, saya juga setuju dengan sebahagian yang berpendapat, jika kita berikan sesuatu itu secara percuma, ia tidak akan dihargai.


Saya juga berpendapat, mereka yang menyertai politik kerana ingin mendapatkan kuasa bagi pihak Islam, adalah mereka yang ikhlas, (pasti ada juga yang diuji dengan niat yang tidak baik!). Maka, kedudukan mereka juga sama dengan orang lain yang masing-masing cuba melakukan kebaikan. Walaupun berbeza lapangan, tetapi matlamat tetap sama iaitu menyebar-luaskan kebaikan.


Apapun, saya lebih gemar untuk mempercayai bahawa, ganjaran yang Allah tentukan untuk mereka yang berbuat kebaikan sebenarnya amat jauh lebih baik daripada ganjaran yang diberikan oleh manusia. Kami (Darul Mubarak) juga pernah mengalami situasi ditipu, walaupun secara jelas dan terang, ia adalah hak yang tidak boleh dinafikan, semoga Allah melimpahkan rahmatNya, mengurniakan taufiq dan hidayah, serta memberikan kesedaran dan ganjaran buat mereka yang benar dan bersabar.


Saya pernah bertemu dengan ramai ustaz-ustaz yang "Totally" fi sabiliLlah. Mereka hanya bergantung kepada Allah dan Rasul. Mereka memenuhi undangan sedaya mampu mereka dan mereka tidak pernah sekali pun diabaikan oleh Allah Ta'ala. Sedang pencuri dan perasuah pun kenyang, inikan pula mereka yang berjuang di jalanNya...

............................................................................

Kata Tok Wan pula:

Suatu hari seorang Ustaz datang memberi tazkirah disurau dekat rumah tok. Dalam banyak-banyak Ustaz yang selalu datang cuma sorang ini saja yang Tok setuju sebab dalam tazkirahnya dia tidak menceritakan keburukan orang lain. Tok rasa dapat ilmu bila duduk dengar majlis ilmu yang dipimpinnya.

So cerita yang hampir sama katanya akhir zaman ramai Ustaz yang cari makan atas jalan agama. Mereka jadikan agama sebagai makanan mereka. Contoh ialah seseorang Ustaz yang berceramah di TV dengan bayaran yang jumlahnya beribu-ribu RM. Dan pernah seorang Ustaz yang lain mengadu kepada Ustaz ni katanya jikalau nak jemput Ustaz tu dia nak bayaran sampai RM 3k. Mungkin kerana Ustaz tu popular maka bayarannya juga mesti mahal sebab dah terbiasa dengan bayaran di Tv.

Err...yang ini kalau dah sememang begitu bayarannya maka jikalau tok yang jadi ustaz tu ambil saja jumlah tersebut walaupun banyak tapi tok akan salurkan sebanyak mungkin wang tersebut kepada pihak yang memerlukan. Dan jikalau ada undangan yang bukan dari kalangan Tv maka ketika itu upah elok sesuai dengan pekerjaan kita.

Ini bukan tok yang kata tapi Ustaz yang bagi tazkirah tu yang kata.

Dengan bayaran seberapa pun tak kesah. Banyak boleh agehkan kepada yang lain. Kalau kurang boleh anggap saja sedekah. Sebab ilmu itu hak Allah.

kredit: rakangroup


Salam Ukhuwah..~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan