Bacaan Popular

Ahad, 7 Oktober 2012

Lagu Menyokong Yahudi Yang Pernah Kita Layan Syok


Pernah tidak kita mendengar lagu 'River of Babylon' ini. Memang sedapkan. Tapi di sebalik lagu ini ada perkara yang tersirat. Dahulunya saya melayan juga lagu ni. Sebenarnya sudah lama saya tahu tentang lagu ini ada kena mengena dengan Zion cuma saya kurang memahami sejarah daripada lagu ini. Hari ini saya terpanggil untuk berkongsi apa sebenarnya di sebalik lagu ini.

Jelajah di internet akhirnya saya ketemu juga. Rivers of Babylon yang dinyanyikan oleh kumpulan dari Jerman di era tahun 70-an bernama Boney M. Penyanyi-penyanyi Boney M adalah Liz Mitchell, Marcia Barnett, Maizie Williams dan seorang jejaka Bobby Farell. Mereka semua masih lagi hidup kecuali Bobby Farrell yang telah mati pada 30 Oktober 2010. Selain daripada lagu ini kumpulan ini juga terkenal dengan lagu Daddy Cool


Sejarah 

Mengungkap bait-bait lagu ini, ada baiknya kita mengetahui latar belakang dan sejarah bangsa Israel.

Saat itu bangsa Israel telah terpecah menjadi 2 kerajaan iaitu kerajaan Israel di sebelah utara dengan ibu kotanya Samaria dan kerajaan Yehuda di sebelah selatan dengan ibu kotanya Yerusalem. Lalu kedua kerajaan ini sama-sama dijajah oleh negara tetangganya. Israel dijajah bangsa Asyur (Assyria) sedangkan Yehuda dijajah bangsa Babel (Babylon) yang sekarang ini kita kenal dengan nama Iraq.

Pada tahun 587 BC, hampir seluruh penduduk Yehuda diangkut menjadi tawanan ke negeri Babel yang sama sekali asing bagi mereka. Di sana mereka harus menenerima agama, kebudayaan dan bahasa orang-orang Kasdim tersebut. Bahkan nama mereka pun diganti, contohnya Daniel berganti nama menjadi Beltsazar.

Di negeri buangan itulah mereka teringat akan tanah air mereka. Mereka duduk sambil menangis di tepi sungai-sungai yang ada di Babel, salah satunya adalah Sungai Efrat yang sangat terkenal sejak zaman purba. Yang lebih menyakitkan lagi, para penjajah itu mengolok-olok mereka dan meminta mereka menyanyikan salah satu lagu pujian untuk Tuhan yang biasa mereka nyanyikan di negeri asal mereka.



Diilhamkan

Rupa-rupanya bait lirik lagu Rivers Of Babylon ini telah diilhamkan daripada petikan dalam siddur Psalm 137:1. Siddur adalah (dalam bahasa Hebrew: סידור‎; plural סידורים siddurim) merupakan buku untuk upacara sembahyang orang Yahudi mengandungi kumpulan lengkap tatacara dan rukun sembahyang mereka.


Kitab yang bernama The Complete Art School Siddur.
Untuk lebih jelas klik pada gambar untuk membesarkan imej.
Atau tekan Ctrl dan +


Lirik dan Makna Lagu


Psalm 137:1 Grace After Meals


Maksud lagunya lebih kurang beginilah

Di tepian sungai-sungai Babel, 
di sanalah kita duduk sambil menangis, 
apabila kita mengingat Zion.

Sebab di sanalah orang-orang yang menawan, 
menyiksa kita dengan meminta kita menyanyikan nyanyian sukacita. 
Bagaimanakah kita menyanyikan nyanyian TUHAN di negeri asing?

Jika aku melupakan engkau, hai Yerusalem,
biarlah menjadi kering tangan kananku!
Biarlah lidahku melekat pada langit-langitku, 
jika aku tidak mengingat engkau,
jika aku tidak jadikan Yerusalem puncak sukacitaku!


Lirik lagunya saling tidak tumpah sama seperti ayat di dalam buku sembahyang orang Yahudi. Makanya peminat muzik kumpulan Boney M berhati-hatilah apabila mendengar lagu mereka kerana kebanyakkan lirik mereka menyokong Yahudi dan adalah tidak terkejut jika mereka adalah sekelompok kaum Yahudi yang berkulit hitam dikenali sebagai Fallashah yang berasal dari Habshah atau Ethopia.
DJ-DJ stesen radio perlu lebih peka dan bertanggung-jawab terutama mereka yang beragama Islam dalam memutarkan lagu ke udara kerana pendengar sebenarnya bergantung kepada pemilihan lagu-lagu anda.  Andalah yang mencorakkan pendengar sebenarnya. Lagu bukanlah sekadar HIBURAN! Lagu merupakan jiwa yang seni bersemi dalam tubuh manusia yang suci. Janganlah ia dikotori.

kredit:Unit Takmir Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Pulau Pinang


Salam Ukhuwah..~

2 ulasan:

  1. Terima kasih Tok Wan kerana sudi berkongsi ilmu.

    BalasPadam
  2. Tu sejarah tok bangsa yahudi bukan hebat mana pun boleh ditawan dgn bangsa lain

    BalasPadam