Tahun 1998 seorang kawan menghadiahkan kepada tok seekor kuda yang bewarna putih. Ianya putih melepak cuma di bahagian mulutnya yang ada sedikit hitam kelabu. Nama asalnya 'Christ' seperti dalam surat beranaknya, lalu tok tukar namanya kepada 'Keris'.
Kuda ini baka 'throughbred' berasal dari New Zealand. Harga asalnya ialah RM 80k. Ia dari Divisen 1 dalam kelas perlumbaannya di Malaysia. Rumahnya di Malaysia ialah di Kelab Lumba Kuda Selangor (Selangor Turf Club). Selepas menmasuki 4 perlumbaan maka paru-parunya berair (flural effusion) dan di bawa ke Tanjung Rambutan kerana disana ada sebuah hospital untuk haiwan jenis kuda dan menjalani pembedahan.
Selepas menjalani pembedahan dan beransur sihat ia di bawa semula ke Selangor Turf Club. Pada suatu hari yang sesuai setelah lama berehat maka Keris dibawa ke belapan untuk ujian lari (test run). Lalu hasilnya mengecewakan pemiliknya (rakan tok itu). Keputusan dibuat untuk keluarkan dia dari senarai pelumba. Dalam istilah doktor haiwan disebut 'delete'. Hukuman delete ialah dengan memangkah di bahagian dahi kuda yakni dua garisan dari telinga hingga ke mata. Ditengah-tengah silang itulah sebutir peluru akan di benamkan yang akan menghala ke otak. Dalam beberapa saat kuda itu akan mati. Sedih memikirkan nasib yang bakal menimpa kuda tersebut maka rakan tok ini mempelawa supaya tok mengambilnya untuk terus di pelihara di pusat reakreasi tok.
Ohhh... yer...lupa nak perkenalkan pusat rekreasi yang tok miliki. Ia adalah suatu kawasan 22 ekar dalam kawasan Bandar Tun Razak bersempadan dengan perumahan Sri Johor Cheras. Kawasan seluass ini tok pinjam dari DBKL melalui perjumpaan bersama Datuk Bandar Kuala Lumpur pada masa itu Elyas Omar. Dalam kawassan ini tok memelihara 16 ekor kuda untuk disewakan bagi tujuan.
1. Untuk mereka yang ingin belajar menunggang kuda.
2. Tujuan penggambaran drama atau filem.
3. Melepaskan gian penunggang kuda yang tiada kuda sendiri.
4. Bagi kekanak naik pada hujung minggu (petang) dengan ditemani oleh pekerja-pekerja yang bertugas menemani kekanak yang menunggang kuda.
Hasil dari pendapatan itulah tok membeli makanan untuk kuda makan. Makanan kuda memang mahal. Bila kuda tidak sihat ia memerlukan ubat. Untuk ubat selsema saja RM 30 setiap paket 1 gm. Sabun serta shampoo untuk kuda mandi dan alat-alat lain untuk 'polish' badan kuda yang sudah mandi. Penjagaan peralatan yang di pasang pada badan kuda termasuk 'saddle', 'reain', kasut kuda (ladam) dan pelbagai eksesori yang sentiasa kena beli dari masa ke semasa.
Berbalik kepada cerita 'Keris' tadi. Bila tak sampai hati untuk delete maka Keris dibawa ketempat tok. Mula-mula sampai ia seakan-akan seekor kuda liar. Pertama kali tiba di lokasi baru tok lepaskan ia dalam 'paddock' (paddock ialah kawasan berpagar kayu setinggi 5 kaki seluas 1/2 padang bola) maka berlarilah Keris sekuat-kuat hatinya kesana-kemari. Lagaknya seperti rusa masuk kampong. Lari punya lari sampai hujung paddock, serta merta ia berhenti dan lari pula kearah lain. Sampai hujung paddock ia berhenti lagi kerana ia tidak diajar melompat pagar. Ingat...kuda lumba tidak di ajar melompat. Kuda yang melompat pagar ialah kuda ekuestrian. Kuda untuk perlawanan polo pun tak di ajar melompat.
Setelah penat berlari kesana-kemari maka Keris pun insaf bahawa sekeliling paddock itu tiada kawasan untuk ia keluar melainkan cuma berlari dalam paddock. Setelah agak damai dan setelah mengenali sekeliling barulah tok hampiri dia. Pelan-pelan tok pegang hidungnya dan rapatkan pipinya pada badan tok. Tujuannya ialah 'salam perkenalan'. Disitulah ia mencium bau badan kita.
Rupa-rupanya Keris adalah jenis kuda yang paling jinak dan manja yang tok pernah miliki. Itulah kuda yang paling tok sayang. Warna mulutnya yang pada asalnya hitam kelabu bertukar menjadi putih semuanya. Ia hidup sehat dan selalu menjalankan tugas membawa kekanak berjalan-jalan dalam paddock pada setiap hujung minggu dengan tenang. Atau membawa mereka-mereka yang ketageh lama tak menunggang kuda. Dan bagi mereka yang telah pandai menunggang kuda tok benarkan mereka membawa Keris keluar dari paddock untuk berjalan atau berlari disekitar Bandar Sri Permaisuri sekarang ini. Tapi waktu itu Bandar Sri Permaisuri belum wujud lagi. Yang ada cuma rumah setinggan dengan jalan tanah merah yang berlubang sana berlubang sini.
Pada tahun 2001 apabila perjanjian untuk meminjam tanah DBKL tamat maka tok terpaksa mengosongkan tanah tersebut untuk pembangunan kepada Danau Lumayan Sdn Bhd. Keris tok jual kepada seorang kawan yang kemudiannya telah membawa Keris ke Melaka. Katanya Keris dibawa ke pantai Kelebang untuk kerja mengambil sewa disana. Tapi setiap kali tok ke pantai Kelebang di Melaka tok cuba cari Keris tapi tak jumpa.
Namun perasaan rindu kepada Keris tok simpan semuga suatu hari nanti tok akan dapat juga bertemu dengan Keris, kalaupun tidak di dunia mungkin disana. Insyaallah...
Salam Ukhuwah..~

Interesting. Hey, would like to share my experience of my travel to Coorg. I stay at Bangalore and decided to enjoy the scenic beauty of KERALA by visiting, Kannur, Wayanad and Kudagu. RingCab.com [ http://www.ringcab.com ] , helped me to realise my dream. They are amazing, too customer friendly, thought of sharing good useful info my fellow travellers.
BalasPadam