Bacaan Popular

Rabu, 10 Oktober 2012

Kesan Yang Sangat Megerikan Bagi Dadah Jenis Baru Di Rusia

AWAS



Gambar-gambar yang sangat mengerikan,
dan tidak sesuai untuk orang yang sensitif kepada luka.

Di negara kita dadah di sebut sebagai benda yang haram. Ia haram kerana dari dadah jenis ringan yang kurang berbahaya kepada pengguna akan menjadikan pengguna ketageh untuk berpindah dan mencuba jenis dadah yang lebih kuat kesannya terhadap tubuh empunya diri. 

Begitu juga hal pembuat dadah, mereka akan berusaha menghasilkan dadah yang lebih power dari masa ke semasa. Kejayaan menghasilkan dadah jenis baru yang lebih power merupakan kekayaan yang melimpah ruah.

Mari kita saksikan gambar-gambar ngeri, kesan pengambilan dadah jenis baru di Rusia. Tapi awas, jika anda jenis ngeri kepada luka elok jangan tengok gambar-gambar di bawah ini.


...


...


...


...


...


...


...






Sejenis dadah baru dan telah menjadi trend di kalangan para penagih dadah ini di Rusia. Dadah jenis ini biasa di sebut sebagai Krokodil (buaya).

Dadah ini mempunyai kesan yang sangat mengerikan dan boleh membunuh penggunanya. Ia juga akan memamah kulit, daging dan tulang para pengguna.



Krokodil termasuk jenis desomorphine, yakni sebuah sintetik opioid yang lebih berbahaya daripada heroin. Ubat terlarang ini dibuat melalui beberapa siri reaksi kimia dan campuran beberapa bahan saraf yang lain.




Di Rusia, heroin biasa dijual dengan harga sekitar $ 40 per-dos. Penggunaan desomorphine biasanya di campur dengan Kodein, yakni ubat penghilang rasa sakit berasaskan bahan-bahan konsumsi rumah tangga yang lain.




Gambar-gambar yang di paparkan ini menunjukkan kesan yang sangat buruk sekali dari najis-dadah terlarang ini. Kesannya menimbulkan luka pada anggota tubuh dengan kerosakan yang sangat dasyat, bahkan banyak di antaranya mengakibatkan pembusukan pada daging dan kulit pengguna, dimana kulit dan daging korban terkelupas dari tulangnya.

kredit: rakangroup


Salam Ukhuwah..~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan