Allah ta'ala telah meletakkan kejayaan dunia dan akhirat dalam agama. Lailaha ilallah..~
Bacaan Popular
-
Sebagai seorang Muslim kita semua tahu bahawa solat itu merupakan kewajipan yang Allah s.w.t. suruh seperti mana yang terdapat di dal...
-
Hari itu, saya balik selepas didenda berdiri di luar kelas selama sejam selepas waktu sekolah oleh Ustaz Ismail kerana terlupa menyiapk...
-
Ini adalah beberapa PETUA (Perubatan Orang Tua-tua Dulu-kala) untuk kita ingati dan amalkan dalam kehidupan kita. Memang dulu-dulu jarak kli...
-
Zaman sudah berubah..isteri sekarang semakin berani berlaku curang!” Kadar gejala seks bebas kian meningkat dalam masyarakat hari ini. Lebih...
-
DOA INI AFDALNYA DIBACA 11 KALI KETIKA SUJUD SEBAIK SELESAI SALAM SEMBAHYANG FARDHU. KEMUDIAN MOHON DOA KEPADA ALLAH. INSYA'ALLAH. TAWAK...
-
Minggu lepas Tok Wan ke Telok Intan, distinasi tepatnya ialah Kampung Sungai Jejawi Telok Intan, Perak. Tok pergi dengan sepupu yang...
Jumaat, 18 November 2011
Kita Dianjurkan Memiliki Sifat Allah
Kita sebagai manusia harus sedar bahawa kita adalah hamba Allah yang pada hakikatnya tidak mempunyai apa apa. Walaupun demikian kita di anjur memiliki sifat sifat yang sempurna dan menjadi insan Kamil. Sifat insan Kamil patut di miliki oleh, terutamanya wakil wakil Allah di kalangan para pemimpin dan para ulama. Lebih lebih lagi ulama yang di mana taraf mereka di letakkan di kedudukkan ketiga selepas Allah, Rasul (atau Nabi).
Maka dengan itu manusia harus memiliki beberapa sifat Allah saperti yang terkandung di dalam Asma’ul Husna atau 99 nama-nama Allah.
Di antaranya sifat sifat saperti :
Ar Rahim – Maha Penyayang,
Ar Rahman - Pemurah,
Al Wahab – Pemberi,
Al Ghafar – Maha Pemaaf,
Al Halil – Maha Penyantun,
Al Latif – Maha Lembut,
Al Adil – Maha Adil,
AS Syakur – Maha Syukur,
Al Wadud – Maha Pengasih,
Al Hakim - Maha Bijaksana,
Ar Rasyid – Maha Pandai
Bagaimanapun tidak semua sifat yang ada pada Allah layak di miliki manusia. Umpama sifat Al Mutakabir. Yang berbesar Diri atau sifat Sombong atau Ego. Tiada makhluk di benarkan memiliki sifat ini. Dalam sebuah Hadis Qudsi disebut sifat “sombong” ini sebagai “selindang Allah” . Sesiapa yang memiliki sifat sombong ini seolah olah telah merampas selindang Allah.
Jadi bukan jadi satu kesalahan kalau seseorang ingin memiliki sifat Allah itu. Bahkan di anjurkan memilikinya. Cuma di miliki sifat sifat ini selayak dengan kedudukan manusia sebagai makhluk dan bukan bererti disamakan manusia dengan Allah.
Wallahu’alam.
kredit: Amri el Wahab
Salam Ukhuwah..~
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan