Allah ta'ala telah meletakkan kejayaan dunia dan akhirat dalam agama. Lailaha ilallah..~
Bacaan Popular
-
Sebagai seorang Muslim kita semua tahu bahawa solat itu merupakan kewajipan yang Allah s.w.t. suruh seperti mana yang terdapat di dal...
-
Hari itu, saya balik selepas didenda berdiri di luar kelas selama sejam selepas waktu sekolah oleh Ustaz Ismail kerana terlupa menyiapk...
-
Ini adalah beberapa PETUA (Perubatan Orang Tua-tua Dulu-kala) untuk kita ingati dan amalkan dalam kehidupan kita. Memang dulu-dulu jarak kli...
-
Zaman sudah berubah..isteri sekarang semakin berani berlaku curang!” Kadar gejala seks bebas kian meningkat dalam masyarakat hari ini. Lebih...
-
DOA INI AFDALNYA DIBACA 11 KALI KETIKA SUJUD SEBAIK SELESAI SALAM SEMBAHYANG FARDHU. KEMUDIAN MOHON DOA KEPADA ALLAH. INSYA'ALLAH. TAWAK...
-
Minggu lepas Tok Wan ke Telok Intan, distinasi tepatnya ialah Kampung Sungai Jejawi Telok Intan, Perak. Tok pergi dengan sepupu yang...
Selasa, 1 November 2011
Gempa di Turki Oktober 2011
Ahad 23 Oktober 2011 menyaksikan gempa dibarat. Maksud dibarat aku ambil dari kedudukan aku di Mekah (kiranya) dan dengan kekuatan gegaran 7.2 pada skala biasa, gegaran tersebut telah membunuh 432 orang (setakat 25 oktober) serta meranapkan 2000 bangunan dan mencederakan 1,350 orang.
Ia adalah sebagai pelengkap Sabdaan Nabi saw bahawa tanda-tanda kiamat kian hampir ialah 'Gempa ditimur (Jepun beberapa bulan yang lalu) dan gempa di barat'. Hal ini tidak disebutkan dalam Al Quran tetapi dalam hadith baginda saw. Oleh sebab itu aku kena selalu membaca hadith2 Baginda saw agar ia dapat mendekatkan diriku kepada Allah swt.
Seorang bayi perempuan Azra Karaduman berumur 2 minggu yang dapat diselamatkan dan dirawat di Hospital Ercis, Van Turkei.
Aku melihat manusia yang ingkar kepada perintah Allah. Kaum perempuan yang meratap dalam bencana yang Allah datangkan. Padahal dalam watu ratapan itu dia dalam keadaan mendedahkan auratnya. Memang kelihatan dia berpakaian namun perintah sebenar ialah 'Menutup aurat dari belahan leher hingga paras dada. Namun sipemakai dalam gambar ini membungkus auratnya dengan kain denim yang ketat tanpa menutup rambut dan dalam masa yang sama menampakkan bahagian ponggong keseluruhan. 'Patutkah negeri ini Kami musnahkan?'
Apabila bencana datang ia akan menerpa sesiapa sahaja tidak kira orang itu pendosa atau ulamak.
Aku berjanji kepada diriku dan keluargaku supaya tidak membuat perkara-perkara yang akan menjadikan Allah Murka, sebaliknya menjalankan semua perintah yang Allah ta'ala dan RasulNya perintahkan kepada manusia untuk melaksanakannya.
Salam Ukhuwah..~
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan