Bacaan Popular

Khamis, 10 November 2011

Adakah Langgar Binatang Boleh Mendatangkan Sial Kepada Isteri Mengandung?


Soalan

Assalamualaikum wbt.

Ustaz,

Saya ada seperkara yang ingin ditanya.

Baru2 ini, saya secara tidak sengaja telah terlanggar seekor anak kucing semasa sedang memandu. Ia betul2 tidak dapat dielakkan. Apa yang saya ingat, ternampak kelibat seekor anak kucing berlari laju melintasi jalanraya ketika saya sedang memandu dengan kelajuan sederhana dan saya betul2 tidak dapat berbuat apa2. Pada saya, saya juga boleh kemalangan dengan kereta disebelah atau belakang jika membelok secara tiba2.
Astaghfirullahhalazim...

Dalam perjalanan pulang, saya lalu semula dijalan berkenaan. Dengan rasa bersalah dan kesal, saya kutip semula cebisan2 kucing tersebut yang masih tertinggal. Saya bungkus dengan kertas, plastik dan kain dan saya decided untuk bawa pulang kerumah untuk dikebumikan kerana saya beranggapan yang saya harus bertanggungjawab, walaupun tidak disengajakan. Selesai dikebumikan dibelakang rumah, saya menceritakan kejadi ini kepada isteri.

Yang menambahkan lagi serba salah dihati saya ialah, isteri saya sedang hamil (8 bulan) anak kedua kami. Saya sangat risau apa2 perkara yang tidak elok atau 'bala' atau 'badi' pada keluarga atau 'kenan' pada anak dalam kandungan atau perkara2 seumpamanya akibat dari kejadian itu kerana saya ada terdengar sebelum2 ini, jika terlanggar kucing, akan membawa 'sial' (nauzubillah) dan tambah jika menakutkan isteri sedang hamil dan khuatir perkara2 tersebut tadi akan memberi kesan pada anak dalam kandungan. Saya sangat risau dan perkara ini sangat kuat bermain difikiran sejak kejadian itu.


Soalan saya ustaz, :

1.Adakah betul tindakan saya membawa pulang cebisan kucing tersebut dan mengebumikannya di rumah?

2.Adakah benar perkara2 yang tidak elok seperti tersebut akan berlaku pada saya sekeluarga?

3.Adakah kejadian ini akan memberi kesan kepada bayi dalam kandungan isteri?

4.Apakah amalan2 atau 'denda' yang disarankan oleh Islam jika berlaku perkara sebegini?

Mohon bantuan dan perkongsian ustaz mengenai perkara ini. Juga dimohon didoakan juga kebahagiaan dan kesejahteraan saya sekeluarga.

Terima kasih.



Jawapan

Mayat manusia sahaja yang di mulaikan selain dari itu tidak dimuliakan, sebabnya manusia ini Allah jadikan sebaik kejadian, Sebab itu mati manusia ini perlu diurus, dimandikan, disembahyang dan dikebumikan mengikut apa yang telah diajar oleh nabi kita. Firman Allah yang bermaksud :

“Dan Sesungguhnya Kami telah memuliakan anak-anak Adam; dan Kami telah beri mereka menggunakan berbagai-bagai kenderaan di darat dan di laut; dan Kami telah memberikan rezeki kepada mereka dari benda-benda Yang baik-baik serta Kami telah lebihkan mereka Dengan selebih-lebihnya atas banyak makhluk-makhluk Yang telah Kami ciptakan.” (Al-Israk : 70)

Masalah langar binatang, di sini awak tidak sengaja, saya sendiri pernah terlanggar binatang..tidak ada apa-apa kesan pada kandungan isteri anda, itu semua mitos kurafat dan bid'ah orang melayu kita yang ikut ada yang tidak ada sumber yang sahih, di dalam Al-Quran dan hadis dan tidak ada juga pendapat ulamak yang mengatakan bahawa itu petanda buruk. Sabda Rasulullah saw yang bermaksud :

"Aku tinggalkan kepada kamu 2 perkara. sekiranya kamu berpegang pada kedua-duanya, kamu tidak akan sesat selamanya iaitu kitab Allah (Al-Quran) dan sunnahku" (Riwayat Malik)

Para ulamak telah sepakat dengan mengatakan bahawa sumber rujukan umat Islam terbahagi kepada 4 sumber seperti Al-Quran, Hadis, Ijmak dan Qiyas. Sumber ini juga menjadi rujukan umat Islam dalam melaksanakan segala jenis kehidupannya di dunia ini.

Jangan risau, semua ini kita serah kepada Allah sebab dia yang menentukan segalanya, kalau Allah tidak kehendaki maka perkara ini tidak berlaku. Jadi masalah anda langar kucing itu Allah telah ditentukan Allah, anda kena yakin kepada qada dan qadar Allah bukan cakap orang tua-tua dahulu.

Masalah anda kutib dan tanam bangkai kucing itu tidak menjadi kesalahan, dan bagus juga sebab dia boleh mengelakkan rasa tidak senang orang yang lalu lalang jalan tersebut, bagus tindakan awak sebab itu adalah perbuatan terpuji dan Islam sangat menggalakkan umatnya membuang perkara-perkara yang merbahaya dan perkara yang kurang senang di jalan. Sabda Rasulullah saw yang bermaksud :

“Setiap sendi manusia perlu bersedekah, setiap hari matahari terbit ada orang mengadili dua orang adalah sedekah. Membantu orang dengan mengangkat barang ke atas binatang tunggangan adalah sedekah. Satu kalimah yang baik adalah sedekah. Setiap langkah untuk mengerjakan solat adalah sedekah dan membuang sesuatu berbahaya di jalanan adalah sedekah.” (Riwayat Bukhari)

kredit: Ustaz Noramin


Salam Ukhuwah..~

14 ulasan:

  1. Assalamualaikum ustaz.
    Sy nak tanya..sy ada terlanggar anjing tadi..bukan sengaja tapi memang dah tak boleh nak elak jdi terpaksa sy langgar..selepas langgat sy pusing balik dan tgk keadaan anjing tu mcm jalan tak berapa betul..saya buntu kejadian berlaku jam 3 pagi..kita haram memegang anjing jdi sy tggl kan dia mcm tu saja..tidak tahu hidup atau mati sekarang..rasa bersalah terhadap anjing tu ada..tapi tak mampu nk buat apa untuk tolong dia..isteri sy mengandung 6 bulan sekarang..dalam islam apa patut sy lakukan pada perkara yg sy ceritakan ini..mohon ustaz membantu memberi sy jawapan..terima kasih ustaz..

    BalasPadam
  2. saya terlanggar burung merpati tengah hari tadi... rasa bersalah masih terbuku dalam hati ini.. ya Allah .. ampunilah dosa-dosa ku

    BalasPadam
  3. Assalamualaikum .. boleh sye bertnya .. sya baru sekejap tadi terlanggar hanjing hitam di lorong .. kemudian sye terus pecut dengan laju sebab laluan tu tiada orang lalu .. kemudian sudah sampai di rumah sye chek kereta sye cume number flat kereta yg tanggal dan tiada darah langsung .. apekah maksod nyaa ?? Maaf menanya .. assalamualaikum

    BalasPadam
  4. Mase saya memandu , burung ruak tu lalu depan kereta saya. Burung ruak tu tak lepas terbang lalu dia terkena di kereta hadapan saya , apakah perkara akan berlaku ?? Saya mahu tahu saje .. Beri kan jawapan apa petanda nye

    BalasPadam
  5. Assalammualaikum,,,saya nak tanya maksud terlanggar biawak,,saya x sengaja,,terkejut dengar bunyi kuat saya tanya ngan apa yg saya langgar anak ckp biawak...saya ckp kat kwn dia kata sial,,apa kh yg dia ckp tu betul ,tapi biawak tu x mati

    BalasPadam
  6. Assalammulaikum..berdosa kah kita kalau terlanggar anjing tampa sengaja? Saya sangat rasa bersalah.saya baru belajar memandu ,kereta yang saya pandu tu sangat pelahan tapi beberapa ekor anjing bermain main kearah kereta saya dan saya cuba hon tapi anjing tu tidak mengendahkn kereta saya.saya jadi panik lalu terlangar seekor daripada anjing tu.sampai sekarang saya tak boleh nak lupakan kejadian ini.bantu saya.adakah ini mengundang sial pada diri saya?

    BalasPadam
  7. Assalammulaikum..berdosa kah kita kalau terlanggar anjing tampa sengaja? Saya sangat rasa bersalah.saya baru belajar memandu ,kereta yang saya pandu tu sangat pelahan tapi beberapa ekor anjing bermain main kearah kereta saya dan saya cuba hon tapi anjing tu tidak mengendahkn kereta saya.saya jadi panik lalu terlangar seekor daripada anjing tu.sampai sekarang saya tak boleh nak lupakan kejadian ini.bantu saya.adakah ini mengundang sial pada diri saya?

    BalasPadam
  8. Sye terlanggar burung merpati 20minit yg lepas... Sye btul2 tk sengaja.. sebab sye dh break.. tpi entah kenapa burung tu tk terbang.. dia hanya berjalan seolah olah tiada apa yg berlaku.. sedangkan yg lain dh terbang semuanya.. seekor sahaja tk terbang.. sye tk thu sama ada dia tk boleh terbang atau tak sempat terbang... Tolong bagi penjelasan tentang ni... Sye bersalah sangat2 sye sedih.. takut pun ade... Sye patah balik dan dan alihkan burung tu ke pinggir jalan... Maafkan hambaMu Ya Allah.... :'(

    BalasPadam
  9. Sy malam tdi terlanggar ular mwlintas jalan waktu malam . kenapa , apa maksudnyaa

    BalasPadam
  10. Salam sy terlangar ular dah dua malm nerturut2 ni ular sawe cume tempat je berbeza ad kah ni ebetulan je...

    BalasPadam
  11. Assalamualaikum.. saya sedang memandu kereta masa nak balik kerja dalam kul 2 lebih pagi .. dengan xsengaja... Dan kelawar terbang ke arah cermin ke kereta saya... Dah saya tolak pakai wiper .. kelawar dah mati .. apa kah maksud nya... Adakah benda baik atau pun buruk...

    BalasPadam
  12. Assalamualaikum Sya nak tnya mengapa Sya mulanya langgar anjing naik moto dan saya exciden tapi anjing tk mati dan sejak kejadian tu berlaku saya sentiasa hampir langgar anjing berulang kali tapi kali ini hampir melanggar anjing banyak kali la...apa maksud nya?

    BalasPadam