Bacaan Popular

Selasa, 1 November 2011

Sentiasa Bersyukur


Setiap kali aku melihat orang memandu kereta baru, kereta mewah MPV yang boleh memuat sampai 14 orang aku jadi cemburu. Namun kemudian aku memujuk hatiku sendiri dengan berkata,'Ahh...bas RapidKL dan tren LRT lebih besar dari kereta mereka tu. Lagi pun aku tak perlu fikir mana nak parking keretaku itu. Tinggal saja distesen mana2 yang aku suka dan biarkan dia meneruskan perjalanannya mana dia nak pergi kerana tadi aku cuma penumpang sementara.

Tapi kekadang bila terpaksa menunggu begitu lama, contohnya bas yang hendak kesesuatu tempat menjadikan aku terfikir semula alangkah baiknya jika aku memiliki keretaku sendiri. Tak perlu menunggu begitu lama yang entah ada atau tidak bas yang ku nantikan itu. Namun segera nita itu ku matikan. Nanti kalau dah ada kereta sendiri perlu sediakan masa untuk mendapatkan cukai jalan serta insuran untuknya. Kena sediakan masa untuk bawa dia ke klinik. Adushhhh...banyak lagi perkara yang harus aku buat untuk membolehkan dia dalam keadaan sentiasa bersedia untuk ku kenderai.

Wahhh...kalau begitu tak payah aku membayangkan jika aku punya kereta sendiri.

Tapi kalau ada kereta sendiri mudah untuk aku bawa anak2ku bersiar2 sambil bercerita kepada anak2ku itu ini dan yang itu yang ini. Atau sekurang2nya begitu begini yang kat situ dan kat sini.

Ishhh...anak2ku ada enam orang semuanya. Kereta cuma boleh muat 4 atau lima orang saja. Aku kena cari MPV juga. Tapi MPV kan ker mahal. Laaa...fikiranku balik kesitu juga lagi.

Kan ker lebih baik kalau aku bawa anak2ku naik lRT saja. Nak bawa seramai mana pun takder masalah. Luas-lapang, air-cond pun sentiasa dalam keadaan baik. Kebersihan pun sentiasa ada orang yang menjaganya dan drivernya pun tak pernah buat perkara2 yang tak digemari oleh pelanggan, mereka sentiasa memberitahu kita berada dimana pada satu2 masa, contohnya 'Stesen Tasek Selatan, Tasek Selatan...stesen berikutnya Bandar Tun Razak'. Arr...begitulah ramahnya driver LRT tu.

Tapi LRT ni tak semua tempat dia boleh sampai...so aku kena jalan kaki. Apa guna Allah bagi aku kaki kalau langsung taknak pakai kaki untuk berjalan. Jadi setiap kali turun dari tren LRT atau KTM Komuter aku dapat menggunakan kakiki untuk menempuh jarak yang mungkin 100 atau 200 meter. Jadi kalau dikumpol2kan semua jarak jalan-kaki yang sudah aku tempohi adalahb sekitar 2 kilometer dalam sehari. Uiiiisshhhh...banyak juga tu.

Tapi apalah jika nak dibandingkan dikawasan lain yang takder LRT contohnya di Lanchang Pahang sana. Kalau aku tinggal disitu pasti aku kena jalan kaki lebih banyak dari di Kuala Lumpur ni.

Setiap hari aku akan berjalan dengan anakku menuju satu arah dan kemudiannya kami berpecah sebab anakku menyimpang kesekolah atau teratak pengajian sementara aku pula mencari rotan untuk menyiapkan anyaman yang ditempah orang.

Walau bagaimanapun aku dan dimanapun aku serta dalam waktu manapun aku tetap bersyukur kerana anggota tubuhku masih lengkap. Tangan serta kaki masih dalam keadaan baik. Dan dengan keadaan2 itu menjadikan aku dapat melakukan banyak perkara tanpa menempuh banyak halangan.

Syukur pada Allah ta'ala yang menjadikan aku masih bertenaga untuk berjalan dengan upayaku. Jika hendak dibandingkan mereka yang sudah tidak memiliki kaki kerana sudah dipotong akibat penyakit kencing manis, pastilah aku lebih baik dari mereka.

Dan jika dibandingkan mereka yang memiliki MPV mewah sebenarnya aku masih bertuah kerana tidak diberi kesempatan untuk memiliki MPV yang sebegitu sebab untuk menjaga kesihatan anggota tubuhku.

Aku bersyukur padaMu Ya Allah...kerana menjadikan aku sebegini dalam keadaan begini. Amiinn


Salam Ukhuwah..~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan