Bacaan Popular

Rabu, 30 November 2011

Siapakah Yang Paling Kejam


Tiga Orang sedang bertanding untuk melihat siapa yang paling kejam.

Lelaki yang pertama menyerang seorang perempuan
dan memukulnya sehingga
giginya patah, darah keluar daripada hidung dan
telinga perempuan itu, dan akhirnya peremuan itu pengsan.
Dia perpusing menghadap dua lelaki dan berkata,
"Akulah orang yang paling kejam",

Lelaki kedua bangun dan merogol perempuan itu
dan terus memukul perempuan itu sehingga perempuan itu mati. Dan dia berkata
"Tidak ada siapa yang lebih kejam daripada aku".

Lelaki ketiga pula bangun dan senyum dan menjawab
"Akulah yang paling kejam, aku cuma berdiri dan
melihat kekejaman kamu sedangkan perempuan ini adalah adik aku"

Perempuan itu adalah PALESTINE.
Lelaki pertama ialah YAHUDI.
Lelaki kedua adalah NEGARA BARAT.
Lelaki ketiga pula ialah Umat Islam yang hanya
berdiam diri dan lihat......



Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:

” Janganlah salah seorang daripada kamu berpeluk tubuh dalam keadaan seseorang itu dibelasah secara zalim, kerana laknat akan turun ke atas orang yang menyaksikan ketika mereka tidak mempertahankannya.”(Riwayat at-Tabrani)

kredit: rakangroup


Salam Ukhuwah..~

‎10 HADIAH UTAMA YANG SERING DI LUPAKAN UNTUK ORANG YANG TERSAYANG


1. Hadiah Mendengar: Berikan hadiah ini kepada yang memerlukan, dan kamu hendaklah benar-benar mendengar apa yang dikatakan. Jangan mencelah, jangan berangan-angan dan jangan merancang bagaimana kamu hendak membalas.

2. Hadiah Tanda Kasih: Jangan kedekut memberikan pelukan, ciuman dan ramasan tangan. Biarkan tanda-tanda kecil ini tunjukkan kasih dan sayang yang ada di dalam diri kamu.

3. Hadiah Sehelai Nota: Ia mungkin ringkas seperti "Sayang Awak" atau sesuatu yang kreatif seperti sebuah puisi. Letakkan nota-nota ini di tempat yang tidak disangka oleh orang yang dikasihi.

4. Hadiah Ketawa: Berikan sesuatu yang melucukan seperti gambar kartun atau artikel. Mesejnya ialah, "Saya suka ketawa bersama awak."

5. Hadiah Puji-Pujian: Sesuatu yang simple seperti "Warna biru memang ngam dengan awak" atau "Sedap masakan awak" mempunyai nilai yang tinggi kepada orang yang mungkin merasa dia

6. Hadiah Bantuan: Tolong basuh pinggan mangkuk, buang sampah, jaga anak, dll.

7. Hadiah Bersendirian: Ada ketika kita hanya mahu bersendiri. Peka kepada saat-saat itu dan berilah masa dan ruang untuk dia bersendiri.

8. Hadiah Keceriaan: Cuba sedaya upaya supaya kita sentiasa ceria apabila bersama orang-orang yang dikasihi.

9. Hadiah Riadah: Sertai sesuatu sukan/aktiviti yang disukai oleh orang yang dikasihi. Kalah pun tak apa, kamu masih menang.

10. Hadiah Doa: Selalu berdoa untuk kesejahteraan orang-orang yang dikasihi dan beritahu mereka yang mereka setiasa berada di dalam doa kita.

kredit: Rose Comey


Salam Ukhuwah..~

Penawar Bagi Segala Kepenatan


PENAWAR KEPENATAN



Suatu hari Saidatina Fatimah mengadu kepada suaminya Saidina Ali bin Abu Talib tentang kesakitan pada tangannya kerana keletihan menggiling gandum untuk membuat roti.

Saidina Ali berkata : "Bapa kamu telah datang membawa balik tawanan perang.
Berjumpalah dia dan mintalah seorang khadam untuk membantu mu."

Saidatina Fatimah pergi bertemu bapanya dan menyatakan hasrat untuk mendapatkan seorang khadam bagi membantu tugas hariannya di rumah. Bagaimanapun Rasulullah s.a.w. tidak mampu memenuhi permintaan anak kesayangannya itu. Lalu Baginda s.a.w. pergi menemui puterinya serta menantu itu.

Baginda s.a.w. bersabda:

"Apa kamu berdua mahu aku ajarkan perkara yang lebih baik daripada apa yang kamu minta daripadaku? Apabila kamu berdua berbaring untuk tidur, bertasbihlah (Subhanallah) 33 kali, bertahmid (Alhamdulillah) 33 kali dan bertakbir (Allahuakbar) 33 kali.

Ia adalah lebih baik untuk kamu berdua daripada seorang khadam."

Inilah penawar ringkas yang Nabi s.a.w. ajarkan kepada anak dan menantunya bagi meringankan keletihan dan kesusahan hidup mereka berdua.

Saidina Ali terus mengulang-ulang kalimah-kalimah Rasulullah.s. a.w. ini.

Katanya "Demi Allah aku tidak pernah meninggalkannya semenjak ia diajarkan kepadaku."

lalu ia dicadangkan kepada ibu-ibu, suami-suami atau sesiapa sahaja yang merasai kepenatan setelah melakukan tugas-tugas harian supaya mengamalkan membaca 'Subhanallah' (33 kali), 'Alhamdulillah' (33 kali) dan 'Allahuakbar' (33 kali) pada setiap malam iaitu sebelum melelapkan mata.

Lakukanlah dengan penuh ikhlas dan istiqamah (berterusan) , Insya-Allah petunjuk Nabawi ini mampu menyelesaikan bebanan-bebanan hidup seharian kita. Akan terserlah ceria di wajah pada keesokan hari dengan senyuman.

"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar."

kredit: Rose Comey


Salam Ukhuwah..~

Selasa, 29 November 2011

Sejarah 10 Muharam


Bulan Muharam merupakan bulan keberkatan dan rahmat kerana bermula dari bulan inilah berlakunya segala kejadian alam ini. Bulan Muharam juga merupakan bulan yang penuh sejarah, di mana banyak peristiwa yang terjadi menunjukkan kekuasaan dan kasih sayang Allah kepada makhluknya.

Banyak peristiwa bersejarah yang terjadi pada 10 Muharam, di mana pada hari inilah, Allah telah memuliakan Nabi-Nabi dengan sepuluh kehormatan.

1. Setelah beratus-ratus tahun meminta ampun dan taubat pada Allah, maka pada hari yang bersejarah 10 Muharam inilah, Allah telah menerima taubat Nabi Adam. Ini adalah satu penghormatan kepada Nabi Adam a.s.

2. Pada 10 Muharam juga, Nabi Idris a.s telah di bawa ke langit, sebagai tanda Allah menaikkan derajat baginda.

3. Pada 10 Muharam, tarikh berlabuhnya perahu Nabi Nuh a.s kerana banjir yang melanda seluruh alam di mana hanya ada 40 keluarga termasuk manusia binatang saja yang terselamatkan dari banjir tersebut. Kita merupakan cucu-cicit di antara 40 keluarga tadi. Ini merupakan penghormatan kepada Nabi Nuh a.s kerana 40 keluarga ini saja yang terselamatkan dan dipilih oleh Allah. Selain dari itu, mereka adalah orang-orang yang ingkar pada Nabi Nuh a.s.

4. Nabi Ibrahim dilahirkan pada 10 Muharam dan diangkat sebagai Khalilullah (kekasih Allah). Juga ia adalah hari di mana beliau diselamatkan dari api yang dinyalakan oleh Namrud. Nabi Ibrahim diberi penghormatan dengan Allah memerintahkan kepada api supaya menjadi sejuk dan tidak membakar Nabi Ibrahim. Maka terselamatkanlah Nabi Ibrahim dari kekejaman Namrud dan kaumnya.

5. Pada 10 Muharam ini juga Allah menerima taubat Nabi Daud kerana Nabi Daud merampas isteri orang walaupun bagainda sendiri sudah ada 99 orang isteri, masih lagi ingin isteri orang. Oleh kerana Nabi Daud telah membuatkan si suami rasa kecil hati, maka Allah turunkan dua malaikat menyamar sebagai manusia untuk menegur dan menyindir atas perbuatan Nabi Daud itu. Dengan itu sedarlah Nabi Daud atas perbuatannya dan memohon ampun pada Allah. Sebagai penghormatan kepada Nabi Daud a.s maka Allah mengampunkan baginda pada 10 Muharam.

6. Pada 10 Muharam ini juga, Allah mengangkat Nabi Isa ke langit, di mana Allah telah menukarkan Nabi Isa dengan Yahuza. Ini merupakan satu penghormatan kepada Nabi Isa daripada kekejaman kaum Bani Israil.

7. Allah juga telah menyelamatkan Nabi Musa pada 10 Muharam daripada kekejaman Firaun dengan mengurniakan mukjizat iaitu tongkat yang dapat menjadi ular besar yang memakan semua ular-ular ahli sihir dan menjadikan laut terbelah untuk dilalui oleh tentera Nabi Musa dan terkambus semula apabila dilalui oleh Firaun dan tenteranya. Maka tenggelamlah mereka di Laut Merah. Mukjizat yang dikurniakan Allah kepada Nabi Musa ini merupakan satu penghormatan kepada Nabi Musa a.s

8. Allah juga telah menenggelamkan Firaun, Haman dan Qarun serta kesemua harta-harta Qarun dalam bumi kerana kezaliman mereka. 10 Muharam, merupakan berakhirnya kekejaman Firaun buat masa itu.

9. Allah juga telah mengeluarkan Nabi Yunus dari perut ikan setelah berada selama 40 hari di dalamnya. Allah telah memberikan hukuman secara tidak langsung kepada Nabi Yunus dengan cara ikan Nun menelannya. Dan pada 10 Muharam ini, Allah mengurniakan penghormatan kepada baginda dengan mengampun dan mengeluarkannya dari perut ikan Nun.

10. Allah juga telah mengembalikan kerajaan Nabi Sulaiman a.s pada 10 Muharam sebagai penghormatan kepada baginda. Dengan itu, mereka berpuasa dan beribadah kepada Allah sebagai tanda kesyukuran kepada Allah swt. Nabi saw telah bersabda dengan maksudnya: “Saya dahulu telah menyuruh kamu berpuasa sebagai perintah wajib puasa Asyura, tetapi kini terserahlah kepada sesiapa yang suka berpuasa, maka dibolehkan berpuasa dan sesiapa yang tidak sukar boleh meninggalkannya.”

kredit: Baitul-hikmah


Salam Ukhuwah..~

Isnin, 28 November 2011

Usah Di Jaja Bakal Menantu


Kesian kawan mak yang sorang tu. Dulu dia asyik cerita nak dapat menantu orang senang. Orang hebat. Sekarang ni menantu yang dia puji langsung tak layan bila dia berziarah ke rumahnya", cerita ibu mertua saya pada saya suatu hari.

"Menantu dia kerja apa mak?", tanya isteri saya.

"Dengar kata engineer", balasnya.

Saya hanya mendengar butir-butir bicara mereka sambil menikmati hidangan berbuka. Masih saya ingat ketika mula-mula berkahwin dulu, apabila orang bertanya kepadanya apa pekerjaan bakal menantunya, dia hanya menjawab "Tidak tahu. Tapi yang pasti kerjanya dok bagi ceramah".

Ketika itu kerjaya saya adalah sebagai seorang trainer di Kuala Lumpur, manakala isteri pula masih belum menamatkan pengajian di Universiti Malaya. Pendapatan yang diperolehi tidaklah besar, tetapi cukup untuk menampung keperluan hidup pada ketika itu. Kerjaya biasa, tetapi cukup untuk membuatkan saya puas.

Kini giliran adik ipar saya pula bakal mendirikan rumah tangga. Soalan yang ditanya kepada ibu mertua juga adalah soalan yang sama. "Bakal menantu awak kerja apa?". Ibu mertua saya hanya mampu menjawab, "Dia buka perniagaan sendiri". Jawapannya ringkas tanpa dihurai panjang. Walaupun saya tahu bakal biras saya ini pendapatannya jauh lebih besar daripada seorang pegawai kerajaan, tetapi saya memahami mengapa beliau memberikan jawapan sedemikian.

Jawapan yang diberikan membuatkan teman-temannya terlopong. Mereka seperti kehairanan. Mengapa anak-anaknya yang diberikan pendidikan tinggi tetapi bermenantukan seorang peniaga. Manakala menantu pertamanya hanya seorang penceramah!


Kereta Sebagai Ukuran

Sudah menjadi kebiasaan apabila membincangkan soal menantu yang menjadikan kereta yang dipakai sebagai ukuran. Di canang ke sana sini, bahawa menantu mereka mempunyai kereta mewah. Bahkan ada yang tidak segan silu membanding-bandingkan kereta anak menantu mereka dengan menantu orang lain. Saya juga pernah dibandingkan dengan anak-anak jiran dalam soal begini.

Jawapan diberikan oleh saya mudah, "Saya tidak berkemampuan". Sememangnya tidak mampu dari sudut kewangan kerana masih banyak tanggungjawab yang harus ditunaikan. Hasrat untuk memiliki rumah sendiri dan menggenggam ijazah sarjana membuatkan saya dan isteri lebih berhati-hati didalam mengatur perbelanjaan. Berusaha mendapatkan pendapatan sampingan bagi menampung aktiviti dakwah yang dijalankan.

Bagi yang berkemampuan untuk memiliki tidak salah. Kenderaan yang terbaik diperlukan untuk ditungganggi. Seperti kata guru Ustaz Mahmud, "Andai ada teman mahu membeli kereta mewah kita perlu bersyukurlah. Besar tuahnya kerana kita yang tidak mampu untuk jadi penumpang".


Yang Di Bangga Tidak Ke Mana

Di dalam memilih menantu, usahlah kita terlalu berbangga dengan kekayaan yang dimilikinya sebelum kita mengetahui sejauh mana kekayaan hatinya. Seperti mafhum hadis riwayat Abu Hurairah Radhiyallahu'anhu:


Rasulullah Shallallahu alaihi wassalam bersabda: 'Kaya itu bukanlah bermakna banyaknya harta. Tetapi, kaya itu adalah kaya hati (mencukupkan yang ada).'

Biarlah bagaimana hebat pun menantu kita, biarlah kita sahaja yang mengetahuinya. Ini kerana kekayaan yang ditonjolkan secara zahir itu belum terbukti dari sudut batinnya. Dikhuatiri bakal menantu yang dipuji dan dipuja, menunjukkan sikap-sikap yang dingin selepas majlis perkahwinan.


Besederhanalah Dalam Membawa Berita

Seeloknya bagi ibu bapa yang bakal mendapat menantu, bersederhanalah dalam membawa cerita berkenaan bakal menantu kita. Janganlah dijaja kehebatan bakal menantu kita sehingga teman-teman jelik mendengarnya. Berpada-padalah dalam menceritakannya.

Orang tidak memandang kepada kekayaan harta, tetapi mereka lebih menilai kepada baik budi pekertinya. Jangan jadi seperti sesetengah orang, sudah terhantuk baru tergadah. Beringat-ingatlah sebelum kena, agar kegembiraan yang dikecapi tidak diakhiri dengan dengan air mata.

kredit: cermin muka


Salam Ukhuwah..~

7 Ayat-ayat Cinta


Barangsiapa yang hafal dan mengamalkan tujuh kalimah ini akan dimuliakan oleh Allah serta malaikat dan akan diampuni dosa-dosanya walau sebanyak buih di lautan...


1. Bismillahhirrahmann irrahim:

pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu pekerjaan atau perkara.



2. Alhamdulliah:

pada tiap-tiap habis melakukan sesuatu urusan.



3. Astagfirrullah:

jika tersilap mengatakan sesuatu yang buruk, sama ada secara lisan atau sirat.



4. Insyaallah:

jika ingin melakukan sesuatu pada masa akan datang.



5. Lahaulawalaquata illahbillah:

bila tidak dapat melakukan sesuatu yang agak berat atau melihat sesuatu yang buruk.



6. Innalillah:

jika menghadapi musibah atau melihat kematian.



7. Laailaahaillallah:

bacalah sepanjang siang dan malam sebanyak-banyaknya. amalkanlah selalu moga-moga kita tergolong dikalangan orang yang terpilih oleh Allah.

kredit: Rose Comey


Salam Ukhuwah..~

Ahad, 27 November 2011

Iman Semut vs Iman Manusia


Di zaman Nabi Allah Sulaiman berlaku satu peristiwa, apabila Nabi Allah Sulaiman nampak seekor semut melata di atas batu; lantas Nabi Allah Sulaiman merasa hairan bagaimana semut ini hendak hidup di atas batu yang kering di tengah-tengah padang pasir yang tandus.

Nabi Allah Sulaiman pun bertanya kepada semut: " Wahai semut apakah engkau yakin ada makanan cukup untuk kamu".

Semut pun menjawab: "Rezeki di tangan ALLAH, aku percaya rezeki di tangan ALLAH, aku yakin di atas batu kering di padang pasir yang tandus ini ada rezeki untuk ku".

Lantas Nabi Allah Sulaiman pun bertanya: " Wahai semut, berapa banyakkah engkau makan? Apakah yang engkau gemar makan? Dan banyak mana engkau makan dalam sebulan?"

Jawab semut: "Aku makan hanya sekadar sebiji gandum sebulan".

Nabi Allah Sulaiman pun mencadangkan: "Kalau kamu makan hanya sebiji gandum sebulan tak payah kamu melata di atas batu, aku boleh tolong".

Nabi Allah Sulaiman pun mengambil satu bekas, dia angkat semut itu dan dimasukkan ke dalam bekas; kemudian Nabi ambil gandum sebiji, dibubuh dalam bekas dan tutup bekas itu. Kemudian Nabi tinggal semut didalam bekas dengan sebiji gandum selama satu bulan.

Bila cukup satu bulan Nabi Allah Sulaiman lihat gandum sebiji tadi hanya dimakan setengah sahaja oleh semut, lantas Nabi Allah Sulaiman menemplak semut: "Kamu rupanya berbohong pada aku!. Bulan lalu kamu kata kamu makan sebiji gandum sebulan, ini sudah sebulan tapi kamu makan setengah".

Jawab semut: "Aku tidak berbohong, aku tidak berbohong, kalau aku ada di atas batu aku pasti makan apapun sehingga banyaknya sama seperti sebiji gandum sebulan, kerana makanan itu aku cari sendiri dan rezeki itu datangnya daripada Allah dan Allah tidak pernah lupa padaku. Tetapi bila kamu masukkan aku dalam bekas yang tertutup, rezeki aku bergantung pada kamu dan aku tak percaya kepada kamu, sebab itulah aku makan setengah sahaja supaya tahan dua bulan. Aku takut kamu lupa".

Itulah Iman Semut!!


IMAN MANUSIA??

Di zaman Imam Suffian, ada seorang hamba Allah yang kerjanya mengorek kubur orang mati. Kerja korek kubur orang mati bukan kerja orang ganjil. Bila ada orang mati, mayat terpaksa ditanam, oleh itu kubur perlu digali dulu. Tetapi yang ganjil mengenai hamba Allah ini ialah dia tidak gali kubur untuk tanam mayat.

Sebaliknya apabila orang mati sudah ditanam, waris sudah lama balik kerumah dan Munkar Nakir sudah menyoal, barulah penggali ini datang ke kubur untuk korek balik.

Dia nak tengok macam mana rupa mayat setelah di INTERVIEW oleh Munkar Nakir. Dia korek 1 kubur, 2 kubur, 3 kubur, 10 kubur, 50 kubur sampai 100 kubur. Lepas itu, penggali pergi kepada Imam Suffian dan bertanya kepadanya: "Ya Imam, kenapakah daripada 100 kubur orang Islam yang aku gali, dua sahaja yang mana mayat di dalamnya masih berhadap kiblat. Yang 98 lagi sudah beralih ke belakang?".

Jawab Imam Suffian:" Diakhir zaman hanya 2 dari 100 umat Islam yang percaya rezeki itu di tangan Allah. 98 orang lagi tidak percaya bahawa rezeki di tangan Tuhan".

Itulah sebabnya apabila umat Islam tertekan dengan SOGOKAN duit yang banyak, biasanya, iman dia akan beralih. Nyatalah iman semut lebih kuat dari iman manusia.

Kata Saidina Ali kepada Kamil: "

ILMU ITU LEBIH BAIK DARIPADA HARTA, ILMU MENJAGA ENGKAU DAN ENGKAU MENJAGA HARTA, ILMU MENJADI HAKIM, HARTA DIHAKIMKAN, HARTA BERKURANGAN APABILA DIBELANJAKAN DAN ILMU BERTAMBAH APABILA DIBELANJAKAN".

kredit: Nadzirah Hamidi


Salam Ukhuwah..~

Putus Silaturahim Dilarang Dalam Islam


Saya tersinggung dan terasa hati dengan bapa mentua kerana dia pernah menghina serta pernah memberitahu bencikan saya. Dia juga pernah meminta saya menceraikan anaknya.

Sejak itu saya berjanji tidak mahu berjumpanya lagi. Berdosakah jika saya membenci sikapnya itu dan adakah wajar tindakan saya tidak menjenguknya?


Jawapan

Setiap Muslim mesti memahami Islam sangat menitik beratkan hubungan kekeluargaan dan silaturahim. Bersikap benci-membenci dan memutuskan hubungan sesama saudara dilarang di dalam Islam.

Jika berlaku perselisihan faham, mereka hendaklah didamaikan dan menyambung kembali tali persaudaraan. Allah berfirman yang bermaksud: “Sebenarnya orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikan di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertakwallah kepada Allah Subhanahuata'ala supaya kamu beroleh rahmat.” (Surah al-Hujurat ayat 10).

Dalam sebuah lagi hadis, Rasulullah saw bersabda yang bermaksud: “Tidak masuk syurga orang yang memutuskan hubungan kekeluargaan.” (Hadis riwayat Muslim).

Baginda saw bersabda lagi: “Tidak ada dosa yang lebih layak dipercepat hukumannya di dunia dan apa yang dipersiapkan Allah baginya di akhirat daripada tindakan kezaliman dan memutuskan hubungan silaturahim.” (Hadis riwayat Ibnu Majah dan Tirmizi)

Menghubungkan silaturahim banyak faedahnya. Rasulullah saw bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang ingin dilapangkan rezekinya dan dipanjangkan usianya, hendaklah dia memelihara hubungan silaturahim.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

Justeru keterlanjuran kata-kata bapa mentua anda itu perlulah segera dimaafkan kerana sebagai menantu kita tidak boleh menyimpan perasaan marah atau benci.

kredit: Harian Metro


Salam Ukhuwah..~

Sabtu, 26 November 2011

Permainan Kapur Dan Pemadam


Seorang guru wanita sedang bersemangat mengajarkan sesuatu kepada murid-muridnya. Ia duduk menghadap murid-muridnya. Di tangan kirinya ada kapur, di tangan kanannya ada pemadam.

Guru itu berkata, "Saya ada satu permainan... Caranya begini, ditangan kiri saya ada kapur, di tangan kanan ada pemadam. Jika saya angkat kapur ini, maka berserulah "Kapur!", jika saya angkat pemadam ini, maka katalah "Pemadam!"

Murid muridnya pun mengerti dan mengikuti. Guru berganti-gantian mengangkat antara kanan dan kiri tangannya, semakin lama semakin cepat. Beberapa saat kemudian guru kembali berkata, "Baik sekarang perhatikan. Jika saya angkat kapur, maka sebutlah "Pemadam!", jika saya angkat pemadam, maka katakanlah "Kapur!".

Dan diulangkan seperti tadi, tentu saja murid-murid tadi keliru dan kekok, dan sangat sukar untuk mengubahnya. Namun lambat laun, mereka sudah biasa dan tidak lagi kekok. Selang beberapa saat, permainan berhenti.

Sang guru tersenyum kepada murid-muridnya. "Murid-murid, begitulah kita umat Islam. Mulanya yang haq itu haq, yang bathil itu bathil. Kita begitu jelas membezakannya. Namun kemudian, musuh musuh kita memaksakan kepada kita dengan perbagai cara, untuk menukarkan sesuatu, dari yang haq menjadi bathil, dan sebaliknya. Pertama-tama mungkin akan sukar bagi kita menerima hal tersebut, tapi kerana terus disosialisasikan dengan cara-cara menarik oleh mereka, akhirnya lambat laun kamu akan terbiasa dengan hal itu. Dan anda mulai dapat mengikutinya. Musuh-musuh kamu tidak pernah berhenti membalik dan menukar nilai dan ketika.

"Keluar berduaan, berkasih-kasihan tidak lagi sesuatu yang pelik, Zina tidak lagi jadi persoalan, pakaian seksi menjadi hal yang lumrah, tanpa rasa malu, sex sebelum nikah menjadi suatu kebiasaan dan trend, hiburan yang asyik dan panjang sehingga melupakan yang wajib adalah biasa, materialistik kini menjadi suatu gaya hidup dan lain lain."

"Semuanya sudah terbalik. Dan tanpa disedari, anda sedikit demi sedikit menerimanya tanpa rasa ia satu kesalahan dan kemaksiatan. Paham?" tanya Guru kepada murid-muridnya.

"Paham cikgu..."

"Baik permainan kedua..." begitu Guru melanjutkan. ......... ...

"Cikgu ada Qur'an, cikgu akan letakkannya di tengah karpet. Sekarang anda berdiri diluar karpet. Permainannya adalah, bagaimana caranya mengambil Qur'an yang ada ditengah tanpa memijak karpet?"

Murid-muridnya berpikir . Ada yang mencuba alternatif dengan tongkat, dan lain-lain.

Akhirnya Guru memberikan jalan keluar, digulungnya karpet, dan ia ambil Qur'an. Ia memenuhi syarat, tidak memijak karpet. "Murid-murid, begitulah ummat Islam dan musuh-musuhnya. .. Musuh-musuh Islam tidak akan memijak-mijak anda dengan terang-terang. .. Kerana tentu anda akan menolaknya mentah-mentah. Orang biasapun tak akan rela kalau Islam dihina dihadapan mereka. Tapi mereka akan menggulung anda perlahan-lahan dari pinggir, sehingga anda tidak sadar.

"Jika seseorang ingin membuat rumah yang kuat, maka dibina tapak yang kuat. Begitulah Islam, jika ingin kuat, maka bangunlah aqidah yang kuat. Sebaliknya, jika ingin membongkar rumah, tentu susah kalau dimulai dengan tapaknya dulu, tentu saja hiasan-hiasan dinding akan dikeluarkan dulu, kerusi dipindahkan dulu, Almari dibuang dulu satu persatu, baru rumah dihancurkan. .."

"Begitulah musuh-musuh Islam menghancurkan kita. Ia tidak akan menghentam terang-terangan, tapi ia akan perlahan-lahan meletihkan anda. Mulai dari perangai anda, cara hidup, pakaian dan lain-lain, sehingga meskipun anda muslim, tapi anda telah meninggalkan ajaran Islam dan mengikuti cara yang mereka... Dan itulah yang mereka inginkan." "Ini semua adalah fenomena Ghazwul Fikri (Perang Pemikiran). Dan inilah yang dijalankan oleh musuh- musuh kita... "

"Kenapa mereka tidak berani terang-terang memijak-mijak cikgu?" tanya murid- murid.

"Sesungguhnya dahulu mereka terang-terang menyerang, misalnya Perang Salib, Perang Tartar, dan lain-lain. Tapi sekarang tidak lagi."

"Begitulah Islam... Kalau diserang perlahan-lahan, mereka tidak akan sedar, akhirnya hancur. Tapi kalau diserang serentak terang-terangan, mereka akan bangkit serentak, baru mereka akan sedar".

"Kalau begitu, kita selesaikan pelajaran kita kali ini, dan mari kita berdoa dahulu sebelum pulang..." Matahari bersinar terik takala anak-anak itu keluar meninggalkan tempat belajar mereka dengan pikiran masing-masing di kepalanya...

kredit: Nadzirah Hamidi


Salam Ukhuwah..~

Hijrah Rasulallah saw


Sempena Ma'al Hijrah 1433 Tok Wan ingin mengajak anda semua membaca semula sejarah Hijrah Rasulallah saw. Hijrah yang dikaitkan dengan tahun hijrah ini memang panjang dari artikel yang lain. Namun demi kebaikan bersama eloklah baca sedikit demi sedikit. Jika mata pedih untuk membacanya sila besarkan dengan cara menekan butang Ctrl dengan +, tapi jangn lupa untuk mengecilkannya semula Ctrl dan -. Selamat membaca...

Sebaik sahaja keputusan durjana diambil untuk membunuh Rasulullah saw, Jibril pun turun menemui Rasulullah saw, dengan wahyu dari TuhanNya Tabaraka Wataala, Jibril memberitahu pakatan jahat Quraisy, kini Allah telah mengizinkan baginda untuk keluar berhijrah, dengan menentukan masa pergerakan hijrah dengan katanya: “Malam ini jangan kau tidur di tempat kau yang biasa tidur itu”.

Di tengah hari rembang Rasulullah saw datang menemui Abu Bakr as-Siddiq untuk memastikan kepadanya jadual hijrah, Saidatina Aisyah (r.a) telah menyebut: Semasa kami sedang duduk di rumah Abu Bakr, di ketika rembang hari, ada seorang berkata kepada Abu Bakr, “Itu Rasulullah saw berkelubung datang di saat yang tidak biasa baginda menziarahi kami”, kata Abu Bakr demi Allah, baginda tidak datang di ketika ini, kecuali untuk urusan besar.

Kata Aisyah: Maka tibalah Rasulullah saw, lalu baginda meminta izin, lantas baginda masuk sambil berkata kepada Abu Bakr, “Boleh kau keluar sekejap”. Jawab Abu Bakr, “Mereka ini semua keluarga engkau Rasulullah, demi engkau sebagai bapaku wahai Rasulullah”. Kata baginda, “Kini aku telah diizinkan untuk keluar”. Jawab Abu Bakr, “Demi kau sebagai bapaku, apakah aku mengiringi tuan hamba?” Jawab Rasulullah saw, “Ya, memang begitu”.

Setelah ditetapkan perancangan hijrah, maka Rasulullah pun pulang semula ke rumahnya, menunggu ketibaan malam.


PENGEPUNGAN RUMAH RASULULLAH SAW

Pimpinan dan kepala jenayah Quraisy menghabiskan siang mereka untuk menyempurnakan perancangan dan persiapan seperti yang diputuskan oleh sidang Dar al-Nadwah, sebelas orang kenamaan wakil kabilah masing-masing ialah seperti:

1. Abu Jahal bin Hisyam

2. Al-Hakam bin Abi al-As

3. Ugbah bin Abi Muit

4. al-Nadhr bin al-Harith

5. Umaiyah bin Khalaf

6. Zamaah bin al-Aswad

7. Tu’imah bin ‘Adi

8. Abu Lahab

9. Ubai bin Khalaf

10. Nabyah bin al-Hajjaj

11. dan saudaranya Manbah bin al-Hajjaj

Kata Ibnu Ishak: Bila malam bergerak gelap, mereka pun berkumpul di pintu menunggu baginda saw tidur, di masa itu mereka akan menyerang serentak. Mereka dengan penuh keyakinan dan kepercayaan yang mereka akan berjaya dengan pakatan jahat itu, di mana Abu Jahal berdiri dengan penuh sombong dan ujub, sambil mereka bertanya kepada semua pengikutnya itu, yang sedang mengepung rumah Rasulullah saw penuh senda dan ejekan terhadap kesudahan Rasulullah dengan katanya, “Itu dia Muhammad yang pernah menjanjikan kamu semua, sekiranya kamu mengikutnya beliau akan serah kuasa kepada kamu sebagai Mahajara Arab dan Ajam, kemudian kamu akan dibangkitkan semula dari kubur kamu, deng menyerahkan kunci syurga seperti taman-taman di Jordan kononnya, dan sekiranya kamu tidak mahu menurutinya kau akan disembelihnya, setelah itu kamu akan dihidupkan semula kemudian sekali lagi kamu akan diazab dengan disumbat ke dalam neraka yang membakar”.

Masa tindakan adalah ditengah malam, untuk itu mereka berjaga sepanjang malam menunggu detik terakhir, namun Allah mengatasi seluruh perancangan. Mentadbir petala langit dan bumi, Tuhan mampu berbuat segala sesuatu yang dikehendakinya, ianya mampu melanggar sesuatu tetapi tiada suatu pun yang mampu melanggarNya. Memang Allah melaksanakan sesuatu seperti yang disuarakan kepada Rasulullah dengan mafhumnya:
“Dan ingatlah (Wahai Muhammad), ketika orang kafir musyrik (Makkah) menjalankan lipu daya terhadapmu untuk menahanmu, atau membunuhmu, atau mengusirmu. Mereka menjalankan tipu daya dan Allah menggagalkan tipu daya (mereka), kerana Allah sebaik-baik yang menggagalkan tipu daya”. (al-Anfal: 30)


RASULULLAH MENINGGALKAN RUMAHNYA

Di dalam suasana pihak Quraisy begitu prihatin dengan perancangan mereka, namun mereka gagal di saat terakhir dan kritikal ini, Rasulullah telah meminta Saidina Ali (r.a) dengan sabdanya, “Ayuh, kau tidur ditempatku ini dan berselimutlah dengan kain Hadramiku ini, dan lenalah, tiada suatu pun yang kau tidak suka itu akan terkena kau”. Sebenarnya Rasulullah tidur biasa berselimut dengan kainnya itu.

Rasulullah pun keluar, membelah barisan sekatan mereka malah Rasulullah telah mengambil segenggam pasir dari atas tanah di mana baginda menaburkannya ke atas kepala mereka semua dan Allah membuta penglihatan mereka hingga mereka tidak sedikit pun melihat Rasulullah keluar di masa itu sambil membaca ayat Allah yang bermaksud:
“Dan Kami jadikan sekatan di hadapan mereka, dan sekatan di belakang mereka. Lalu Kami tutup pandangan mereka; maka dengan itu, mereka tidak dapat melihat. (Yaa Siin: 9)

Tidak seorang pun dari mereka yang terkecuali, malah kesemua mereka diletakkan tanah ke atas kepalanya, baginda terus berjalan ke rumah Abu Bakr. Rasulullah dan Abu Bakr keluar melalui jendela di rumah Abu Bakr di malam itu juga, hingga sampai ke gua Thur yang terletak dipertengahan perjalanan ke arah Yaman.

Mereka yang mengepung rumah Rasulullah menunggu-nunggu detik terakhir, malangnya sebelum sampai saat dan ketikanya terbongkar kegagalan, di mana seorang lelaki lain yang tidak bersama mereka telah datang menemui mereka semua, mendapati mereka sedang berkawal rapi di pintu rumah Rasulullah dengan katanya, “Apa yang kamu tunggu ini?” Jawab mereka, “Kami menunggu Muhammad”. Jawab lelaki tadi, “Kau sudah gagal dan kehilangan peluang. Demi Allah, Muhammad sudah berlalu dari sini, malah telah menabur tanah-tanah ke atas kepala kamu semua dan kini beliau sudahpun beredar untuk tujuannya”. Jawab mereka semua, “Demi Allah, kami tidak melihatnya pun”. Mereka semua bangun, mengibas tanah dari kepala masing-masing.

Mereka cuma mengintai dari celah pintu dan mendapati Ali di tempat tidur Rasulullah, maka mereka berkata “Demi Allah, itu dia Muhammad sedang tidur berselimut dengan kainnya”. Oleh itu, mereka pun tidak bergerak dari tempat masing-masing hinggalah ke subuh. Pada masa itu, Ali pun bangun dari tidurnya. Alangkah terkejut melihat keadaan yang mengecewakan itu, lalu mereka pun bertanya kepada Ali di mana gerangannya Muhammad. Jawab Ali, “Aku tidak ada muklumat mengenainya”.


DARI RUMAH KE GUA

Rasulullah meninggalkan rumahnya pada malam 27 bulan Safar tahun keempat belas kebangkitan baginda bersamaan 12 atau 13 September tahun 622 Masihi. Baginda tiba ke rumah temannya Abu Bakr yang merupakan manusia yang paling dipercayai oleh Rasulullah, untuk persahabatan dan hartanya. Kemudian mereka berdua beredar keluar dari rumah Abu Bakr dari pintu belakang, untuk lari dari Makkah secepat mungkin dan sebelum fajar menyinsing.

Rasulullah menyakini yang Quraisy akan berusaha sedaya upaya mereka untuk memburunya dan jalan yang akan terlintas dipemikiran Quraisy ialah jalan utara menuju ke Madinah maka sebab itu Rasulullah mengambil jalan yang mencanggahi jalan ke utara, iaitu jalan yang berada disebelah selatan menghala ke negeri Yaman, baginda mengambil jalan itu yang sejauh lima kilometer hingga tiba ke bukit yang dikenali sebagai Jabal Thur, ianya mempakan bukit yang tinggi, jalannya sukar, pendakiannya berhalangan, berbatu-batu hingga melecet tapak kaki baginda (s.a.w). Diceritakan bahawa Rasulullah terhincut-hincut dengan tujuan menyembunyikan kesan tapak kakinya hingga melicit tapak kaki baginda, walau bagaimana sekali pun Abu Bakr telah mendukung Rasulullah, sesampainya mereka ke Jabal Thur itu, terasa berat oleh Abu Bakr namun beliau dapat menyampaikan baginda ke kemuncak bukit, dalam sejarah Islam dikenali sebagai gua Thur.

KETIKA MEREKA BERDUA Dl DALAM GUA

Sesampainya mereka ke gua berkenaan, kata Abu Bakr, “Demi Allah, Rasulullah jangan masuk, kecuali setelah hamba masuk dahulu, sekiranya ada sesuatu yang berbahaya biar terkena hamba dahulu”. Lalu beliau masuk ke dalamnya dan membersihkannya. Di sana, Abu Bakr mendapati sebuah lubang maka beliau mengoyak kainnya dan disumbatkannya dan beliau menyeru, “Sila masuk, Rasulullah”. Maka baginda pun masuklah. Abu Bakr meletakkan kepala baginda ke ribanya hingga baginda lena, di masa itu kala jengking menyengat kakinya yang terhulur ke dalam lubang, namun sedikit pun beliau tidak bergerak supaya Rasulullah tidak tersedar. Tetapi air matanya terjatuh ke muka Rasulullah. Kata Rasulullah, “Apa hal diri kau wahai Abu Bakr”. Jawab beliau, “Daku telah disengat, demi ibu bapaku korban untuk kau, ya Rasulullah”. Oleh yang demikian, Rasulullah menawarkan bekas sengatan tadi dengan ludahan baginda, maka segera hilanglah kesakitannya itu.

Selama tiga malam mereka bersembunyi di gua itu, iaitu malam Jumaat, Sabtu dan Ahad, Abdullah bin Abu Bakr turut tidur bersama-sama mereka, ujar Aisyah, “Abdullah adalah salah seorang pemuda berpengetahuan dan cerdik, menemani mereka di waktu malam. Di hujung malam beliau keluar dari sana dan berada di kalangan Quraisy di pagi hari menampakkan yang beliau bermalam di Makkah bersama Quraisy, beliau mendengar dan mengingati segala sesuatu yang diperihalkan di Makkah untuk dibawa kepada mereka berdua di tengah malam”. Manakala Amir bin Fahiirah orang suruhan Abu Bakr bertugas memelihara kambing untuk membekalkan mereka berdua dengan susu dan daging panggang, beliau menyampaikannya kepada mereka berdua setelah malam berlabuh dengan melaung dan menyebut perkataan, “susu dan daging” kepada mereka. Beliau melakukan ini di ketiga-tiga malam persembunyian itu, selain dari itu, Amir bin Fahiirah juga bertugas menghalau kambingnya di atas kesan-kesan tapak kaki Abdullah bin Abu Bakr supaya tidak dapat dikesan oleh pihak Quraisy.

Pihak Quraisy menjadi gila, setelah mereka yakin Rasulullah telah terlepas dari usaha jahat mereka itu. Apa yang dapat mereka lakukan ialah dengan melanyak Saidina Ali serta diseretnya ke Kaabah dan mereka mengurungnya dengan harapan memperolehi berita arah mana Rasulullah dan Abu Bakr melarikan diri. Setelah mereka tidak dapat memperolehi sebarang maklumat dari Ali, mereka menuju ke rumah Abu Bakr al-Siddiq pula, setelah mengetuk pintu rumah, Asma’ binti Abu Bakr pun keluar, kata mereka, “Mana bapa awak?”. Jawab Asma’, “Demi Allah, mana aku tahu ke mana dia pergi”. Sebelum beredar, Abu Jahal yang buruk akhlak itu, sempat juga menempeleng muka Asma’ hingga melayang sebelah subang di telinganya.

Dalam sidang tergempar Quraisy, mereka telah membuat keputusan segera, iaitu mengerah seluruh jentera yang ada untuk menangkap buruan yang lari itu, semua jalan masuk ke kota Makkah diletakkan dalam kawalan bersenjata api, dan pihak Quraisy menawarkan kepada sesiapa yang dapat menangkap mereka berdua hidup atau mati dengan hadiah yang lumayan, iaitu seratus ekor unta untuk seorang.

Di ketika itu seluruh pahlawan penunggang kuda dan pejalan kaki serta tukang pengesan tapak kaki, seluruh mereka bertebaran ke pelusuk sekitar Makkah di lembah-lembah dan di bukti-bukit, di dataran mahupun di gua, namun kesemua mereka tidak berjaya. Mereka yang memburu tadi sempat juga sampai ke pintu gua Thur, tetapi Allah yang menguasai di atas segalanya. Imam al-Bukhari menceritakan dalam riwayatnya dari Anas dari Abu Bakr katanya, “Semasa aku bersama dengan Rasulullah di dalam gua, aku mendongak kepalaku, tiba-tiba aku melihat kaki-kaki Quraisy dari celah batu. Kataku,Wahai Rasulullah! kalaulah di antara mereka tunduk ke bawah, nescaya mereka dapat melihat kita di sini. Jawab Rasulullah, “Berdiam sahajalah, kita berdua, Allah yang ketiga bersama kita, dalam lafaz yang lain aku meyakini bahawa Allah bersama-sama kita”.
Sebagai mukjizat Allah yang dianugerahkan kepada RasulNya mereka telah beredar pulang dari situ meskipun hanya beberapa langkah sahaja dari situ Rasulullah sedang bersembunyi.


DALAM PERJALANAN KE MADINAH (1)

Sebaik sahaja api kemarahan dan usaha membunuh Rasulullah reda, rondaan dan sekatan pemeriksaan dihentikan, setelah tiga hari berturut-turut, maka Rasulullah dan sahabatnya bersiap untuk keluar dan bergerak ke Madinah. Mereka berdua telah pun mengupah Abdullah bin Uraiqat, beliau adalah seorang yang tenang dan mahir mengenai jalan di padang pasir, beliau masih lagi dengan agama Quraisy, namun baginda mempercayai dalam hal ini, Rasulullah dan sahabatnya itu telah menyerah kedua-dua binatang tunggangan mereka kepada Abdullah, dengan menjanjikannya untuk menemui mereka di pintu gua, selepas tiga malam berlalu di malam Isnin satu haribulan Rabiul al-Awal, tahun pertama Hijriah bersamaan 16 September 622 Masihi, Abdullah bin Uraiqat pun tiba ke pintu gua dengan membawa dua tunggangan, kata Abu Bakr kepada Rasulullah, “Dikaulah sebagai ayahku, ambillah salah seekor tunggangan ini”. Beliau pun menyerahkan yang terbaik di antara dua ekor itu. Jawab Rasulullah, “Ku ambil Dengan harga”.

Asma’ binti Abu Bakr pun membawa bekalan perjalanan Rasulullah dan Abu Bakr, beliau terlupa membawa tali pengikat untuk diikat bekalan tadi pada kenderaan baginda, akhirnya beliau mengoyak kain pengikat pinggangnya, sebelah diikatkan bekalan makanan yang sebelah lagi diikat semula ke pinggangnya, dengan itu beliau dikenali dengan “Zat al-Nitaqain ” yang empunya dua tali pinggang.

Rasulullah bersama-sama Abu Bakr menuju ke destinasinya, bersama-sama mereka Amir bin Fahiirah, melalui jalan pinggir pantai mengikuti dalil penunjuk jalan Abdullah bin Uraiqat. Arah pertama yang beliau tunjuk sebaik sahaja keluar dari gua itu, ialah ke arah selatan negeri Yaman, kemudian baru beliau mengalih arah menuju persisiran pantai, hingga apabila beliau sampai ke jalan yang tidak pernah dilalui orang, beliau mengalih arah ke utara menghampiri pantai laut merah, iaitu jalan yang tidak diguna orang kecuali jarang-jarang sahaja.

Ibnu Ishak menceritakan mengenai tempat-tempat yang dilalui Rasulullah di dalam perjalanan mulia ini. Katanya, “Sebaik sahaja dalil penunjuk membawa mereka ke selatan Makkah, tidak lama kemudian beliau membawa mereka rrtenyusur ke tempat bertentangan jalan ke bawah Asapan, kemudian baru mereka ke bawah Amaj, memasuki Qadid, dari situ dibawa memasuki al-Kharar, terus pergi ke Thaniya al-Murrah, berlepas ke Laqfa dengan memasuki Madlajah Laqaf, dari situ bergerak ke Madlajah Mujah, bawa mereka masuk Marjah Muhaj kemudian memasuki Mazhaj Zi Ghadhwin menyusur ke Zi Kasyr terus ke al-Jadajid, lepas itu ke al-Ajrad, dengan memasuki Za Salam kemudian dari Batnu A’ada memasuki Ta’hn berlepas ke al-Ababid melintasi al-Fajah turun al-A’rj mengarah ke Thaniyah al-A’air di sebelah kanan Rakubah, kemudian turun lagi ke Batn Ra’im akhirnya sampai ke Quba’. Di sini diringkaskan beberapa peristiwa di dalam perjalan berkenaan:

1. Al-Bukhari meriwayat dari Abu Bakr al-Siddiq (r. a) dengan katanya: Pada malam itu, malah dari kelmarin lagi kami berjalan malam hinggalah rembang hari, jalan lengang, tak siapa pun melaluinya, di suatu tempat kami menghampiri sebuah batu panjang ditepinya teduhan, di situ kami singgah sebentar, aku sediakan tempat, menyapu-nyapu dengan tanganku untuk Rasulullah berhenti dan tidur dengan menghamparkan sebidang kulit dan kuberkata, “Tidurlah wahai Rasululllah dan hamba hendak memerhati yang di sekeliling man hamba ini”. Rasulullah pun tidur. Kemudian aku pun keluar memerhati di sekeliling baginda, tiba-tiba aku bersua dengan seorang pengembala membawa kambing-kambingnya ke batu yang kami singgah, hendak berteduh seperti kami, ku berseru kepadanya, “Siapa tuan kamu, wahai pengembala?”. Jawabnya, “Yang ampunya ini ialah seorang lelaki dari penduduk Madinah atau Makkah. Kataku kepada lelaki itu, “Ada tak di antara kambing-kambing ini yang bersusu?”. Jawabnya, “Ya, memang ada”. Kataku, “Boleh tak kauperahkannya”. Jawabnya, “Ya, sudah tentu boleh”. Beliaupun segera memegang seekor kamping betina. Kataku, “Hai, kau bersihkan uncang susunya dari tanah-tanah, bulu dan kotoran”. Lepas itu, beliau memerah susu ke dalam sebuah bekas, kemudian ku tuangkannya ke dalam bejana yang sedia ku bawa bersama ku untuk Rasulullah. Baginda meminum dan berwudhu’ darinya, ku pun bawa ke hadapan Rasulullah, keberatan untukku mengejutkan Rasulullah dari tidurnya itu, ini membolehkan daku merenjis air ke atas bejana supaya susu di dalamnya menjadi dingin. Setelah Rasulullah terjaga, aku pun segera meminta Rasulullah meminumnya, baginda pun meminum kesemuanya, kemudian Rasulullah bersabda, “Boleh tak kita bergerak sekarang ini?”. Jawabku, “Bahkan boleh, wahai Rasulullah”. Kemudian kami semua bergerak.

2. Kebiasaannya Abu Bakr mengekori dari belakang Rasulullah, beliau seorang yang dikenali sedang Rasulullah seorang yang muda yang tidak dikenali, bila beliau ditanya, “Siapa yang dihadapan kamu itu?” Jawab Abu Bakr, “Itu penunjukjalan”. Orang itu menyangka yang dimaksudkan itu ialah penunjuk arah perjalanan, namun apa yang dimaksudkan oleh Abu Bakr ialah penunjukjalan kebaikan dan kebenaran.

3. Suraqah bin Malik telah mengekori mereka dari belakang. Cerita Suraqah, “Ketika ku sedang duduk di dalam satu majlis qabilahku, Banu Mudlij, tiba-tiba seorang lelaki telah datang ke majlis berkenaan. Beliau berdiri, sedang kami semua duduk, lalu berucap, “Wahai Suraqah, baru sebentar daku telah melihat lembaga hitam dipersisiran pantai, aku mendapati Muhammad dan sahabat-sahabatnya”. Kata Suraqah di dalam hatinya, “Aku tahulah mereka itu memang Muhammad dan sahabat-sahabatnya”. Kemudian katanya kepada lelaki itu, “Mereka itu bukan Muhammad dan pengikut-pengikutnya, tapi yang kau lihat itu si Fulan dan si Fulan, mereka itu berjalan dalam pengawasan kami”. Daku duduk dalam majlis beberapa ketika, kemudian ku keluar dari situ dan suruh “perempuan suruhanku” supaya bawa keluar kudaku yang tertambat disebalik berlukar, sementara aku mengambil tombak dan ku keluar dari belakang rumah, dengan mengheret batang tombak di atas tanah dan matanya direndahkan, hinggalah sampai dekat kudaku, terus ku pecutnya, aku mengenali mereka itu dan menghampiri mereka, malangnya kuda aku terbenam kaki depannya ke dalam pasir, hingga aku terjatuh, setelah ku berdiri, ku membuat cabutan nasib dengan menggunakan anak panahku dengannya aku bersumpah di antara dua “membunuh mereka atau tidak”, cabutan nasib keluar yang ku tidak suka, namun aku melanggar sumpahan itu, sekali lagi kuda ku menghampiri mereka, memang dekat hingga aku dapat mendengar bacaan Rasulullah (s.a.w) baginda tidak menoleh ke mana-mana tetapi Abu Bakr kerap sangat menoleh ke belakang, sekali lagi kaki hadapan kuda ku terbenam ke dalam pasir hingga ke lututnya sekali lagi aku tercampak jatuh, ku mengherdiknya ia pun bangun, kaki depannya hampir-hampir tidak dapat dibawa keluar, namun setelah berdiri tegak semula tidak semena-semena kelihatan debu bercahaya di depan langit seperti asap, sekali lagi ku membuat cabutan dengan anak panah dan sekali lagi keluar yang ku membencinya, kali ini ku menyeru kepada mereka memohon keselamatan, mereka semua berhenti dan ku pun memacu kuda, ku menuju arah mereka hingga sampai ke hadapan mereka, kini terlintas di dalam jiwa ku dengan apa yang telah terjadi di mana tindakan ku itu semua terhalang adalah petanda kepada kejayaan urusan Rasulullah itu di masa-masa akan datang. Ku menyeru kepada baginda, “Kaum ku telah menawar ganjaran untuk sesiapa dapat menangkap Rasulullah”. Dan ku menceritakan kepada mereka apa yang hendak dilakukan oleh orang ramai, ku tawarkan kepada mereka bakalan dan barang-barang makanan, namun tak seorang pun yang mempedulikan, cuma apa yang mereka meminta dengan berkata, “Jauhilah dari kami”. Ku meminta Rasulullah menuliskan daku watikah keamanan, baginda menyuruh Amir bin Fahiirah, beliau pun tulislah ke atas sebidang kulit, setelah itu Rasulullah pun meneruskan perjalanannya.


DALAM PERJALANAN KE MADINAH (2 smbgn)

Mengikut riwayat Abu Bakr yang berkata, “Kami keluar berhijrah dalam keadaan kaum kafirin mencari-cari kami, namun tak seseorang pun yang dapat memburu kami kecuali Suraqah bin Malik bin Ja’syam sahaja yang menunggang kudanya, ku menyeru kepada Rasulullah, yang ku mencurigai pemburuan itu kalau-kalau ianya sempat menangkap kami. Jawab Baginda dalam ayat yang bermaksud:

(Jangan berduka sesungguhnya Allah bersama kita) (al-Taubah: 40)

Dengan itu Suraqah pun berpatah balik, di Makkah beliau mendapati orang ramai memang sedang mencari-cari Rasulullah dengan berseru kepada mereka sekalian: Telah pun aku usahakan untuk kamu, dan di sini aku yang bertanggungjawab”. Di awal hari beliau menjadi musuh Rasulullah, di akhir hari menjadi pengawal Baginda.

4. Di dalam perjalanan Baginda itu, Rasulullah telah melewati dua perkhemahan Ummu Ma’bad al-Khuza’ iyah, beliau adalah seorang wanita tegas, duduk berehat di halaman khemahnya biasanya memberi jamuan dan minuman kepada sesiapa yang melewati khemahnya, di hari itu mereka berdua bertanyakan beliau, “Apakahada sesuatu bersama puan?”

Jawabnya, “Demi Allah, kalau ada sesuatu bersama kami, kamu tidak akan terbiar tanpa jamuan, kambing semuanya tak bersusu dan ini pula tahun kemarau”.

Rasulullah membelek ke arah kambing betina di tepi khemah dengan bersabda, “Apa kambing betina di tepi khemah itu wahai Ummu Ma’bad?”. Jawab beliau, “Itu adalah kambing tertinggal kawan kerana keletihan”. Tanya Baginda, “bersusukah?”. Jawabnya, “lanya terlalu teruk untuk memberi susu”. Sabda Rasulullah, “Berikan izin untuk saya memerahnya,” Jawab Ummu Ma’bad: Ya, demi Allah, kau sebagai ibu bapaku kalau, nampak boleh diperah-perah sajalah. Rasulullah mengusap-usap uncang susu dengan tangan Baginda disertai dengan pembacaan Bismillah dan berdoa, uncang pun mengembang memenuhi susu terus mencurah susu, Baginda meminta bekas agak besar mencukupi beberapa orang, Baginda perah hingga berbuih pada permukaan bekas perahan itu. Baginda memberi Ummu Ma’bad meminumnya hingga puas, lepas itu memberi kepada sahabatnya, mereka pun minum hingga puas, lepas itu Baginda minum, sekali lagi Baginda memerah hingga tepu bekas, lalu ditinggal kepada Ummu Ma’bad dan mereka semua meneruskan perjalanan.

Tidak berapa lama kemudian suami Ummu Ma’bad pulang menghalau kambing-kambing kekurusan, kesemuanya berjalan terhuyung hayang, kerdil-kerdil belaka, tetapi bila beliau melihat susu di khemah beliau kehairan terus bertanya dari mana kesemua ini, kambing yang tertinggal itu belum beranak, dan yang tertinggal di khemah tadi tak ada yang bersusu pula? Jawab Ummu Ma’bad:

Tak tahulah, demi Allah sesungguhnya tadi telah berlalu dari sini seorang lelaki bertuah membawa berkat, di antara percakapannya begini-begini, perwatakannya begini-begini, kata suami Ummu Ma’bad: Sesungguhnya demi Allah, aku percaya inilah orang yang diburu oleh Quraisy, cuba kau terangkan lagi wahai Ummu Ma’bad, lalu beliau menceritakan sifat-sifat Baginda yang terpuji dengan bahasa beliau yang menarik, seorang yang mendengar itu bagaikan melihat Rasulullah berdiri di hadapannya, akan kita perihalkan sifatnya itu di hujung tajuk nanti, kata suami Ummu Ma’bad: Demi Allah itulah dia orang yang disebut-sebut halnya, aku amat berhasrat untuk bersahabat dengannya, pasti ku tunaikan hasrat ku ini bila terluang bagi ku nanti. Di subuh pagi kedengaran suatu suara di Makkah tetapi tidak kelihatan pengungkapnya:

Semoga tercurah balasan Allah,
Melalui teman berdua, melewati khemah,
Dipersinggahan membawa barakah,
Pemergian pun meninggalkan tuah,
Berbahagia kau taulan Muhammad,
Rugilah kaum Qusai,
Dari kau… Allah elakkan pimpinan,
Bersenanglah Banu Ka ‘ab,
Lantaran kedudukan pemudamu,
Kedudukan kaum mukmin mu,
Bertanyalah saudara mu,
Mengenai kambingnya, Bejananya,
Kambing pula menegas saksian.


Kata Asma’: Sebenarnya kami tidak tahu arah mana Rasulullah tujui, namun telah tiba satu lelakijin satu dari sebelah Makkah sana dengan mendendangkan rangkap-rangkap tadi. Orang ramai mengikutinya dan mendengar suaranya tetapi tidak kelihatan jasadnya, dia berlalu hinggalah ke sebelah atas Makkah sana. Bila kami semua mendengar laungan ini kami pun tahulah yang Rasulullah menuju ke arah al-Madinah.

5. Di dalam perjalanan Baginda telah bertemu dengan Aba Buraidah, beliau adalah ketua kabilahnya, beliau keluar dalam usaha mencari Rasulullah dan Abu Bakr dengan harapan akan meraih tawaran Quraisy yang sangat lumayan itu, tetapi apa yang terjadi adalah di sebalik itu kerana setelah beliau bertemu dan bercakap dengan Rasulullah terus beliau memeluk Islam bersama-sama dengan tujuh puluh orang pengikutnya, dengan itu beliau menanggal serbannya dan diikat ke hujung lembingnya, sebagai bendera mengisytiharkan kedatangan penguatkuasa keamanan dan kesejahteraan telah tiba untuk memimbarkan keadilan dan kesaksamaan dipersada cakrawala ini.

6. Di dalam perjalanan ini Rasulullah bertemu al-Zubair dengan rombongan kaum muslimin di dalam kabilah perniagaan dari al-Syam, beliau memberi persalinan baju putih kepada Rasulullah dan Abu Bakr.


PERSINGGAHAN DI QUBA’

Bertepatan pada hari Isnin 8 Rabiul al-Awal tahun 14 kebangkitan Rasulullah, iaitu tahun pertama Hijrah bersamaan 23 September 622 Masihi, Rasulullah telah sampai ke Quba’.

Kata Urwah bin al-Zubair: Umat Islam di Madinah telah pun mendapat maklumat mengenai penghijrahan Rasulullah dari Makkah ke Madinah, justeru itu, paada setiap pagi mereka keluar beramai-ramai ke tanah lapang al-Hurah, menunggu kedatangan Rasulullah. Mereka pulang ke rumah apabila matahari terik memaksa mereka pulang ke rumah. Di suatu hari, apabila mereka pulang ke rumah masing-masing kerana keletihan menunggu, ditakdirkan seorang Yahudi yang sedang berada di beranda atau menara pagarnya, beliau ternampak Rasulullah bersama-sama para sahabatnya serba putih kelihatan jelas dari jauh, Yahudi tadi tak tertahan untuk meluahkan perasaannya dengan melaung,” wahai bangsa Arab, itu dia datuk kamu yang kamu tunggu-tunggu,” kaum muslimin pun marah dan segera mereka mencapai senjata.

Ibn al-Qayyum menceritakan,” Kedengaran laungan takbir di rumah Banu Amru bin Auf, justeru itu seluruh kaum musliminpun melaungkan takbir kegembiraan dengan ketibaan Rasulullah seluruh mereka mengalu-alukan kedatangan Rasulullah dengan sambutan dan aluan sebagai seorang Nabi, kesemua mereka merenung ke muka Rasulullah melingkungi baginda dalam suasana di selubungi ketenangan dan wahyu pun turun kepada Rasulullah”.

“…Sesungguhnya Allah adalah Pembelanya, dan selain dari itu Jibril serta orang salih dari kalangan orang yang beriman dan malaikat-malaikat juga menjadi penolongnya” (al-Tahrim: 4)

Urwah bin al-Zubair menceritakan dengan katanya: Mereka semua menyambut Rasulullah dan Baginda membelok ke sebelah kanan hingga sampai dan singgah di kalnagan qabilah Banu Amru bin Awf, pada hari Isnin bulan Rabiul al-Awal, Abu Bakr bangun berdiri manakala Rasulullah duduk berdiam, orang-orang Ansar yang belum pernah melihat Rasulullah terus mendatangi Rasulullah untuk mengucap selamat datang – dalam salu naskah tertulis; mereka berucap kepada Abu Bakr, hinggalah sampai matahari terbit dan terkena Rasulullah (s.a.w) oleh Abu Bakr segera bangun memayungi Rasulullah dengan kainnya, maka dengan itu orang ramai pun kenallah diri Rasulullah itu.

Al-Madinah keseluruhannya dengan penduduk Islamnya bagaikan berombak bergerak, menyambut kedatangan Rasulullah, ianya merupakan suatu hari yang paling bersejarah yang belum disaksi lagi selama ini. Kaum Yahudi telah menyaksi kebenaran bisyarah kedatangan Rasulullah utusan Allah oleh Habquq yang bertulis, “Sebenarnya Allah datang dari al-Tayinan dan al-Quddus dari bukit Faran”.

Di Quba’ Rasulullah (s.a.w) telah singgah di rumah Kalthum bin al-Hudm, tapi dalam riwayat yang lain mengatakan Rasulullah singgah di rumah Sa’d bin Khaithamah riwayat pertama lebih tepat. Ali (r.a) tinggal di Makkah, untuk selama tiga hari selepas Hijrah Rasulullah itu, hingga selesai beliau menyerah kembali barang-barang amanah orang yang pernah mereka tinggalkan kepada Rasulullah sebelum ini. Lepas itu beliau pun susul berhijrah dengan berjalan kaki dan sempat beliau menemui Rasulullah dan Abu Bakr”di Quba’ di sana beliau singgah di rumah Kalthum bin al-Hudm.

Rasulullah tinggal di Quba’ empat hari iaitu Isnin, Selasa, Rabu dan Khamis. Baginda mengasaskan masjid Quba’ dan bersembahyang di situ. Ianya adalah masjid yang pertama sekali dibina di atas dasar taqwa setelah Baginda dibangkitkan sebagai Rasul, di hari kelima iaitu hari Jumaat, dengan perintah dari Allah Baginda berangkat dengan diekori oleh Abu Bakr dari belakang untuk menemui Banu al-Najar, mereka adalah bapa saudara Rasulullah dari sebelah ibunya, sebelum itu Rasulullah menghantar perutusan ke sana menjemput mereka, dengan segera mereka semua datang dengan pedang-pedang bergalas keluar untuk menemui Rasulullah, mereka semua bertemu dengan Rasulullah di perkampungan Banu Salim bin Auf, di dalam masjid di lembah berkenaan Rasulullah berhimpun dengan Banu al-Najar yang seramai seratus lelaki.


MEMASUKI AL-MADINAH

Selepas solat Jumaat Rasulullah (s.a.w) memasuki al-Madinah, di mana sejak hari itu daerah yang bernama Yathrib itu dikenali dengan Madinah al-Rasul (s.a.w) untuk singkatan maka disebut al-Madinah sahaja, hari itu adalah hari bersejarah dan gemilang, jalan-jalan, lorong dan rumah-rumah bergema dengan tahmid dan taqdis, selumh anak-anak gadis Ansar mendendangkan rangkap-rangkap puisi, tanda kegembiraan dan keceriaan.

Orang-orang Ansar bukanlah golongan pemilik harta yang banyak, namun setiap dari mereka bercita-cita semoga Rasulullah singgah ke rumah mereka bila sahaja Rasulullah melewati di hadapan rumah setiap orang memegang tali kuda Baginda sambil berkata, “Wahai Rasulullah, ayuh bersama kami, kami ada kekuatan dan bilangan yang ramai, kami buat senjata untuk mempertahankan iman hamba”. Rasulullah hanya akan menjawab kepada mereka, “Biarlah dia bergerak mengikut arahnya, kuda Baginda terus bergerak hingga sampai ke tapak masjid al-Nabawi yang ada sekarang ini, sampai ke situ kuda Rasulullah pun berlabuh, namun Rasulullah tidak terus turun, malah kudanya bangun semula dan berjalan lagi ke hadapan kemudian berpatah balik semula ke belakang ke tempat pertama tadi, dengan itu barulah Rasulullah turun darinya, sebagai taufik dari Allah tempat itu adalah kawasan kediaman Banu al-Najar keluarga bap’a saudara Rasulullah sebelah ibunya. Kerana Baginda sendiri pun suka kiranya Baginda dapat turun di kalangan bapa saudaranya, kerana itu adalah suatu penghormatan kepada mereka, semua hadirin meminta Rasulullah tinggal di rumah mereka, tetapi Abu Ayub al-Ansari segera ke binatang tunggangan Baginda dan menuntunnya ke dalam kawasan rumahnya, maka sabda Rasulullah, penunggang harus mengikut tunggangannya, manakala As’ad bin Zurarah pun memegang tali kuda dan dengan ku tunggangan tadi tinggallah bersama-sama beliau.

Al-Bukhari meriwayatkan dari Anas: Rasulullah bersabda, “Mana dia rumah keluarga kami yang terdekat?”. Kata Abu Ayub, “Saya Rasulullah dan ini dia rumahku dan ini dia pintu masuk”. Maka beliau pun meluru ke dalam membuat persiapan dan katanya, “Ayuh, bangun kamu berdua dengan keberkatan dari Allah”.

Selepas beberapa hari tibalah isterinya Saudah, dua orang puterinya Fatimah dan Ummi Kalthum, Usamah bin Zaid dan Ummu Aiman, manakala Abdullah bin Abu Bakr pula tiba bersama-sama anak-anak Abu Bakr di antara mereka Aisyah, adapun puteri Rasulullah Zainab masih bersama Abi al-As, kerana tidak dapat keluar untuk berhijrah hinggalah selepas peristiwa Badar.

Kata Aisyah: Setibanya Rasulullah ke al-Madinah, Abu Bakr dan Bilal terus lemah badan, Aisyah masuk menemui mereka berdua untuk bertanyakan khabar mereka, “Bagaimana bapa mendapati diri bapa. Dan bagimana pula kau Bilal?”. Kata Aisyah, “Abu Bakr ini apabila terasa demam berat beliau akan berkata:

Setiap insan bersama keluarganya, sedang kematian lebih hampir kepadanya dari tali kasutnya.

Dan Bilal pula akan menyebut-nyebut:

Kalaulah ku mengetahui; Apakah ku masih berkesempatan untuk bermalam di lembah Makkah di sebelahku Ahkhir dan Jalil Apakah pasti suatu hari ku berminum dari air Mijannah Apakah pasti ku dapat melihat melihat Shamah dan Tufail.

Kata Aisyah lagi: Dengan itu ku pun datang menemui Rasulullah dan memberitahu Baginda hal dua orang sahabatnya itu, maka sabda Rasulullah yang bermaksud:

“Ya Allah Tuhanku perkenankanlah cinta kami kepada al-Madinah seperti cinta kami kepada Makkah atau lebih darinya, berilah kesihatan kepadanya, berkatkanlah cupak dan gantangnya, pindakanlah demamnya itu serta letakkannya ke Juhfah.”

Di sini selesai sebahagian dari penghidupan Rasulullah dan terlaksana satu juzu’ peranan dakwah Islamiah di peringkat Makkah.

kredit: Mat Rock

rujukan: http://dakwah.info/featured/hijrah-rasulullah-s-a-w/


Salam Awal Muharram, Salam Ukhuwah..~

Jumaat, 25 November 2011

Fadhilat surah As-Sajdah


SURAH As-Sajdah (bererti sujud) adalah surah yang ke 32 dalam Al-Quran mengandungi 30 ayat. la dinamakan As-Sajdah kerana terdapat ayat yang menerangkan perihal orang-orang yang beriman, apabila mendengar ajaran kitab Allah lalu sujud sebagai bersyukur atas segala nikmat Allah. Selain dari itu ditegaskan dasar tauhiddan dalil-dalil yang membuktikan keesaan Allah, disamping mengurniakan taufiq dan hidayah kepada umat Islam.

Surah As-Sajdah adalah di antara beberapa surah di dalam Al-Quran yang mengandungi ayat Sajdah iaitu ayat yang disunatkan Sujud Tilawah bagi seseorang yang sedang membacanya, sama ada ketika solat atau tidak.

Terdapat beberapa Hadis Rasulullah SAW yang menerangkan fadhilat, faedah dan hikmah untuk mereka yang mengamalkan membaca Surah As-Sajdah ini.

1. Baginda tidak akan tidur sebelum membaca Surah ini dan Surah Al-Mulk.

2. Melindungi pembacanya dari seksa kubur.

3. Mendapat pahala yang besar seperti pahala mereka tetap solatnya pada malam lailatul-qadar.

4. Mendapat hidayah ilmu yang yakin.

5. Dikurniakan cahaya (nur) pada dirinya semasa ia mati.

Surah ini dibaca oleh imam di kebanyakan surau dan masjid pada pagi Jumaat di dalam solat subuh. Dengan menghadiri solat subuh tersebut, insyallah, hikmah dan fadhilat akan diperolehi.

kredit: selatanonline


Salam Ukhuwah..~

Khamis, 24 November 2011

Susu Dan Roti


Susu Dan Roti


Suami saya adalah serorang jurutera komputer, saya mencintai sifatnya yang semulajadi dan saya menyukai perasaan hangat yang muncul dihati saya ketika bersandar dibahunya.

3 tahun dalam masa perkenalan dan 2 tahun dalam masa pernikahan, saya harus akui, bahawa saya mulai merasa letih... lelah, alasan-alasan saya mencintainya dulu telah berubah menjadi sesuatu yang menjemukan. Saya seorang wanita yang sentimental dan benar-benar sensitif serta berperasaan halus. Saya merindui saat-saat romantis seperti seorang anak kecil yang sentiasa mengharapkan belaian ayah dan ibunya.

Tetapi, semua itu tidak pernah saya perolehi. Suami saya jauh berbeza dari yang saya harapkan. Rasa sensitifnya kurang. Dan ketidakmampuannya dalam menciptakan suasana yang romantis dalam perkahwinan kami telah mematahkan semua harapan saya terhadap cinta yang ideal.

Suatu hari, saya beranikan diri untuk mengatakan keputusan saya kepadanya, bahawa saya inginkan penceraian.

"Mengapa?"Dia bertanya dengan nada terkejut.

"Siti letih, Abang tidak pernah cuba memberikan cinta yang saya inginkan."

Dia diam dan termenung sepanjang malam di depan komputernya, nampak seolah-olah sedang mengerjakan sesuatu, padahal tidak.

Kekecewaan saya semakin bertambah, seorang lelaki yang tidak dapat mengekspresikan perasaannya, apalagi yang boleh saya harapkan daripadanya? Dan akhirnya dia bertanya. "Apa yang Abang boleh lakukan untuk mengubah fikiran Siti?"

Saya merenung matanya dalam-dalam dan menjawab dengan perlahan.

"Siti ada 1 soalan, kalau Abang temui jawapannya didalam hati Siti, Siti akan mengubah fikiran Siti; Seandainya, Siti menyukai sekuntum bunga cantik yang ada ditebing gunung dan kita berdua tahu jika Abang memanjat gunung-gunung itu, Abang akan mati. Apakah yang Abang akan lakukan untuk Siti?"

Dia termenung dan akhirnya berkata, "Abang akan memberikan jawapannya esok."

Hati saya terus gundah mendengar responnya itu.

Keesokan paginya, dia tidak ada di rumah, dan saya menemui selembar kertas dengan coretan tangannya dibawah sebiji gelas yang berisi susu hangat yang bertuliskan...

'Sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu untukmu, tetapi izinkan Abang untuk menjelaskan alasannya."

Kalimah pertama itu menghancurkan hati saya. Namun, saya masih terus ingin membacanya.

"Siti boleh mengetik di komputer dan selalu mengusik program didalamnya dan akhirnya menangis di depan monitor, Abang harus memberikan jari-jari Abang supaya boleh membantu Siti untuk memperbaiki program tersebut."

"Siti selalu lupa membawa kunci rumah ketika Siti keluar, dan Abang harus memberikan kaki Abang supaya boleh menendang pintu, dan membuka pintu untuk Siti ketika pulang."

"Siti suka jalan-jalan di shopping complexs tetapi selalu tersasar dan ada ketikanya sesat di tempat-tempat baru yang Siti kunjungi, Abang harus mencari Siti dari satu lot kedai ke satu lot kedai yang lain mencarimu dan membawa Siti pulang ke rumah."

"Siti selalu sengal-sengal badan sewaktu 'teman baik' Siti datang setiap bulan, dan Abang harus memberikan tangan Abang untuk memicit dan mengurut kaki Siti yang sengal itu."

"Siti lebih suka duduk di rumah, dan Abang selalu risau Siti akan menjadi 'pelik'. Dan Abang harus membelikan sesuatu yang dapat menghiburkan Siti dirumah atau meminjamkan lidah Abang untuk menceritakan hal-hal kelakar yang Abang alami."

"Siti selalu menatap komputer, membaca buku dan itu tidak baik untuk kesihatan mata Siti, Abang harus menjaga mata Abang agar ketika kita tua nanti, abang dapat menolong mengguntingkan kukumu dan memandikanmu."

"Tangan Abang akan memegang tangan Siti, membimbing menelusuri pantai, menikmati matahari pagi dan pasir yang indah. Menceritakan warna-warna bunga yang bersinar dan indah seperti cantiknya wajahmu."

"Tetapi sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu untuk mati. Kerana, Abang tidak sanggup melihat airmatamu mengalir menangisi kematian Abang."

"Sayangku, Abang tahu, ada ramai orang yang boleh mencintaimu lebih daripada Abang mencintai Siti."

"Untuk itu sayang, jika semua yang telah diberikan oleh tangan, kaki, mata Abang tidak cukup bagi Siti. Abang tidak akan menahan diri Siti mencari tangan, kaki dan mata lain yang dapat membahagiakan Siti."

Airmata saya jatuh ke atas tulisannya dan membuatkan tintanya menjadi kabur, tetapi saya tetap berusaha untuk terus membacanya lagi.

"Dan sekarang, Siti telah selesai membaca jawapan Abang. Jika Siti puashati dengan semua jawapan ini, dan tetap inginkan Abang tinggal di rumah ini, tolong bukakan pintu rumah kita, Abang sekarang sedang berdiri di luar sana menunggu jawapan Siti."

"Tetapi, jika Siti tidak puas hati, sayangku... biarkan Abang masuk untuk mengemaskan barang- barang Abang, dan Abang tidak akan menyulitkan hidupmu. percayalah, bahagia Abang bila Siti bahagia."

Saya terpegun. Segera mata memandang pintu yang terkatup rapat. Lalu saya segera berlari membukakan pintu dan melihatnya berdiri di depan pintu dengan wajah gusar sambil tangannya memegang susu dan roti kesukaan saya.

Oh! Kini saya tahu, tidak ada orang yang pernah mencintai saya lebih dari dia mencintai saya. Itulah cinta, di saat kita merasa cinta itu telah beransur-ansur hilang dari hati kita kerana kita merasa dia tidak dapat memberikan cinta dalam 'kewujudan' yang kita inginkan, maka cinta itu telah hadir dalam 'kewujudan' yang tidak pernah kita bayangkan sebelum ini.

kredit: Nadzirah Hamidi


Salam Ukhuwah..~

Menikmati Kritik Dan Celaan


Kejernihan dan kekotoran hati seseorang akan tampak jelas tatkala dirinya ditimpa kritik, celaan, atau penghinaan orang lain. Bagi orang yang lemah akal dan imannya, nescaya akan mudah goyah dan resah. Ia akan sibuk menganiaya diri sendiri dengan menghabiskan waktu untuk memikirkan kemungkinan melakukan pembalasan. Mungkin dengan cara-cara mengorek-ngorek pula aib lawannya tersebut atau mencari dalil untuk membela diri, yang ternyata akhir dari perbuatannya tersebut hanya akan membuat dirinya semakin tenggelam dalam kesengsaraan batin dan kegelisahan.

Persis seperti orang yang sedang duduk di sebuah kerusi sementara itu di bawahnya ada seekor ular berbisa yang hendak mematuk kakinya. Tiba-tiba datang beberapa orang yang memberitahu bahaya yang bakal mengancam dirinya itu. Yang seorang menyampaikannya dengan cara halus, sedangkan yang lainnya dengan cara kasar. Namun, apa yang terjadi?

Setelah ia mendengar pemberitahuan itu, diambilnya sebuah pemukul, lalu dipukulkannya, bukan kepada ular namun kepada orang-orang yang memberitahu akan adanya bahaya tersebut.

Lain halnya dengan orang yang memiliki kejernihan hati dan ketinggian akhlak. Ketika datang badai kritikan, celaan, serta penghinaan seberat atau sedahsyat manapun, dia tetap tegar, tak goyah sedikit pun. Malah ia justeru dapat menikmati kerana yakin betul bahawa semua musibah yang menimpanya tersebut semata-mata terjadi dengan izin Allah Azza wa Jalla.

Allah Maha Mengetahui segala aib dan cela hambaNya dan Dia berkenan memberitahunya dengan cara apa saja dan melalui apa saja yang dikehendakiNya. Terkadang terbentuk nasihat yang halus, adakalanya melalui perbualan dan senda gurau seorang teman, bahkan tidak jarang berupa cacian teramat pedas dan menyakitkan. Ia pun dapat muncul melalui lisan seorang guru, ulama, orang tua, sahabat, adik, musuh, atau siapa sahaja. Terserah kepada Allah.

Jadi, kenapa kita harus menyusahkan diri membalas orang-orang yang menjadi jalan keuntungan bagi kita? Padahal seharusnya kita bersyukur dengan sebesar-besar kesyukuran kerana tanpa kita bayar atau kita member gaji mereka sudi meluangkan waktu memberitahu segala keburukkan dan aib yang mengancam amal-amal sholeh kita di akhirat kelak.

Kerananya, jangan hairan jika kita saksikan orang-orang mulia dan ulama yang sholeh ketika dihina dan dicaci, sama sekali tidak menunjukkan perasaan sakit hati dan keresahan. Sebaliknya, mereka malahan bersikap penuh dengan kemuliaan, memaafkan dan bahkan mengirimkan hadiah sebagai tanda terima kasih atas pemberitahuan ehwal aib yang justeru tidak sempat terlihat oleh dirinya sendiri, tetapi dengan penuh kesungguhan telah disampaikan oleh orang-orang yang tidak menyukainya.

Sahabat, bagi kita yang berlumuran dosa ini, haruslah senantiasa berwaspada terhadap pemberitahuan dari Allah yang setiap saat boleh hadir dengan berbagai bentuk.

Ketahuilah, ada tiga bentuk sikap orang yang menyampaikan kritikan. Pertama, kritiknya benar dan caranya pun benar. Kedua, kritiknya benar, tetapi caranya menyakitkan. Dan ketiga, kritiknya tidak benar dan caranya pun menyakitkan.

Bentuk kritik yang manapun datang kepada kita, semuanya menguntungkan. Sama sekali tidak menjatuhkan kemuliaan kita dihadapan sesiapapun, sekiranya sikap kita dalam menghadapinya penuh dengan kemuliaan sesuai dengan ketentuan Allah SWT. Kerana, sesungguhnya kemuliaan dan keredhaanNyalah yang menjadi penentu itu.

Allah SWT berfirman, "Dan janganlah engkau berduka cita kerana perkataan mereka. Sesungguhnya kekuatan itu bagi Allah semuanya. Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui." QS. Yunus [10] : 65

Ingatlah, walaupun bergabung jin dan manusia menghina kita, kalau Allah menghendaki kemuliaan kepada diri kita, maka tidak akan membuat diri kita menjadi jatuh ke lembah kehinaan. Apalah ertinya kekuatan sang makhluk dibandingkan Khaliknya? Manusia memang sering lupa bahawa Kudrat dan Iradat Allah itu berada di atas segalanya. Sehingga menjadi sombong dan takbur, seakan-akan dunia dan isinya ini berada dalam genggaman tangannya. Naudzubillaah!!!

Padahal, Allah Azza wa Jalla telah berfirman, "Katakanlah, Wahai Tuhan yang mempunyai kerajaan. Engkau berikan kerajaan kepada orang Kau kehendaki dan Engkau cabut kerajaan dari orang yang Kau kehendaki. Engkau muliakan yang Kau kehendaki dan Engkau hinakan orang yang Kau Kehendaki. Di tangan Engkaulah segala kebajikan. Sesungguhnya Engkau Mahakuasa atas segala sesuatu." QS. Ali 'Imran [3] : 26

kredit: rakangroup


Salam Ukhuwah..~

Rabu, 23 November 2011

39 Kes Kenapa Lelaki Tak Layak Menjadi Suami


39 KES KENAPA LELAKI TIDAK LAYAK MENJADI SUAMI



Kes 1.
Sepanjang pertunangan, dia tidak pernah ajak berbincang cara nak bentuk keluarga solehah. Tetapi, asyik fikir mana nak bulan madu. Nak buat teknik macam2. Saya putuskan pertunangan kerana merasakan dia tidak boleh bimbing saya soal agama


Kes 2.
Malam pertama saya berendam airmata kerana suami melarikan diri selepas akad nikah. Dia bergaduh dengan ibubapa saya kerana soal wang hantaran dan mas kahwin. Malam itu, dia keluar kononnya nak pergi beli rokok, tetapi sampai subuh tak pulang. Kami bercerai 3 bulan kemudian.


Kes 3.
Selepas 3 bulan nikah baru saya berpeluang ikut suami yang bertugas di Sabah . Saya hairan tengok rumahnya nampak kemas dan berhias cantik. Apabila saya gelidah satu almari di bilik tetamu, penuh baju perempuan. Puas ditanya baru dia mengaku selama ini dia duduk serumah dengan kekasihnya. Saya lari balik Semenanjung. Dia tidak pujuk. Lepas pantang saya terima surat cerai. Dia tidak pernah tahu macam mana rupa anaknya.


Kes 4.
Beli cincin pertunangan duit saya, belanja hantaran pun duit saya. Sekarang duit ansuran rumah, kereta, susu anak, belanja dapur semua di bahu saya. Dia cuma beri "benih" sahaja.


Kes 5.
Suami mahu anak ramai dan tidak benarkan saya makan pil. Tetapi, belum pernah sekali pun dia mahu bangun malam buat susu anak/tukar lampin. Kalau alasan penat di pejabat, saya pun bekerja juga.


Kes 6.
Bapa tak pernah mengajar saya sembahyang dan puasa. Suami pun sama juga. Terpulanglah kepada saya nak dalami ilmu agama sendiri.


Kes 7.
Ramai menuduh saya jahat apabila bercerai dahulu. Bekas suami memang nampak warak, tetapi siapa pun tidak tahu saya merana kerana suami mahu seks tiap2 malam dan suka liwat saya.


Kes 8.
Suami tetap 'mahu' walaupun ketika saya datang bulan. Jika tidak dituruti dia mengancam mahu cari perempuan lain.


Kes 9.
Saya dipukul suami ketika mengandung anak kedua dahulu kerana saya tidak mahu beri dia duit yang saya kumpul untuk belanja bersalin. Dia penganggur dan gila main muzik sahaja. Duit tu dia nak beli gitar.


Kes 10.
Bekas suami saya dahulu memang kacak, kaya dan berkedudukan. Namun, saya lebih rela bercerai kerana dia ketagih hubungan seks sesama jenis.


Kes 11.
Saya rasa benar-benar terhina kerana suami mengabaikan keluarga apabila asyik bercinta dengan "maknyah".


Kes 12.
Hancur hati saya apabila terserempak suami memakai coli dan seluar dalam saya... Rupa2nya dahulu dia "maknyah" dan berkahwin dengan saya kerana menuruti kehendak emaknya.


Kes 13.
Suami tidak pernah azan atau qamatkan kedua-dua anak kami sebaik sahaja dilahirkan dahulu.


Kes 14.
Suami tidak mengaku anak lelaki bongsu zuriatnya, walaupun muka si anak 99.9% muka dia. Semua kerana suami cemburu sangat pada bos saya. Biarlah dia terus menfitnah saya kalau itu memberi kepuasan kepadanya.


Kes 15.
Saya dah tak larat menasihati suami supaya sembahyang. Bulan puasa dia suruh saya masak macam biasa. Anak2 keliru melihat gelagat bapa mereka. Saya didik lain, si bapa tunjuk "contoh" lain.


Kes 16.
Apabila marah, suami suka mengungkit setiap sen yang dibelanja untuk saya, sampaikan tambang haji saya ke Makkah yang dia bayarkan 3 tahun dahulu masih terus diungkit setiapkali bergaduh..


Kes 17.
Suami tetap mahu saya masak macam biasa, hubungan seks 2-3 x seminggu dan rumah tidak boleh bersepah... walaupun saya sedang sarat mengandung..


Kes 18.
Setiap kali mengandung, pandai2lah saya berjimat cermat untuk belanja bersalin. Apabila dah sampai waktu nak beranak, kemas kain baju sendiri, tahan teksi, pergi hospital sendiri. Jika nasib baik, suami jemput, kalau tidak pandai2lah saya balik rumah dengan anak baru.


Kes 19.
Memang saya bengkak kerana suami sanggup memaki hamun saya depan anak kerana tidak memandu berhati2 sehingga kemalangan dan merosakkan kereta kesayangannya.


Kes 20.
Siapa tidak sayang emak. Tetapi, saya tidak boleh tahan kalau suami sanggup bergolok-bergadai semata2 mahu penuhi hajat emaknya yg berselera besar. Duit gajinya tak pernah cukup sebab bayar hutang kad. Terpaksalah saya menyara anak2.


Kes 21.
Kalau anak nak minta duit beli buku sekolah, suami asyik kata 'takde duit'. Kalau nak beli joran dan umpan, ada pula. Saya perhatikan saja gelagat. Nak tengok sampai setakat mana 'lemaknya'.


Kes 22.
Suami gila beli nombor ekor. Biasanya, dia suka tulis angka 1-10,letak di dalam mangkuk buat cabutan. Lepas tu kalau ada nombor yang mengena, 2-3 hari tak keluar bawak teksi.


Kes 23.
Tabiat suami saya memang pelik. Kalau ada masalah saja mesti cari bomoh, lepas itu tanam macam2 jenis tangkal, mesti dia nak pergi 'bersangkak' .


Kes 24.
Sewaktu bercinta memang saya tahu suami kaki judi tetapi dia berjanji nak berhenti lepas kahwin. Tak cukup gaji, barang kemas saya digadaikan. Orang datang tuntut hutang perkara biasa ~ pernah rumah kami dibaling tahi.


Kes 25.
Ketika bapa meninggal dunia dulu, baru kami tahu dia ada 3 isteri lain dan anak masih kecil. Rupa2nya selama ini emak tahu arwah suka kahwin cerai di merata2 tempat. Emak tidak peduli, asal arwah tidak menganggu hidupnya.


Kes 26.
3-4 bulan suami 'hilang' itu perkara biasa. Kadang2 sampai setahun. Saya tak perlu cari kerana tahu mesti dia di Serenti. Biasanya, dia kena 'serkup' waktu tengah tarik ganja dengan kawan2.


Kes 27.
Anak ke-3 kami terencat sedikit. Suami penagih kronik dan sekarang dah ada tanda2 HIV.


Kes 28.
Suami saya memang warak. Sembahyang tak pernah tinggal. Tetapi, saya tidak boleh tahan panas barannya. Kalau marah, habis dibaling barang2 rumah. Kalau pukul, anak dibaling macam bola.


Kes 29.
Pernah saya nasihat suami jangan suka terima rasuah. Dia degil. Mula2 cuma hamper, kemudian barang kemas. Akhir sekali duit berpuluh2 ribu. Apabila dia kena cekup polis saya nak kata apa? Terpaksalah saya sara anak sementara dia di dalam penjara.


Kes 30.
Sejak berniaga, suami gila karaoke. Kononnya nak rai pelanggan. Kesudahannya dia yang sangkut dengan GRO Filipina di situ. Sekarang perniagaanya lingkup dan dia dah ikut perempuan Filipina tu balik negeri. Dengar khabar dah dapat anak luar nikah.


Kes 31.
Dulu hidup kami senang juga. Tetapi, selepas suami kena buang kerja sebab ketagih dadah dan selalu ponteng kerja, terpaksalah saya kerja kilang nak sara anak2.


Kes 32.
Kalau seronok beristeri muda, mengapa mesti nak banding2kan kehebatan si madu di ranjang dengan saya? Tak puas lagi menyakitkan hati saya selama ini?


Kes 33.
Kami memang miskin. Saya buat macam2 benda untuk tambah pendapatan. Jualan langsung, buat kuih, jual nasi lemak, jaga anak orang, upah sembat baju kurung. Suami saya lain pula ceritanya. Malam jadi "jaga".. siang dia kerja tidur atau melangut di kedai kopi.


Kes 34.
Bab duit ringgit saya tak nafikan suami memang bertanggungjawab. Saya dapat banglo besar, kereta besar, belanja mewah. Tetapi jiwa saya kering. Suami sayang anak, tetapi masih membiarkan saya melihat "gigitan cinta" (love bite) perempuan lain di badannya.


Kes 35.
Pakcik saya memang hebat sewaktu muda. Kacak, bijak dan kerja besar. Isteri 2-3 orang, kekasih keliling pinggang. Anak ramai. Tetapi selepas pencen, dia papa kedana sebab duit KWSP habis bayar hutang. Kesudahannya, semua isteri minta cerai dan anak lenyap. Akhirnya dia mati seorang diri di katil hospital wad kelas tiga. Jenazahnya di urus abang saya dan pihak hospital.


Kes 36.
Saya bekerja, suami bekerja. Tetapi, apabila pulang dari pejabat, suami terus capai kunci motor besarnya, merambu dengan kawan2 macam orang muda... sampai tergadai Maghrib dan Isyak. Tinggallah saya di rumah sorang diri terkial-kial menguruskan anak.


Kes 37.
Walaupun sudah lama masuk Islam... mandi hadas? Saya masuk Islam kerana mahu kahwin dengan suami. Tetapi dia tidak pernah sekali pun beritahu saya perlu mandi hadas selepas bersetubuh atau datang bulan. Dia sendiri pun tak pernah buat.


Kes 38.
Bagi saya perkahwinan sebenarnya lebih menguntungkan lelaki kerana mereka dapat buktikan kejantanan kepada kawan2 apabila isteri hamil, dapat pengurus tetap menjaga kain baju mereka, dapat tukang masak percuma, dapat joli lebih sebab isteri juga bekerja dan bantu sara keluarga serta dapat seks halal. Isteri dapat apa? Tugas bertambah dan silap haribulan berendam airmata...


Kes 39.
Selepas 15 tahun berkahwin, rasa2nya gelaran saya sudah berubah. Dahulu 'isteri' sekarang 'pengurus anak-anak'. Hubungan dengan suami amat dingin. Kami hanya bercakap pekara penting sahaja. Hubungan seks hanya 2-3 bulan sekali. Itupun saya yang 'terhegeh-hegeh' . Saya pelik benar kerana dia bukan kaki perempuan dan memang confirm tiada isteri lain.


" wahai tuhan ku, aku tak layak kesyurgamu ...namun tak
pula aku sanggup keNerakamu.. ........, kami lah hamba yang
mengharap belas darimu ........, Ya Allah jadikan lah kami
hamba2 mu yang bertaqwa.... .., ampunkan dosa2 kami,
kedua ibubapa kami, dosa semua umat2 islam yang masih
hidup mahupun yang telah meninggal dunia, Cukup lah
Allah bagi ku, tiada Tuhan melainkan Allah, hanya
kepadaNYA aku bertawakkal dan Allah lah yang memiliki
arasy yang agung "




MAAF BUKAN NAK KATA LELAKI SEMUANYA BERGINI CUME INILAH CERITA DARI KEHIDUPAN YANG SEBENAR!!

kredit: Rose Comey


Salam Ukhuwah..~

9 Siti Yang Perlu Anda Contohi


1) Siti Khadijah

- Beliau merupakan isteri Rasulullah saw yang melahirkan anak2 Rasulullah, setia dan menyokong Rasulullah walaupun ditentang hebat oleh orang2 kafir dan musyrik, menghantarkan makanan kepada Baginda ketika Baginda beribadat di Gua Hira'.


2) Siti Fatimah

- Anak Rasulullah saw yang tinggi budi pekertinya. Sangat kasih dan setia kepada suaminya Ali karamallahu wajhah walaupun Ali miskin. Tidur berkongsikan 1 bantal dan kadang2 berbantalkan lengan Ali. Rasulullah saw pernah bersabda 'Aku takkan maafkan kamu wahai Fatimah sehinggalah Ali maafkan kamu.'


3) Siti Aisyah

- Beliau isteri Rasulullah yang paling romantik. Sanggup berkongsi bekas makanan dan minuman dengan Rasulullah saw. Di mana Nabi saw minum di situ beliau akan minum menggunakan bekas yang sama.


4) Siti Hajar

- Isteri Nabi Ibrahim yang patuh kepada suami dan suruhan Allah. Sanggup ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim atas suruhan Allah demi kebaikan. Berjuang mencari air untuk anaknya Nabi Ismail (Pengorbanan seorang ibu mithali).


5) Siti Mariam

- Wanita suci yang memang pandai menjaga kehormatan diri dan mempunyai maruah yang tinggi sehingga rahimnya dipilih oh Allah swt untuk mengandungkan Nabi Isa as.


6) Siti Asiah

- Isteri Firaun yang tinggi imannya dan tidak gentar dengan ujian yang dihadapinya darapada Firaun Laknatullah.


7) Siti Aminah

- Wanita mulia yang menjadi ibu kandung Rasullullah saw. Mendidik baginda menjadi insan mulia.


8) Siti Muti'ah

- Isteri yang patut dicontohi dan dijanjikan Allah syurga untuknya kerana setianya kepada suami, menjaga makan minum, menyediakan tongkat untuk dipukul oleh suaminya sekiranya layanannya tidak memuaskan hati, berhias dengan cantik untuk tatapan suaminya sahaja.


9 ) Siti Zubaidah

- Wanita kaya dermawan yang menjadi isteri Khalifah Harun Al-Rashid. Sanggup membelanjakan semua hartanya untuk membina terusan untuk kegunaan orang ramai hanya niat kerana Allah swt.



* 9 Siti ini adalah petikan daripada kata2 Ustazah Siti Norbahiah Mahmud dlm rancangan Halaqah TV9 bertajuk 'SITI IMPIAN'. Adakah kita tergolong antara Siti2 ini? Tepuk dada tanya iman. Sama2 kita tingkatkan ilmu kita untuk menjadi insan yang lebih baik di Bumi Allah ini, insyaAllah.


Salam Ukhuwah..~

Kopi, Kurangkan Risiko Kanser Kulit


Kajian yang dibentangkan di sebuah persidangan perubatan utama AS menyatakan bahawa kopi boleh melindungi seseorang daripada mendapat penyakit kanser kulit terutamanya dalam kalangan wanita.

Kajian menunjukkan wanita yang meminum lebih tiga cawan kopi berkafein pada setiap hari dapat mengurangkan risiko mereka menghidap kanser kulit yang dikenali sebagai karsinoma sel basal (BCC) sebanyak 20 peratus.

Kajian sama menyatakan lelaki yang mengambil kopi dalam jumlah yang sama dapat menurunkan risiko mereka mendapat BCC sebanyak sembilan peratus.

"Ekoran hampir sejuta kes baharu BCC dicatat di AS pada setiap tahun, faktor amalan harian seperti meminum kopi dapat memberikan kesan besar kepada kesihatan orang ramai dalam memerangi kanser ini," kata penyelidik kajian tersebut, Fengju Song.

Beberapa kajian sebelum ini juga membuktikan mereka yang kerap minum kopi kurang dijangkiti kanser payu dara, prostat, kolon dan uterus.


kredit: - DCM


Salam Ukhuwah..~

Muharram Dalam Pandangan Islam


ALLAH SWT berfirman (maksudnya), “Sesungguhnya bilangan bulan di sisi ALLAH adalah 12 bulan sebagaimana ketetapan ALLAH ketika DIA menciptakan langit dan bumi. Di antaranya ada empat bulan haram. Itulah (ketetapan) agama yang lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan yang empat itu.” (Surah at-Taubah, 9: 36)

Nabi SAW bersabda, “Waktu itu telah berputar sebagaimana biasa sejak ALLAH menciptakan langit dan bumi. Satu tahun ada 12 bulan, di antaranya empat bulan haram. tiga bulan berturut-turut, iaitu Zulkaedah, Zulhijah, Muharam, dan satu lagi ialah Rejab yang terletak di antara Jamadilakhir dan Syaaban.” (Hadis Riwayat al-Bukhari)

Muharam ialah bulan yang mulia dan ia memiliki keutamaannya tersendiri. Nabi SAW menyatakan Muharam ialah bulan ALLAH, dan puasa yang paling afdal setelah Ramadan ialah puasa dalam Muharam.

Sabda Nabi SAW, “Puasa yang paling afdal setelah puasa Ramadan ialah puasa di bulan ALLAH, al-Muharam. Solat yang paling afdal setelah solat yang difardukan adalah solat pada malam hari.” (Hadis Riwayat Muslim)

Dalil-dalil ini semuanya menunjukkan kemuliaan di bulan haram, terutamanya Muharam. Selain itu, di dalamnya turut ditegaskan lagi akan larangan menganiaya diri. Ini menunjukkan perbuatan maksiat di bulan haram lebih diharamkan lagi berbanding bulan-bulan selainnya. Sebaliknya, amalan soleh pula akan diberikan ganjaran yang besar.

Cuma dalam sebahagian kepercayaan masyarakat Melayu pada hari ini, mereka ada yang mempercayai Muharam ini adalah bulan yang membawa sial sehingga mereka sangat takut untuk menikahkan anak-anak mereka pada bulan ini. Kepercayaan ini sangat popular dalam kalangan masyarakat jawa khususnya. Wallahualam, setakat kajian penulis tidak ditemui sebarang dalil yang menguatkan kesahihan kepercayaan tersebut. Maka kepercayaan yang tidak dilandaskan kepada dalil yang benar ini, ia hanya tinggal khurafat dan tahyul semata-mata.


Hikmah bulan haram

Di antara hikmah dijadikan empat bulan haram di mana tiga bulan secara berturut-turut dan satu bulan lagi dengan menyendiri adalah bagi memberi ketenangan kepada umat Islam yang melaksanakan ibadah haji. Iaitu Zulkaedah merupakan satu bulan pertama sebelum bermulanya bulan haji. Seterusnya bulan Zulhijah di mana umat Islam disibukkan dengan ibadah haji dan melaksanakan manasiknya. Kemudian dijadikan bulan yang seterusnya juga sebagai bulan haram, iaitu Muharam supaya pada bulan tersebut mereka dapat kembali ke wilayah atau negara mereka masing-masing yang saling berjauhan secara aman.

Manakala Rejab yang berada di pertengahan tahun pula adalah supaya pada bulan tersebut umat Islam di sekitar Jazirah Arab dapat mengunjungi Kaabah dan melaksanakan umrah dengan aman. (Lihat: Tafsir Ibnu Katsir, 4/148)

Ini adalah kerana dalam bulan-bulan haram, umat Islam diharamkan untuk berperang melainkan sekiranya umat Islam lebih dahulu diserang atau diperangi. Pada ketika umat Islam lebih dahulu diserang, mereka dibolehkan untuk mempertahankan diri serta membuat serangan balas.


Amalan sunnah Muharam

Di antara amalan sunnah yang disebutkan secara khusus pada Muharam adalah berpuasa sunnah.

Sebagaimana disebutkan dalam hadis di atas, puasa yang paling afdal setelah puasa Ramadan adalah puasa Muharam. Maksud puasa dalam hadis tersebut adalah puasa sunnah secara umum. Memperbanyakkan amalan puasa sunnah dalam bulan ini (Muharam) terutamanya pada hari ke-10 Muharam adalah termasuk sunnah-sunnah yang sangat dianjurkan.

‘Abdullah B ‘Abbas r.a berkata, “Nabi tiba di Madinah dan beliau mendapati orang-orang Yahudi sedang berpuasa ‘Asyura (hari ke-10 Muharam).” Nabi bertanya, “Puasa apakah ini?”

Orang-orang menjawab, “Hari ini adalah hari yang baik, iaitu hari di mana ALLAH telah menyelamatkan bani Israel daripada kejahatan musuhnya, maka Musa pun berpuasa sebagai tanda syukur beliau kepada ALLAH dan kami pun turut serta berpuasa.

” Nabi SAW pun bersabda, “Kami lebih berhak terhadap Musa daripada kamu semua.” Akhirnya Nabi pun berpuasa dan memerintahkan umat Islam untuk berpuasa.” (Hadis Riwayat al-Bukhari)

Sejarah penetapan puasa ‘Asyura mengalami beberapa fasa. Pada awalnya, ketika di Makkah Nabi berpuasa ‘Asyura tanpa memerintah orang lain untuk berpuasa. Kemudian apabila sampai di Madinah, beliau tetap terus berpuasa di hari Asyura dan memerintahkan umat Islam agar turut berpuasa.

Tetapi setelah perintah kewajiban berpuasa Ramadan turun, puasa pada hari Asyura menjadi sunnah dan tidak diwajibkan. Rasulullah mengatakan, “Sesiapa yang hendak berpuasa (pada hari Asyura), silakan berpuasa, bagi yang tidak berpuasa, juga tidak mengapa.” (Hadis Riwayat al-Bukhari)

Kemudian ketika di penghujung hayatnya, Rasulullah SAW bertekad untuk tidak hanya berpuasa pada hari Asyura (hari ke-10) Muharam, tetapi juga bertekad untuk puasa pada hari yang ke-9.

Ibnu ‘Abbas r.a berkata, “Ketika Nabi sedang berpuasa pada hari Asyura dan memerintahkan para sahabatnya untuk turut berpuasa, para sahabat berkata, “Wahai Rasulullah, hari Asyura adalah hari yang diagungkan oleh Yahudi dan Nashara.”

Maka Rasulullah SAW bersabda, “Jika begitu, tahun depan insya-ALLAH kita puasa sekali pada hari yang ke sembilannya.” Ibnu ‘Abbas berkata, “Tetapi belum sempat sampai tahun depan, beliau telah wafat terlebih dahulu.” (Hadis Riwayat Muslim)

Dari hadis ini, umat Islam tidak hanya disunnahkan agar berpuasa di hari ke-10 Muharam atau dikenali sebagai hari Asyura, tetapi juga turut disunnahkan agar berpuasa pada hari ke sembilan Muharam.

Rasulullah mengisyaratkan tentang kelebihan puasa ‘Asyura sebagaimana sabdanya, “Adapun puasa di hari Asyura, aku memohon kepada ALLAH agar ia dapat menghapuskan dosa setahun yang lalu.” (Hadis Riwayat Muslim)


Salah faham Muharam

Dalam kalangan masyarakat Islam hari ini, terdapat beberapa salah faham tentang Muharam. Selain kepercayaan khurafat sebagaimana telah penulis sentuh, terdapat beberapa amalan lain yang turut perlu diambil perhatian. Antaranya adalah seperti amalan doa khusus awal dan akhir tahun hijriah, perayaan maal hijrah, puasa awal dan akhir tahun, dan perayaan meratap kematian Hussein B ‘Ali r.a.

Kata Syaikh Bakr B Abdillah Abu Zaid rahimahullah, “Tiada dalam syariat ini sedikit pun doa atau zikir-zikir khusus untuk awal tahun Muharam. Umat Islam pada hari ini banyak membuat tokok-tambah (bidaah dalam agama) berupa doa, zikir, atau saling bertukar ucapan selamat. Demikian juga dengan puasa awal tahun baru, menghidupkan malam pertama Muharam dengan solat, zikir, atau doa-doa yang khusus, serta puasa akhir tahun dan seumpamanya yang sebenarnya semua ini tidak ada dalilnya sama sekali.

Tidak juga ada satu pun doa atau zikir-zikir khusus sempena akhir tahun yang memiliki sandaran dalil syarak’. Di setiap akhir tahun, ramai orang yang berdoa dan menyusun doa-doa khusus tertentu yang tidak pernah ditetapkan oleh syarak’. Ini semua adalah contoh perbuatan bidaah yang padanya tidak memiliki asas sandaran dalam agama.” (Tashhiih ad-Du’a, m/s. 107 – Daar al-‘Aashimah)

Demikian juga dengan amalan khusus ratapan sempena kematian Saidina Hussein B Ali r.a dan perayaan maal hijrah sempena bertukarnya angka tahun baru hijriah. Tidak ada sama sekali sandaran dalinya dari sunnah Rasulullah SAW mahupun contoh daripada amalan para sahabat ridhwanullah alaihim ajma’in sedikit pun.

Maka, cukuplah sunnah Rasulullah dan contoh pedoman para sahabatnya sebagai qudwah tauladan dalam beragama.Wallahualam.

kredit: ABU NUMAIR NAWAWI SUBANDI


Salam Ukhuwah..~