Bacaan Popular

Sabtu, 18 Mei 2013

Hidup Ini Cuma...



Hidup kita cuma dalam 3 hari: 

1. Semalam, sudah menjadi sejarah. 
2. Hari ini, apa yang sedang kita lakukan. 
3. Esok, hari yang belum pasti.


Hisablah hari pertama,
semoga hari kedua kita lebih baik,
kerana mungkin ajal kita pada hari yang kedua.


Hidup cuma dalam dua nafas: 

1. Nafas naik 
2. Nafas turun 

Hargailah nafas yang naik kerana udara yang disedut adalah pemberian Allah ta'ala secara percuma dan carilah keredhaan-Nya dalam menggunakannya.

Bertaubatlah dalam nafas yang kedua kerana mungkin itu nafas yang terakhir keluar dari tubuh bersama nyawa dan roh untuk meninggalkan dunia yang fana ini.



Hidup yang abadi hanya ada dua tempat:

1. Kekal di dalam neraka 
2. Kekal di dalam syurga 

Ingatlah kecelakaan neraka itu amat mengerikan dan kita hanya diyakinkan oleh keyakinan kita kepada Rukun Iman. Rukun Iman itu pula ada 6 dan hilang salah satu daripadanya, maka hilanglah ia. Kelazatan dan kesejahteraan syurga itu maha HEBAT. Tidak terfikir oleh fikiran kita dan untuk mendapatkannya terjemahkan Rukun Islam yang lima itu dan puncaknya adalah SOLAT.  Amat sukar dipercayai bagi yang ingin ke syurga tetapi tidak bersolat, umpama seseorang yang ingin menaiki kapal terbang tetapi tidak mempunyai 'boarding pass'. Mereka yang sengaja melalaikan solat, umpama mengeposkan sepucuk surat tanpa melekatkan setem, apabila ditanya bagaimana surat itu akan sampai pada penerimanya, lalu dia pun berkata setemnya akan dihantar Kemudian. 

Ada 2 penyelesaian dalam kes ini: 

1.Dia mungkin didenda 
2.Segala suratnya masuk tong sampah 

Oleh itu, tidakkah kita semestinya bersyukur atas segala nikmat yang Allah ta'ala kurniakan kepada kita. Sekurang-nya Allah ta'ala telah beri udara secara percuma untuk kita berzikir mengingati Allah setiap detik dan ketika, hinggalah kita kembali kepada Allah dalam keadaan jiwa yang tenang, lalu masuk ke syurga dalam keadaan kita redha dan Allah ta'ala meredhai.



10 PERINGATAN BUMI 

Anas bin Malik r.a:
Sesungguhnya setiap hari,
bumi menyeru kepada manusia dengan 10 perkara: 

1. Hai anak Adam! Berjalanlah di atas perutku, tetapi ingatlah! Engkau akan di azab dalam perutku.

2. Engkau melakukan maksiat di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan diazab dan diseksa di dalam perutku. 

3. Engkau ketawa di atas perutku, tetapi ingatlah engkau akan menangis dan meraung di dalam perutku.

4. Engkau bergembira di atas belakangku, tetapi ingatlah engkau akan kecewa di dalam perutku. 

5. Engkau mengumpul harta di atas belakangku. Tetapi ingatlah engkau akan papa kedana dan menyesal di dalam perutku.

6. Engkau makan benda yang haram di atas belakangku, tetapi ingatlah engkau akan dimakan oleh ulat-ulat cacing dan ular di dalam perutku.

7. Engkau angkuh di atas belakangku, tetapi ingatlah engkau akan dihina di dalam perutku.

8. Engkau berlari dengan riang di atas belakangku, tetapi ingatlah engkau akan jatuh di dalam perutku dalam keadaan dukacita.

9. Engkau hidup di dunia bersiramkan cahaya matahari, bulan dan bintang di belakangku, tetapi ingatlah engkau akan tinggal dalam kegelapan di dalam perutku.

10. Engkau hidup di atas belakang beramai-ramai, tetapi ingatlah engkau akan keseorangan di dalam perutku.


Salam Ukhuwah..~

Jumaat, 17 Mei 2013

Bersedia Untuk Menghadapi Peparangan


Rasulullah s.a.w. bersabda yang mafhumnya: 

Pada akhir zaman nanti akan berlaku peperangan demi peperangan demi peperangan. Betul tak? Benar. 

Rasulullah s.a.w. bersabda lagi yang mafhumnya: 

Pada akhir zaman nanti ada padang pasir akan disuburkan dan tanam dengantanam-tanaman. 

Benar atau tidak?

Benar, kerana ini sedang berlaku di Libya setelah kerajaan membina sungai buatan manusia yang terbesar di dunia. Sekarang sudah 135,000 hektar padang pasir ditanam dengan segala macam tanam-tanaman.


Rasulullah s.a.w. bersabda lagi yang mafhumnya: 

Pada akhir zaman nanti hampir tidak dapat masuk secupak gandum ke Iraq. 

Benar sabda Rasulullah s.a.w. ini. Iraq di blocked oleh PBB yang didalangi oleh Amerika sejak 1991.


Rasulullah s.a.w. bersabda lagi yang mafhumnya: 

Kamu akan berdamai dengan kaum Rom lalu memerangi musuh di belakang kamu. 


Ini ditujukan kepada pakatan Pakistan dengan Amerika memerangi Taliban.


Penganalisis Hadith mengatakan Rom (Bani Ishaq) itu ialah Amerika dan Eropah. Semuanya ini sudah berlaku. Kemudian cuba pula lihat apa kata Rasulullah s.a.w. seterusnya.


Sabda Rasulullah s.a.w. yang mafhumnya: 

Kamu akan berebutkan harta di Sungai Furad (Euphrates) di Iraq sehingga 99 orang daripada 100 orang akan mati. Ini belum berlaku dan mungkin akan berlaku kerana sekarang Amerika bercadang hendak menyerang Iraq atas desakan Israel yang mereka tuduh paksi pengganas tetapi sebenarnya merebut kekayaan minyak (harta di sungai
Furad).

Percayalah, Amerika telah menyerang dan menawan Iraq, Israel turut tumpang semangkuk. Ia mengambil kesempatan menyerang Lubnan, Syria, Jordan dan Arab Saudi. Peta sulit negara Zionis ialah dari tebing Laut Mediterranean hingga ke Sungai Euphrates.


Sabda Rasulullah s.a.w. lagi yang mafhumnya: 

Kamu akan dikhianati oleh Bani Ishaq (Amerika dan Eropah) lalu kamu berperang di Dabiq (satu kawasan dekat Damshik). 

Amerika sahabat dunia Arab kini tetapi mengkhianati mereka dengan menolong Israel. Maka berlaku peperangan yang besar - ibu segala peperangan. Islam melawan Kuffar (Amerika, Eropah dan Israel). Ini peperangan yang paling besar dalam sejarah jagat manusia.



Apa kata Rasulullah s.a.w. tentang peperangan ini? 

Satu pertiga umat Islam akan lari dari medan pertempuran, satu pertiga lagi musnah, satu pertiga lagi menang.


Sabda Rasulullah s.a.w. lagi yang mahfumya:

Sebahagian orang Islam akan bangun berperang, mereka tidak takut mati. Mereka semuanya hancur. Sebahagian lagi bangun berperang, mereka tidak takut mati. Mereka semuanya hancur. Lalu bangkit sebahagian lagi, mereka tidak takut mati. Mereka
semuanya hancur. Akhirnya pada hari keempat bangun lagi umat Islam berperang, mereka tidak takut mati. Banyaklah yang hancur. Hanya beberapa kerat yang
menikmati kemenangan.



Tentang nasib Yahudi dalam peperangan ini, Rasulullah s.a.w. bersabda yang mafhumnya: 


Kamu akan menghancurkan Yahudi, sehingga batu dan pokok bercakap menunjukkan tempat Yahudi bersembunyi.


Begitulah hebatnya peperangan ini beribu-ribu kali lebih dahsyat dari pertempuran Islam melawan Kuffar di Ain Jalud. Sehingga digambarkan oleh Rasulullah s.a.w., sekiranya burung terbang melintasi medan ini akan jatuh mati melihatkan mayat bergelimpangan dan darah membuak-buak. Memang benar senjata nuklear, biolgi atau kimia akan digunakan. Bayangkan kemusnahan umat Islam yang disebutkan oleh Rasulullah s.a.w. itu, sangat dahsyat.

Adakah anda seorang Islam yang pengecut kerana terlalu hayal dengan kemewahan hidup di dunia ini ataupun anda seorang Islam yang berani kerana betul-betul beriman pada Allah s.w.t. dan Rasulullah s.a.w.?

Adakah anda sedar bahawa kehidupan di dunia ini hanya untuk sementara sahaja dan
kehidupan di akhirat adalah untuk selama-lamanya? Lihat diri anda dicermin dan tanya adakah anda seorang Islam yang betul-betul beriman ataupun anda hanya seorang hipokrit yang sekular berminat dengan cara hidup orang-orang kafir? Bersedialah untuk menghadapi peperangan dengan berani dan penuh semangat wahai orang-orang Islam, mudah-mudahan Allah s.w.t. akan memberi kemenangan kepada umat Islam, Insya'Allah.

kredit: Khurshid Begum


Salam Ukhuwah..~

Khamis, 16 Mei 2013

Daripada Saiyidina Khalid bin Al-Walid Radiallahu



Daripada Saiyidina Khalid bin Al-Walid Radiallahu'anhu telah berkata:

Telah datang seorang Arab desa kepada Rasulullah s.a.w. yang mana dia telah menyatakan tujuannya :

" Wahai Rasulullah! Sesungguhnya kedatangan aku ini adalah untuk bertanya engkau mengenai apa yang akan sempurnakan diriku di dunia dan akhirat."

Maka Baginda s.a.w. telah berkata kepadanya:

" Tanyalah apa yang engkau kehendaki ".


Dia berkata : "Aku mahu menjadi orang yang alim.
Baginda s.a.w. menjawab : "Takutlah kepada Allah maka engkau akan jadi orang yang alim."

Dia berkata : "Aku mahu menjadi orang paling kaya."
Baginda s.a.w. menjawab : "Jadilah orang yang yakin pada diri maka engkau akan jadi orang paling kaya."

Dia berkata : "Aku mahu menjadi orang yang adil."
Baginda s.a.w. menjawab: "Kasihanilah manusia yang lain sebagaimana engkau kasih pada diri sendiri maka jadilah engkau seadil-adil manusia."

Dia berkata : "Aku mahu menjadi orang yang paling baik."
Baginda s.a.w. menjawab: "Jadilah orang yang berguna kepada masyarakat maka engkau akan jadi sebaik-baik manusia."

Dia berkata : "Aku mahu menjadi orang yang istimewa disisi Allah."
Baginda s.a.w. menjawab : "Banyakkan zikrullah nescaya engkau akan jadi orang istimewa di sisi Allah."

Dia berkata : "Aku mahu disempurnakan imanku."
Baginda s.a.w. menjawab : "Perelokkan akhlakmu nescaya imanmu akan sempurna."

Dia berkata : "Aku mahu termasuk dalam golongan orang yang muhsinin (baik)."
Baginda s.a.w. menjawab : "Beribadatlah kepada Allah seolah-olah engkau melihatNya dan jika engkau tidak merasa begitu sekurangnya engkau yakin Dia tetap melihat engkau maka dengan cara ini engkau akan termasuk golongan muhsini."

Dia berkata : "Aku mahu termasuk dalam golongan mereka yang taat.
Baginda s.a.w. menjawab : "Tunaikan segala kewajipan yang difardhukan maka engkau akan termasuk dalam golongan mereka yang taat."

Dia berkata : "Aku mahu berjumpa Allah dalam keadaan bersih daripada dosa."
Baginda s.a.w. menjawab : "Bersihkan dirimu daripada najis dosa nescaya engkau akan menemui Allah dalam keadaan suci daripada dosa."

Dia berkata : "Aku mahu dihimpun pada hari qiamat di bawah cahaya."
Baginda Ss.a.w. menjawab: "Jangan menzalimi seseorang maka engkau akan dihitung pada hari qiamat di bawah cahaya."

Dia berkata : "Aku mahu dikasihi oleh Allah pada hari qiamat."
Baginda s.a.w. menjawab : "Kasihanilah dirimu dan kasihanilah orang lain nescaya Allah akan mengasihanimu pada hari qiamat."

Dia berkata : "Aku mahu dihapuskan segala dosaku."
Baginda s.a.w. menjawab : "Banyakkan beristighfar nescaya akan dihapuskan (kurangkan) segala dosamu."

Dia berkata : "Aku mahu menjadi semulia-mulia manusia."
Baginda s.a.w. menjawab : "Jangan mengesyaki sesuatu perkara pada orang lain nescaya engkau akan jadi semulia-mulia manusia."

Dia berkata : "Aku mahu menjadi segagah-gagah manusia."
Baginda s.a.w. menjawab : "Sentiasa menyerah diri ( tawakkal ) kepada Allah nescaya engkau akan jadi segagah-gagah manusia."

Dia berkata : "Aku mahu dimurahkan rezeki oleh Allah."
Baginda s.a.w. menjawab : "Sentiasa berada dalam keadaan bersih ( dari hadas ) nescaya Allah akan memurahkan rezeki."

Dia berkata : "Aku mahu termasuk dalam golongan mereka yang dikasihi oleh Allah dan rasulNya."
Baginda s.a.w. menjawab : "Cintailah segala apa yang disukai oleh Allah dan rasulNya maka engkau termasuk dalam golongan yang dicintai oleh mereka."

Dia berkata : "Aku mahu diselamatkan dari kemurkaan Allah pada hari qiamat."
Baginda s.a.w. menjawab : "Jangan marah kepada orang lain nescaya engkau akan terselamat daripada kemurkaan Allah dan rasulNya."

Dia berkata : "Aku mahu diterima segala permohonanku."
Baginda s.a.w. menjawab : "Jauhilah makanan haram nescaya segala permohonanmu akan diterimaNya."

Dia berkata : "Aku mahu agar Allah menutupkan segala keaibanku pada hari qiamat."
Baginda s.a.w. menjawab : "Tutuplah keburukan orang lain nescaya Allah akan menutup keaibanmu pada hari qiamat."

Dia berkata : "Siapa yang terselamat daripada dosa?."
Baginda s.a.w. menjawab : "Orang yang sentiasa mengalir air mata penyesalan, mereka yang tunduk pada kehendakNya dan mereka yang ditimpa kesakitan."

Dia berkata : "Apakah sebesar-besar kebaikan di sisi Allah?"
Baginda s.a.w. menjawab : "Elok budi pekerti, rendah diri dan sabar dengan ujian (bala )."

Dia berkata : "Apakah sebesar-besar kejahatan di sisi Allah?."
Baginda s.a.w. menjawab : "Buruk akhlak dan sedikit ketaatan."

Dia berkata : "Apakah yang meredakan kemurkaan Allah di dunia dan akhirat?."
Baginda s.a.w. menjawab : "Sedekah dalam keadaan sembunyi (tidak di ketahui) dan menghubungkan kasih sayang."

Dia berkata: "Apakan yang akan memadamkan api neraka pada hari qiamat?."
Baginda s.a.w. menjawab : :Sabar di dunia dengan bala dan musibah."



Telah berkata Imam Mustaghfirin:

" Aku tidak pernah menjumpai hadis yang besar dan merangkumi kesempurnaan agama dan bermanafaat selain hadis ini.

Sabar dalam melepaskan sesuatu yang disukai.. lebih berat daripada sabar menahan sesuatu yang dibenci.


Salam Ukhuwah..~

Rabu, 15 Mei 2013

Wara'



Setiap muslim seharusnya memiliki akhlaq Islam. Antaranya ialah bersifat wara'.

Sifat wara' dimiliki oleh setiap orang bertaqwa. Wara' (berhati-hati) bermakna bukan sahaja menjaga diri daripada perbuatan yang haram malah sehingga menjauhi perbuatan mubah (harus) kerana dikhuatiri ia akan membawa kepada pekara yang haram. Dalam keadaan sekarang, wara' termasuk dalam akhlak Islam yang sudah jarang dijumpai. Ramai umat Islam tidak berhati-hati dalam aktiviti (amalan) dan penghasilannya, apakah ianya halal atau haram.

Seseorang yang sentiasa merasa selalu diawasi oleh Allah s.w.t. dan apa yang dilakukannya akan sentiasa dicatat oleh Malaikat, maka ia akan membentuk sifat wara' dalam kehidupannya.

Dari an-Numan bin Basyir, Rasullulah s.a.w. bersabda: 

"Sesungguhnya sesuatu yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas, di antara keduanya ada hal yang tidak jelas, di antara keduanya ada hal yang jelas (syubahat/meragukan samada ia halal atau haram) yang kebanyakan manusia tidak tahu. Maka sesiapa yang menjauhi dirinya dari syubhat itu, ia telah membersihkan agamanya dan kehormatannya. Dan barangsiapa yang melakukan perkara yang syubhat maka ia telah jatuh ke dalam pekara haram.

Pengembala di sekeliling tanah larangan milik orang, lambat laun ia akan masuk ke dalamnya. Ingatlah larangan Allah adalah apa apa yg diharamkannya."


Bagi seseorang muslim untuk mencapai tingkat muttaqin (orang-orang yang bertakwa), ia mestilah memiliki sifat wara'.

Dari Atiyah bin Urwah as-Shobahy, bersabda Rasullulah s.a.w: 

"Seorang hamba tidak akan sampai pada darjat muttaqin sehingga meninggalkan sesuatu yang mubah (harus) kerana takut pada yang haram"
Hadith Riwayat at-Tirmizi

Dan dari Wabishah binti Ma'bad berkata: Aku datang kepada Rasullulah s.a.w. maka baginda berkata: 

"Apakah engkau datang untuk bertanya tentang kebaikan?" 

Aku menjawab: "Benar". 

Baginda s.a.w. bersabda 

"Mintalah fatwa dari hatimu, kebaikan itu adalah sesuatu yang mententeramkan hati dan jiwa. Dan dosa itu ialah apa apa yang syak dalam jiwa dan ragu-ragu di dalam hati, walaupun orang-orang memberikan fatwa kepadamu dan membenarkannya." 
Hadith Riwayat Ahmad dan ad-Darimi

Sikap wara' para sahabat patut dicontohi oleh kita semua. Abu Bakar as Siddiq misalnya pada satu malam telah diberi makan oleh budaknya tetapi setelah dimakannya makanan itu, budak itu memberitahunya bahawa makanan itu adalah hasil dari perdukunannya di zaman jahilliyah dahulu. Abu Bakar berkata "Kau hampir saja membinasakanku" Lalu beliau memasukkan tangannya ke dalam kerongkong untuk mengeluarkan semua makanan yang telah dimakannya dan berkata "Kalau makanan itu semua tidak keluar kecuali dengan roh (mati) maka saya akan paksa makanan itu keluar. Ini kerana saya mendengar Rasullulah saw bersabda: 

"Setiap isi badan yang terhasil dari makanan yang haram maka neraka adalah lebih baik baginya."

Demikianlah bagaimana para sahabat menjaga perintah dan menjauhi larangan Allah dengan begitu berhati-hati sekali. Mereka takut kepada Allah samada di waktu terang atau bersendirian. Sifat wara' ini mesti dimiliki oleh kita dalam menjaga hubungan di antara kita dengan Allah azza wajalla.


kredit: Hizbi


Salam Ukhuwah..~

Selasa, 14 Mei 2013

Hati Yang Malu



Suatu hari, seperti yang dikisahkan, seorang lelaki mendatangi Imam Hambali (780-855). Ia lelaki yang banyak bergelumang dengan maksiat. Tiba-tiba ia datang ke majlis pengajian Imam Hambali untuk menceritakan mimpinya.

Dalam mimpi itu, kata lelaki itu, ia merasa sedang berada dalam sekumpulan manusia yang berada di hadapan Rasulullah s.a.w. Baginda s.a.w. kelihatan berada di tempat yang agak tinggi. Satu per satu, orang-orang mendatangi Rasulullah s.a.w. dan berkata, "Doakan saya ya Rasulullah." Rasulullah s.a.w. pun mendoakan orang-orang itu. "Akhirnya tinggal aku sendiri," kata lelaki yang menceritakan mimpinya itu. "Aku pun sangat ingin mendatangi beliau, tapi aku malu atas berbagai maksiat yang telah kulakukan. Rasulullah s.a.w. lalu berkata,"Mengapa kau tidak datang kepadaku dan minta kudoakan?" "Wahai Rasulullah," kata lelaki itu, "Aku terhalang oleh rasa malu akibat perbuatan-perbuatan burukku di masa lalu." "Kalau engkau merasa terhalang oleh rasa malu, berdirilah dan mintalah agar aku mendoakanmu. Bukankah engkau tak pernah menghina para sahabatku," jawab Rasulullah s.a.w. dalam mimpi tersebut.

Itu hanya sebuah kisah kecil dari percubaan umat manusia meninggalkan kemaksiatan untuk hijrah ke bumi kebaikan. Perjumpaan serta dialog dengan Rasulullah s.a.w. pun hanya ada dalam mimpi, bukan dalam kenyataan. Mimpi bukanlah dasar yang kukuh untuk dijadikan pegangan, walaupun para pecinta sejati Rasulullah s.a.w. meyakini bahawa mimpi bertemu Rasulullah s.a.w. adalah sama dengan pertemuan yang sebenarnya, dan mimpi seperti itu hanya mungkin dialami oleh mereka yang mendapat syafa'at.

Tetapi Imam Hambali menghargai keterangan lelaki pendosa tersebut. Lelaki itu mempunyai rasa malu di atas perbuatan-perbuatan buruknya. Rasa malu itu yang mencegahnya terperosok semakin dalam ke jurang kemaksiatan, dan malah mengangkatnya ke dataran kebaikan. Mimpi itu adalah jalan yang menghantarkannya menuju ke pintu taubat dengan menemui Imam Hambali. Maka, Imam Hambali pun berkata pada lelaki itu untuk menyebarkan kisah tersebut agar memberi kebaikan pada orang-orang lain.

Di dalam perjalanan manusia sebagai hamba untuk mendekati pada Sang Kekasih,  Allah Azza Wajalla, rasa malu barulah merupakan tangga yang pertama. Masih sangat jauh dari wujud rasa cinta yang semestinya. Tapi, apa yang membuat kita dapat mencapai tangga ke-99 bila tangga pertama pun kita tak sanggup mendakinya? Bukankah kita tak melupakan petunjuk Rasulullah s.a.w. bahwa "Malu adalah sebahagian dari iman."

Rasulullah s.a.w. sekalipun menggenggam rasa malu di hadapan Allah Sang Maha Penyayang. Setidaknya itu tercetus dalam kisah Mi'raj, ketika Muhammad s.a.w. menerima perintah secara langsung agar umatnya mendirikan solat. Mula-mula Allah memerintahkan solat 50 kali dalam sehari. Rasulullah s.a.w. sempat menyanggupi, namun Rasul lain yang ditemui dalam perjalanan ghaib tersebut mengingatkannya bahawa tugas itu terlalu berat bagi umat Muhammad s.a.w.

Rasulullah s.a.w.  pun meminta keringanan sehingga tugas diturunkan lima kali. Masih terlalu berat, Rasul meminta keringanan lagi. Demikian terus-menerus hingga kewajiban solat hanya lima kali sehari. Saat itu, Muhammad s.a.w. diingatkan bahawa lima kali sehari masih terlampau berat. Namun, Rasulullah s.a.w. telah malu hati untuk kembali mengajukan keringanan pada Allah s.w.t.

Hanya Allah yang Maha tahu seberapa benar kisah tersebut, tapi kisah itu telah menunjukkan perasaan malu dalam kehidupan rohaniah Rasulullah s.a.w. Adakah kita rasa malu kerana mengabaikan solat? Malukah kita kerana hanya mempunyai sedikit bekalan kebaikan dalam kehidupan ini.

Allah sentiasa menyaksikan setiap langkah kita. Maka semestinya kita malu berbuat hal yang membazir, apatah lagi maksiat, di hadapan-Nya. Semestinya kita harus malu kerana tak cukup beribadah kepada-Nya. Semestinya kita harus malu bila tidak berkerja keras menyelesaikan amanat masing-masing.

Semestinya kita malu kerana tidak mensyukuri nikmat, menuntut kenaikan gaji dengan mengeluh bukan dengan meningkatkan kualiti kerja sendiri. Semestinya kita harus merasa malu bila menjadi orang atasan tetapi tak mampu mengangkat nasib orang bawahan, dan sebagai seorang pemimpin tetapi gagal mensejahterakan rakyat yang kita pimpin. Lazimnya, kita hanya malu untuk urusan duniawi di hadapan manusia lain, bukan urusan kebaikan di hadapan Allah swt.

Tokoh sufi Rabi'ah Al-Adawiyah juga mengungkapkan rasa malunya. Suatu ketika, ia ditanya mengapa tidak minta pertolongan materi (solder) dari sahabat-sahabatnya. Rabi'ah menjawab tenang. "Aku malu kalau harus minta materi pada Allah, padahal Dialah pemilik segala materi. Apakah aku harus minta materi pada orang yang jelas bukan pemilik materi itu."

Suatu doa kerap dikumandangkan sebagai pujian di lingkungan madrasah atau masjid. "Tuhanku, aku merasa tak layak untuk mendapat surga-Mu. Tapi aku pun tak sanggup menanggung azab neraka-Mu. Maka terimalah taubatku, maafkan segala dosaku. Sungguh Engkau adalah Pengampun Yang Maha Besar."

Rasa malu telah membuat seorang wali Allah memanjatkan doa itu. Tidakkah kita malu bila tidak mengikuti jalan yang telah ditempuhi Rasulullah s.a.w. dan para wali Allah untuk menuju ke pangkuan-Nya. (zaim uchrowi)

kredit: pesantren


Salam Ukhuwah..~

Isnin, 13 Mei 2013

Nasihat Wanita Cantik Sedarkan Hasan Basri



HASAN BASRI pada zaman mudanya, kelihatan segak dan tampan, lebih-lebih apabila memakai pakaian mahal. Beliau sering berjalan-jalan sekeliling kampung di kota Basrah kerana sangat senang berdasarkan keindahan dan ramainya penduduk tinggal di kota itu.

Pada suatu hari, ketika Hasan berjalan, secara tiba-tiba beliau melihat seorang wanita cantik.

Melihat wanita cantik itu. Hasan berjalan mengikutinya. Wanita itu menoleh, sambil berkata kepadanya: “Apakah engkau tidak malu?”

Jawab Hasan: ”Malu pada siapa?” Wanita itu berkata. “Malu kepada Zat Yang Maha Mengetahui, mata yang khianat dan apa-apa yang terlintas di dalam hati.”

Tertanam rasa cinta di dalam hati Hasan terhadap wanita itu sehingga tidak sabar dan tidak boleh menguasai nafsunya, akhirnya ia terus mengikuti di belakang wanita itu.

Wanita itu berkata lagi kepadanya: “Mengapa engkau mengikuti aku?” Jawab Hasan: “Sungguh, aku terpesona dengan pandangan matamu itu.” Wanita itu berkata: “Tunggulah di sini, nanti akan aku kirim apa yang engkau kehendaki.”

Hasan beranggapan wanita itu menaruh cinta kepadanya, sebagaimana dia jatuh cinta kepada wanita itu. Beliau pun menunggu di tempat itu.

Tidak beberapa lama kemudian, datanglah seorang pelayan wanita cantik itu kepadanya membawa bekas bertutup sehelai sapu tangan.

Ketika Hasan membuka tutup bekas itu, ternyata dua mata wanita itu ada di dalamnya. Melihat hal sedemikian, maka pelayan terbabit berkata. “Sungguh tuan puteri berkata: “Aku tidak ingin mata yang memuatkan fitnah dan mempesonakan orang.”

Sebaik Hasan mendengar kenyataan ucapan daripada pelayan wanita itu, dia gementar dan berdiri bulu romanya, lalu memegang janggutnya dan berkata kepada dirinya: ”Celaka engkau, sebab sudah berjanggut mengapa tidak malu terhadap wanita cantik itu.”

Dia pun menyesal dan bertaubat pada saat itu sebelum pulang ke rumahnya dan menangis semalaman. Keesokan paginya, Hasan ke rumah wanita itu untuk meminta maaf segala kesalahannya.

Sebaik tiba di rumah wanita berkenaan, rumahnya tertutup dan mendengar suara tangisani wanita dari dalam rumah itu. Akhirnya, beliau pun bertanya apa yang berlaku.

Dikatakan bahawa pemilik rumah itu meninggal. Hasan kembali ke rumahnya dan menangis selama tiga hari.

Pada malam ketiga, dia bermimpi melihat wanita cantik itu sedang berada di dalam syurga.

Hasan berkata kepada wanita itu dalam mimpiya. “Hai wanita yang cantik, maafkan olehmu semua kesalahanku.”

Jawab wanita itu. “Sungguh, semua sudah kumaafkan kerana aku memperoleh kebaikan daripada Allah sebab engkau.” Hasan berkata, “Berikanlah kepadaku akan nasihatmu.”

“Kalau engkau sendirian, berzikirlah atau ingatlah kepada Allah. Dan pada setiap pagi mahupun petang, beristighfar memohon ampun kepada Allah serta bertaubat kepada-Nya.” kata wanita berkenaan.

Mendengar nasihat daripada wanita itu, Hasan menerima dan melaksanakan hingga dia menjadi orang yang masyhur di kalangan masyarakat dengan zuhud dan taatnya kepada Allah.

Akhirnya, dia pun memperoleh darjat tinggi dan mulia serta menjadi seorang wali dan kekasih Allah.

Allah tidak memandang kepada paras rupa, tetapi melihat kepada hati dan amalan... tidak ada beza seseorang di sisi Allah kecuali iman dan taqwa.


Salam Ukhuwah..~

Ahad, 12 Mei 2013

Siapakah Mereka



Imam Abul Qusim Aljunaid r.a. bercerita :

Sekali peristiwa ketika aku pergi naik haji ke Baitullah Al-Haram, dan juga untuk menziarahi maqam Nabi alaihis-shalatuwasalam, sedang aku dalam perjalanan menuju kesana, tiba tiba terdengar oleh telinga ku suatu suara rintihan yang sayu serta sangat menyayat hati, yang pada anggapan ku tentulah suara itu datangnya dari hati seorang yang remuk redam.

Aku pun mencari cari dari mana datangnya sumber suara itu, dan ternyata bahwa rintihan itu keluar dari mulut seorang pemuda yang sangat kurus, lemah, namun wajahnya bercahaya terang seperti bulan. Aku mendekatinya, ia membuka matanya dan langsung mengucapkan ..Assalamualaikum, ya Abul Qasim!!..

Waalaikumussalam! Jawab ku penuh kehairanan....Nak, siapakah yang memberitahukan nama ku pada mu, sedangkan kita belum pernah mengenal satu sama lain ? Aku bertanya kepadanya..

Wahai Abul Qasim ! Saya telah mengenali bapak sejak dialam Roh. Dan Allah lah yang memberikan nama bapak kepada ku. Demi Allah,  wahai Abul Qasim, kalau aku sudah mati, maka mandikan dan bungkuslah aku dengan baju yang aku pakai ini, dan naiklah kebukit itu, lalu panggillah orang orang untuk menyalati ku, lalu tanamlah aku ditempat ini pula ! Hanya Allah lah yang akan membalas segala kebaikan tuan.

Berkata Abul Qasim Aljunaid lagi menyambung ceritanya :

Kemudian aku lihat anak muda tadi penuh berpeloh dahinya sehingga membasahi seluruh wajahnya, suaranya semakin menekan, barang kali,  kerana kesakitan. Dalam pada itu ia sempat berpesan lagi, katanya:

Wahai ABUL Qasim ! Setelah tuan selesai menunaikan haji tuan, dan sudah mau kembali kenegeri tuan, hendaklah tuan menuju dulu ke Baghdad, dan tanyakan lah orang orang disana tentang kampung Darb Za'faran. Setelah tiba dikampung itu, tanyakan pula tentang ibu ku dan putra ku serta sampaikanlah salam kepada mereka!.... Baiklah, jawab ku.

Anak muda itu kemudian merintih makin lama makin lemah, dan tak lama sesudah itu pulanglah ia ke Rahmatullah dengan tenangnya, sedang kan wajahnya tampak semakin bercahaya. Aku pun memandikannya, kemudian mengafankanya dengan bajunya. Sesudah itu saku naik keatas bukit dan berseru dengan suara kuat sekali:: "Wahai orang orang sekalian ! marilah kita bersama sama menyalati mayat asing ini!."

Tiba tiba datanglah beribu ribu orang dari segenap penjuru, seperti ulat ramainya, sedang wajah wajah mereka bagaikan terangnya cahaya bulan purnama. Kami pun menuruti bersama menyalati mayat itu, kemudian menguburkannya. Setelah selesai penguburan mayat itu, maka dengan serta merta pula, hilanglah ribuan orang orang tadi secara mendadak dan tampa ada bekasnya. Aku benar-benar kehairanan atas kejadian itu, juga atas kemuliaan mayat yang tidak aku kenal sebelumnya.

Setelah selesai ibadat haji, aku segera pergi ke Baghdad, dan terus menuju kekampung Darb Za'faran.  Setelah menemukanya tampak dilorong lorong kecil kampung itu ada anak anak sedang bermain main. Tiba tiba seorang dari antara mereka memandang tajam kepada ku, seraya mendekati ku dan berkata:

Assalamualaikum, ya Abul Qasim! Mungkin kedatangan tuan untuk memberitahu tentang kematian ayah ku, agaknya ?

Hati ku terkejut mendengar pertanyaan anak kecil itu. Ah, alangkah tepatnya apa yang dikatakan, padahal ia masih demikian kecil. Ia kemudian menuntun ku kesebuah rumah, lalu mengetuk pintunya. Seorang wanita tua membuka pintu, dan alangkah terangnya wajah wanita tua itu, dan alangkah salehah ia tampaknya. Aku mengucapkan salam kepadanya . Ia pun segera membalasnya, lalu menangis terisak isak . Kemudian ia bertanya: Wahai Abul Qasim ! Dimanakah tempat kematian anak ku, dan cahaya mata ku. Moga moga ia mati di Arafah !

Jawab ku , tidak!.....apakah di Mina?!......jawab ku , tidak ! ....di Muzdalifah?! ....jawab ku tidak.....Habis dimana?! Tanya ibu itu, Dipadang pasir, dibawah pohon ghailan???........ jawab : Ya,,

Mendengar berita itu ia menjerit keras sambil berkata:; oh anak ku! Oh anak ku! Suaranya bercampur tangisan yang sungguh menyayat hati semua orang yang disitu. Oh! Anak ku ! Oh anak ku! Mengapa tidak disampaikannya ke rumah Nya (Baitullah), atau dibiarkanNya saja ia dengan kami? Ibu itu terus sesak dadanya, dan ketika itulah ia menghembuskan nyawanya meninggalkan dunia yang fana ini, kembali ke Rahmatullah, moga moga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya.

Berkata Aljuniad seterusnya :

Melihat neneknya telah meninggal dunia, anak kecil itu pun mendekati manyatnya sambil menangis terisak isak. Kemudian menengadah kearah langit seraya berdoa;

Ya Allah, ya Tuhan ku Mengapa Engkau tidak ambil aku bersama sama nenek ku ! Ya Allah , lebih baik Engkau ambil aku untuk pergi bersama sama mereka berdua!... Dengan tiba tiba saja sesaklah dada anak kecil itu, dan ia pun menghembuskan nafasnya yang terakhir, moga moga Allah merahmati mereka sekalian.

Aku benar benar tercengang menyaksikan segala peristiwa yang baru berlaku tadi itu, dan aku beranggapan alangkah bahagianya keluarga itu. Aku merawati jenazah itu bersama dengan tetangga mayat itu dangan sempurna dan baik .

Setelah kami menguburkan jenazah jenazah itu, maka dangan hati yang penuh sedih dan hiba, aku meninggalkan kubur kubur mereka!!

Cerita ini ku ambil dari .....UNTAIAN KISAH PARA WALI ALLAH.....Judul asal dalam bahasa Arab.....MUKHTASHAR RAUDHUR-RAIYAHIN....karya ALLAMAH ALYAFI'.......disusun dan ditulis semula oleh Syed Ahmad Semait .....bukan harsat ku mencuri, Cuma sekadar berkongsi.

Salam Ukhuwah..~