Bacaan Popular

Isnin, 14 Januari 2013

Perkahwinan Bahagia... Jantung Sihat ?


Melihat dari pelbagai sudut, perkahwinan mampu membawa kesan yang baik untuk jantung anda. Menurut kajian yang dibuat, golongan dewasa yang berkahwin yang menjalani pembedahan jantung adalah tiga kali lebih cenderung untuk bertahan sebaik sahaja pembedahan dilakukan berbanding dengan golongan bujang.

Kajian mendapati bahawa perkahwinan mendorong seseorang itu untuk hidup, baik dari golongan lelaki mahupun wanita.

"Itulah perbezaan yang amat ketara buat mereka yang berstatus bujang terhadap kadar untuk meneruskan kehidupan, iaitu tempoh pemulihan setelah pembedahan yang merupakan saat paling kritikal buat mereka," kata Ellen Idler, seorang ahli sosiologi di Universiti Emory dan pengarang utama bagi kajian tersebut.

Dalam kajian itu, para penyelidik menemuramah 500 pesakit sebelum mereka menjalani pembedahan pintasan koronari kecemasan atau elektif. Kemudian, mereka menganalisis jawapan pesakit menerusi data meneruskan kehidupan yang diperolehi dari Indeks Kematian Kebangsaan.

Apa yang menyedihkan bagi golongan bujang adalah kajian mendapati bahawa kadar untuk bertahan setelah pembedahan jantung agak suram berbanding dengan pesakit yang sudah berkahwin. Di kalangan pesakit yang dapat bertahan, kira-kira 71% pesakit bujang lebih cenderung untuk mati dalam tempoh lima tahun yang akan datang.


Kesan Pelukan Suami Isteri

Malah kebanyakan saintis berpendapat bahawa hubungan suami isteri yang banyak melibatkan sentuhan dan pelukan membantu mengurangkan pengeluaran hormon yang bertindakbalas dalam tubuh ketika tertekan seperti kortisol dan adrenalin. Hormon oksitosin turut dikeluarkan ketika berpelukan, yang mana hormone tersebut berperanan menghalang pengeluaran hormon yang menyebabkan tekanan.

Selain itu, kelanjar di otak juga akan mengeluarkan hormon serotonin dan dopamin yang memberikan rasa tenang dan tenteram serta mengurangkan tekanan emosi, merendahkan tekanan darah, dan seterusnya mengurangkan risiko seseorang dari mengalami penyakit jantung.


Takut Bercerai Punca Terus Membujang?

Sekalipun secara sahihnya tidak dapat menentukan mengapa orang yang berkahwin dapat bertahan hidup lebih lama, para penyelidik telah mendedahkannya menerusi wawancara yang dibuat bersama pesakit. "Para pesakit yang berkahwin mempunyai pandangan yang lebih positif terhadap pembedahan, berbanding dengan pesakit bujang. Apabila ditanya sama ada mereka mampu untuk menghadapi kesakitan dan ketidakselesaan atau mengatasi kebimbangan terhadap pembedahan, ternyata pesakit yang mempunyai pasangan lebih cenderung untuk mengatakan, ya," ujar Idler.

Namun, kebahagiaan bukanlah ramalan untuk terus hidup. Para penyelidik juga mendapati bahawa kadar merokok amat berbeza antara bujang dan orang yang berkahwin. Sejarah merokok turut diambil kira. Secara keseluruhannya, mereka yang berkahwin adalah kurang cenderung untuk merokok berbanding rakan-rakannya yang bujang. Ini menunjukkan bahawa pasangan hidup memberi kesan terhadap tabiat merokok seterusnya kesihatan jangka masa panjang.

Rata-rata pasangan pasti akan mengingatkan agar mengambil ubat seperti yang telah ditetapkan selain mengamalkan gaya pemakanan yang sihat. Menurut Richard Contrada, salah seorang penulis kajian dan profesor psikologi di Universiti Rutgers, perkahwinan boleh memberi manfaat agar bertahan pada jangka masa panjang kerana pasangan sering melengkapi antara satu sama lain dengan sokongan sosial apabila menghadapi tekanan, "Perkahwinan boleh meningkatkan kesihatan apabila berkongsi rasa. Sekalipun tidak memahami, tetapi ia mampu melibatkan emosi secara fizikalnya dengan menggengam tangan atau berpelukan dan menyentuh, serta berkongsi dari segi mental dan tingkah laku."

kredit: rakangroup


Salam Ukhuwah..~

Ahad, 13 Januari 2013

Mandi Wajib


Ramai Yang Tidak Sah Mandi Wajibnya?

Mandi wajib merupakan perkataan yang mudah disebut, tetapi jangan terkejut jika dikatakan ramai umat Islam di tanahair kita yang tidak sah mandi wajibnya kerana tidak melakukannya dengan betul.

Untuk melakukan mandi wajib yang betul, seseorang itu tidak boleh melakukannya dengan hanya mandi secara berdiri atau duduk mencangkung sahaja. Sebaliknya, ia mesti dilakukan dalam kedua2 keadaan bagi membolehkan seseorang itu meratakan air ke seluruh anggota badannya yang zahir.

Penolong Pengarah Bahagian Dakwah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Uztaz Haji Mat Jais Kamos, 49, menegaskan, bagaimanapun, berdasarkan pengalamannya sebagai bekas kadi di Pejabat Agama Islam Gombak Timur dan penceramah, didapati banyak umat Islam yang tidak mengetahui perkara ini.

“Akibatnya, mandi majibnya menjadi tidak sah kerana tidak memenuhi salah satu rukun mandi wajib iaitu meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir. Apabila mandi wajib tidak sah, ibadat yang dilakukan oleh seseorang itu juga turut tidak sah. Itulah akibatnya jika tidak melakukan mandi wajib dengan betul,” tegas beliau ketika ditemui di rumahnya di Taman Sri Keramat Kuala Lumpur.

Mandi wajib yang juga sebagai mandi junub atau janabah tidak boleh dipandang ringan oleh umat islam. Setiap orang yang mlakukannya mestilah mengetahui dan memenuhi rukun2nya. Jika tidak mandi wajib seseorang itu tidak akan sah.



Rukun mandi wajib ada 3 perkara:

1. Niat.
2. Menghilangkan najis di badan.
3. Meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir.

Niat mandi wajib:

“Sahaja aku mengangkat hasar besar kerana Allah Taala.”

Atau

” Sahaja aku mandi wajib kerana Allah Taala.”
Niat itu di dalam hati dan ia hendaklah disertakan ketika air sampai ke mana2 bahagian anggota badan.

Bagi perempuan yang habis haid, niat mandi wajib ialah: ” Sahaja aku mengangkat hadas haid kerana Allah Taala.”

Manakala bagi perempuan yang habis nifas, niat mandi wajibnya ialah: ” Sahaja aku mengangkat hadas nifas kerana Allah Taala”.

Niat itu jika dilambatkan atau ketika seseorang itu memulakannya selepas dia telah membasuh salah 1 anggota badannya akan menjadikan mandi wajibnya tidak sah. Oleh itu dia mestilah memulakan kembali niatnya ketika dia mula menyampaikan air keseluruh anggota badannya. Sekiranya dia berniat sebelum air sampai ke badan, niat itu juga tidak sah. Oleh itu mandi wajibnya tidak sah.

Mengenai rukun mandi wajib yang ke2, iaitu menghilangkan najis yang ada pada badan, menurut Ustaz Haji Mat Jais, menurut Imam Nawawi, jika kita ada najis di badan, najis itu boleh dibasuh serentak dengan mandi wajib. Ertinya membasuh najis dengan mandi itu boleh disekalikan.

Sementara rukun mandi wajib yang ke 3, iaitu meratakan air ke seluruh anggota badan yang zahir, meliputi kulit, rambut dan bulu yang ada di badan, sama ada bulu2 yang jarang atau lebat. Jika rambut seseorang itu ditocang atau disanggul, sekiranya tidak sampai air ke dalamnya, tocang atau sanggul itu wajiblah dibuka. Bulu2 dalam lubang hidung pula, tidak wajib dibasuh kerana dianggap batin. Tetapi sekiranya, bulu2 di dalam hidung itu bernajis, ia wajiblah dibasuh.

Mengenai kuku pula, jika di dalam kuku ada kotoran yg boleh menghalang sampai air ke badan khususnya di bahagian bawah kuku, kotoran itu wajiblah dibuang. Membuang kotoran di dalam kuku itu pula boleh dilakukan ketika sedang mandi.


Tentang rambut yg diwarnakan pula selain inai, inilah yang merumitnya.

Sebenarnya jika rambut seseorang itu diwarnakan dengan pewarna selain inai, mandi wajib seseorang itu tidak sah. Oleh itu, seseorang yang mewarnakan rambutnya dengan pewarna selain inai, jika dia hendak mandi wajib, dia mestilah membuang pewarna pada rambutnya terlebih dahulu. Tetapi untuk membuang pewarna itu pula bagaimana?..

Inilah yang rumitnya. Sedangkan pewarna pada rambut itu sebenarnya tidak boleh dibuang begitu mudah.

Yang menyebabkan mandi wajib orang yang menggunakan pewarna pada rambutnya tidak sah kerana pewarna itu akan menyalut rambutnya yang menghalang air sampai ke rambut. Ini berbeza dengan inai. Inai sebenarnya akan meresap ke rambut, tetapi pewarna pula akan menyalut rambut menyebabkan air terhalang ke rambut.

Tetapi dalam hal ini, jangan pula ada yang salah faham. Sebenarnya pewarna itu jika dikeluarkan sijil halal oleh JAKIM dan sekiranya pewarna itu tidak bernajis, bukanlah bermaksud menjadi tidak sah. Dalam hal ini, sukalah saya menyatakan bahawa sembahyang dan mandi wajib itu berbeza. Jadi, mestilah dipandang dari sudut yg berbeza.

Dalam hal ini juga, sukalah saya menyatakan, huraian mengenai rukun mandi wajib seperti yang telah saya nyatakan ini adalah merupakan perbezaan sah atau tidak mandi wajib. Jadi, ia perlulah diberikan perhatian yang lebih oleh umat Islam.

Mengenai sebab2 seseorang itu wajib mandi wajib pula, Ustaz Haji Mat Jais menegaskan, sebab2nya terdiri daripada 6 sebab. 3 sebab melibatkan lelaki dan perempuan iaitu kerana bersetubuh walaupun tidak keluar air mani, keluar air mani dan mati. Manakala 3 sebab lagi hanya melibatkan kaum perempuan sahaja, iaitu keluar darah haid, nifas dan melahirkan anak (wiladah) .

Mandi wajib boleh dilakukan di mana2 dengan menggunakan air mutlak sama ada air telaga, air paip, sungai laut dan tasik.

Bagi pasangan suami isteri yang bersetubuh pula, mereka tidak semestinya mandi selepas bersetubuh, tetapi diwajibkan mandi ketika ingin beribadat. Selepas bersetubuh pula, jika ia dilakukan pada waktu malam, jika tidak mahu mandi wajib, seelok2nya ambillah wuduk sebelum tidur itu adalah sunat, manakala tidak berwuduk sebelum tidur adalah makruh.

Kesimpulan yang dapat saya ringkaskan ialah:
1)Mandi dalam keadaan bercangkung dan juga berdiri. Kerana apabila bercangkung celah punggung akan terbuka dan air akan rata dan sampai ke bahagian itu..
2)Mereka yang memakai pewarna rambut selain inai adalah tidak sah mandi wajibnya dan solatnya juga akan tidak sah sekiranya mandi wajib tak sah. Tapi dapat kita lihat ramai perempuan melayu kita yang beragama islam memakai dye rambut.mashallah
3) Niat mesti semasa air sampai ke anggota badan.

kredit: rakangroup


Salam Ukhuwah..~

Sabtu, 12 Januari 2013

Hukum Orang Kafir Guna Kalimah Allah


"Apabila ditanya tentang hukum orang kafir guna kalimah Allah, sebenarnya soalan itu sendiri tidak betul. Ramai yang menjawab hukum asalnya ialah harus..

"Sedangkan hukum wajib, sunat, harus, makruh dan haram adalah hukum taklifi, dan yang mukallaf ialah orang Islam. Orang kafir tidak disasarkan dengan hukum-hukum Allah kecuali:-

1) Ayat-ayat yang mewajibkan beriman
2) Hukum-hukum jenayah dan muamalat, berdasarkan akad zimmah

"Oleh itu, persoalan sebenar yang mesti dijawab ialah apakah wajar kerajaan sebagai Ulil Amri, yang mempunyai jentera mengeluarkan fatwa dan menguatkuasakan fatwa, mengharuskan penggunaan kalimah Allah dalam Bible dan bahan-bahan terbitan gereja di Malaysia?

"Persoalan sebegini secara asasnya sudah termasuk dalam bab Siyasah Syariyah, di mana kerajaan berkuasa membuat keputusan melalui pertimbangan antara maslahat dan mafsadah, yang semuanya itu mestilah berada dalam kerangka Maqasid Syarak, menjaga agama dalam konteks isu ini..

"Hakikatnya, kerajaan sudah ada keputusan. Sebagai rakyat kita perlu terima keputusan itu, kerana ia mengikut lunas-lunas syarak..

"Persoalan sebegini sebenarnya mengenai kuasa agama ke atas kehidupan awam, perkara yang amat dibenci oleh puak sekular Liberal..

"Sebahagian orang Islam, termasuk yang popular, mengupas isu ini tanpa melihatnya dalam skop pertembungan antara ideologi. Itu satu kegagalan yang mampu mengundang tragedi kepada umat..

"Wujudnya hubung kait antara ayat dan topik tidak semestinya boleh berlaku pendalilan di situ. Ramai orang terjebak dalam fenomena ini, iaitu menggunakan ayat al-Quran untuk menguatkan hujah, tapi mereka tidak sedar bahawa ayat itu tidak kena dijadikan sebagai dalil..

"Untuk kes ini, Surah Zumar ayat 3 dan Surah Ankabut ayat 63, sebagai contoh, ada hubung kait, tapi tidak kena langsung untuk dijadikan sebagai dalil mengharuskan. Pendek kata pendalilan (istidlal) tidak betul, selain isu orang kafir tidak menjadi sasaran hukum cabang syarak seperti yang disebut di perenggan pertama.."


kredit: fitrahonline


Salam Ukhuwah..~

Jumaat, 11 Januari 2013

Batasan Iman Dan Kufur



Isu "amanat" berlaku sejak tahun 1981, tiba-tiba isu ini dibangkitkan semula walaupun sudah berlalu lebih 31 tahun. Ia bukanlah sebuah amanat semata-mata, tetapi sebuah huraian ilmu yang lazimnya difahami oleh para agamawan untuk diterangkan sejelas-jelasnya kepada mad'u tentang persoalan iman dan kufur. Tidak mungkin "amanat" yang membataskan iman dan kufur, yang begitu mengangkat martabat politik Islam pada waktu itu, tiba-tiba jatuh sahamnya hari ini.

"Saudara-saudara sekalian. Kita menentang Umno, bukan kerana nama dia Umno. Kita menentang Barisan Nasional bukan kerana dia lama memerintah kerajaan. Kita menentang dia ialah kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan undang-undang kafir, mengekalkan peraturan jahiliyah. Oleh kerana itulah kita menentang mereka. Oleh kerana itulah kita menghadapi mereka. Oleh itulah kita cuba berlawan dengan mereka.

"Percayalah saudara-saudara sekalian. Perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad. Bergantunglah kita kepada Allah dengan (menghadapi) puak-puak ini kerana kalau kita mati melawan puak-puak ini, mati kita adalah syahid. Mati kita adalah Islam. Kita tidak perlu masuk Buddha, Kita tidak perlu masuk Hindu, Kita tidak perlu masuk Kristian, Tapi kita menjadi kafir dengan mengamalkan 'politik suku, agama suku'..." - Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang

Jika kita meneliti huraian tauhid - amanat - Tuan Guru Haji Abdul Hadi itu, ia tidak lain adalah "bahasa penegasan" terhadap ayat Allah Taala yang bermaksud:

"Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam agama Islam (dengan mematuhi) segala hukum-hukumnya; dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata." (Surah al-Baqarah: ayat 208)

Kekeliruan isu ini dihidupkan adalah tidak lain politik Umno untuk menimbulkan kemarahan orang-orang Melayu kepada PAS. Harapan mereka (Umno) supaya isu kafir-mengkafir menenggelamkan isu-isu rasuah, pecah amanah, korupsi dan kebejatan batang tubuh pemimpin-pemimpin Umno. Umno sedar undi Melayu perlu dipungut dengan apa cara sekalipun dengan cara mendungukan mereka terhadap persoalan akidah dan perjuangan.

Kalaulah amanat itu berbunyi, "...Barang siapa yang tidak berhukum dengan apa yang diturunkan oleh Allah, maka mereka itulah orang-orang yang kafir..."

Lalu kesannya wujud suasana keliru dan saling tuduh menuduh sehingga kafir-mengkafir dalam masyarakat, maka adakah perlu "kenyataan" - amanat - di atas ditarik balik demi mengelakkan pecah-belah? Jika jawapannya ya, bagaimana jika dienggani dengan hujah bahawa amanat di atas adalah sama dengan maksud ayat al-Quran dalam Surah al-Ma'idah ayat 44!

Adakah kita akan kata, oleh kerana "ayat itu" memecah-belahkan umat Islam, maka ayat Allah ini mesti ditarik balik! Dilupuskan! Maha Suci Allah dari sifat-sifat kekurangan. Sudah pasti desakan lupus! Tarik balik! Bahaya! Pemecah belah umat! Itu bukan jawaban balas bagi orang yang beriman dengan penuh kefahaman terhadap ayat-ayat Allah. Maka setiap Muslim mesti takut untuk mendesak "amanat" yang membawa pengertian ayat al-Quran itu ditarik balik kerana ia umpama mencabar maksud al-Quran di dalam surah al-Maidah yang telah dijelaskan tadi.

Justeru apakah penyelesaian agar tuduh-menuduh yang memecahbelahkan tidak berlaku? Jawabannya hanya satu, iaitu memberikan peluang kepada Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, agar "amanat" ataupun dalam bahasa akademiknya, "huraian tauhid" itu dijelaskan, disyarahkan dan ditafsirkan. Hasil kefahaman yang bersuluh daripada tafsiran itulah, akan lenyaplah segala tuduh-menuduh yang mengelirukan, lalu terhasillah satu kefahaman yang satu terhadap amanat di atas.

Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang meminta siaran televisyen rasmi memberi ruang selama satu jam supaya dapat menjawab isu tersebut. Beliau juga bersedia untuk bermuzakarah dengan pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) seperti yang diminta oleh Datuk Seri Rais Yatim. Cuma pertemuan tersebut perlu dirakam oleh pihak PAS sama. Sepatutnya pihak JAKIM juga perlu bersifat proaktif memanggil Tun Dr Mahathir yang mengatakan Malaikat juga membuat salah. Mana suara JAKIM dan ulama pengampu ketika Tun menyuarakan perkara yang bertentangan dengan akidah?

Jika timbul kekeliruan terhadap sesuatu kenyataan, ia mesti dipohon penjelasan, bukannya ditakwilkan nafsi-nafsi atau penafsiran syok sendiri tanpa melibatkan "orang yang tertuduh", Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang. Jika berlaku begitu, ia seperti orang yang mendengar satu ayat daripada al-Quran:

"Dan dari buah kurma dan anggur, kamu buat minuman yang memabukkan dan rezeki yang baik. Sesungguhnya pada perkara itu adalah tanda bagi kaum yang menggunakan akal" (Surah An Nahl : ayat 67)

Lalu tanpa penjelasan dan penafsiran yang benar, maka orang yang naif akal fikirannya mengatakan bahawa arak itu halal berdasarkan kefahaman tekstual ayat daripada surah an-Nahl di atas tanpa merujuk "Sohibul Nas" atau orang yang mempunyai pengetahuan tinggi dalam ilmu tafsir.

Maka, pentakwilan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) terhadap kenyataan Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang adalah sangat tidak tepat kerana menganggap kenyataan beliau (Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang) membawa kepada kepercayaan sesat dalam kalangan masyarakat, antaranya yang didakwa oleh MAIK bahawa "amanat" tersebut membawa:

1. Kepercayaan bahawa tidak sah solat yang diimamkan orang Umno.
2. Kepercayaan bahawa haram makan sembelihan orang Umno.
3. Kepercayaan bahawa tidak sah pernikahan yang dijalankan oleh kadi atau imam yang dilantik Umno dan pasangan yang terlibat perlu dinikahkan kembali dengan segera.
4. Kepercayaan bahawa terfasakh pernikahan dengan pasangan yang menyokong Umno.
5. Kepercayaan bahawa jenazah orang Umno tidak perlu disembahyangkan sepertimana orang kafir atau murtad.
6. Kepercayaan bahawa tidak boleh membenarkan orang Umno melakukan sembahyang jenazah ke atas orang PAS/ Islam.
7. Kepercayaan bahawa tidak boleh mengebumikan orang Umno di tanah perkuburan Islam.
8. Kepercayaan bahawa ibadah orang Umno tidak diterima Allah.

Sedangkan yang disebut oleh Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang tiada langsung kenyataan yang mengkafirkan Umno. Yang disebut oleh Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang tidak salah dari konsep "da'ie wa mad'u" - pendakwah dan orang yang di dakwah -. Sebagai contoh seorang yang menegur bahawa, "Orang tidak sembahyang adalah perbuatan yang menjatuhkan diri ke lembah kekafiran", sangat berbeza dengan kenyataan orang yang mengatakan, "si fulan - si fulan itu kafir". Perbahasan ini akan lebih jelas difahami jika kita menghadami perbahasan Imam Yusuf Al Qaradawi di dalam bukunya "Zohirotu al Ghuluww fi Takfir", bahawa terdapat perbezaan antara orang yang mentakwilkan perbuatan kafir dengan menuduh orang kafir.

Pentakwilan "dungu" MAIK dalam memahami petikan bernas Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang sangat mengecewakan apabila intitusi yang sepatutnya menguasai hal ehwal agama berakal naif. Tafsiran MAIK ibaratnya kisah tentang guru yang begitu dedikasi mengajar anak-anak murid tentang bahayanya minuman keras. Guru tersebut telah mengambil dua ekor cacing yang hidup, sebagai sampel kehidupan dan dua gelas minuman yang masing-masing berisi dengan air mineral dan arak.

"Cuba perhatikan murid-murid. Lihat bagaimana saya akan memasukkan cacing ini ke dalam gelas, perhatikan betul-betul. Cacing yang sebelah kanan saya, akan saya masukkan ke dalam air mineral manakala cacing yang sebelah kiri saya akan masukkan ke dalam arak. Perhatikan betul-betul."

Semua anak murid tertumpu pada kedua-dua ekor cacing itu. Seperti dijangkakan, cacing yang berada dalam gelas yang berisi air mineral itu berenang-renang di dasar gelas, manakala cacing yang berada di dalam arak menggeletek lalu mati. Sang guru tersenyum lebar, apabila melihat anak-anak muridnya memberikan sepenuh tumpuan pada ujikajinya.

"Baiklah murid-murid, apa yang kamu dapat belajar dari ujikaji yang saya tunjukkan sebentar tadi?"

Dengan penuh yakin anak-anak muridnya yang naif pentakwilannya mengatakan, "Untuk mengelakkan kecacingan, minumlah arak..."

Sedangkan tujuan eksperimen yang dinyatakan oleh sang guru itu tadi bertujuan sebaliknya. Begitulah "amanat tuan guru" yang menimbulkan kehangatan. Ia sebuah amanat yang pendek yang dipetik daripada ceramah tuan guru yang panjang, lalu ditulis dan disebarkan. Ada yang faham dengan mudah dengan makna tauhid yang mendalam, ada juga orang yang perlukan penjelasan.

Sebagai bukti wujudnya ribuan kitab tafsir dan syarahan oleh para ulama mufassirin kita di sepanjang zaman di dalam menjelaskan maksud daripada petikan-petikan ayat al-Quran, al-hadis, athar dan kata-kata hikmat pujangga Islam. Maka memohon hak untuk menjelaskan maksud huraian "amanat" oleh Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang adalah benar dan hak di atas hak.

Siapa Yang Mempertahankan Haknya, Matinya Mati Syahid

Berkenaan mati syahid, hadis Nabi Muhammad SAW jelas memperlihatkan bahawa seseorang itu boleh dianggap mati syahid, meskipun kematiannya bukan di medan peperangan antara orang Islam dengan orang kafir. Nabi SAW bersabda (maksudnya), "Sesiapa yang dibunuh kerana mempertahankan hartanya, maka dia (mati) syahid, sesiapa yang dibunuh kerana mempertahankan darahnya (nyawanya), maka dia (mati) syahid. Sesiapa yang mati mempertahankan agamanya, maka dia (mati) syahid. Sesiapa yang dibunuh kerana mempertahankan keluarganya, maka dia (mati) syahid."

Hadis ini direkodkan oleh Abu Daud, Nasa'ie, Ibnu Majah dan Tirmizi. Imam Tirmizi menilainya hasan sahih, manakala Syaikh Nasiruddin Albani menilainya sahih (dalam Sahih al-Targhib Wa al-Tarhib)

Ringkasnya, "mati syahid" dalam hadis ini adalah kematian yang berlaku ekoran perjuangan mempertahankan harta, nyawa, agama atau kaum keluarga, bukannya kematian yang disebabkan oleh peperangan terhadap orang kafir semata-mata. Justeru, dakwaan Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa mati syahid sesiapa yang mati dalam perjuangan menentang Umno, tidak boleh dijadikan tapak yang kukuh untuk melancarkan dakwaan bahawa beliau telah mengkafirkan Umno.

kredit: tarbawi


Salam Ukhuwah..~

Khamis, 10 Januari 2013

Hikmah Disebalik Larangan Bernafas Ketika Minum



Sebuah riwayat dari Tsumamah bin Abdullah menyebutkan, 

"Dahulu Anas bin Malik RA pernah bernafas di dalam bejana dua kali atau tiga kali, dan dia mengira Nabi s.a.w. pernah melakukan hal itu." 
Hadith Riwayat Bukhari

Riwayat lain dari Abu Qatadah dan bapanya mengatakan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda, 

"Apabila salah seorang di antara kamu minum, maka janganlah ia bernafas di bejana (gelas)."

"Dan jika salah seorang dari kamu buang air kecil maka janganlah ia memegang dzakar (kemaluannya) dengan tangan kanannya, jika membersihkan maka jangan membersihkan dengan tangan kanannya." 
Hadith Riwayat Bukhari.

Sebahagian ulama mengatakan bahawa larangan bernafas di dalam bejana ketika minum sama seperti larangan ketika makan dan minum, sebab hal itu boleh menyebabkan keluarnya ludah sehingga boleh menjejaskan kebersihan air minum tersebut. Keadaan ini apabila dia makan dan minum dengan orang lain.

Adapun bila ia makan sendirian atau bersama keluarganya atau dengan orang yang tidak terganggu dengan caramu tersebut, maka hal itu tidak mengapa.

Imam Ibn Hajar Al-Asqalani pernah berkata, 

"Dan yang lebih bagus adalah menguatkuasakan larangan hadis Nabi tersebut, sebab larangan itu bukan untuk menghormati orang yang layak dihormati ataupun untuk mendapat penghargaan dari orang lain."

Imam Al-Qurtubi menambah pula, makna larangan itu adalah supaya bejana dan air tersebut tidak tercemar dengan air liur atau pun bau yang tidak sedap. 
Fathul Bari, 10/94.

Demikianlah penjelasan para ulama kita. Para pakar kontemporari pun telah berusaha mengorek hikmah atas larangan tersebut. Mereka mengatakan ini adalah petunjuk yang indah yang diajarkan oleh Nabi kita Muhammad s.a.w. dalam menyempurnakan akhlak.

kredit: rakangroup


Salam Ukhuwah..~

Rabu, 9 Januari 2013

Semakin Ramai Yang Masuk Muslim

Doktor Yang Sangat Terkenal Di Amerika Adalah Seorang Muslim



Penonton acara talk show popular Amerika, The Oprah Winfrey Show, pasti sudah tidak asing lagi dengan Doktor Oz. Seorang doktor yang kerap mengisi segmen kesihatan dalam talk show paling popular di dunia itu.

Selain di acara Oprah, Oz juga kerap mengisi sagmen Larry King Live. Sejak tahun 2009, Doktor Oz mempunyai program acara televisyen yang dihasilkan Harpo Productions berjudul The Dr Oz Show.

Namun, tahukah anda siapa sebenarnya doktor yang paling terkenal di Amerika saat ini dikenali Dr Oz atau nama lengkapnya Dr Mehmet Cengiz Oz. Dia adalah pakar bedah jantung dari Harvard University.

Dari namanya, orang boleh meneka bahawa Oz alias Mehmet mempunyai darah Turki. Ibunya bernama Suna dan berayahkan Mustafa Oz. Kedua-duanya merupakan orang yang dihormati di Turki. Ayah dan ibu Oz kemudian berhijrah ke Amerika pada 1955. Lima tahun selepas itu, lahirlah Oz.

Dalam sebuah wawancara yang disiarkan The Root, Oz mendedahkan bahawa sejak kecil dirinya didik oleh dua gaya muslim berbeza. "Saya dididik oleh ibu yang Islam sekular, Namun ayah saya sangat teguh memegang prinsip Islam," ujarnya.

Hingga kini, dia mengaku masih memeluk Islam. Oz mengatakan bahawa gaya sufi islam sangat mempengaruhi dirinya. Walaupun menjadi doktor yang paling terkenal di Amerika ketika ini, Oz tidak melupakan identitinya sebagai seorang Turki.

Oz bahkan tetap mempertahankan kewarganegaraan Turkinya bersama statusnya sebagai seorang Amerika. Dalam cintanya pada Turki, Oz rela menjadi sukarelawan di tentera Turki.


4 Ribu Rakyat Peranchis Peluk Islam Setiap Tahun



Badan Statistik rasmi di Perancis mendedahkan bahawa dalam setahun, ia mencatatkan ada empat ribu warga Perancis yang memeluk agama Islam.

Hal ini menyamai dengan apa yang ditunjukkan oleh kajian kementerian dalam Negeri Perancis.

Diumumkan pula oleh para ahli Agama di Perancis, sejauh ini terdapat tujuh puluh ribu warga Perancis yang berpindah Agama menjadi Agama Islam.

Hal ini membuat Agama Islam menjadi pertama yang dijadikan pilihan sebagai pegangan hidupnya, diikuti oleh Kristian Katolik dengan penganut setiap tahun berjumlah 2900 orang dan Yahudi 300 orang.

Menurut para ahli sosiologi Perancis, sebelum usia 15 – 20 tahun merupakan alasan utama yang membuat mereka yakin untuk masuk Islam, dengan alasan pencarian rohani mereka.

Tapi sekarang berbeza, alasan utama mereka memeluk Islam adalah iklim sosial, sebagaimana disampaikan oleh Al-Alokah.

Meskipun sejak dahulu Muslim sudah ada di Perancis, baik Perancis daratan mahupun wilayah kependudukannya di luar Eropah, imigresen massa Muslim ke Perancis di abad 20 dan 21 telah membuat negara ini menjadi salah satu negara dengan komuniti muslim terbesar di Eropah.


Pembaca Berita Wanita Pertama Amerika Memakai Tudong



Cantik ! Dia merupakan pembaca berita wanita yang pertama memakai tudung di Amerika. Bertugas sebagai pembaca berita di ABC 7 News.

Gadis berusia 19 tahun ini menjadi terkenal setelah memecahkan monopoli pembaca berita wanita pertama di Amerika dengan memakai hijab ketika membaca berita.

Siapakah gerangan gadis cantik tersebut..?




Noor Tagouri merupakan seorang gadis Muslim-Amerika yang berasal dari Maryland, Amerika.

Dia mengejutkan masyarakat antarabangsa selepas muncul di kaca televisyen sebagai pembaca berita dan talk show wanita pertama yang mengenakan tudung semasa membaca berita di Channel ABC 7 News, Amerika.



Remaja perempuan bertudung ini mendapat sokongan besar bukan sahaja daripada rakan-rakannya tetapi juga dari orang Islam yang lain kerana pemakaian hijab olehnya.

Selain itu gadis cantik ini turut mendapat beribu-ribu pandangan mengenai pemakaian hijab yang dilakukannya itu melalui laman rangkaian Sosial..!


Pramugari Egypt Air Mula Pakai Hijab



Kaherah – Semua krew wanita pesawat Egypt Air memakai hijab buat kali pertama sejak syarikat penerbangan nasional itu diasaskan pada 1932.

Egypt Air berkata, etika pemakaian itu perlu dipatuhi selepas menerima saranan daripada ulama.

“Beliau sarankan pemakaian itu dan hukumnya wajib, terutama penerbangan ke Jeddah,” katanya.

Ketika pemerintahan Presiden Hosni Mubarak, hijab dianggap janggal, terutama mereka yang bertugas di stesen televisyen dan syarikat penerbangan nasional.

Namun, selepas beliau diganti dengan Mohamed Mursi, wanita diberi kelonggaran mengenakan hijab. – AFP

kredit: rakangroup


Salam Ukhuwah..~

Selasa, 8 Januari 2013

Tanda Seseorang Memiliki Saka


Ustaz Abdullah Mahmud sedang menyampaikan tazkirah.

Bulan lepas (disember 2012) Tok jadi Pengerusi untuk program Tazkirah dan Lagu. Tetamunya ialah Ustaz Abdullah Mahmud yang terkenal dengan perawatan cara Islam atau  cara Ruqyah. Sebagai penyeri majlis tok wan juga mengundang sebuah kumpulan muzik yang menamakan diri mereka Cucu Band. Penyanyinya ialah Afif Tirza dari AF9 dan Elyas Shah seorang penyanyi tahun 80'an. Dan lagu-lagu mereka adalah yang yang berkait dengan syiar agama.

Penat Ustaz Abdullah memberi tazkirah maka majlis rehat sambil mendengar lagu dari Cucu Band sambil itu jemputan juga dipelawa menjamah juadah yang disediakan atas meja (dalam ghambar dibelakang Ustaz tu). Juadah yang mudah-mudah saja yakni, kueh pulut panggang, kueh kasui dan bubur kacang durian. Minumannya ada teh tarik dan teh 'O'. Jadi jemputan taklah tention sangat dok dengar tazkirah kan.

Dalam tazkirah tersebut Ustaz Abdullah memberi isyarat tanda-tanda seseorang itu memiliki Saka. Disini tok tulis semula apa yang Ustaz Abdullah sampaikan dalaam majlis tersebut.


Makna Saka

Saka adalah jin yang berada dalam tubuh manusia yang sudah sekian lama hingga menjadi sebati dengan manusia itu. Ini berlaku sama ada seseorang itu tahu atau tidak, kerana ia datang dari keturunannya. 

Kemungkinan ilmu ini telah dipelajari oleh nenek-moyangnya dahulu. Boleh jadi Jin itu sendiri yang memilih untuk mendampingi keturunannya yang dia kehendaki tersebut ditinggalkan oleh nenek moyang pembawa saka apabila mereka telah meninggal dunia.

Semasa mereka hidup, mereka telah berkawan dan membela jin-jin tersebut yang dikenali dengan pelbagai nama. Jin yang dijadikan khadam oleh nenek moyang inilah akhirnya menjadi saka yang diperturunkan dari ayah kepada anak dan kepada cucu oleh pembela-pembela jin-jin tersebut.


Tanda-tanda Mereka Yang Memiliki Saka

Sewaktu Tidur

1. Susah tidur malam atau tidak boleh tidur malam.

2. Sering terjaga pada waktu malam jam 2 malam atau 3 dan malam selepas itu sukar untuk tidur.

3. Mimpi melihat binatang-binatang seperti kucing, anjing, ular, serigala, dan sebagainya.

4. Bunyi gigi berlaga ketika tidur.

5. Mimpi di Kawasan Kotor atau Perkuburan.

6. Mimpi Jatuh tempat tinggi.

7. Mimpi Berjumpa atau melihat Makhluk halus.

8. Mimpi Budak Kecil (Menyusukan bayi bagi wanita).

9. Mimpi di ancam benda tajam seperti pisau,paku dan sebagainya.


Sewaktu Jaga

1. Selalu pening kepala (Perubatan Moden tidak dapat kesan).

2. Hilang Ingatan atau cepat lupa dan mungkin menjadi gila.

3. Sering Lesu dan Malas.

4. Sentiasa Sakit di Tulang Belakang.

5. Lenguh-lenguh sendi.

6. Terasa sesuatu berjalan didalam Badan.

7. Mudah Marah dan Panas Baran.

8. Cepat mengantuk (terutama mendengar Ayat-ayat quran)

9. Lemah semangat untuk meneruskan kehidupan.

10. Bila memejamkan mata, bulu mata berkedip-kedip.


Anak Cucu Keturunan Yang Menjadi Sasaran

1. Yang cetek ilmu agamanya.

2. Yang suka melakukan maksiat dan melanggar peraturan Allah.

3. Yang Meninggalkan Ibadat Wajib.

4. Yang lemah fizikalnya dan antibodi.

5. Yang berminat untuk memiliki apa yang ada pada nenek moyang.

6. Yang mengidamkan kehebatan walaupun dengan cara malanggar perintah Allah.

Dan apa yang tok masih ingat yang Ustaz Abdullah pesan ialah, 'Jangan dok sibuk nak berebut barang-barang tinggalan arwah, terutamanya orang perempuan yang kakak nak gelang arwah mak, yang adek nak rantai yang mak pakai. Adek-adek yang lain nak pinggan nak talam dan ada juga yang nak pakaian yang mahal-mahal yang ditinggalkan mak.

Yang lebih dari itu ada saudara-saudara lelaki yang berebut keris atau parang tinggalan arwah ayah. Melalui barang-barang itulah kadang-kadang saka boleh berpindah dan mengikut tuan barunya.

Jadi nasehat tok wan kepada anda jika terdapat tanda-tanda tersebut cepatlah pergi berubat. Berjumpalah dengan mana-mana Ustaz yang mengamalkan perubatan ruqyah atau perubatan syifa. Kalau nak cari Ustaz Abdullah Mahmud pun boleh. Rumah Ustaz Abdullah Mahmud di Gombak lepas sikit dari jembatan Mimaland tu ada nampak rumah sebelah kiri kena lintas jambatan. Kalau nak senang cari kena rajinlah bertanya orang yang anda jumpa disitu pasti mereka menunjukkan rumahnya Ustaz Abdullah.

kredit; rakangroup


Salam Ukhuwah..~