Bacaan Popular

Jumaat, 7 Disember 2012

Siapa Ibrahim Adham


Salam untuk semua pembaca serta salam pagi jumaat yang berkat. Pagi ini tok nak menceritakan semula berkenaan Ibrahim Adham, tokoh sufi yang masyur.

Ibrahim Adham ialah seorang tokoh sufi dan seorang Sultan, ia dari keturunan Omar Ibnu Khatab juga meninggalkan istana dan berhenti menjadi Sultan Balkh untuk menjadi ahli sufi dan akhirnya terpaksa menyara hidup dengan menjual kayu api. Ceritanya menarik jika diamati, sanggup bermuhasabah diri, boleh terbuka ‘mata hati’ raja dan menteri. Kenapa Ibrahim Adham pula sanggup tinggalkan istana? Kenapa dia sanggup tinggalkan segala kemewahan dunia, sanggup menderita seperti rakyat ‘marhein’ yang papa kedana?

Jawapannya cuma perkara yang berlaku pada satu malam.

Pada satu malam semasa Ibrahim Adham sedang tidur dalam kamar di istananya yang dihiasi dengan emas tulin dan pertama, dia telah mendengar bunyi tapak kaki di atas bumbung istananya. Ibrahim memanggil pengawal istana dan askar-askarnya. Tapi tidak ada yang datang. Ini membuatkan Ibrahim berteriak ke arah bumbung istana, dari mana tapak kaki itu datang.
"Siapa tu!!!!? Apa kau buat atas bumbung istana ku?" teriak Ibrahim.

"Aku seorang sahabat. Sedang mencari untaku," kata suara dari atas bumbung istana itu.

"Oi bodoh! Mana boleh cari unta atas bumbung istana?" jawab Ibrahim.

"Tindakan aku adalah seganjil tindakan mu. Bagimu, aku gila kerana mahu mencari untaku yang hilang di atas bumbung istana, tapi kau sendiri mencari ketenangan kudus dalam suasana yang serba mewah," kata suara itu.

Ibrahim Adham menyedari itu adalah satu alamat buat dirinya. Selagi dia bersolat dalam bilik yang serba mewah ini, selagi itulah dia tak akan menemui Tuhan sama seperti gerangan orang yang hendak mencari unta di atas bumbung istananya.

Namun keesokan paginya Ibrahim menjalankan jadualnya seperti biasa sambil memikirkan kejadian yang berlaku malam sebelumnya. Tiba-tiba seorang miskin terus meluru masuk ke dalam istana dan tidak dapat dikawal oleh pengawal-pengawal istana.

Orang miskin dengan pakaian cumpang camping itu kemudian terus meluru ke arah Ibrahim dan bertanya, "Siapa yang tinggal dalam rumah tumpangan ini?"

Dengan marah Ibrahim menjawab,"Ini bukannya rumah tumpangan. Ini istana aku!!" Raja kalau tidak angkuh dan sombong bukan raja namanya.

Tanpa memperdulikan penjelasan Ibrahim, simiskin itu terus bertanya lagi, "Siapa yang tinggal di rumah ini sebelum kamu?"

"Bapaku," jawab Ibrahim.

"Sebelum itu, dan sebelum itu dan sebelum itu lagi?" tanya simiskin itu lagi."Bapa kepada bapa ku, dan seterusnya beberapa generasi sebelum itu," jawab Ibrahim.

"Di mana mereka sekarang," tanya lagi simiskin itu.

"Mereka semua telah meninggal dunia," jawab Ibrahim.

"Oh… Jadi ini bukanlah rumah tumpangan di mana orang boleh suka-suka datang dan pergi dan tinggalkan tempat ini untuk orang lain yang datang dan pergi. Kenapakah kau bersusah payah menjaga sesuatu yang tidak akan menjadi milik kau selama-lama" kata simiskin itu yang kemudian memperkenalkan dirinya sebagai Khaidir dan terus menghilangkan diri.

Mulai dari peristiwa inilah Sultan Ibrahim Adham akhirnya meninggalkan istana dan menjadi seorang tokoh sufi yang menjalani hidup sebagai penjual kayu api untuk mencari kebahagian sejati, awal dan akhir, dunia dan akhirat, bukan sekadar agama ritual tetapi spiritual yang kekal abadi.

kredit: rakangroup



Salam Ukhuwah..~

Khamis, 6 Disember 2012

Pantun Ibadah


Pagi ini khamis harinya,
tiada artikel seperti biasa;
tapi pantun ibadah untuk pembaca,
agar tak leka pada dunia.

Bangun tahajud memang payah,
jikalau ada usaha In Sya Allah;
mohon syafa'at Rasulullah (s.a.w.),
di negeri akhirat kita tak susah.

Bila sudah berusaha baru berserah,
pada Allah Subhana wa ta'ala;
tiadalah yang lain lebih indah,
Dialah Pemilik segala yang ada.

Menganyam ibadah menyulam amal,
amal yang makruf jauhi yang munkar;
negeri akhirat memang kekal,
buatlah bekal sebelum waktu sakar.

@ sakar = sakratul maut

Di alam ruh sudah berbai'ah,
didalam kandungan kita belajar;
dilahirkan kedunia susah payah,
janganlah kita salah mengejar.

Kejarlah dunia kejarlah akhirat,
banyak mana termampu dek kita;
tapi utamakan yang bermunafa'at,
pesankan juga pada zuriat kita.

Hidup di dunia sungguh sementara,
tempat membuat amal ibadat;
kumpullah kebaikan himpunlah pahala,
jangan pula kumpul harta dan maksiat.


Pantun solat tok wan nak mula,
tiang agama kata kukuhnya;
sebermula ia wuduk dengan sempurna,
menghadap kiblat pasti arahnya.

Didalam dua raka'at sebelum fardhu suboh,
tersimpan mahligai yang kekal abadi;
kerjakanlah ia jangan mengeluh,
itu terima kaseh insan kepada Illahi.

Bacaan ayat Qursi selepas suboh,
menjadi pelindung sampai waktu 'asar;
bacalah selalu jangan gopoh,
haram neraka jika sampai sakar.

Pada dhuha tersembunyi pintu rezeki,
lakukanlah ia setiap pagi;
bukanlah ia kaya nan celepok sekali,
tapi rezeki tak putus setiap hari.

Empat raka'at sebelum zohor,
syafa'atnya besar di dalam hadith;
dilakukan orang yang 'alim sohor,
tak tertinggal ulama serta mubaligh.

Dua raka'at selepas zohor,
syafa'at banyak melimpah segala;
dirikanlah ia agar diri jadi akur,
kepada Allah  Azza wa Jalla.

Raka'at yang dua sebelum asar,
buatlah ia bukan kerana manusia;
ada yang perati buat-buatlah tak sedar,
lama-lama riya' akan hilang juga.

Nak buat yang benar agak susah,
macam-macam dikata orang;
lagi baik buat saja segala ibadah,
pandang kehadapan jangan kebelakang.

Lepas solat asar empat raka'at,
jangan lupa bacalah ayat Qursi;
sehingga waktu suboh memberi syafa'at,
haramlah neraka jikalau malam itu mati.

Maghrib memang kena jaga-jaga,
disebut orang waktu dah senja;
solat berjema'ah pasti ada masa,
setelah seharian kita bekerja.

Solat sunat selepas maghrib,
disitu juga tersembunyi pahala;
kaya dan miskin sudahlah naseb,
itulah kehidupan dalam dunia.

Walau kaya dan banyak harta,
apalah guna jika keberkatan tiada;
biarlah miskin atau hidup merana,
 asal hati tenang dan jiwa perkasa.

Solat Isya' sebelah malam adanya,
empat raka'at makmum rapat semua;
perbaharui taubat selepas salamnya,
hidup sejahtera terhakis segala dosa.

Ada lagi dua raka'at selepas itu,
pahalanya besar barang tentu;
jadikan amalan setiap waktu,
nak masuk tidur tutuplah pintu.

Sebelum tidur berwudu'lah kita,
sedekah al Fatehah kepada semua;
tiga Qulhu wajib kena baca,
lambong kekanan itulah tidurnya.

Bila terjaga sepertiga malamnya,
selawatlah kita jangan buat-buat lupa;
terus bangun tahajud apa salahnya,
nikmat Allah beri sudah tidak terhingga.

Kepada Allah janganlah berkira,
terlalu banyak yang telah kita terima;
sedari kecil hingga kita dewasa,
banyak pelajaran banyak yang berguna.

Bila diri tetiba  rasa berdosa, 
solatlah taubat seberapa segera;
jangan dinanti konon lain masa,
maut menjemput pada bila-bila masa.

Mata dan lidah selalu buat dosa,
begitu juga anggota lain ditubuh kita;
jikalau tak sempat minta ampun padaNya,
sia-sialah amalan serta ibadah semua.

Syurga dan neraka Dia yang punya,
Dialah penentu siapa-siapa didalamnya;
syaheed didunia belum tentu syurga tempatnya,
begitu juga ulama yang ternama.

Nak kukuhkan iman kuatkan aqidah,
agar kita tidak syirik kepada Allah;
sentiasalah berzikir bukannya payah,
tidak dibibir dalam hati pun tak kesah.

Banyak lagi tok wan nak berkesah,
tapi lain kalilah kalau takder masalah;
panjang sangat pun orang menyampah,
sampai disini saja Salam Ukhuwah..~


Rabu, 5 Disember 2012

Kesah Nabi Musa Bersama Nabi Khidir



Suatu hari Allah perintahkan Nabi Musa a.s. bertemu dengan Nabi Khidir a.s. supaya Nabi Musa a.s. dapat belajar sesuatu daripadanya... Nabi Musa a.s. pun patuh dengan arahan itu... suatu hari, Nabi Musa a.s. berjalan sehingga bertemu di antara dua laut, kerana Baginda yakin di situlah tempat pertemuannya dengan Nabi Khidir... Setelah bertemu dengan Nabi Khidir, Nabi Musa nyatakan hasratnya untuk mempelajari sesuatu dengannya, tetapi Nabi khidir berkata: Engkau pasti tidak akan bersabar denganku...

Nabi Musa: In sha Allah, aku pasti akan bersabar denganmu,

Nabi Khidir: Tidak, sesungguhnya engkau pasti tidak sabar denganku...

Nabi Musa: Percayalah wahai Khidir, aku akan bersabar denganmu....

Nabi Khidir: Baiklah.... tetapi jika engkau mahu mengikutiku, jangan engkau persoalkan sesuatupun sehingga aku sendiri yang menceritakan kepada engkau..



Mereka pun berjalan.... kemudian mereka bertemu sebuah sampan, tiba-tiba Nabi Khidir merosakkan sampan itu, Nabi Musa terkejut!

Nabi Musa pun berkata,: Mengapa kamu rosakkan kapal yang masih elok? Adakah itu suatu yang merugikan?

Nabi Khidir: Sudah aku katakan, kau tidak akan sabar denganku...

Nabi Musa: Oh, maaf... sesungguhnya aku terlupa akan itu...



Kemudian mereka teruskan perjalanan, dalam perjalanan itu mereka bertemu dengan seorang budak, tiba-tiba Nabi Khidir membunuh budak tersebut. Nabi Musa terkejut lagi!

Nabi Musa: Tidakkah ini satu keterlaluan! Budak itu sungguh suci... mengapa engkau membunuhnya?!

Nabi Khidir: Kan aku dah cakap, engkau tidak akan mampu bersabar denganku! Selepas ini engkau tegur aku lagi, aku akan buat keputusan...


Nabi Musa hanya mendiamkan diri, mereka teruskan perjalanan lagi. Setibanya di suatu madinah (kota), mereka berasa lapar. Mereka pun minta makanan pada penduduk madinah (kota) tersebut, tetapi tiada sorang pun yang bagi... Nabi Musa merasa tidak senang. Tiba-tiba Nabi Khidir ternampak sebuah rumah yang hampir roboh, beliau pun membetulkan rumah tersebut, Nabi Musa semakin tidak senang,

Nabi Musa pun berkata: Alangkah baiknya jika engkau meminta ganjaran untuk itu.

Nabi Khidir: Sampai di sini saja perjalanan kita, engkau boleh berpisah dengan aku sekarang jua, dan sebelum itu aku akan ceritakan kepada engkau mengapa aku buat semua itu dan engkau tidak sabar dengannya.....

Sebenarnya, sampan yang aku rosakkan tadi tu aku tidak mahu seorang raja yang kejam dan zalim yang sedang menuggu di hadapan sana untuk merampas ke semua sampan-sampan ini, jadi aku rosakkan ia, agar sampan ini tidak diambilnya dan sampan ini boleh digunakan bagi keperluan rakyat yang berdekatan di sini.



Ada pula budak yang aku bunuh itu, dia mempunyai dua orang tua yang sangat beriman dan bertaqwa, budak ini apabila besar nanti akan menkafirkan kedua orang tuanya, jadi sebab itulah aku membunuhnya!



Ada pulak rumah yang aku bina semula ini kerana dindingnya yang hampir roboh, atas sebab rumah ini kepunyaan dua orang anak yatim piatu, dan kedua ibu bapa mereka beriman kepada Allah, sebab itulah aku membinanya semula agar mereka dapat bernaung di dalam rumah ini dan akan terus beriman kepada Allah...

Inilah ke semua tindakanku yang engkau tidak mampu sabar dengannya....

kredit: rakangroup


Salam Ukhuwah..~

Selasa, 4 Disember 2012

Kesah 5 Jari


Pagi ini memang tak sibuk, sementara menunggu waktu suboh tok nak ceritakan kesah 5 jari pula. Pagi semalam sempat cerita sikit sangat dalam facebook. So, pagi ini boleh di panjang kembangkan untuk munafa'at kita bersama. Tok kata begitu sebab bila kita membaca kita faham apa yang kita baca. Tapi bila kita menulis kemudian baca semula sebelum diterbitkan membuatkan kita faham berkali-kali. Alhamdulillah itulah kelebihan yang ada pada orang yang suka menulis dan orang yang suka membaca.

Semua manusia mempunyai 5 jari pada sebelah tangan. Jangan kita tanya kenapa Allah s.w.t. jadikan ada 5 jari tapi fikirkanlah kenapa Allah s.w.t. jadikan sedemikian. Pernah juga kita bersua dengan orang yang mempunyai hanya 4 jari atau 6 jari, itu cuma kebetulan atau selepas mengalami kecacatan sebab tertentu seperti main mercun dan sebagainya.

5 jari yang ada pada kita sebenarnya membuktikan kehidupan dan mati kita didalam 5 alam yang berbeza. Jaraknya amat sukar disebut. Namun bagi anda yang boleh berfikir sebentar nanti boleh mula berfikir bagaimana jaraknya. Dan 5 alam yang tok sebutkan itu berkisar kepada 5 jari kita, ia adalah;

1. Jari Kelingking

Jari kelingking membawa pengertian Alam Roh. Alam ini sangat halus dan kita yang telah melalui alam ini tidak akan ingat betulkah dulu kita pernah berada dialam tersebut? Nak tak percaya tak boleh tidak kena percaya juga sebab sebelum kita berada dialam perut mak kita memang kita telah berada dialam itu.

Semasa berada dialam tersebut sebenarnya pernah kita meminta kepada Allah s.w.t. supaya kita dilahirkan dalam kalangan sebuah keluarga yang dimana kita berada sekarang.

Mungkin keluarga kita dari kalangan berpendapatan sederhana, pendapatan nafkah mungkin dari pekerjaan dilaut sebagai nelayan atau sebagai penjemur ikan kering. Itulah yang kita minta dulu sebelum jasad kita diujudkan didalam rahim mak kita.

Ada orang yang minta supaya lahirnya sebagai seorang perempuan yang cantek dikalangan orang berbangsa Kemboja dan mengamalkan penyembahan terhadap berhala Budhha. Dengan lahirnya kita dikalangan tersebut kita berazam dengan kecantikan dan pengertahuan kita semasa dialam roh membolehkan kita berkempen agar semua keluarga kita kembali menyembah Allah s.w.t. serta meninggalkan segala laranganNya.

Namun apabila kita lahir kita lupa semua itu..


2. Jari Manis

Jari manis membawa kiasan Alam Rahim dimana kita berada selama 9 bulan (atau kurang daripada itu) dalam kandungan perut mak kita. Diwaktu inilah jasad kita yang berasal dari air mani yang ayah kita masukkan kedalam rahim mak kita menjadi beku (selepas bertembong dengan telor dari mak kita) dan diberikan roh pula oleh malaikat yang diperintahkan menjalankan tugasnya oleh Allah s.w.t. pabila sampai waktunya yang ditentukan.

Bila telah mendapat roh kita mula berkomunikasi dengan alam luar perut mak kita. Kita mendengar perbualan mak kita dengan orang sekelilingnya. Jikalau mak kita makan benda-benda yang lazat maka kita juga akan dapat menikmati makanan tersebut begitu juga jikalau mak kita menikmati bacaan ayat-ayat suci al Quran maka kita juga dapat menikmatinya.

Masihkah kita ingat sewaktu dalam perut mak dulu kemana dan apa yang mak kita cakap bila ayah balik? Pasti kita tak ingat sebab didunia ini kita tidak ingat apa yang berlaku semasa dalam perut mak kita dan apa yang berlaku semasa sebelum berada dalam perut mak kita.  Sialah kita untuk dapat mengingat semuanya itu jika bukan dengan izin Allah s.w.t.


3. Jari Hantu

Jari hantu berkias dengan kehidupan alam dunia ini. Jari ini juga lebih panjang dari jari yang lain. Disebabkan jari ini lebih panjang dari jari yang sebelumnya maka memori sebelum ini tidak ada pada akal fikiran kita kerana (terlindung disebalik jari yang tinggi) itu ketentuan Allah s.w.t.

Walaupun fizikal jari ini panjang namun tidak semua memori disini dapat kita ingat terutama ketika kita mula-mula lahir apa yang kita nampak, bila membuka mata buat kali pertama Dan antara dua puting susu yang ada di dada mak kita puting sebelah mana yang mula-mula kita isap. Tak ingat juga, sebab memori kita waktu itu adalah memori bayi yang baru nak jadi manusia didunia ini. Begitu juga memori seorang manusia yaang tersangat tua (contoh 100 tahun) dia juga dah tak ingat serta tak kenal anak cucunya sendiri. Ini bermaakna memori ataupun ingatan kita diberi secara sedikit demi sedikit dan kemudian apabila sudah tua diambil sedikit demi sedikit.

Kita diminta berbuat baik semasa hidup didunia ini. Namun ada antara kita yang tidak menjalankan amanah tersebut, yakni amanah sewaktu berada dialam roh dulu.

Walaupun jari hantu ini sering kita gunakan untuk meggosok lubang dubur sewaktu menjurus air selepas hajat besar namun jari hantu itu sendiri perlu kita bilas sebanyak sekurang-kurangnya 3 kali barulah kita dikira boleh pula mengambil wuduk untuk mengadap kepaada Allah s.w.t. kemudian berbicara dengan Allah .s.w.t.

Tapi ramai antara kita yang sewaktu cebok (bahasa pasar) tidak mengenakan air sebnyak 7 kali semasa menggosok lubang dubur dengan jari hantu. Sepatutnya kita gosok 7 kali. Kemudian basuh jari kita sebanyak 3 kali sekurang-kurangnya. Dan ada pula diantara masyarakat kita yang langsung tidak menggunakan jari sebaliknya cuma menggunakan kertas atau sekadar mengharap pancutan air ditandas yang kononnya moden. 

Cara kita cebok menggunakan jari hantu adaalah cara bagaimana hidup kita dimuka bumi Allah s.w.t. ini. Dan jangan lupa jari ini juga digunakan sebaagai simbol untuk peliwat apabila dinaikkan keatas. Ini bermnakna dengan jari ini kita membuat keburukan atau kebaikan.

Pastinya kita mengharap dapat terus membuat kebaikan sebanyak mungkin sebelum kita dijemput datang kedunia ke 4 yakni kubur. Pastikan juga sebelum kesana kita tidak jadi hantu.


4. Jari Telunjuk

Jari telunjuk adalah berkias terus dengan alam kubur. Jari ini juga berkait terus kehati. Sebab itulah bila kita marah anak kita akan menggunakan jari ini sebagai memberi peringatan. Dan apabila kita marah kita menggunakan jari ini sebagai isyarat marah. Jari ini juga kita gunakan untuk tahayat dimana jari ini berperanan untuk terus masuk kehati. Jadi berhati-hatilah bila menggunakan jari ini kerana bila kita marah dan menggunakan jari ini maka waktu itu hati kita juga turut marah. 

Tapi bila kita waktu mana kita memberi pengajaran yang baik kepada anak kita atau sesiapa serta terpaksa menggunakan jari ini maka janganlah ditegakkan terlalu tegah seperti keadaan ego, tapi tundukkan sedikit. In sya Allah hati kita-kita ini akan menjadi lembut.

Untuk melembutkan hati juga kita akaan gunakan jari ini. Contoh bila suami tak suka berbicara lagi dengan kita dan selaalu berkeras. Maka kita dibolehkan menggunakan jari ini. Caranya dapatkan madu lebah, calit (palit) sedikit madu tersebut menggunakan jari telunjuk dan kacau madu lebah dihujung jari kita kedalam air yang sedia berada dalam gelas dengan kacau pusingan lawan jam (tawaf di Kaabah) sambil selawat keatas Nabi s.a.w. sebanyak 7 kali selawat. Beri dia minum In sya Allah hatinya akan lembut terhadap kita. Untuk anak-anak yang tak dengar kata pun boleh amalkan sebegini. Tapi jangan lupa niat dalam hati supaya apabila anak atau suami minum air yang kita buat ini akan dengar cakap kita (bukan Queen control hek).

Memberi pandu arah jalan yang benar juga jari ini sebab itulah jari ini berhampiran dengaan jari dunia (jari hantu). Cuba kita fikirkan sejenak kenapa ia berdekatan.

Dan yang paling menyeramkan ialah malaikat munkar nakir menggunakan jari itu untuk mendakwa kita didalam kubur. Jadi berbuatlah kebajikan serta amaal yang soleh sebelum masuk kekubur.


5. Jari Ibu (Ibu Jari)

Ibu jari ini nyata memang pendek tapi besar. Ia cukup kuat untuk digunakan mengambil serta mengangkat sesuatu benda dengan pertolongan jari lain. Tanpa ibu jari kita tak mungkin mudah mengambil sesuatu apa-pun. Jari ini dikaitkan dengan alam kekal selepas alam kubur (selepas dunia qiamat).

Jikalau semua kehidupan dulu kita jalani dengan baik maka kita akan mendapat kebaikan maka ibu jari akan berdiri keatas yang membawa maksud seperti simbol GOOD (lihat gambar dibawah) dan jikalau amal kebaikan kita tidak baik maka ibu jari ini akan menjunam kebawah menjadi NO GOOD (gambar dibawah).


Begitulah apa yang terdapat pada lima jari pada sebelah tangan kita. Tapi jangan lupa pada setiap jari yang 5 tadi terdapat sendi-sendinya pula.

Nak tok bagi kiasan makna semua sendi-sendi itu?


Sendi Pada Setiap 5 Jari

5 jari juga menunjukkan 5 waktu solat serta 5 waktu kehidupan (bukan alam lagi tau). Seperti yang kita semua tahu waktu suboh pada jari kelingking, zohor pada jari manis begitu seterusnya sampai kepada ibu jari yakni solat fardhu Isya'.

5 tahap kehidupan ialah dari zaman bayi, zaman kekanak, zaman remaja, zaman muda dan zaman tua Genap semuanya ada 5 zaman.

Dan diantara 5 solat fardhu yang diwajibkan keatas kita ada lagi solat-solat sunat dicelah-celahnya. Itulah pengukuh ibadah solah yang fardhu. Dan itulah pengukuh kerja jari yang 5. Tanpa sendi tentu 5 jari tak dapat menjalankan kerja dengan baik.

Kekuatan ibu jari dengan jari telunjuk sahaja boleh mengangkat gelas minuman yang membolehkan kita minum. Begitu juga kekuatan maghrib dengan isyak yang hampir. Tapi jangan lupa selepas solah isya' ada lagi solah yang boleh kita tunaikan termasuk solah tahajud ditengah malam.

Jari kelingking, jari manis, jari hantu dan jari telunjuk mempunyai 7 sendi bila dikira naik dari dikiri dan turun kekanan jari (seperti rajah dibawah)


4 batang jari sudah ada 28 sendi dan bila ditambah dengan sendi yang ada pada ibu jari yang memiliki 5 sendi, maka jumlah keseluruhan sendi yang ada pada jari ialah 33. Ia bertepatan dan sama dengan amalan yang menghilangkan keletihan kerana bekerja seharian yakni pembacaaan tasbih Fatimah, 'Subhanallah 33 kali, Alhamdulillah 33 kali dan Allah Akbar 33 kali'.

Kita amalkan membaca tasbeh Fatimah setiap malam sebelum kita tidur dan jangan lupa yang lebih penting yakni mengucap 2 kalimah syahadah. Nak cantek lagi bacalah ayat Qursi sebelum tasbeh Fatimah itu. Tidur kita juga dinasihatkan tidur dalam keadaan berwuduk, pasti lena dan damai sepeti pengantin baru.


Salam Ukhuwah..~



Isnin, 3 Disember 2012

Pahala Masbuq Dalam Solat



Ganjaran pahala dalam solat ditentukan dari beberapa sudut. Pertama, solat itu dilakukan berjamaah atau tidak. Berjamaah dari takbir yang pertama itu jelas kelebihannya. Banyak di dalam hadis menyatakan tentang kelebihan orang yang mendapat takbir pertama.

Kedua, jika makmum lewat disebabkan kemaslahatan atau kemudharatan, Allah s.w.t. menentukan ganjaran pahalanya dalam memastikan dia dapat pahala penuh atau sedikit. Allah Maha Adil dalam menentukan.

Kita jangan mengatakan seseorang itu rugi kerana telah terlewat. Kalau lewat secara tidak sengaja dan bukan atas keinginan, Allah s.w.t. Maha Adil. Dia Mengetahui rutin harian setiap hamba-Nya, bagaimana solat hamba-Nya. Kalau memang jenis kaki lewat, itu bukan tidak sengaja.

Oleh itu kita harus berusaha untuk datang awal, dapatkan dari takbir yang pertama. Itu adalah asasnya.

Ketiga, ditentukan juga berdasarkan saff. Saff depan lebih baik daripada saff belakang.

Itu antara kaedah dalam menentukan ganjaran pahala yang disebut oleh Nabi. Akan tetapi berkenaan dengan berapa banyak pahala yang akan diperoleh seseorang, itu tidak dinyatakan secara jelas.

Jadi persoalan adakah pahala A sama dengan pahala B, wallahu a’lam yang itu kita serahkan kepada Allah s.w.t. kerana ia bergantung juga kepada dirinya. Datang lambat atas alasan apa dan hal-hal seperti ini dia akan berhadapan dengan Allah s.w.t. untuk memberikan penjelasan, sebab di dunia kita mungkin menilai dia lambat jadi pahalanya sedikit. Tetapi kita perlu ingat kisah lelaki yang membunuh seratus orang di dunia, orang di dunia ketika itu menilainya ahli neraka bahkan seorang tokoh yang bertemu dengannya kali pertama yang menyempurnakan bilangan seratus orang yang dia bunuh, kerana dia mengeluarkan kenyataan dan fatwa bahawa dosa lelaki itu tidak akan diampunkan.

Logiknya orang mengatakan dia ahli neraka kerana telah membunuh seratus orang, tetapi di sisi Allah, hanya kerana datang keinginan untuk bertaubat dan mencari kebenaran, menginginkan hidayah dari Allah SWT, maka Allah SWT mengampunkan semua dosanya.

Nilaian mata manusia tidak sama dengan nilaian Allah s.w.t. Nilaian Allah Maha Adil. Islam meletak dengan cantik seperti yang difirmankan oleh Allah,



فَاتَّقُوا اللَّهَ مَا اسْتَطَعْتُمْ

Maksudnya: “Bertakwalah kalian kepada Allah semampu kalian.” (surah At Taghaabun, 64: 16)

Jangan menilai orang lain sama keadaannya seperti diri kita. Orang itu mungkin ada sakit pinggang, sakit kepala, gastrik, penyakit dan sebagainya yang kita tidak tahu apa yang menyebabkan kelewatan, jadi kita tidak berhak menilai manusia. Serahkan kepada Allah untuk menilai dengan nilaian yang sangat adil. Wallahu-A’lam.

kredit: rakangroup


Salam Ukhuwah..~

Ahad, 2 Disember 2012

Syirik


Gambar sekadar hiasan sahaja


SYIRIK artinya: menyekutukan Allah SWT dalam peribadatan dengan salah satu makhluk-Nya (dengan selain Allah). 

PENYEBAB SYIRIK Ada beberapa faktor yang menyebabkan manusia terjerumus kepada syirik antara lain:

1.Pengagungan biasa (thobi'i) seperti: *Pengagungan seorang anak terhadap bapaknya (Qs.17:23,24) *Pengagungan terhadap Nabi dan Rasul (Qs.4:64 /24:63 /49:2-3) Pengagungan seperti ini dianjurkan,bahwa diwajibkan.

2. Pengagungan yang berlebihan sehingga sampai kepada pengkultusan (taqdis). Pengagungan seperti ini yang menyebabkan timbulnya syirik seperti pengagungan terhadap: * 'Ulama (Qs.71:21-23) 


MAKNA SYIRIK artinya: menyekutukan Allah SWT dalam peribadatan dengan salah satu makhluk-Nya (dengan selain Allah)

Mengikuti hawa nafsu (Qs.31:21/19:59/28:50/25:43/3:14). 

Sombong (Qs.43:51/40:56/79:17-20/2:258). 

Adanya para thogut yang menindas manusia dan tidak berhukum dengan apa yang diturunkan Allah (Qs.7:59,60/7:65,66/7:73,76/14:28,30/34:31-33)

BEBERAPA BENTUK SYIRIK: Sujud kepada berhala bukanlah satu-satunya bentuk syirik. Apabila kita kembali kepada Al-Qur'an kita akan tahu bahwa sujud kepada berhala adalah satu dari sekian banyak bentuk syirik. Di antara bentuk-bentuk syirik tersebut adalah: 

1. Mendapatkan diri kepada selain Allah SWT, iaitu mendekatkan diri kepada sesuatu benda dengan berkeyakinan bahwa benda tersebut dapat mendekatkan diri sipelakunya kepada Allah SWT (Qs.39:3). 

2. Memohon pertolongan (syafa'at) (Qs.10:18/39:43,44). 

3. Cinta (mahabbah) dan wala'(loyalitas).Wala'seorang mu'min wajib ditujukan hanya kepada Allah, Rasul dan orang-orang beriman (mu'minun) (Qs.5:55,57) dan tidak boleh (haram) ditunjukan kepada:

 a. Yahudi dan masrani (Qs.5:51). 

b. Orang-orang kafir lainnya (Qs.9:23). 

c. Orang-orang yang menentang dienullah (Qs.58:22). 

d. Orang-orang yang mengejek dienullah (Qs.5:57). Seorang mu'min tidak boleh (haram) mencintai sesuatu melebihi cintanya kepada Allah (Qs.2:165/9:24). Siapa xang memberikan wala'Nya kepada selain Allah, Rasul dan orang-orang mu'min atau mencintai sesuatu melebihi cintanya kepada Allah berarti syirik. 

4. Syirik dalam ketaatan dan ikutan : 

a. Mengikuti selain apa yang diturunkan Allah (Qs.7:3). 

b. Mengikuti hukum yang mengharamkan yang halal dan menghalalkan yang haram (Qs.9:31/16:35/42:21/4:65). 

c. Syirik riya' (Qs.18:110). 

PENGARUH SYIRIK Ada beberapa pengaruh negatif yang di sebabkan oleh syirik antara lain: 

1. Memadamkan cahaya fitrah. Manusia dilahirkan keadaan fitrah,suci dan bertauhid. Maka seorang yang melakukan syirik berarti ia telah memadamkan cahaya fitrah dan ketauhidannya. 

2. Mematikan tuntunan jiwa yang suci. Jiwa yang bertauhid tidak akan tenggelam dalam lumpur hawa nafsu. Ia akan selalu melihat ke alam yang tinggi. Namun jiwa yang telah dilumuri ole syirik akan jatuh kejurang kehinaan (Qs.22:31). 

3. Menghilangkan perasaan 'Izzah (kemuliaan) dan melibatkan pelakunya dalam perbudakan yang hina. 'izzah itu kepunyaan Allah, Rasul dan Ora ng-orang beriman (Qs.63:8). Seseorang yang tidak beriman dia tidak punya 'izzah dan tidak akan pernah tahu dan merasakannya, bahkan menjadi budak dunia,syahwat dan hawa nafsu yang hina dina (Qs.47:12). 

4. Menggugurkan amal sholeh (Qs.39:65). 

5. Kekal dalam neraka (Qs.4:116-121). Demikiamlah Allah terangkan ayat-ayatnya tentang syirik, semoga kita dijauhkan dengan syirik, amiiinnnn....

kredit: rakangroup


Salam Ukhuwah..~

Sabtu, 1 Disember 2012

Siapa Yang Akan Kita Tipu ?



Orang yang berdosa ialah orang yang bersalah. Orang bersalah perlu di adili di mahkamah. Mahkamah pengadilan itu ada tiga:


Pertama:

Mahkamah dunia yang mana saksi, pendakwa dan hakimnya ialah manusia. Acap kali dengan kebijaksanaan dan kelicikan, mahkamah dunia di perdaya. Justeru sering kali yang bersalah terlepas, sebaiknya yang benar pula terhukum. Lalu, masyhurlah kata orang yang bijaksana bahawa tidak ada keadilan yang mutlak didunia ini.


Kedua:

Mahkamah Akhirat yang hakimnya ialah Allah Yang Maha Adil. Di sana nanti, yang benar pasti menang, yang salah pasti kalah. Akan ketara segalanya walau sepandai mana sekalaipun bersilat kata. Saksi dan bukti sangat autentik dan tidak dapat dipertikaikan lagi. apa yang ada pada diri akan ‘hidup’ untuk menjadi saksi dan pendakwa. Kulit, tangan, kaki dan segala anggota akan menjadi saksi.


Ketiga:

Mahkamah Hati. Saksi, pendakwa dan hakimnya ialah hati sendiri. Hati kecil yang sentiasa berkata benar walau cuba dinafikan dan dipendamkan oleh tuannya sendiri. Protes hati kecil ini terhadap perlakuan dosa sentiasa bergema dalam rahsia. Fitrahnya akan menjerit. Itulah jeritan batin yang mampu menghantar pemiliknya kelembah sakit jiwa yang menyesakkan.

Ya, dosa boleh disembunyikan dan dinafikan dihadapan manusia, tetapi mana mungkin disembunyikan daripada Allah s.w.t. dan diri sendiri. Jadi, bagaimana kita boleh menafikan kesalahan dan dosa apabila di adili oleh mahkamah hati sendiri? Setiap masa, setiap ketika dan pada setiap suasana, hati kecil akan bersuara, ia tidak tega dengan kesalahan, ia tidak rela dengan kemungkaran.

Dosa itu sangat memberi kesan kepada hati. Apabila kita berdosa hakikatnya kita melakukan dua ‘perlanggaran’. Pertama, perlanggaran atas fitrah hati yang secara tabiinya bersifat baik. Kedua, perlanggaran terhadap hak Allah, Zat Yang Maha Tinggi. Dua perlanggaran ini sudah cukup meragut ketenangan.

Jangan dilawan fitrah hati yang menyukai kebaikan dan membenci kejahatan. Fitrah ini kurniaan Allah, yang dengannya manusia boleh menerima pengajaran dan didikan. Jika fitrah yang suka akan kebaikan itu subur, dididik dan dipimpin, maka jalan hidup akan harmoni dan bahagia. Sebaliknya, jika fitrah yang baik itu di abaikan apatah lagi dinafikan, tunggulah penderitaan dan kesempitan!

Rasulullah s.a.w. sangat arif tentang hakikat ini. Justeru , apabila beliau ditanya,apakah itu dosa? Baginda s.a.w. menjawab: “Dosa ialah sesuatu yang menyebabkan hati kamu resah dan kamu tidak suka orang lain melihat kamu melakukannya.”

Oleh sebab itu, awaslah wahai setiap diri kerana dosa itu umpama racun. Bahananya akan merosakkan diri secara perlahan lahan atau mendadak. Nikmatnya hanya seketika sedangkan dosanya berkekalan dan akibat buruknya panjang.

Justeru, sering-seringlah bersidang di mahkamah hati. Selalulah bertanyakan hati kecil sendiri, apakah hidup kita diredhai? Berapa banyak dosa yang telah kita lakukan? Insya –Allah, hati itu tidak akan berdusta. Disamping Allah s.w.t. tahu siapa kita, kita sendiri juga tahu siapakah diri kita yang sebenarnya. Jadi, janganlah berpura pura. Siapa yang cuba kita tipu? Manusia? Allah? Atau diri kita sendiri?

kredit: rakangroup


Salam Ukhuwah..~