Bacaan Popular

Selasa, 4 Disember 2012

Kesah 5 Jari


Pagi ini memang tak sibuk, sementara menunggu waktu suboh tok nak ceritakan kesah 5 jari pula. Pagi semalam sempat cerita sikit sangat dalam facebook. So, pagi ini boleh di panjang kembangkan untuk munafa'at kita bersama. Tok kata begitu sebab bila kita membaca kita faham apa yang kita baca. Tapi bila kita menulis kemudian baca semula sebelum diterbitkan membuatkan kita faham berkali-kali. Alhamdulillah itulah kelebihan yang ada pada orang yang suka menulis dan orang yang suka membaca.

Semua manusia mempunyai 5 jari pada sebelah tangan. Jangan kita tanya kenapa Allah s.w.t. jadikan ada 5 jari tapi fikirkanlah kenapa Allah s.w.t. jadikan sedemikian. Pernah juga kita bersua dengan orang yang mempunyai hanya 4 jari atau 6 jari, itu cuma kebetulan atau selepas mengalami kecacatan sebab tertentu seperti main mercun dan sebagainya.

5 jari yang ada pada kita sebenarnya membuktikan kehidupan dan mati kita didalam 5 alam yang berbeza. Jaraknya amat sukar disebut. Namun bagi anda yang boleh berfikir sebentar nanti boleh mula berfikir bagaimana jaraknya. Dan 5 alam yang tok sebutkan itu berkisar kepada 5 jari kita, ia adalah;

1. Jari Kelingking

Jari kelingking membawa pengertian Alam Roh. Alam ini sangat halus dan kita yang telah melalui alam ini tidak akan ingat betulkah dulu kita pernah berada dialam tersebut? Nak tak percaya tak boleh tidak kena percaya juga sebab sebelum kita berada dialam perut mak kita memang kita telah berada dialam itu.

Semasa berada dialam tersebut sebenarnya pernah kita meminta kepada Allah s.w.t. supaya kita dilahirkan dalam kalangan sebuah keluarga yang dimana kita berada sekarang.

Mungkin keluarga kita dari kalangan berpendapatan sederhana, pendapatan nafkah mungkin dari pekerjaan dilaut sebagai nelayan atau sebagai penjemur ikan kering. Itulah yang kita minta dulu sebelum jasad kita diujudkan didalam rahim mak kita.

Ada orang yang minta supaya lahirnya sebagai seorang perempuan yang cantek dikalangan orang berbangsa Kemboja dan mengamalkan penyembahan terhadap berhala Budhha. Dengan lahirnya kita dikalangan tersebut kita berazam dengan kecantikan dan pengertahuan kita semasa dialam roh membolehkan kita berkempen agar semua keluarga kita kembali menyembah Allah s.w.t. serta meninggalkan segala laranganNya.

Namun apabila kita lahir kita lupa semua itu..


2. Jari Manis

Jari manis membawa kiasan Alam Rahim dimana kita berada selama 9 bulan (atau kurang daripada itu) dalam kandungan perut mak kita. Diwaktu inilah jasad kita yang berasal dari air mani yang ayah kita masukkan kedalam rahim mak kita menjadi beku (selepas bertembong dengan telor dari mak kita) dan diberikan roh pula oleh malaikat yang diperintahkan menjalankan tugasnya oleh Allah s.w.t. pabila sampai waktunya yang ditentukan.

Bila telah mendapat roh kita mula berkomunikasi dengan alam luar perut mak kita. Kita mendengar perbualan mak kita dengan orang sekelilingnya. Jikalau mak kita makan benda-benda yang lazat maka kita juga akan dapat menikmati makanan tersebut begitu juga jikalau mak kita menikmati bacaan ayat-ayat suci al Quran maka kita juga dapat menikmatinya.

Masihkah kita ingat sewaktu dalam perut mak dulu kemana dan apa yang mak kita cakap bila ayah balik? Pasti kita tak ingat sebab didunia ini kita tidak ingat apa yang berlaku semasa dalam perut mak kita dan apa yang berlaku semasa sebelum berada dalam perut mak kita.  Sialah kita untuk dapat mengingat semuanya itu jika bukan dengan izin Allah s.w.t.


3. Jari Hantu

Jari hantu berkias dengan kehidupan alam dunia ini. Jari ini juga lebih panjang dari jari yang lain. Disebabkan jari ini lebih panjang dari jari yang sebelumnya maka memori sebelum ini tidak ada pada akal fikiran kita kerana (terlindung disebalik jari yang tinggi) itu ketentuan Allah s.w.t.

Walaupun fizikal jari ini panjang namun tidak semua memori disini dapat kita ingat terutama ketika kita mula-mula lahir apa yang kita nampak, bila membuka mata buat kali pertama Dan antara dua puting susu yang ada di dada mak kita puting sebelah mana yang mula-mula kita isap. Tak ingat juga, sebab memori kita waktu itu adalah memori bayi yang baru nak jadi manusia didunia ini. Begitu juga memori seorang manusia yaang tersangat tua (contoh 100 tahun) dia juga dah tak ingat serta tak kenal anak cucunya sendiri. Ini bermaakna memori ataupun ingatan kita diberi secara sedikit demi sedikit dan kemudian apabila sudah tua diambil sedikit demi sedikit.

Kita diminta berbuat baik semasa hidup didunia ini. Namun ada antara kita yang tidak menjalankan amanah tersebut, yakni amanah sewaktu berada dialam roh dulu.

Walaupun jari hantu ini sering kita gunakan untuk meggosok lubang dubur sewaktu menjurus air selepas hajat besar namun jari hantu itu sendiri perlu kita bilas sebanyak sekurang-kurangnya 3 kali barulah kita dikira boleh pula mengambil wuduk untuk mengadap kepaada Allah s.w.t. kemudian berbicara dengan Allah .s.w.t.

Tapi ramai antara kita yang sewaktu cebok (bahasa pasar) tidak mengenakan air sebnyak 7 kali semasa menggosok lubang dubur dengan jari hantu. Sepatutnya kita gosok 7 kali. Kemudian basuh jari kita sebanyak 3 kali sekurang-kurangnya. Dan ada pula diantara masyarakat kita yang langsung tidak menggunakan jari sebaliknya cuma menggunakan kertas atau sekadar mengharap pancutan air ditandas yang kononnya moden. 

Cara kita cebok menggunakan jari hantu adaalah cara bagaimana hidup kita dimuka bumi Allah s.w.t. ini. Dan jangan lupa jari ini juga digunakan sebaagai simbol untuk peliwat apabila dinaikkan keatas. Ini bermnakna dengan jari ini kita membuat keburukan atau kebaikan.

Pastinya kita mengharap dapat terus membuat kebaikan sebanyak mungkin sebelum kita dijemput datang kedunia ke 4 yakni kubur. Pastikan juga sebelum kesana kita tidak jadi hantu.


4. Jari Telunjuk

Jari telunjuk adalah berkias terus dengan alam kubur. Jari ini juga berkait terus kehati. Sebab itulah bila kita marah anak kita akan menggunakan jari ini sebagai memberi peringatan. Dan apabila kita marah kita menggunakan jari ini sebagai isyarat marah. Jari ini juga kita gunakan untuk tahayat dimana jari ini berperanan untuk terus masuk kehati. Jadi berhati-hatilah bila menggunakan jari ini kerana bila kita marah dan menggunakan jari ini maka waktu itu hati kita juga turut marah. 

Tapi bila kita waktu mana kita memberi pengajaran yang baik kepada anak kita atau sesiapa serta terpaksa menggunakan jari ini maka janganlah ditegakkan terlalu tegah seperti keadaan ego, tapi tundukkan sedikit. In sya Allah hati kita-kita ini akan menjadi lembut.

Untuk melembutkan hati juga kita akaan gunakan jari ini. Contoh bila suami tak suka berbicara lagi dengan kita dan selaalu berkeras. Maka kita dibolehkan menggunakan jari ini. Caranya dapatkan madu lebah, calit (palit) sedikit madu tersebut menggunakan jari telunjuk dan kacau madu lebah dihujung jari kita kedalam air yang sedia berada dalam gelas dengan kacau pusingan lawan jam (tawaf di Kaabah) sambil selawat keatas Nabi s.a.w. sebanyak 7 kali selawat. Beri dia minum In sya Allah hatinya akan lembut terhadap kita. Untuk anak-anak yang tak dengar kata pun boleh amalkan sebegini. Tapi jangan lupa niat dalam hati supaya apabila anak atau suami minum air yang kita buat ini akan dengar cakap kita (bukan Queen control hek).

Memberi pandu arah jalan yang benar juga jari ini sebab itulah jari ini berhampiran dengaan jari dunia (jari hantu). Cuba kita fikirkan sejenak kenapa ia berdekatan.

Dan yang paling menyeramkan ialah malaikat munkar nakir menggunakan jari itu untuk mendakwa kita didalam kubur. Jadi berbuatlah kebajikan serta amaal yang soleh sebelum masuk kekubur.


5. Jari Ibu (Ibu Jari)

Ibu jari ini nyata memang pendek tapi besar. Ia cukup kuat untuk digunakan mengambil serta mengangkat sesuatu benda dengan pertolongan jari lain. Tanpa ibu jari kita tak mungkin mudah mengambil sesuatu apa-pun. Jari ini dikaitkan dengan alam kekal selepas alam kubur (selepas dunia qiamat).

Jikalau semua kehidupan dulu kita jalani dengan baik maka kita akan mendapat kebaikan maka ibu jari akan berdiri keatas yang membawa maksud seperti simbol GOOD (lihat gambar dibawah) dan jikalau amal kebaikan kita tidak baik maka ibu jari ini akan menjunam kebawah menjadi NO GOOD (gambar dibawah).


Begitulah apa yang terdapat pada lima jari pada sebelah tangan kita. Tapi jangan lupa pada setiap jari yang 5 tadi terdapat sendi-sendinya pula.

Nak tok bagi kiasan makna semua sendi-sendi itu?


Sendi Pada Setiap 5 Jari

5 jari juga menunjukkan 5 waktu solat serta 5 waktu kehidupan (bukan alam lagi tau). Seperti yang kita semua tahu waktu suboh pada jari kelingking, zohor pada jari manis begitu seterusnya sampai kepada ibu jari yakni solat fardhu Isya'.

5 tahap kehidupan ialah dari zaman bayi, zaman kekanak, zaman remaja, zaman muda dan zaman tua Genap semuanya ada 5 zaman.

Dan diantara 5 solat fardhu yang diwajibkan keatas kita ada lagi solat-solat sunat dicelah-celahnya. Itulah pengukuh ibadah solah yang fardhu. Dan itulah pengukuh kerja jari yang 5. Tanpa sendi tentu 5 jari tak dapat menjalankan kerja dengan baik.

Kekuatan ibu jari dengan jari telunjuk sahaja boleh mengangkat gelas minuman yang membolehkan kita minum. Begitu juga kekuatan maghrib dengan isyak yang hampir. Tapi jangan lupa selepas solah isya' ada lagi solah yang boleh kita tunaikan termasuk solah tahajud ditengah malam.

Jari kelingking, jari manis, jari hantu dan jari telunjuk mempunyai 7 sendi bila dikira naik dari dikiri dan turun kekanan jari (seperti rajah dibawah)


4 batang jari sudah ada 28 sendi dan bila ditambah dengan sendi yang ada pada ibu jari yang memiliki 5 sendi, maka jumlah keseluruhan sendi yang ada pada jari ialah 33. Ia bertepatan dan sama dengan amalan yang menghilangkan keletihan kerana bekerja seharian yakni pembacaaan tasbih Fatimah, 'Subhanallah 33 kali, Alhamdulillah 33 kali dan Allah Akbar 33 kali'.

Kita amalkan membaca tasbeh Fatimah setiap malam sebelum kita tidur dan jangan lupa yang lebih penting yakni mengucap 2 kalimah syahadah. Nak cantek lagi bacalah ayat Qursi sebelum tasbeh Fatimah itu. Tidur kita juga dinasihatkan tidur dalam keadaan berwuduk, pasti lena dan damai sepeti pengantin baru.


Salam Ukhuwah..~



Tiada ulasan:

Catat Ulasan