Ada masalah upload picture
jadi untuk keluaran ini tiada picture
Kata ulama, ilmu itu umpama haiwan liar yang perlu diikat atau dikurong agar ia tidak mudah terlepas. Jadi apabila hadir ke majlis-majlis ilmu bawalah pen dan kertas untuk mencatet apa-apa yang perlu. Jika tidak dicatet maka jadilah ia haiwan liar.
Satu orang yang berilmu lebih di takuti oleh syaitan berbanding 1000 orang abid (abid ialah ahli ibadah). Jadi hidup kita ini mestilah berilmu. dengan ilmu kita dapat tahu yang mana satukah perintah Allah yang patut kita buat pada waktu dan masa yang sepatutnya atau pada masa yang sesuai. Contoh ketika selesai solat maghrib kita ada masa lebih kurang 7 minit untuk solat sunat, sebab sebentar lagi ada kuliah maghrib lalu kita bersegera 2 rakaat kemudian bersedia untuk mendengar kuliah, ini tindakan betul.
Bagi yang tidak berilmu pula dia lebih suka meneruskan lagi solat sunat sebab ada hadith bagitau sesiapa mendirikan 12 rakaat solat sunat selepas fardhu maghrib akan mendapat ganjaran yang menyamai bertahun-tahun mengerjakan ibadat sunat yang diterima. Jadi dia pun tinggalkan kuliah maghrib walhal kuliah maghrib adalah satu amal secara berjemah yang ganjarannya air melaut, walhal solat infradinya cuma setitis dari air laut.
Ilmu wujud dalam 2 bentuk, satu dalam bentuk fadhail dan satu lagi dalam masail. Fadhail ialah kita dapat baca dari kitab-kitab atau buku atau dari youtube. Dan masail kita pergi cari guru atau ustaz atau pergi ke masjid serta duduk dalam kuliah suboh atau kuliah maghrib. Inilah cara terbaik kerana dengan duduk dalam masid tak ada kuliah pun kita dapat pahala dengan syarat masa melangkah masuk tadi sudah niat iktikaf, apalagi apabila ada kuliah atau ceamah pastinya mudah mengantuk.
Dalam bab mencari guru yang bukan di masjid ini pun kita hendaklah berwaspada. Pastikan guru atau ustaz tu dalam aliran sunnah wal Jemaah sebab Nabi s.a.w. bgitau agama yang dibawanya itu suatu hari nanti akan berpecah kepada 73 cabang. Dalam banyak-banyak cbang itu hanya satu saja yang betul yakni sunnah wal Jemaah, yang lain tu hanya Allah dan RasulNy saja yang tahu. Jadi berwaspadalah. Jikalau tak tahu dimana guru yang sepatutnya elok duduk dalam masjid saja.
Mengantuk dalam kuliah suboh dan maghrib atau ceramah-ceramah agama yang diadakan dalam masjid adalah perkara biasa sebab ketenangan berada disekeliling kita pada waktu itu. Sebenarnya dalam masjid kita akan peroleh suasana malaikat, ada malaikat yang Allah cipta hanya ditugaskan mencari majlis-majlis ilmu dan apabila bertemu dengan satu majlis maka berteriaklah para malaikat memanggil malaikat yang sejenisnya untuk hadir sama-sama dalam majlis itu. Ini menjadikan semakin lama semakin ramai malaikat yang hadir maka kita pun mengantuk.
Bila ada ilmu baru kita tahu bila nak buat ibadah solat sunat, bila nak puasa sunat, waktu bila nak bersedekah, kepada siapa kita perlu sedekah, dengan siapa kita patut berkawan, bila nak baca quran dan bila nak berzikir.
Nak baca quran dalam masjid waktu tengah ada ceramah mana boleh. Begitu juga nak buat 2 rakat solat sunat. Walaupun kita mendirikannya ditingkat bawah masjid (kerana masjid itu ada 2 tingkat) bermakna kita meninggalkan majlis besar, kita sendiri yang rugi sebab tak ada ilmu. Para ustaz yang datan cerama atau kuliah di masjid semuanya ada tuliah sebab di anta oleh Jabatan Agama, jadi janganlah pergi majlis ceramah yang dibuat ditempat yang bukan masjid takut-takut kita akan hanyut ke aliran lain sedangkan kita aliran sunnah wal Jemaah, jaga aliran kita.
Zaman ini yang mengaku Nabi pun dah ada, yang mengaku tuhan pun ada, yang mengaku ustaz lagilah ramai dan ada juga kita bolh jumpa ustaz yang solat sunat atas kubur konon nak ambil berkat tuan punya kubur. Mintak-mintak kita bukan dri kalangan tersebut.
.
.
La haula wala quwwata illa billah..~
Thanks for taking the time to discuss this, I feel strongly about it and love learning more on this topic. Celebrity Net Worth is a celebrity finance outlet that offers a comprehensive database of Celebrity net worth's in the world.
BalasPadam