Bacaan Popular

Jumaat, 17 Mac 2017

Dosa

 
Kepercayaan serta keyakinan kita bahawa hanya dengan amalan yang hebat akan membuatkan seseorang itu layak masuk ke syurga adalah salah dan bahaya untuk diri dia sendiri. Sedangkan Nabi s.a.w. memberitahu bahawa seseorang itu tidak masuk syurga dengan hanya amalan yang dilakukannya tetapi dengan Rahmat Allah, lalu seorang sahabat bertanya, 'Adakah termasuk engkau ya Rasulullah?' Lalu Baginda s.a.w. menjawab, 'Ya, termasuk aku.'
 
Namun Baginda Nabi s.a.w. di liputi Rahmat Allah ta'ala keatas seluruh dirinya dan dia maksum yakni yang dipelihara oleh Allah ta'ala dari melakukan dosa. Dan sememangnya tempatnya disyurga.
 
Apabila Allah ta'ala telah takdirkan bahawa mereka-mereka yang tidak melakukan dosa maka makhluk itu adalah malaikat sahaja. Kita ini sebagai manusia tidak dapat lari dari melakukan dosa, namun dosa yang paling kita tidak sedar ialah memandang rendah terhadap orang lain yang melalukan dosa. Dengan yang demikian kita juga melakukan dosa kerana memandang rendah terhadap orang lain termasuk memandang rendah kepada orang yang tidak solat, orang yang terus menerus minum arak atau berjudi dan dalam masa yang sama kita merasakan diri kita lebih elok atau lebih baik dari orang tersebut.
 
Lalu apabila ada peluang bercakap kita akan menjadikan contoh orang yang kita lihat itu sebagai kiasan untuk konon kita jadikan iktibar. Sebenarnya kita sedang memperkatakan apa yang Allah takdirkan untuk orang itu. Allah zahirkan orang itu untuk 2 tujuan, pertama untuk membuka peluang kepada kita mencegah perbuatan munkar yang dilakukannya dan yang kedua untuk kita menahan prasangka yang tidak baik kita terhadap orang itu.
 
 
Lalu jika kita meneruskan usaha untuk menjadikan orang itu sebagai contoh dalam percakapan-percakapan lain yang munkin bagi kita suatu nasihat yang baik untuk diikuti oleh orang lain. Secara tidak sedar setan telah menghias perkataan kita dan kita pula mendapat sanjungan sekaligus kita terperangkap dalam dosa yang kita rasakan bukan dosa, bahkan kita merasakan ianya adalah suatu percakapan nasihat yang baik untuk orang lain agar tidak melakukan dosa yang sedemikian.  Pada masa itu keyakinan yang kuat bahawa kita tidak melalukan dosa sedang dihiasi oleh syaitan. Bahkan syaitan menipu kita yang kita sedang melakukan kebaikan.
 
Dengan melakukan demikian ulamak bagitau suatu masa nanti sebelum kematian kita, kita akan didatangi dengan dosa yang sama. Dosa yang pernah dibuat oleh orang yang kita pandang rendah itu kerana kita rasa kita lebih baik darinya akan datang masuk dalam diri kita dan kita pula melakukannya. Untuk mengelak dari kedatangan yang sedemikian  kita harus bertaubat bersungguh-sungguh minta Allah ampunkan dosa kita, dosa yang kita sedar atau dosa yang kita tidak sedar.
 
Telah berlalu begitu banyak peristiwa yang menimpa sekian banyak manusia dimana kita dapat lihat seseorang dimasa mudanya atau dimasa sihatnya sentiasa berulang alik kemasjid sehari 4 waktu. Oppss....kenapa hanya empat waktu? Sepatutnya solat 5 waktu. Kerana solat maghrib dan isyak borong pergi sekali sahaja dan lepas isyak baru balik, jadi maghrib dan isyak kira satu. Orang yang setiap hari 4 kali pergi masjid namun di masa tuanya atau dimasa setelah tidak sihatnya tidak lagi kemasjid bahkan meninggalkan amalan solat berjemaah atau tidak solat langsung dengan alasan uzur.
 
Allah ta'ala taknak tengok amalan  di awal kehidupan kita tapi Allah ta'ala nak tengok amalan akhir sebelum kematian kita. Siapa yang akhir kalamnya dapat mengucap kalimah 'Lailaha ilallah' maka wajib syurga baginya, sabda Nabi s.a.w.
.
.
La haula wala quwwata illa billah..~

1 ulasan:

  1. I really like your approach of blogging. I bookmarked it to my bookmark website record and shall be checking back soon. Find out today's Celebrity birthdays and discover who shares your birthday. We make it simple and entertaining to learn about celebrities.

    BalasPadam