Gambar al Quran Braille Arab sebagai hiasan.
Orang Kelam bermakna orang yang cacat penglihatan atau juga kita sebut orang buta. Istilah orang kelam hanya ada didaerah utara semenanjung terutama Kedah, Perlis dan Pulau Pinang Utara. Walaupun Tok Wan lahir di Kedah tapi pada usia muda tak tahu pun istilah ini orang kelam ini sehinggalah suatu hari ada seorang buta datang kekedai dan Mak Su bagitau suruh Tok Wan layan orang kelam itu. Terpinga-pinga juga apa dia yang dimaksudkan dengan orang kelam itu. Namun akhirnya fahamlah juga rupa-rupanya orang kelam itu ialah orang yang cacat penglihatan, maklumlah lahir saja di Kedah tapi dibesarkan dan bersekolah dan berumah-tangga pun di Kuala Lumpur.
Suatu masa ketika tak lama dulu dalam satu halaqah quran kami ada seorang orang kelam bersama-sama kami, dia membaca al Quran Braillenya. Katanya al Quran Braille berlipat-lipat kali ganda mahalnya dari al Quran biasa. Helaiannya besar dan ada dalam beberapa jilid. Nampak dengan mata kasar ianya hanya helaian kertas yang kosong tapi bila diteliti rupa-rupanya ia mempunyai bintik-bintik bulat yang terlalu banyak. Kami selalu membaca al Quran bersama-sama seawal lepas isyak hinggalah jam 11.30 malam, kecuali malam juma'at dengan infradi amal. (infradi amal tu maksudnya ialah amalan masing-masing nak baca hadith ker atau nak dirikan solat sunat ker ikut sukalah).
Dalam satu kejadian pada satu malam sedang leka membaca al Quran tetiba bekalan elektrik terputus. Kami meneruskan bacaan setakat mana dan apa yang kami ingat apa-apa dihujung ayat yang masing-masing tengah baca. Mana yang dah tak ingat maka berhenti membaca. Lepas seorang seorang lagi berhenti walhal waktu baru jam 10 malam. Akhirnya tinggallah orang kelam itu sahaja yang meneruskan bacaannya. Selang dua atau tiga ayat orang kelam itu juga bernenti membaca. Kemudia dia bertanya kepada kami kenapa kami semua berhenti membaca, apa yang berlaku? Kami memberitahu kepada dia bekalan elektrik tiada. Orang kelam itu ketawa kecil lalu berkata. Dalam kubur nanti tiada elektrik juga tau.
Masing-masing kami tersintak dibuatnya. Kemudian orang kelam meneruskan bacaannya. Dalam kegelapan itu Tok Wan terfikir kelebihan Allah s.w.t. memberi ilham kepada manusia untuk mencipta tulisan Braille agar orang buta juga dapat membaca al Quran. Subhanallah wabihamdihi, subhanallahal azim. Betapa Agungnya Allah yang memberikan mata yang tidak dapat melihat kepada orang kelam ini.
Pada suatu masa yang lain selepas kerja-kerja gotong royong membersihkan halaman markas orang kelam itu pun mengadu kepada Amir Sabb. Tuan, katanya. Mata saya sakit, hari ini saya tak dapat membaca al Quran.Amir Sabb pun menggoyang-goyangkan tangannya depan mata orang kelam. Nyata tiada respon dari orang kelam itu. Namun orang kelam itu dapat merasakan ada tangan yang bergoyang-goyang didepan matanya dari kesan angin, lantas dia bersura. 'Bukandisitu tuan, disini, katanya sambil menghulurkan jejarinya yang luka-luka akibat tertikan duri pokok bunga ros waktu gotong royong tadi. Ini bermakna bila hujung jarinya mengalami calar-calar atau luka maka ibarat matanya sakit. Aduhai.... betapa pentingnya hujung jari itu untuk mengulangi Kalam Allah yang Allah ta'ala pernah utuskan kepada Malaikat Jibril a.s. kemudian Jibril a.s. pula membawanya untuk diajar kepada Nabi kita Nabi Muhammad s.a.w. Mungkin pada hari tersebut Allah buat keputusan untuk memberi cuti kepada orang kelam.
Tapi bagaimana dengan kita yang tidak kelam ini? Hari ini sudah baca Quran ker belum. Kalau jawapannya mata sudah tidak berapa jelas boleh tempah cermin mata. Kalau tiada bekalan elektrik boleh guna lilin atau lampu LED yang baterinya boleh guna ubi kentang. Jikalau tiada Quran boleh pergi kemasjid, disana banyak Quran di impak orang. Setiap hari ada sajapemuda pemudi mencari orang yang hendak impak al Quran kemasjid. Adooiii... dalam henfon pun dah ada Quran kan. Jadi apa lagi masalahnya yang tak dapat baca Quran?
Jikalau jawapannya 'Mata sudah kabur' maka menyusul nanti, makanan harian bertukar kepada bubur, rambut dan janggut akan banyak gugur, susunan gigi juga mula berterabur, kemudian jalan sudah tidak teratur, perkataan keluar dari mulut juga mula kabur dan itulah petanda panggilan ke kub.....
.
.
La haula wala quwwata illa billah..~
Tiada ulasan:
Catat Ulasan