Bacaan Popular

Jumaat, 4 Mac 2016

Kefahaman Agama

Gambar sekadar hiasan.

Kebanyakan orang Melayu beragama Islam dan mereka telah Islam sejak mereka lahir. Mereka beruntung kerana dilahirkan dari rahim seorang ibu yang sudah beragama Islam. Namun Islam yang bagaimanakah ibu, ayah serta nenek moyang kita. Kita di Malaysia sebenarnya baru saja masuk agama Islam walhal orang-orang di Negara China telah lama Islam dari kita. Dikatakan kita baru 500 tahun masuk Islam sedangkan orang-orang Cina di Negara China telah Islam sejak 1400 tahun dahulu semenjak Saad bin Waqqas r.anhu pergi ke Negara itu.

Kini kita di Malaysia apabila bertemu dengan orang Cina yang beragama Islam kita akan kata mereka Mua'alaf. Namun selepas lama berbicara dengan orang Islam dari China itu barulah kita sedar bahawa sebenarnya kita yang mu'alaf. Sama-sama kita ketawa tetapi sebenarnya kita mentertawakan diri kita sendiri. Kata orang tua-tua tuntutlah ilmu sampai kenegeri China lalau kita setuju tapi sebenarnya tuntutlah ilmu sampai keliang lahat. Lalu kita terpinga-pinga.

Sebenarnya walaupun sudah lama menjadi orang Islam atau masih baru dalam Isl;am apa yang penting kefahaman agama yang ada dalam diri kita itu yang mustahak. Kita jumpa ramai ustaz yang pandai cakap terutama dalam media sosial ada yang meninggikan suara dalam masjid seolah-olah motivasi untuk jemaah tambah amal ibadah, ada yang memetik sumber yang entah dari mana dan ada pula ajaran tarikat tertentu yang pemerintah sendiri sudah mengharamkannya. Dalam media sosial pula mereka berdakwah. Sebenarnya mereka bukan berdakwah tetapi mengadakan motivasi kearah agama yang mereka sendiri pun tidak faham.

Siapa yang faham tentang agama? Hanya mereka yang telah dikebumikan dalam kubur saja yang faham tentang agama. Tok Wan sendiri pun belum cukup faham sebab itulah dalam doa ketika sujud akhir solat tahajut selalu minta Allah beri kefahaman agama kedalam diri ini.

Namun betapa pun kita faham baik sedikit atau banyak tentang agama ini eloklah kita patah balik kepada pangkal. Pangkal segala pangkal adalah kalimah 'Laillaha ilallah' yang membawa maksud 'Tiada Tuhan melainkan hanya Allah' dan sambungannya 'Muhammadar Rasulullah' yakni tiada cara lain untuk memahami agama ini melainkan ikut cara Rasulullah s.a.w.

Bila ikut cara Rasulullah s.a.w. sudah pasti kita akan ikut sunnah sebab apa yang Nabi s.a.w. buat atau fikir atau cara hidup serta keterampilannya semuanya disebut sunnah. Apabila kita tak ikut sunnah maka jalan itu tidak menuju tepat pada sasaran agama.

Dari Abu Ayyub r.anhu menjelaskan bahawa sunnah-sunnah para Rasul ada empat; pertama malu, kedua berwangi-wangian, ketiga bersugi gigi dan keempat nikah. Perkara ini diriwayatkan oleh Tarmizi. Inilah pokok utama dalam sunnah. Sunah ini membuktikan setiap Nabi a.s. termasuk Rasulullah s.a.w. mempunyai malu. Tanpa rasa malu sudah pasti penceramah meninggikan suaranya dalam masjid. Mungkin terikut-ikut cara pakar motivasi seperti lazim mengadakan bengkel-bengkel motivasinya dengan bayaran beratus ringgit. Cara itu salah, itu bukan cara Islam itu bukan sunnah.

Dikatakan bersugi gigi adalah sunnah namun sebilangan besar kita menggunakan berus serta ubat gigi sebab lazimnya iklan ubat gigi yang diberi jaminan kekuatan gigi di televisyen memaparkan demikian dan ditambah keyakinan keluarga jika tiada ubat gigi khususnya Colgate umpama tiada beras. Walhal sugi memberikan 70 munafaat kepada kita dan diantaranya ialah mata tidak mudah kabur, gigi bersih dan kuat serta dapat mengucap ketika hendak meninggal dunia. 

Bertubi-tubi hadith demi hadith kita dedahkan kepada orang ramai namun keadaan sedemikian juga. Orang masih yakin dengan Colgate dari sugi, orang masih yakin dengan misai yang dikatakan misai cari makan dari janggut yang dikatakan boleh menyembuhkan beberapa penyakit disamping menyuburkan wanita. Kalau ada simpan janggut minta kerja susah nak dapat, tapi kalau ada misai sikit mudah dapat kerja bersesuaian pula jika ada ijazah.

Inilah dunia kita jika kita hafal al Quran dan hadith susah dapat kerja jika kita lebih faham agama maka kita tidak maju. Tinggallah mereka yang hafal ilmu dunia dengan misai cari makan itu melaksanakan perjalanan serta urusan dunia maka penyakit pecah amanah dan rasuah pun berkembang biak sebab mereka tidak faham agama.

Para ulamak dan mufti pun jika benar-benar faham agama pasti akan meninggalkan rumah besar kereta besar mereka cara hidup bermewah-mewah dan berbalik memakai pakaian yang sederhana, makan cara sederhana dengan satu lauk sahaja kerana mereka faham kesemua itu akan ditanya walau sedikit walaupun banyak.

Lihatlah terjemahan surah al Takathur pada ayat penghabisan yang berbunyi,

ثُمَّ لَتُسۡـَٔلُنَّ يَوۡمَٮِٕذٍ عَنِ ٱلنَّعِيمِ (٨

'Selain dari itu, sesungguhnya kamu akan ditanya pada hari tu, tentang segala nikmat (yang telah kamu nikmatinya).

.
.
La haula wala quwwata illa billah..~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan