Bacaan Popular

Jumaat, 9 Oktober 2015

Iman dan Dakwah

Gambar sekadar hiasan sahaja.

Iman dan dakwah adalah dua perkara yang saling kait berkait. Dakwah adalah makanan kepada iman dan iman sendiri memerlukan dakwah. Tanpa dakwah iman akan kurus dan lama kelamaan iman akan mati. Dakwah pula memerlukan iman kerana tanpa iman dakwah langsung tidak bermakna.

Maksudnya jika hanya ada dakwah tetapi tiada iman maka ringkas cakap ianya adalah sia-sia. 

Maksud menjadi makanan iman. Dengan melakukan dakwah iman kita akan meningkat, apabila iman meningkat pasti akan beraleh kepada taqwa. Ketaqwaan yang mantap sudah pasti dapat terus memelihara iman, namun sekadar beriman janganlah kita berpuas hati. Kita harus bekerja lagi, berdakwah lagi sehingga tanpa kita sedar kita sudah termasuk dalam kalangan orang-orang yang bertaqwa.

Untuk mencapai tahap tersebut kita berbalik kepada dakwah makanan iman. Urusannya sangat mudah, caranya hari-hari kita mesti cakap tentang kebesaran Allah ta'ala hari-hari kita mau rening fikir tentang Allah. Fikirkan tentang makhluk-makhluk makhluk ciptaan Allah. Fikirkan bagaimana seketul hati Allah ta'ala telah letakkan pada semut yang sangat halus. Bagaimana pula besarnya ikan paus dilautan, apa makanannya dan apakah pekerjaannya, apakah kegunaannya kepada manusia.

Memang Allah ta'ala menciptakan seratus lapan belas ribu jenis makhluk untuk berkhidmat kepada manusia. Sebab Allah telah berfirman dalam surah at Tiin yang maksud ayat tersebut ialah, 'Kami jadikan manusia sebaik-baik kejadian'. Ini bermaksud manusia adalah ciptaan Allah yang terbaik lalu kesemua makhluk ciptaan Allah yang lain adalah diciptakan untuk berkhidmat kepada manusia. Dan jangan lupa manusia juga dicipta untuk menyembah kepada Allah. Jikalau sudah tiada manusia yang hendak menyembah Allah, bahkan tiadda lagi manusia yang mampu menyebut kalimah toyyibah maka ketika itu Allah akan hancurkan dunia ini.

Matahari, bulan bintang semuanya berkhidmat kepada manusia dalam pengiraan tariukh, mata angin dan kiraan hari atau minggu atau bulan atau tahun. Tanpa cakerawala ini maka manusia bingung bagaimana mengira tempoh masa semasa berada didunia. Dan ketika Allah ta'ala hendak hancurkan dunia ini pasti kesemua cakerawala itu akan turut hancur. Bukan itu saja, bahkan segala apa yang ada di petala langit kedua dan petala bumi kedua akan turut hancur.

Bukan itu saja, bahkan kesemua tujuh petala langit dan tujuh petala bumi akan turut hancur hanya kerana dibumi yang kecil ini sudah tiada lagi manusia yang boleh menyebut kalimah Toyyibah, 'La illaha ilallah'.

Hari-hari kita mau cakap perkara ini. Hari-hari kita mau ulang percakapan ini kepada sesiapa saja yang kita jumpa. Kalau tak jumpa sesiapa cakaplah dengan anak isteri kita. Kalau anak isteri pun tidak ada cakaplah dengan kucing dan jika kucing juga tidak ada maka letaklah songkok atau seban dihadapan dan cakaplah dengan songkok atau serban itu. Sebab apa yang kita cakap sebenarnya bukan untuk mereka yang mendengar atau tidak mendengar atau tidak dapat dengar. Tetapi apa yang kita cakap itu sebenarnya untuk kita sendiri sebab telinga kitalah yang paling hampir dengan mulut yang bercakap itu. Apabila hari-hari cakap dan hari-hari sendiri dengar lama kelamaan kebesaran Allah akan masuk dalam hati kita, inilah yang kita mahu.

Kita mahu kebesaran Allah masuk dalam hati kita, jika kita tidak buat begiotu pasti kebesaran makhluk akan masuk dalam hati kita. Yang namanya makhluk ialah rumah banglo (diperbuat dari bahan dalam tanah), kereta mewah (diperbuat dari bahan yang digali dari tanah)  makanan yang lazat-lazat (yang keluar dari biji benih yang ditumbuhkan dari tanah) atau wanita-wanita yang cantek yang memang asalnya dan akan kembalinya kepada tanah akan masuk dalam hati kita. Walhal semua itu tidak kita bawa kekubur. Yang kita bawa kekubur nanti ialah keyakinan kita kepada Allah, itulah yang dinamakan iman.
.
.
La haula wala quwwata illa billah..~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan