Bacaan Popular

Jumaat, 17 Julai 2015

Dunia Darul Asbab



Pernah juga Masyaik beritahu bahawa dunia ini nama penuhnya 'Dunniya Daril Fana' dan ada pula yang menyatakan bahawa dunia ini 'Dunniya Darul Asbab'. Sebab segala sesuatu mempunyai asbab. Bila lapar makan jadi asbab untuk kenyang, bila angin banyak dalam perut maka kentut adalah asbab untuk melegakan perut tersebut. Begitulah keadaannya berterusan dengan setiap sesuatu memiliki asbab.

Berkenaan dengan asbab untuk kehidupan dibunia ini bermula apabila suatu ketika Allah perintyahkan satu Malaikat untuk turun kebumi bagi mendapatkan sedikit tanah dari bumi untuk dijadikan makhluk terbaru yakni Adam a.s. Malaikat tersebut tidak berjaya mendapatkan tanah dari bumi kerana bumi yang juga makhluk tidak mengizinkan sedikitpun tanahnya untuk dijadikan manusia. Kemudian Allah ta'ala menghantar Malaikat kedua untuk tugas yang sama. Malaikat tersebut juga tidak berjaya sebab bumi tidak mengizinkan. Asbabnya ialah manusia akan merosakkan muka bumi itu dikemudian hari. Lalu Allah ta'ala memerintahkan Malaikat Izrail a.s. untuk tugas yang sama.

Tatkala Malaikat Izrail a.s. hendak mengambil tanah tersebut maka bumi berkata, 'Aku tidak izinkan engkau mengambil sebahagian dari aku untuk dijadikan manusia yangmana kemudian nanti manusia itu akan membuat kerusakan diatas mukaku'. Lalu segera dijawab oleh Malaikat Izrail a.s. 'Aku juga takut untuk untuk mendurhakai perintah Allah ta'ala agar mengambil sedikit tanah dari mukamu bagi di jadikan manusia'. Maka Malaikat Izrail a.s. pun mengambil tanah tersebut.

Apabila tanah tersebut telah dibawa ke Penghadapan Allah ta'ala maka Allah ta'ala berfirman kepada Izrail a.s. bahawa mulai sekarang Malaikat Izrail a.s. lah yang akan diberi tanggung jawab untuk mengambil nyawa setiap makhluk yang bernyawa setelah sampai waktunya. Malaikat Izrail a.s. bertanya pula,'Wahai Allah, aku bimbang semua makhluk akan marah kepadaku kerana tugas aku mengambil nyawa setiap mereka. Maka Allah s.w.t. menjawab,'Usah khuatir, Aku akan meletakkan asbab untuk setiap kematian mereka.

Maka dari itulah kita dengar asbab seseorang itu meninggal dunia ialah asbab penyakit, asbab kemalangan jalan-raya, asbab sudah tua, asbab lemas di dalam air sungai atau laut dan lain-lain asbab. Maka Malaikat Izrail a.s. berpuas hati dengan jawapan Allah itu.

Dunniya Darul Asbab ini amat berbeza dengan Akhirat Darul Baqa. Contohnya dalam syurga di negeri Akhirat Darul Baqa walaupun kita makan banyak makanan yang lazat-lazat namun makanan itu tidak memudaratkan kita. Bahkan tidak ada tandas di dalam syurga sebab segala sesuatu yang kita makan akan mengeluarkan aroma harum dari setiap ruang rongga yang halus (seperti rongga peluh) tubuh kita. Begitu juga dengan kegiatan ziarah... dalam syurga tiada kegiatan yang lebih disukai oleh penghuninya melainkan menziarahi kaum keluarga kita yang semasa di dunia dulu kita tidak sempat menziarahi mereka.

Oleh kerana masa / tempoh masa di dalam syurga tiada penghujungnya maka kita berpeluang menziarahi kesemua kaum keluarga kita yang telah berada dalam syurga. Kita dapat berjumpa semula dengan datuk kita, nenek kita, unyang kita dan unyang kita pula akan memperkenalkan kepada kita atoknya dan berkali-kali gus kita akan tahu susur jalur keturunan kita sampailah kepada datuk kita yang paling atas yakni Nabi Adam a.s. Dan dalam perjalanan kita berziarah tersebut kita tidak akan penat-penay dan kita akan dapat mengingat semua susur jalur kaum keluarga kita. Segala-gala kudrat tersebut adalah pemberian Allah ta'ala kepada penghuni syurga.

Ada sebahagian kaum keluarga kita tidak dapat kita temui di syurga, ini kerana mereka masih berada dalam neraka kerana menjalani hukuman. Setelah selesai hukuman maka mereka juga akan bersama kita. Tapi penghuni syurga yang sebelum masuk ke syurga terpaksa menjalani hukuman di neraka nakan mudah dikenali melalui wajah mereka.
Na'uzubillah minzalaik... mudah-mudahan kita bukan sebahagian dari mereka.

Di ringkaskan cerita segala asbab yang ada di Dunniya Darul Asbab ini adalah dalam kalangan yang boleh kita terima dengan akal yang terhad yang Allah ta'ala letakkan dalam diri kita. Sedangkan di syurga yang tiada asbab sana akal kita akan berubah mengikut tahap amalan kita semasa di dunia ini. Ada perjalanan kita yang jauh untuk menziarahi saudara kita atau emak saudara kita yang tinggal dalam syurga yang dimilikinya yang paling kecil di kalangan kaum keluarga kita yakni sebesar dua kali gandaan bumi ini menjadi mudah hanya dengan sekelip mata atau sepantas kilat sudah sampai ketempat tersebut. Kita boleh berbual-bual tanpa memperdulikan masa sebab masa ketika berada disana tiada tempoh juga.

Jadi untuk mengetahui lebih lanjut perbandingan antara Dunniya Darul Asbab ini dengan Negeri Akhirat Darul Baqa tersebut sama-samalah kita berusaha agar menjadi orang yang bertakwa. Janganlah sekadar menjadi orang-orang yang cuma beriman atau orang-orang mukmin. Tapi berusahalah untuk menjadi orang yang bertakwa seperti yang selalu kita dengan dalam khutbah juma'at.

Hendak menceritakan tentang Dunniya Darul Asbab dan Akhirat Darul Baqa ini sampai penuh laman blog ini pun tak habis. Namun, diharap tulisan yang sedikit ini memadai untuk difahami kemudian diamalkan setiap perkara yang baik, sebar-sebarkanlah dan bercita-citalah untuk sampai ke syurga tertinggi dalam Negeri Akhirat Darul Baqa itu yakni Syurga Firdaus.
.
.
La haula wala quwwata illa billah..~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan