Bacaan Popular

Jumaat, 2 Mei 2014

Rumah Allah

Gambar sekedar hiasan sahaja.

Masjid di Malaysia biasanya cuma dijadikan sebagai tempat untuk solat berjemaah. Kebanyakan masjid cuma dibuka apabila tiba waktu solat fardhu.  Ada juga masjid yang bila dah masuk waktu azan pun tak buka juga. Ini adalah sebab petugas masjid dibayar gaji oleh Jabatan Agama Islam negeri masing-masing, mereka ada urusan dunia yang menyibukkan mereka, setelah selesai urusan dunia baru nak buka masjid. Kadang-kadang masjid disebelahnya dah habis azan baru pemegang kunci masjid datang. Amanah yang diberikan kepada mereka tidak dapat ditunaikan dengan baik. Adakah mereka akan ditanya di Padang Mahsyar nanti? Jawapannya mereka akan ditanya.  

Ada juga imam yang suka sistem bunyi yang kuat ketika solat dan setelah selesai solat berjemaah bacaan-bacaan zikir turut kuat juga dan ini mengganggu jemaah yang masbuk atau jemaah dengan imam yang baru dibentuk. Pemegang amanah masjid merasakan rumah Allah itu mereka yang punya, mereka tidak menghiraukan jemaah yang mash solat berjemaah dengan imam yang berada diruang belakang mereka.

Pernah juga beberapa kali berlaku dimana suara zikir terlampau kuat sehingga imam baru terpaksa memperkuatkan bacaan surah dalam solat maghribnya agar dapat didengar oleh jemaah yang baru sampai.

Alangkah eloknya jika bunyi sistem itu diperlahankan atau imam sendiri memperlahankan suaranya. Namun ada pula imam yang memegang mikrofon sehingga depan mulut walhal mikrofon itu cuma untuk disangkut pada kolar baju.

Selesai solat jemaah beberapa Jawatankuasa masjid sibuk tutup kipas dan lampu serta pintu masjid. Ini seolah-olah menghalau agar semua orang mengosongkan masjid. Dalam amsa yang sama maseh ada jemaah yang solat sunat terpaksa pula bersegera menyudahkan solat masing-masing.

Ada juga petugas masjid yang tidak sabar-sabar untuk iqamat. Matanya liar memerhati kebelakang bagi mempastikan tiada lagi orang yang beridiri. Walhal waktu azan baru lepas 4 atau 5 minit. Jikalau tunggu bagi genap 10 minit untuk maghrib bukankah lebih elok. Jikalau tidak menyusahkan lebih elok sehabis azan maghrib terus sahaja iqamat. Begitu juga azan isyak dangan iqamat, belum cukup 10 minit dah sibuk nak iqamat sedangkan diluar masjid maseh ramai yang mengambil wudu'.

Bilal dan imam kena perhati kena ambil berat hal ini. Tunggu lambat sedikit lebih baik kerana makin ramai makmum semakin tinggi ganjaran yang Allah berikan untuk mereka yang sabar menanti.

Selesai solat kebanyakan masjid akan dikunci. Kenapa perlu kunci masjid? Bagaimana jikalau ada musafir yang singgah untuk solat asar disitu? Jikalau takut P.A. system dicuri orang buatlah bilik khas yang boleh dikunci supaya tiada kecurian dan jangan letak barang-barang berharga. Jikalau kipas angin dipasang ditempat tinggi bagaimana pencuri hendak mencurinya.

Jika biasa masjid itu tidak dikunci pasti akan sentiasa ada orang yang beriktikaf didalamnya. Jawatankuasa masjid wajib bermesyuarat untuk tidak kunci masjid. Salah satu cara ialah dengan bergilir-gilir iktikaf dimasjid antara orang dewasa dan orang muda.

Ini hanyalah luahan serta pandanganku sahaja. Apa-apa yang menyentuh perasaan harap dapat dimaafkan.

La haula wala quwwata illa billah..~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan