Bacaan Popular

Rabu, 19 Februari 2014

Adakah Sah Keislaman Kita



Tahukah anda mengapa Rukun Islam itu di aturkan dengan
(1) Mengucap 2 kalimah syahadah,
(2) Solat 5 waktu,
(3) Puasa di bulan Ramadhan.
(4) Zakat Fitrah & Harta,
(5) Haji dan Umrah Bagi Yang Mampu

Ini menunjukkan kepentingan atau keutamaan dan kadar beratnya sesuatu amalan berbanding dengan amalan lain.

Persoalannya yang ingin ditimbulkan disini adalah kenapa rukun yang pertama sekali itu nampak mudah dan senang sekali syaratnya berbanding rukun kedua yang perlu dilakukan 5 kali sehari, perlu berwudhu, mengadap kiblat dan lain-lain dan rukun-rukun Islam yang seterusnya, sedangkan ianya jatuh pada keutamaan yang PERTAMA!!!

"Cukupkah dengan kita melafazkan dua kalimah syahadah, kita menjadi muslim?"

Jawapannya, "YA" 

TETAPI INGAT! Muslim tak bermakna mukmin, dan kalau kita masih di status muslim sahaja, kita belum selamat lagi dan pasti kan terima padahnya kelak!

SEBENARNYA IA TAK SEMUDAH YANG DISANGKA! Banyak yang tersirat di sebalik yang tersurat dan perlulah kita berguru dan lebih mendalami perkara yang paling asas di dalam Islam ini!

Saya terangkan secara ringkas mengikut apa yang saya belajar dan faham dan kalau silap tolong betulkan!

LAFAZ DUA KALIMAH SYAHADAH sama seperti lafaz niat di dalam Solat.

Dan perlu juga kita melakukan amalannya syahadah seperti kita melakonkan amalan solat (Takbiratul ihram, rukuk, sujud,tahiyat, dsb.)
Begitulah dengan puasa zakat dan seterusnya, ada niat dan ada amalannya.

Kalau setakat pandai lafaz sahaja tanpa mengetahui RUKUN SYAHADAH, SYARAT SAH SYAHADAH, SYARAT BATAL SYAHADAH DAN AMALAN SYAHADAH, mengikut hukum akan BATALLAH KEISLAMAN seseorang itu dan lagho lah segala solat, puasa, sedekah zikir dan amalan2 lain kerana dia tak memenuhi syarat Rukun Islam yang Pertama.

Ianya samalah seperti orang yang berpuasa tapi tak sembahyang atau orang yang berzakat fitrah tapi tak puasa.

kredit: Dato' Panglima Teguh


Salam Ukhuwah..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan