Firman Allah bermaksud:
“Tidak Aku ciptakan jin dan manusia, melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepada-Ku.”
(Surah adz-Dzariyat, ayat 56).
Sesungguhnya kehidupan manusia tidak hanya setakat di dunia ini. Kehidupan sebenar dan kekal ialah di akhirat. Dunia ini hanya persinggahan sebentar untuk melaksanakan ‘ujian’ menentukan darjat setiap hamba-Nya.
Rasulullah s.a.w. bersabda mengumpamakan dunia ini sekadar sepohon pokok yang memberi tempat berteduh kepada pengembara.
Maksud sabda Rasulullah s.a.w:

“Apalah erti dunia bagiku. Hubunganku dengan dunia ini laksana seorang pengembara yang sedang berjalan di bawah terik matahari.
Apabila melihat sepohon pokok yang dapat dia berteduh, maka dia berada sejenak di situ. Tetapi seketika kemudian dia meninggalkan tempat itu untuk meneruskan perjalanan.”

(Hadis riwayat Tarmizi).
Kehidupan manusia di dunia dizahirkan dengan adanya jasad atau anggota badan yang wujud dengan nyata bagi membolehkan ia dilihat dan disentuh. Jasad adalah ‘kenderaan’ bagi roh melaksanakan segala matlamat hidup.
Sedangkan kehidupan sebenar manusia tertumpu kepada roh. Roh adalah unsur yang wujud tanpa boleh dilihat dan disentuh. Justeru, kita mempercayai wujudnya roh berdasarkan penjelasan dalam al-Quran dan hadis.

“Katakanlah! Bahawa roh itu daripada urusan Tuhanku. Dan kamu sekalian tidak diberikan pengetahuan kecuali hanya sedikit.”
(Surah al-Isra, ayat 85).
Dalam firman lain dijelaskan mengenai roh dimasukkan ke dalam jasad. Firman Allah bermaksud:

“Selepas Aku bentuk dengan sempurna, lalu Aku tiupkan ke dalamya roh.”
(Surah al-Hijr, ayat 29).
Akal manusia juga menerima hakikat kewujudan roh berdasarkan perlu adanya satu ‘kuasa’ yang membolehkan jasad hidup.
Oleh itu kepercayaan mengenai wujudnya roh turut dipercayai semua fahaman agama dan kepercayaan.
Roh dipisahkan daripada jasad apabila tiba masa kematian manusia dan kemudian dipindahkan ke alam barzakh. Pada saat kematian di mana roh akan dicabutkan daripada jasad akan merasai keperitan mengikut amalannya.
Pedih dan ngerinya saat ketika roh dicabutkan daripada jasad diumpamakan seperti pohon berduri dimasukkan ke dalam badan, yang setiap durinya berkait dengan urat, lalu ia ditarik keluar dengan kuatnya sehingga memutuskan apa yang terputus dan meninggalkan apa yang masih tertinggal.
Kesakitan ketika menghadapi malaikatulmaut dirasakan seperti tidak akan hilang-hilang. Diceritakan, Nabi Isa a.s. ketika bertanya kepada orang mati yang dihidupkan semula dengan katanya: “Berapa lama kamu sudah mati?” Lalu dijawab oleh yang mati itu: “Sejak empat ribu tahun lalu, tetapi belum hilang rasa pedihnya maut.”
Kehidupan manusia sememangnya sentiasa dibayangi bisikan syaitan agar manusia melakukan perbuatan yang ditegah oleh Allah dan mendatangkan keburukan kepada kehidupan.
Syaitan mempengaruhi nafsu agar inginkan kesenangan hidup di dunia semata-mata dan melupai kehidupan akhirat.

“Dihiaskan kepada manusia nafsu yang inginkan perempuan, anak keturunan, harta benda emas perak, kuda, binatang ternakan serta kebun tanaman, semua itu kesenangan hidup di dunia. Dan (ingatlah) di sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (yakni syurga).”
(Surah Ali Imran, ayat 14).
Segala unsur yang dikehendaki nafsu hanya bersifat sebagai perhiasan hidup di dunia semata-mata. Ia tidak memberi apa-apa makna lagi apabila manusia meninggal dunia.
Kesan nafsu yang berjaya dipengaruhi oleh syaitan amat buruk. Sememangnya syaitan bersumpah ingin mendatangkan keburukan kepada kehidupan manusia.
Seseorang itu hanya dapat menjauhkan penguasaan syaitan terhadap dirinya jika sentiasa mendekatkan kepada Allah dengan melakukan apa yang disuruh dan menjauhkan apa yang dilarang.
Sesungguhnya nafsu tidak mengenal usia. Justeru, masih ramai orang sudah di ambang maut, tetapi masih tidak insaf untuk memperbaiki kehidupan. Hidup masih bergelumang dosa dan perasaan seperti masih muda dan ingin hidup seribu tahun lagi.
Sabda Rasulullah s.a.w. bermaksud:

“Anak Adam boleh tua, tetapi akan tetap tinggal bersamanya dua perkara iaitu kemahuan keras (nafsu) dan panjang angan-angan.”
(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).
Rasulullah s.a.w. menjelaskan dorongan nafsu adalah sebahagian daripada penyakit yang menyebabkan banyak berlaku kerosakan dan penderhakaan.
Sabda Rasulullah s.a.w. bermaksud:
Rasulullah s.a.w. menjelaskan dorongan nafsu adalah sebahagian daripada penyakit yang menyebabkan banyak berlaku kerosakan dan penderhakaan.
Sabda Rasulullah s.a.w. bermaksud:
“Sesungguhnya umatku akan ditimpa oleh penyakit umat-umat dulu; sombong, suka bermegah-megah, mengumpulkan kekayaan (dengan cara yang tidak sah), berlumba-lumba merebut kemewahan dunia, pulau memulau, saling berdengki hingga mengakibatkan berlakunya penderhakaan dan keadaan kacau bilau.”
(Hadis riwayat Hakim).
Sesungguhnya penyakit itu hanya dapat diubati dengan mengamalkan sikap takwa yang sebenar-benarnya. Mukmin sejati tidak sekali-kali mengamalkan sikap bertentangan dengan apa yang disyariatkan.
Lantaran kehidupan di dunia ini hanya sementara, tidak wajarlah bagi sesiapa juga mengutamakan kehidupan di dunia lebih daripada pencarian untuk bekal hidup di akhirat.
Al-Hasan al-Bashri berkata: “Barang siapa ingin melebihkan dunia daripada akhirat, maka Allah akan berikan seksa kepadanya enam seksaan. Tiga di antaranya di dunia dan tiga lainnya pada akhirat.
“Adapun tiga di dunia ialah angan-angan yang tiada kesudahan, keinginan yang tiada batasnya dan hilangnya kemanisan ibadat.
“Ada pun yang di akhirat ialah kebingungan yang hebat pada hari kiamat, hisab yang hebat dan kesedihan yang berpanjangan.”
Bagi memastikan kehidupan sentiasa dalam keredaan Allah, diri perlulah sentiasa dikuasai akal dan bukannya nafsu.
Akal akan menyuruh manusia melakukan kebaikan dan menolak daripada melakukan kejahatan.
Dengan kekuatan akal yang dikuasai perasaan keimanan akan sentiasa menetapkan tujuan hidupnya untuk menemui Allah dengan keadaan sempurna amalan kehidupan di dunia ini.
Atas matlamat itu, kehidupan yang dilalui penuh bermakna dan tidak tergelincir daripada landasan keimanan.
Allah menjanjikan balasan hidup pada akhirat. Mereka yang tidak ragu-ragu dengan janji Allah sentiasa tenang melaksanakan tugas sebagai hamba yang taat dan mengharapkan keredaan Allah.
Sesungguhnya kehidupan ini hanya satu ujian. Siapa yang lebih mementingkan kehidupan di dunia, maka rugilah dia di akhirat nanti.

“Yang sudah menjadikan kehidupan dan kematian untuk menguji kamu, manakah di antara kamu yang paling baik amalannya.”
(Surah al-Mulk, ayat 2).
Kaum tidak beriman hanya menjadikan dunia ini untuk menikmati kesenangan. Mereka sebenarnya tidak ubah seperti binatang.
Firman Allah bermaksud:
Kaum tidak beriman hanya menjadikan dunia ini untuk menikmati kesenangan. Mereka sebenarnya tidak ubah seperti binatang.
Firman Allah bermaksud:
“...Dan (sebaliknya) orang kafir menikmati kesenangan di dunia serta mereka makan minum sebagaimana binatang ternakan makan minum, sedangkan nerakalah menjadi tempat tinggal mereka.”
(Surah Muhammad, ayat 12).
Biarpun kenikmatan hidup di dunia ini mempesonakan, ia tidak dapat menandingi apa yang disediakan pada akhirat. Apa yang dinikmati di dunia amat sedikit jika dibandingkan apa bakal dinikmati di akhirat bagi mereka yang lulus ujian daripada Allah.

“...Apakah kamu berpuas hati dengan kehidupan di dunia sebagai ganti kehidupan di akhirat? Padahal kenikmatan hidup di dunia ini (dibandingkan dengan kehidupan) di akhirat hanya sedikit.”
(Surah at-Taubah, ayat 38).
Islam tidak melarang manusia mencari kemewahan hidup di dunia, selagi tidak melanggar lunas ditetapkan. Malah sesiapa mencari kemewahan hidup di atas maksud mencari keredaan Allah, maka usahanya itu adalah laluan baginya menuju syurga.

“Sesungguhnya Allah membeli daripada orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta mereka dengan (balasan) mereka akan beroleh syurga disebabkan mereka berjuang pada jalan Allah...”
(Surah at-Taubah, ayat 111).
kredit: Xmeng
Salam Ukhuwah..~
Tiada ulasan:
Catat Ulasan