Bacaan Popular

Rabu, 18 Julai 2012

Pertuturan Dalam Islam


Tuturkata yang dikeluarkan oleh seseorang dapat mengukur sejauhmana kemahiran, pengetahuan, buah fikiran, sopan santun, budi pekerti, pemarah, kasar, sombong atau kerendahan hatinya. Oleh itu, sewajarnya setiap insan memelihara lidahnya dan hendaklah berbicara menurut pertimbangan akal yang waras. Bercakap benar, sopan santun, lembut dan lunak supaya sedap didengar dan elakkan daripada mengeluarkan kata-kata kotor dan kesat.

Dalam kehidupan kita seharian, wadah pergaulan yang digunakan dapat dibahagikan kepada beberapa keadaan. Umpamanya melalui perbualan, penulisan atau perdebatan.

Sebagai manusia, kita mempunyai hak untuk menyuarakan pendapat tentang apa sahaja sama ada dalam percakapan, penulisan ataupun perdebatan. Walaubagaimanapun, ia mestilah tidak menimbulkan rasa marah, tidak puas hati, saling menyalahkan, menghina, memaki hamun, mencaci, mengeluarkan kata-kata kotor, mengutuk, menyumpah, mengaibkan dan sebagainya hingga menyinggung perasaan orang lain apatah lagi saudara kita sesama Islam. Ini kerana ia boleh merenggangkan hubungan silaturrahim, menimbulkan rasa marah, rasa benci, permusuhan dan jika keterlaluan mungkin menimbulkan kekacauan dan perbalahan.

Dalam hal ini bijak bistari pernah berpesan,
'Berfikir itu pelita hati'. Pepatah Melayu pula mengatakan, 'Kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa'. Jika direnung, kedua-duanya memberikan pengertian yang begitu mendalam untuk kita jadikan panduan supaya sentiasa menjaga kesopanan dalam percakapan seharian.

Oleh itu, bagi mengelakkan berlakunya sebarang perselisihan dan suasana yang tidak menyenangkan maka kita perlulah berwaspada dan berhati-hati sebelum berkata. Ibarat kata pepatah,'Mulut kamu adalah harimau kamu.'

Terdapat banyak ayat al-Qur'an dan hadith Rasullullah saw yang memberi peringatan dan panduan tentang adab dalam percakapan. Antaranya Firman Allah swt maksudnya: 

‘Tidakkah kamu perhatikan bagaimana Allah membuat contoh ucapan yang baik ( mengajak berbuat baik, menjauhi perbuatan salah) seperti sebatang pohon yang baik (subur) akar kuat (terjunam ke dalam tanah) dan cabangnya (menjulang tinggi) ke langit. Pohon itu berbuah terus dengan izin tuhannya. Allah menjadikan contoh-contoh itu untuk manusia supaya mereka ingat selalu. Dan contoh perkataan yang buruk (seperti memfitnah, berdusta, mengajak berbuat mungkar dan lain-lain) seperti pohon yang busuk [mati] yang tercabut akar-akarnya dari permukaan bumi tidak tegak berdiri lagi.
(Surah Ibrahim: 24-26)

My dear frens, wake up!!! tabahkanlah hati, ceriakan diri, anggap ia sebagai godaan dan dugaan hidup sepanjang menjadi insan di muka bumi ni. Allah tahu yang terbaik buat kita. Doakan yang terbaik buat semua dan hargailah peluang hidup yang diberi oleh Allah. 

 "Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan. Ambillah waktu untuk bermain, itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi. Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan. Ambillah waktu untuk belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan. Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai, itu adalah hak istimewa yang diberikan Tuhan.
Ambillah waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan menuju kebahagiaan. Ambillah waktu untuk tertawa, itu adalah musik yang menggetarkan hati. Ambillah waktu untuk memberi, itu adalah membuat hidup terasa bererti.
Ambillah waktu untuk bekerja, itu adalah nilai keberhasilan.
Ambillah waktu untuk beramal, itu adalah kunci menuju syurga."
(Jangan terburu-buru menghisab nasib yg telah kita terima, kajilah dulu dan perbetulkan mana yang silap, itu lebih bermakna...)
 
Benarlah bagai apa yang di katakan tu. Tidak semua yang kita hajati akan kita milikinya. Allah akan beri sesuatu yang terbaik untuk kita....
Walau sedalam mana kasih & sayang serta cinta kita pada seseorang, andai tidak dengan izin & rahmatNya, dia bukan milik kita. Itulah tandanya Allah ingin memberikan sesuatu yang terbaik untuk kita. Dari itu, pasrah & redholah dengan apa yang terjadi & anggaplah itu satu ujian untuk kita menemukan sesuatu yang terbaik dan terindah di masa hadapan.......
Andai jambatan yg kita lalui itu amat panjang, maka banyaklah dugaan yang kita perlu tempuhi. Oleh yang demikian, cekalkan hati, tabahkan semangat, kuatkan iman agar kita tidak tersasar dari landasan sebenar.....

Gunakanlah senjata mukmin yakni "DOA" sebagai perisai & benteng untuk menempuh segala ujian.... Semoga Kita semua di kurniakan yang terbaik
untuk diri kita. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yg terbaik untuk kita.......

`Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi adanya imbas kembali. Hati yang remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi.
Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada. Parut yang
lama pastikan sembuh selagi iman terselit didada...`
kredit: rakangroup

Salam Ukhuwah..~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan