Bacaan Popular

Ahad, 15 Julai 2012

Perjalanan

Ini adalah kesah seorang rakan yang menceritakan pengalamannya semasa balik dari Kemboja melalui jalan darat. Kalau dah ceritanya jalan darat pastilah dengan keretapi dan menempoh negara Siam.


Ceritanya sewaktu menaiki keretapi dari Chengrai hendak menuju Bangkok, dia telah duduk secara depan-berdepan dengan dua orang sami Budha. Ha ha ha...dah elok lah tu. Rakan tok ni dua orang berserban dan berjubah macam orang tabligh yang korunk selalu tengok tu. Dalam keretapi dapat tempat duduk berdepan dengan dua sami Budha yang botak. Dah elok sangat dah. hu hu...


Erkk...dua sami botak berkain kuning tanpa kasut dalam keretapi berdepan dengan dua orang pendakwah Islam pakai serban berjanggut dan jubah putih. Err...nampak macam pelik, tapi ini benar terjadi. Rasa-rasanya apa nak diborakkan? Nak guna bahasa Thai atau bahasa Inggeris dengan sami ni.


Akhirnya rakan tok memulakan dengan 'Sawadi khab', sambil senyum dan sudah pasti tok sami itu pun akan memberi respon dengan senyum juga maklom sama-sama spesis orang 'alim nak katakan pun. he he...


Mereka berbual menggunakan bahasa Thai. Rakan tok menjelaskan bahawa mereka baru datang dari Kemboja selepas menjalankan misi dakwah disana selepas tok sami itu bertanya dari mana hendak kemana dan apa urusan kepada rakan tok.


Borak punya borak akhirnya baru tau, rupa-rupanya kedua-dua tok sami tu pandai bahasa Arab dan pernah tinggal di Syria dulu.


Bayangkan bagaiamana reaksi muka kawan yang berserban bila berjumpa dengan tok sami Budha yang pandai bahasa Arab. Agak-agaknya sudah pasti baca tulisan Arab pun boleh, dan bila boleh baca tulisan Arab maknanya boleh membaca al Quran dan faham apa maksud ayat-ayat al Quran itu.


Kemudian mereka berempat meneruskan perbualan mereka menggunakan bahasa Arab. Perjalanan dari Chengrai ke bangkok memang jauh dan banyaklah perkara yang dibualkan mereka.


Perghhh...dasyat ni. Korek punya korek lagi baru dapat tau rupa-rupanya sami berdua tu dulu menganut agama Kristen. Untuk mendalami agama Kristen mereka pergi ke Jurusalem dan tinggal lama di Syria katanya.


Rakan tok bertanya kepada sami tu, 'Kamu tau agama Kristen tu ada kitab yang Allah turunkan kepada Nabi Isa sedangkan Budha tiada kitab yang Allah turunkan kepadanya dan Budha bukan Nabi dari keturunan Ibrahim. Tok sami tu jawab,'Tapi kami beroleh ketenangan dalam Budha'.


'Bagaimana kamu boleh tenang? kamu tidak ada isteri. Kamu tidak ada rambut dan tiada bulu kening. Begitu juga kasut?'. Tanya rakan tok kepada sami tersebut.


'Asal manusia memang tiada berambut dan tidak berkasut'. Kata sami itu.


'Dan kamu juga tidak kawen. Saya nak tahu kenapa kamu tidak mahu kawen?'. Tanya rakan tok kepada sami itu sekali lagi. Anda tau apa yang dijawab oleh sami Budha tu? Katanya.


'Kawen dan hubungan seks dengan perempuan akan menjadikan diri kita kotor'. Adooii...dalam Islam kan ker ada perkara mandi wajib. Depa ni suka-suka jer tukar agama. Lalu dipintas oleh rakan tok itu dengan soalan tergantung. Apa soalannya?


'Tapi kamu lahir kedunia inipun adalah hasil hunungan seks antara ibu dan ayah kamu...tidakkah itu kotor? Dan kalau kamu berterusan tidak mahu kawen dan semua penganut Budha tak mahu kawen bermakna selepas ini tiada lagi penganut agama Budha sebab jika jika semua alaim seperti kamu sudah pasti semua tak mahu kawen. Kalau itu kehendak Budha bermakna ajaran Budha itu tak betul.'  


Sampai setakat itu tiada lagi kata-kata dari sami Budha itu. Mereka nampaknya beralah dan bila keretapi berhenti disebuah stesyen mereka berdua berpindah tempat duduk dalam koc yang lain.


Itulah kesahnya. Tapi bila tok fikir-fikirkan kesah sami Budha yang pandai bahasa Arab ni kalau datang ke Malaysia dan ubah gaya keterampilannya lalu dia memberi ceramah pasti ramaai orang kita yang akan terpikat.


Tapi oleh kerana dia masih botak dan bilu kening habes dicukur serta ditambah tidak berkasut maka kita pun tak ambil kesah.


Tok sendiri pernah mengikuti seorang rakan membuat rakaman untuk lagu sembahyang tok sami Budha ni di King Studio Petaling Jaya sekitar tahun 90'an. Sami Budha ni cuma makan nasi dengan sayur. Ikan dan ayam tak boleh makan sebab ia jenis yang mempunyai darah...haram agaknya bagi dia. Tapi bila tiba waktu makan bila dia keluar dari bilik rakaman dan managernya pula telah siapkan hidangan makan tengahari yakni ayam goreng KFC...adooii apa lagi...sehingga menjilat jari juga dia rupanya. Tok dan rakan tok hanya mampu tersenyum bila memikirkan betapa waraknya tok sami tersebut. hu hu hu...


Walau bagaimana pun kita masih beruntung kerana masih mengekalkan aqidah kita. Betapa pun kekadang kita mendedahkan aurat kita seolah-olah Allah tidak melihat kita. Betapa sekali-sekala kita secara sembunyi-sembunyi membeli angka ramalan seolah-olah Allah tidak melihat perbuatahn judi kita itu. Dan betapa kita menjilat-pandang baahagian-bahagian sensitif kaum hawa menerusi kacamata hitam kita seolah-olah Allah tidak tahu apa yang sedang kita lihat.


Syukur juga kerana kita ini masih percaya alam kubur, masih percaya alam akhirat, masih percaya segala-gala yang ustaz atau ustazah kita pernah ajarkan kita dulu hal-hal berkaitan dengan aqidah atau pegangan. Seba itu sehingga hari ini kita masih dalam Islam.


Semuga kita semua dapat menjalani ibadah puasa yang diwajibkan keatas kita di bulan Ramadhan tahun ini dengan lebih bermutu dari tahun-tahun sebelumnya. Sekian untuk coretan kali ini.




Salam Ukhuwah..~



Tiada ulasan:

Catat Ulasan