Kelompok khawarij moden telah berkembang pesat ke sebahagian besar negara negara Islam seluruh dunia samada secara individu, kelompok, kumpulan atau jemaah (samada di sedari atau tidak).
Disini saya bentangkan di antara ciri ciri Puak Khawarij Moden.
Sifat Khawarij yang paling keji ialah mudah mengkafirkan sesiapa sahaja yang tidak sehaluan dengan fahaman kelompoknya.
Khawarij gemar mencabar secara egois, emosional, sentimen dan menyerang pemerintah (kerajaan) Islam serta penyokongnya dengan ayat-ayat Al-Quran, hadis-hadis lemah dan palsu serta memberi fatwa yang keliru untuk mengaburi fikiran masyarakat Islam.
Mereka pakar spin, memutar-belit, mentakwil, merubah maksud atau menyelewengkan tafsiran Al-Quran mengikut hawa nafsu dan akal fikiran mereka demi mencapai matlamat iaitu untuk memenuhi selera dan kepentingan mereka.
Mereka gemar menghalalkan cara.
Mereka pakar menyelindung kebatilan dengan kebenaran.
Mereka mengaburi masyarakat dengan slogan dan gelaran indah, seperti gelaran yang arif,ulama, mursyid dan al-allamah al-muhaddith (ulama hadith) bagi Tok Tok guru atau pemimpin mereka saperti yang berlaku dalam kumpulan Ahbash di Lubnan.
*(Kemunculan kumpulan Ahbash di Lubnan ketika negara itu berada dalam konflik perang saudara sama seperti puak Khawarij dahulu yang muncul ketika umat Islam berpecah belah.
Nabi s.a.w. bersabda (maksudnya):
“Mereka keluar (menentang khalifah) ketika orang ramai dalam keadaan berpecah belah”.
Sebagaimana puak Khawarij mengambil kesempatan untuk menyebarkan kesesatan mereka ketika keadaan umat Islam di zaman khalifah Ali r.a. berpecah belah, maka demikianlah juga kumpulan Ahbash mengambil peluang untuk menyebarkan kesesatan mereka ketika Negara Lubnan berada dalam keadaan huru-hara akibat perang saudara).
Mereka gemar di gelar al-Muhakkimah misalnya. Diberi kerana slogan yang sering mereka laungkan ialah ‘tiada hukum melainkan bagi Allah’, kononnya hanya mereka sahaja yang berhukum dengan hukum Allah. Hakikatnya semua itu hanyalah gimik yang bertujuan untuk mengaburi kebatilan yang mereka lakukan terhadap umat Islam.
Perbuatan mereka yang buruk dan keji itu telah dikhabarkan oleh Rasulullah s.a.w.,
“Adapun sesudah itu: Sesungguhnya kamu akan melihat sikap (ahli bid’ah) yang suka menyalahkan orang lain, maka bersabarlah sampai kamu berjumpa dengan aku.”
(Hadis sahih dalam As-Sunan Ibn Abi ‘Asim. No. 1102).
Khawarij mudah menimbulkan kekecohan, malah suka kepada demonstrasi jalanan dan pemberontakan.
Ingatlah! Pemberontakan terhadap pemimpin Islam adalah ditegah oleh para Salaf as-Soleh. Abu Al-Haris Ahmad bin Muhammad As-Saigh berkata, “Aku melihat Abu Abdullah (Imam Ahmad bin Hambal) mengingkari memberontak kepada pemimpin. Beliau berkata: Aku tidak menyetujui pertumpahan darah (pemberontakan) dan tidak memerintahkannya.”
(As-Sunnah, hlm. 89. Hadis Riwayat Abu Bakar Al-Khallal dengan sanadnya yang sahih).
Muhammad Soleh Fauzan al-Fauzan hafizahullah pula berkata, “Orang-orang Khawarij menghukum pelaku dosa besar sebagai kafir yang keluar dari Islam, dan apabila mati dalam keadaan tidak bertaubat, maka ia kekal dalam neraka.”
(Zahiratu Tabdi wa-Tafsik wa-Takfir wa-Zawbituha, Bab 7).
Atas dasar inilah golongan Khawarij menghukum kafir bagi pemerintah Islam yang tidak melaksanakan hukum hudud.
Mereka gemar menghina dan menjatuhkan maruah para ulama yang tidak sehaluan dengan mereka.
Dan Khawarij menghalalkan pemberontakan terhadap penguasa yang melakukan dosa besar.
Mereka gemar bertakalluf. Takalluf bermaksud menimbulkan persoalan yang remeh temeh dan tidak perlu.
Banyak lagi ciri ciri Khawarij moden yang tak sempat saya paparkan di sini.
kredit: Amri El Wahab
Salam Ukhuwah..~
Tiada ulasan:
Catat Ulasan