Allah ta'ala telah meletakkan kejayaan dunia dan akhirat dalam agama. Lailaha ilallah..~
Bacaan Popular
-
Sebagai seorang Muslim kita semua tahu bahawa solat itu merupakan kewajipan yang Allah s.w.t. suruh seperti mana yang terdapat di dal...
-
Hari itu, saya balik selepas didenda berdiri di luar kelas selama sejam selepas waktu sekolah oleh Ustaz Ismail kerana terlupa menyiapk...
-
Ini adalah beberapa PETUA (Perubatan Orang Tua-tua Dulu-kala) untuk kita ingati dan amalkan dalam kehidupan kita. Memang dulu-dulu jarak kli...
-
Zaman sudah berubah..isteri sekarang semakin berani berlaku curang!” Kadar gejala seks bebas kian meningkat dalam masyarakat hari ini. Lebih...
-
DOA INI AFDALNYA DIBACA 11 KALI KETIKA SUJUD SEBAIK SELESAI SALAM SEMBAHYANG FARDHU. KEMUDIAN MOHON DOA KEPADA ALLAH. INSYA'ALLAH. TAWAK...
-
Minggu lepas Tok Wan ke Telok Intan, distinasi tepatnya ialah Kampung Sungai Jejawi Telok Intan, Perak. Tok pergi dengan sepupu yang...
Rabu, 15 Disember 2010
Positifkan Diri Dalam Masalah Furuk Atau Khilaf
Soalan.
Kenapa kita perlu hafaz quran, hadith, tinggi ilmu agama untuk guna mazhab selain shafie? Kalau tiada ilmu, dan kita guna mana2 mazhab yang kita suka, kenapa dikatakan kita ini 'taqlik buta'? Maknanya semua orang di Malaysia (selain ustaz, ulamak) ni taqlik buta kepada Imam Shafie ke? Saya rasa sebab kita tiada ilmu lah kita ikut mazhab, sebab semua persoalan dah terjawab, so sebagai masyarakat awam,tak perlulah kita kaji Quran dan hadis bagi semua persoalan, ikut buta jer lah.
Kalau ustaz kata kita meringankan hukum Allah dengan memilih mana2 mazhab yang senang bagi kita, maknanya secara tak langsung ustaz mengatakan imam2 mazhab tersebut pun meringankan hukum Allah..? Maaf ustaz, bukan saya against ustaz, tapi hanya mencari jawapan kepada persoalan dalam benak saya ni..
Jawapan Ustaz
Awak salah faham dengan kenyataan saya, asas Islam adalah Al-Quran dan Hadis, setiap perkara yang dibahaskan mesti dikaitkan dengan Al-Quran dan Hadis. Sumber perundangan kita Al-Quran, Hadis, Ijmak dan Qiyas. Saya tak ada tulis tak boleh ikut mazhab lain. Kalau nak ikut kena belajar dulu, sebab Asas nak dapat ilmu kena belajar dan kena sentiasa tambah ilmu di dada.
Saya tak kata orang lain selain saya dan ulamak taqlik buta, kalau belajar itu bukan taqlik buta. Sampai bila kita nak beramal dengan ikut cakap orang lain. Jadi kenalah cari ilmu, kalau ada ilmu terpulanglah nak ambik yang manapun. Sebab ini masalah furuk dan khilaf sahaja..jangan sensitif dalam masalah khilaf. Sepatutnya kita kena berlapang dada, kalau berbalah jadi berdosa sebab para sahabat dulu elakkan diri dari berkhilaf untuk mengelakkan perbalahan dan takut perpecahan..
Kalau kita nak ikut Al-Quran nak kaji Hadis bagus, teruskan itu amalan yang baik, tapi persoalan disini, cukupkah ilmu kita untuk mengkaji semua benda tu, untuk mengkaji dia mempunyai disiplin ilmu yang tinggi. Kita kena bandingkan kitab-kitab tafsir dan pendapat ulamak yang berkaitan dengan disiplin ilmu tersebut, barulah kita keluarkan kesimpulan. Sebab itulah saya kata kena ada ilmu, ilmu asas dalam amalan..Hadis Nabi saw "Tuntutlah Ilmu kerana wajib ke atas setiap muslim. Kata lain "Berilmu dan beramal" kenapa tak letak beramal baru berilmu, itu perlu difikirkan..
Mazhab maksudnya jalan untuk memandu kita ke jalan kebenaran, atau memandu kita kearah Al-Quran dan hadis..disebabkan kita kurangnya ilmu, maka di sini mazhab itu diperlukan untuk membantu kita melaksanakan amalan Islam. Kalau tidak jadi seperti sekarang, disebabkan doa qunut saja bercerai suami isteri, disebabkan kenduri arwah bergaduh sesama jiran, di sebabkan hal-hal khilaf berlaku pergaduhan perbalahan dan sebagainya.
Setiap mazhab mempunyai kaedah yang tersendiri untuk mengeluarkan hukum dan pendapat .. jadi setiap pendapat yang dikeluarkan berbeza di antara satu sama lain .. boleh ke kita kata mereka salah dan sesat. Sebab mengeluarkan pendapat atau ijtihad sendiri. Asas setiap ijtihad dikeluarkan oleh ulamak, kadang-kadang mereka tengok keadaan tempat, zaman, masa dan keadaan penduduk dan sebagainya.
Masalah kita di Malaysia, kerajaan dan ulamak negara ini telah mengeluarkan kenyataan bahawa Malaysia mengamalkan mazhab Syafie dan semua perundangan dan hal2 yang berkaitan dengan syariat dirujuk dalam mazhab syafie kecuali ada perkara yang menghalang atau dharurat, maka mereka akan mengeluarkan fatwa yang tersendiri berdasarkan 4 sumber perundangan Islam.
Apa jadi kalau kita biarkan orang awam ni buat sesuka hati dia dan boleh ikut yang mana dia suka. Saya rasa mesti berlaku perbalahan dan pergaduhan seperti negara-negara lain. Kenapa berlaku semua ini? Sebabnya ialah jahilnya dan tidak ada ilmu, kalau ada ilmu tak jadi begini, sebab semua tahu ini adalah masalah khilaf ada berbagai pendapat.
kredit: Ustaz Nor Amin
Salam Ukhuwah..~
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan