Bacaan Popular

Rabu, 26 Oktober 2011

Hati Seorang Ayah


APA YANG ANDA TAK TAHU TENTANG SEORANG AYAH


Mungkin ibu lebih kerap menelefon untuk menanyakan keadaan kita setiap hari..Tapi tahukah kita, sebenarnya ayahlah yang mengingatkan ibu untuk menelefon kita?


Semasa kecil, ibulah yang lebih sering mendukung kita..Tapi tahukah kita bahawa sebaik saja ayah pulang bekerja dengan wajah yang letih ayahlah selalu menanyakan apa yang kita lakukan seharian ?


Saat kita sakit atau demam, ayah sering membentak “sudah diberitahu! jangan minum ais!”.Tapi tahukah kamu bahawa ayah sangat risau.??


Ketika kita remaja, kita meminta izin untuk keluar malam. Ayah dengan tegas berkata “tidak boleh!”..Sedarkah kita bahawa ayah hanya ingin menjaga kita? Kerana bagi ayah, kita adalah sesuatu yang sangat berharga.


Saat kita sudah di percayai, ayah pun melonggarkan peraturannya. Maka kita telah melangar kepercayaan nya…Maka ayahlah yang setia menunggu kita di ruang tamu dengan rasa sangat risau..tepi berpura-pura tenang.


Setelah kita dewasa, ayah telah menghantar kita ke sekolah atau kolej untuk belajar..


Di saat kita memerlukan ini-itu, untuk keperluan kuliah kita, ayah hanya mengerutkan dahi, tanpa menolak, beliau memenuhinya..Saat kamu berjaya..Ayah adalah orang pertama yang berdiri dan bertepuk tangan untukmu..Ayah akan tersenyum dengan bangga..


Sampai ketika jodoh kita telah datang dan meminta izin untuk mengambil kita dari ayah..Ayah sangat berhati-hati mengizinkan nya..Dan akhirnya..Saat ayah melihat kita duduk di atas plamin bersama pasangan kita..ayahpun tersenyum bahagia..


Apa kita tahu,bahawa ayah sempat pergi ke belakang dan menangis?


Ayah menangis kerana ayah sangat bahagia..Dan diapun berdoa “Ya Tuhan, tugasku telah selesai dengan baik..Bahagiakan lah putera puteri kecilku yang manis bersama pasangannya”..


Setelah itu ayah hanya akan menunggu kedatangan kita bersama cucu-cucunya yang sesekali datang untuk menjenguk..Dengan rambut yang memutih dan badan yang tak lagi kuat untuk menjaga kita. Bahu lusuh dada bongkok.

Masihkah kita diberi masa untuk menjengah ayah kita?


Salam Ukhuwah..~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan