Bacaan Popular

Sabtu, 28 Mei 2011

Bercita-cita Besar Kerana Ada Pemangkin


Ada sesetengah bangsa berjiwa besar kerana banyak pemangkin-pemangkin. Bukan kerana satu pemangkin sahaja. Banyak keya­kinannya yang menjadi pegangan bangsa itu sehingga me­reka bercita-cita besar dan berjiwa besar walaupun pengikutnya sedi­kit seperti orang Yahudi. Yahudi tidak ramai pengikutnya. Yang tinggal di Palestin sekitar 3-4 juta sahaja. Kalau dikumpul dari se­luruh dunia, sekitar 10 juta orang sahaja. Mereka duduk ber­sepah. Ada sedikit di Jerman dan ada sedikit di Britain. Yahudi bercita-cita besar sebab banyak yang diyakininya hingga ke­yakinan itu menjadi pemangkin kepada mereka. Akhirnya negara-negara Arab yang ada 100 juta penduduk itu berada di bawah kongkongan Yahudi walaupun Yahudi tidak menjajah dari segi fizikal.

Mengapa Yahudi begitu berjiwa besar dan bercita-cita besar? Setidak-tidaknya ada 4 pemangkin, atau 4 perkara yang men­dorong mereka berjiwa besar iaitu:

a. Mereka menganggap mereka anak Tuhan. Mana boleh anak Tuhan duduk di bawah bangsa lain yang bukan anak Tuhan. Mereka anggap mereka adalah anak Tuhan yang tidak boleh duduk di bawah bangsa lain yang rendah martabatnya. Perkara ini dididik dari tadika lagi.

b. Orang Yahudi anggap mereka berbangsa Arya. Bangsa Arya menganggap bangsanya paling mulia di dunia. Macam mana bangsa yang mulia mahu duduk di bawah bangsa yang hina. Maka datanglah cita-cita perjuangan dan semangat juangnya. Datanglah jiwanya yang besar.

c. Orang Yahudi berkeyakinan bahawa mereka adalah ketu­runan nabi-nabi dari Bani Israel. Itu memang betul, tidak dapat dinafikan. Nabi yang bukan daripada Bani Israel ialah Rasulullah, Nabi Ismail dan Nabi Ibrahim. Selain itu semua­nya dari Bani Israel (Yahudi). Itu mendorong mereka untuk berfikir yang mereka dari keturunan nabi dan tidak patut berada di bawah orang lain. Keyakinan ini ditanam dari tadika lagi. Bukannya setelah dewasa baru berangan-angan. Sesetengah negara berangan-angan tetapi anak bangsanya tidak dididik dari kecil ke arah suatu cita-cita. Sudah tua baru hendak berangan-angan.

d. Mereka berkeyakinan bahawa semua bangsa akan masuk Neraka kecuali orang Yahudi. Orang Yahudi kalau masuk Neraka pun 6 hari sahaja. Walaupun karut tetapi ia sudah ditanam sebagai keyakinan di dalam jiwa bangsa Yahudi.

Banyak lagi pemangkin mereka tetapi inilah yang menjadi keyakinan utama orang Yahudi, yang membuatkan mereka men­jadi bangsa yang bercita-cita dan berjiwa besar. Inilah yang mendorong mereka berjuang sejak beribu tahun. Orang Yahudi pengalamannya luas, ilmunya banyak dan mereka cerdik. Kerana dia adalah bangsa yang tua. Mereka tidak ramai dan duduk ber­sepah pula. Yang hidup selonggok itu di Palestin. Yang lain ber­tabur seluruh dunia. Senang sahaja hendak mengenal orang Yahudi. Kalau orang Barat hidungnya tajam. Orang Yahudi hi­dungnya juga tajam tetapi bengkok. Mereka tidak boleh menyo­rok. Kecuali kalau sudah menjadi kacukan. Tetapi kalau Yahudi sejati, hidungnya tajam tetapi bengkok.

Orang Yahudi adalah bangsa tua yang sangat memahami hal-hal agama, ajaran Samawi dan juga sejarah. Tuhan jadikan mereka cerdik pula. Sudahlah cerdik, mereka pula selalu berfikir. Jadi mereka faham macam mana hendak berjuang. Di tengah dunia berbagai-bagai bangsa ini, mereka merupakan golongan yang kecil bilangannya. Mereka berjuang penuh bijaksana, sungguh berhikmah dan berdasarkan ilmu.

Yahudi ini, walaupun fizikal mereka lemah iaitu jumlah mereka kecil, tetapi otak mereka mampu menguasai dunia? Macam mana Yahudi sampai boleh memecah-belahkan bangsa lain supaya boleh dikawal? Kalau Yahudi hendak menjajah satu bangsa yang besar, besar risikonya. Kalau dibuat juga mereka tidak akan berjaya. Yahudi tidak akan berbuat demikian sebab risikonya besar. Se­baliknya Yahudi akan memecah-belahkan manusia dengan otak­nya yakni dengan mencipta ideologi-ideologi. Kalau kita baca sejarah, ideologi apa pun yang sedang berada dan sedang melanda dunia adalah ciptaan Yahudi. Ideologi-ideologi inilah yang me­mecah­ belahkan masyarakat dunia. Di antaranya:

Ideologi komunisme (dicipta oleh Karl Marx, seorang Bapa Yahudi. Dialah bapa komunisme).

Ideologi kapitalisme

Fahaman kebangsaan

Fahaman sosialisme

Demokrasi


Bahkan sebahagian daripada teori-teori ilmu dicipta oleh Yahudi dengan tujuan untuk merosakkan aqidah manusia di dunia. Saya yakin mereka yang mencipta teori itu tidak meya­kininya. Orang yang yakin hal itu adalah orang bodoh. Orang cerdik tidak akan yakin. Contoh yang dimaksudkan ialah teori Darwin, yang mengatakan manusia dari beruk. Darwin berbo­hong. Itu bukan keyakinannya sendiri. Dia hendak merosakkan aqidah manusia di dunia ini. Sebenarnya dia tidak berfahaman begitu pun. Dia sengaja hendak memecahbelahkan manusia.

Perancangan memecah-belahkan manusia melalui berbagai-bagai ideologi ini akhirnya berjaya. Bergaduhlah pendukung-pendukung ideologi antara satu sama lain. Bahkan dalam ajaran agama, termasuk juga dalam ajaran agama Islam diselitkan ajaran Yahudi tanpa disedari oleh umat Islam. Akhirnya bergaduh. Ada Islam yang militan, demokrasi, sosialis, agresif, pasif, liberal dan lain-lain. Perpecahan yang terjadi di kalangan umat Islam adalah hasil injection ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang di­masukkan oleh Yahudi.

Bahkan di Amerika seluruh sistem adalah sistem Yahudi. Eko­nomi dan cara berfikir masyarakatnya sudah dipengaruhi oleh Yahudi. Sedangkan orang Yahudi tidak banyak di Amerika. Sebab itu siapa hendak jadi presiden di Amerika, kalau tidak ada darah Yahudi, sama ada dia tidak naik atau kalau naik jadi presiden, dia akan mati dibunuh. Mereka ada cara untuk mempengaruhi rak­yat untuk menaikkan Yahudi ataupun yang pro-Yahudi. John Kennedy mati kerana dia satu-satunya bukan kroni Yahudi. Dia ditembak ketika sedang dalam kereta.

Setelah dipecahbelahkan manusia dengan fikirannya iaitu dengan ideologi yang telah dicipta dan menjadi pegangan ramai maka dari situ Yahudi mengaut keuntungan terutama dari eko­nomi. Mereka cipta riba supaya untung cepat. Padahal, dalam perniagaan mereka tidak pakai sistem riba bahkan mereka mengharamkan riba. Pencipta atau bapa riba itu adalah Yahudi. Yahudi mengharamkan riba dalam sistem ekonomi mereka tetapi kita pula yang menghalalkan dalam sistem ekonomi kita. Perbankkan Islam pula, jika kita meng"islam"kan sekalipun konsep memberi pinjaman tersebut dengan pusing sana dan pusing sini, bagi nama lain "muserakah" atau "mudah rebah", “pembiayaan” dan bukan pinjaman, berakadlah dan sebagainya, adakah anda sanggup menjadi lintah menyedut darah saudara seislam sendiri? Kelintahan anda tidak jelas kelihatan kerana ia berselindung disebalik nama Islam itu sendiri. Islamnya hanya pada akad.





CONTOH KES :



Pinjam RM100 untuk beli baju sekolah anak.



Saya: "Aku belikan baju untuk anak-anak engkau dengan harga RM100 dan aku jual kepada engkau dengan RM120, lepas tu engkau bayarlah bulan-bulan RM10 selama 12 bulan, bagaimana? setuju tak? Ini cara islam yang mana aku berjual-beli dengan engkau dan bukan aku kenakan faedah, kalau ada orang lain bertanya engkau cakaplah aku memberi pembiayaan kepada engkau, jangan sebut pinjaman sebab itu nampak tak islamik".



Mat: "Baiklah, sebab aku terpaksa dan tak ada cara lain lagi dah maka aku terima sahajalah syarat engkau tu lagi pun engkau dah tolong aku maka aku pun kenalah tolong engkau jugak. Tapi eloklah kita berakad untuk memastikan proses ini dikira pembiayaan dan jual beli".



Yahudi bersorak gembira bertepuk tangan kita memboikot barangan mereka, sedangkan sistem kewangan dan perbankkan kita adalah sistem yahudi.


Tujuan riba adalah untuk merosakkan orang lain. Riba itu bukan untuk bangsa Yahudi. Ini patut kita kaji. Begitu cara­nya orang Yahudi berjuang untuk pecah belahkan manusia dan mereka dapat keuntungan. Bangsa Yahudi walau jumlahnya kecil tetapi jiwanya besar. Cita-citanya besar kerana pemangkinnya banyak. Dari kecil orang-orangnya dididik supaya bercita-cita besar dan berjiwa besar.

Di sini baru kita faham bahawa satu bangsa boleh menjadi kuat kerana jiwanya besar. Jiwa besarnya itu adalah kerana dia bercita-cita besar. Sama ada atas dasar ideologi, atas dasar bangsa, atas dasar agama atau atas cita-cita untuk menguasai ekonomi dunia. Mereka boleh menjadi empayar sekalipun bilangan mereka sedikit. Kalau bangsa itu ramai sekalipun tetapi cita-cita hanya mahu cari makan saja, itu tidak kuat. Macam bangsa Cina, dari dulu lagi ramai bangsanya berhijrah kerana masing-masing bercita-cita hendak cari makan sahaja. Sebab itu orang Cina tidak dapat menjajah. Mereka cuma menguasai ekonomi di negaranya. Lebih-lebih lagi India. Dekat satu bilion penduduknya tetapi sejak dahulu lagi tidak bercita-cita besar. India tidak pernah menguasai dunia sebab cita-citanya kecil.

kredit: Abd_Rahim


Salam Ukhuwah..~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan