Bacaan Popular

Selasa, 29 Mac 2011

Ikan Unik Dan Aneh, Berenang Terbalik


Ikan unik yang berenang terbalik ini namanya Synodontis. Ikan Synodontis merupakan jenis ikan hiasan air tawar yang berasal dari daerah sungai Nil di benua Afrika.

Ikan aneh ini termasuk dalam kelompok catfish (keluarga ikan keli) dari keluarga Mochokidae. Nama Synodontis berasal dari bahasa Yunani, iaitu syn berarti bersama dan odon bererti gigi kerana ikan Synodontis hidup berkelompok dalam koloninya dan memiliki gigi-gigi mandibular.

Ikan Synodontis mempunyai sirip dorsal tegak yang indah dan menjulur panjang sehingga sering dinamakan featherfin catfish. Ikan Synodontis juga mempunyai keunikan iaitu dapat berenang dengan posisi tubuh terbalik.

Memandangkan keunikannya ini ikan Synodontis mempunyai daya tarik dan menjadi buruan para penggemar ikan hias. Ikan ini memakan beberapa pakian alam seperti cacing, larva nyamuk dan pakan buatan (pellet).









kredit: kaskus


Salam Ukhuwah..~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan