Bacaan Popular

Jumaat, 21 April 2017

Ujian Ta'at

 

Ujian pertama yang Allah s.w.t. berikan kepada makhluknya yang berakal ialah ta'at. Apabila Iblis meninggalkan keta'atannya kepada Allah s.w.t. Allah telah batalkan seluruh pengurbanan serta ibadah yang sudah dilakukannya selama 80 ribu. Semua kebaikannya musnah.

Setelah Iblis meninggalkan keta'atannya terhadap Allah, Allah ta'ala telah menterbalikkan hatinya, jika sebelum itu Iblis ta'at kepada Allah maka kini Iblis berazam untuk haling manusia dan jinn dari mendekati Allah s.w.t.

Bagi manusia dan jinn pula selepas mereka meninggalkan keta'atan mereka kepada Allah  maka akan terasa semua kelebihan yang selama ini Allah berikan kepada mereka tercabut sendirinya. Antara kelebihan tersebut ialah rezeki mencukupi (berkat), ketenangan (sakinah) dan banyak lagi. Ini yang dinamakan nikmat iman.

Kelebihan ini yang berada dalam diri kita sebenarnya adalah pinjaman terbaik dari Allah dan kita wajib pelihara bahkan sempurnakan sepanjang masa hayat didunia untuk memperbaikinya. Memperbaiki disini ialah memperelokkan iman kita sendiri.

Memperbaiki apa yang Allah kurniakan kepada kita ialah dengan cara turut perintah yang Allah sebut dalam al Quran, Allah Tanya dalam al Quran. Perintah agar kita memelihara solat serta zakat dan menyampaikan pesanan yang haq. Pertanyaan siapakah yang lebih baik perkataannya dari orang yang menyeru kepada kebaikan dan banyak lagi.

Marilah kita teruskan keta'atan kita kepada Allah ta'ala mudah-mudahan kita mendapat petunjuk.
.
.
La haula wala quwwata illa billah..~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan