Bacaan Popular

Sabtu, 15 April 2017

Jangan Rasa Selesa




Jangan rasa selesa dengan amal ibadah yang telah kita mampu lakukan secara istiqamah. Diri rasa sudah selesa sebab sejak 20 tahun yang lampau kita belum pernah terlepas hadir solat berjemaah dimasjid sewaktu solat fardhu. Sedarlah ada orang lain yang sejak akal baligh belum pernah tinggal takbiratul ula 5 kali sehari dimasjid.


Ada kita yang rasa cukup selesa sebab seawal 5.30 pagi sudah bangun untuk solat tahajud. Jangan lupa ada orang lain bangun 3.30 pagi lengkap 12 rakaat solat tahajud, 4 rakaat solat taubat, 4 rakaat solat syukur dan 3 rakaat solat witir.


Jangan rasa selesa kalau satu malam kita dapat baca Quran sebanyak 4 muka surat yang dalam masa setahun kita dapat khatam 2 kali, sebab ada orang sudah baca 1 juzu' hanya satu malam dan ada yang sudah khatam dalam satu malam saja.


Begitu juga dengan puasa kita, sedekah kita, haji kita yang masuk tahun ini dah kali ketiga. Ingatlah, amal yang banyak bukan jaminan untuk masuk syurga. Kita lupa melihat jiran-jiran kita. Kita lupa yang suatu masa dulu kita pernah melukakan hati mak ayah kita menyebabkan mereka tidak redha keatas kita. Begitu anak siteri yang tidak redha atas kita menyebabkan perjalanan kesyurga tergendala umpama sekeping cek yang bernilai berjuta-juta tapi disebabkan tarikh tidak betul atau tanda-tangan mengelirukan maka tiada tunai di kaunter. Kita akan kecewa yang tiada kesudahan, Abadan abada.


Agar tidak berlaku kecelaruan di kaunter maka kita kena periksa semula hubungan kita sesama mereka. Memang hubungan kita dengan Allah cukup bagus. Setiap 5 waktu solat datang kemasjid lengkap pakaian sunnah, berserban jubbah bagai, bawa isteri sentiasa namun seorang penduduk kampong bagitau ayahnya kata dia lebih zalim dari setan sebab sejak 20 tahun tak pernah bertegur sapa dengan ayahnya sendiri walhal rumahnya dibina diatas tanah ayahnya dan bersebelahan dengan rumah ayahnya. Lalu bagaimana orang yang pergi haji namun jirannya tiada makanan dirumah.


Sebenarnya masuk syurga bukan dengan amal yang banyak tapi dengan Rahmat Allah. Marilah kita usahakan agar hubungan kita dengan Allah (hablumminallah) dan hubungan kita dengan semua makhluk (hablumminannas) termasuk burung dan kucing sentiasa baik dan terpelihara.
.
.
La haula wala quwwata illa billah..~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan