Gambar sekadar hiasan sahaja.
Tamim al Qartari adalah salah seorang sahabat Rasulullah s.a.w. dan beliau wujud sebelum kelahiran Rasulullah s.a.w. Tamim al Qartari juga adalah orang yang menyimpan kitab lama yang menyebut akan kedatangan seorang Nabi akhir zaman yang bernama Ahmad. Selepas menemui Nabi Muhammad s.a.w. beliau terus membenarkan kerasulan Baginda s.a.w. dan beliau merupakan orang yang pertama menghafal al Quran.
Kisah Tamim al Qartari memang jarang dapat kita dengar, namun bila sebut Tamim Tari, nama itu lebih popular dikalangan alim ulamak. Tok Wan sendiri pernah mendengar kisahnya yang diceritakan bukan dalam majlis ilmu tapi maseh dalam masjid oleh seorang ulamak. Kisahnya begini...
Suatu hari ketika isteri Tamim sedang menutup pintu dan tingkap kerana waktu sudah hampir maghrib maka Tamim bertanya kepada isterinya kenapa tutup semua pintu dan tingkap. Lalu isterinya menjawab bukankah Rasulullah s.a.w. telah bersabda ketika waktu hampir maghrib maka tutuplah pintu dan tingkap rapat-rapat. Kemudian Tamim berkata kepada isterinya daripada takutkan hantu dan syaitan lebih baik takut kepada Allah. Kemudian Tamim masuk kebilik air untuk mandi, ketika itulah Tamim ditangkap oleh dua ekor Jinn. Kedua-dua Jinn tersebut memegang kiri dan kanan bahunya dengan kukuh lalu dibawa terbang menjunam masuk keperut bumi. Tamim bertanya mengapa dia di tangkap lalu Jinn tersebut berkata sebab dia tidak takut hantu Jinn dan syaitan.
Tamim dibawa masuk kedalam lapisan petala bumi yang ke empat, disitulah terletaknya negeri Jinn seperti yang dikesahkan oleh ulamak tersebut. Sewaktu Tamim tiba di petala bumi yang ke empat dinegeri tersebut, beberapa ratus ribu tentera Jinn dari dua kumpulan sedang berperang. Ada beratus-ribu juga diantara Jinn dari kedua-dua kumpulan yang berperang itu telah terbunuh dan ada yang putus kepala, ada yang putus badan serta berbagai-bagai lagi. Senjata yang mereka gunakan ialah pedang berapi yang mengeluarkan cahaya bewarna hijau, biru dan merah. Cahaya tersebut datang begitu laju beserta dengan deruan bunyi seperti angin. Barangkali senjata jenis laser seperti yang kita lihat dalam filem Star Wars.
Lalu Tamim bertanya kepada Jinn tersebut sejak bila peperangan itu berlaku, lalu dijawab oleh Jinn tersebut bahawa peperangan antara dua kelompok Jinn itu telah berlansung sejak sebelum Allah mencipta Nabi Adam a.s. lagi. Dan peperangan tersebut ialah perang diantara Jinn Islam dan Jinn kafir.
Kemudian Tamim dibawa mengadap Raja Jinn. Raja Jinn bertanya kepada Tamim adakah dia tahu kenapa dia ditangkap. Tamim mengaku pernah berkata bahawa dia hanya takutkan Allah ta'ala. Namun kemudian Tamim bertanya Raja Jinn bagaimana mereka tahu dia berkata begitu padahal waktu itu cuma dia dan isterinya saja yang ada didalam rumah..
Raja Jinn berkata dia mempunyai banyak mata-mata yang mengintip perbuatan dan perbualan manusia dimuka bumi. Kemudian Raja Jinn memerintahkan Tamim untuk menjalani hukuman selama tujuh tahun. Kebetulan Raja Jinn mempunyai tujuh anak perempuan dan Tamim pula seorang penghafal al Quran lalu Raja Jinn memerintahkan Tamim untuk mengajar anak-anak perempuannya menghafal al Quran. Maka tiada pilihan lain Tamim mengajarkan anak-anak Raja Jinn tersebut menghafal al Quran selama tujuh tahun sehingga kesemua tujuh anak-anak perempuan Raja Jinn itu dapat menghafal al Quran dengan baik.
Selepas tamat tempoh hukuman maka tibalah masa Tamim akan dibebaskan lalu Tamim mengadap Raja Jinn meminta kebenaran untuk pulang semula kemuka bumi. Raja Jinn membenarkannya pulang semula kemuka bumi lalu memerintahkan seekor Jinn yang besar untuk menghantarnya pulang.
Jinn yang ditugaskan untuk menghantar Tamim meminta agar Tamim naik keatas kepaknya dan memegang bulu-bulu diantara dua kepaknya itu dengan kuat dan memberikan syarat agar tidak membuka mata semasa penerbangan yang bakal mereka lalui walaupun apa yang didengari oleh telinga. Tamim bersetuju dan memejamkan mata sewaktu Jinn tersebut mula terbang membawanya naik semula ke muka bumi. Didalam penerbangan itu berbagai-bagai bunyi dapat didengari namun tidak satu bunyipun yang dapat difahami oleh Tamim, mereka meneruskan penerbangan.
Tiba-tiba Tamim terdengar bunyi orang sedang zikir beramai-ramai, 'La ilaha ilallah, la ilaha ilallah, la ilaha ilallah'. Sangka Tamim mereka sudah sampai di muka bumi lalu dia membuka matanya. Sebenarnya mereka telah memasuki Baitul Makmur tempat dimana para Malaikat tawaf dan berzikir dilangit yang setentang dengan Baitullah di Mekah. Lalu seketika itu juga malaikat di Baitul Makmur menyedari kehadiran Jinn lalu memanah Jinn tersebut dengan panahan api.
Err... rasanya dah terlalu panjang... apa kata kita sambung dalam bahagian kedua minggu depan. Ahhh... setuju atau tidak setuju setakat inilah saja dulu. Kita sambung minggu depan.
La haula wala quwwata illa billah..~
tunggu minggu depan plop
BalasPadam