Kini kita maseh heboh memperkatakan kenaikan harga minyak. Ada yang menyalahkan kerajaan kerana gagal memberikan rakyat harga minyak yang mereka mahu. Namun kita harus sedar bahawa ramai dari kalangan kita lupa bahawa harga minyak maupun harga lain-lain barang keperluan bukan kerajaan yang tentukan, sebaliknya Allah yang tentukan di langit sana. Kemudian apabila Allah telah menetapkan harga barang maka para Malaikat memasukkan kedalam hati setiap peniaga agar menaikkan harga barang.
Disini kita kena perbetulkan keyakinan kita bahawa Allah berkuasa keatas setiap sesuatu. Allah lah yang menetapkan harga petrol di negara kita dan Allah lah jua yang memerintahkan MalaikatNya untuk memasukkan kedalam hati pemerintah agar menurunkan subsidi harga minyak. Ini berlaku sesuai dengan hubungan kita dengan Allah. Kita harus perhatikan mengapa Allah berbuat sedemikian.
Pertama kita maseh gagal menyekat wanita-wanita kita yang maseh tidak menutup aurat dengan sempurna walhal wanita-wanita itu adalah isteri-isteri kita, anak-anak gadis dibawah jagaan kita. Kaum lelaki tidak menjaga amanah yang mana ibu, isteri dan anak gadis atau yang sudah janda agar menta'ati segala perintah Allah dan Rasul. Kita maseh gagal mengikut sunnah Rasulullah s.a.w.
Kita maseh tidak berjaya mencegah orang lain dari melanggar perkara sunnah seperti minum dengan tangan kiri atau sambil berdiri. Perkara ini dapat kita perhatikan apabila ada majlis jamuan samaada di hotel, dewan maupun masjid. Masih ramai minum dengan tangan kiri dan dalam keadaan berdiri.
Di dalam tandas awam juga kadang-kadang kita maseh dapat lihat ada orang Islam yang kencing berdiri walhal keadaan dalam tandas bersih. Disinilah usaha kita untuk menegur perbuatan tersebut dengan cara berhemah. Begitu juga orang yang mandi telanjang dalam bilik mandi maseh ada. Mereka lupa bahawa ada 2 malaikat di kiri dan kanan yang sentiasa memerhati dan mencatetkan segala perbuatan. Tidak cukup dengan mandi telanjang ditambah bpula bernyanyi-nyanyi dalam bilik mandi tersebut atau menjawab salam dari talipon bimbit, walhal ini semua di tegah oleh agama. Bukan saja kita tidak mengamalkan perkara sunnah tetapi kita juga melanggar perkara-perkara sunnah.
Yang lebih dahsyat lagi kita sedang memerangi Allah dan Rasulullah s.a.w. bilamana kita bersubahat dalam hal riba'. Kita beli rumah dan kereta menggunakan duit pinjaman yang dikenakan faedah oleh bank walhal kita jelas faham bahawa itu adalah riba', dan riba' hukumnya haram.
Sebuah contoh yang baik yang Tok Wan nak kongsikan dengan pembavca disini ialah berkenaan sebuah negara yang Allah ta'ala beri Rahmatnya.
Di Kyrgyzstan Rusia terdapat 5 juta rakyat Islam dan kesemua kaum wanitanya menutup aurat sementara kaum lelakinya memenuhkan masjid dalam solat 5 waktu sambil menyampaikan pesan yang baik atas agama. Kesemua mereka mengerjakan usaha agama dengan baik. Ubi kentang sebagai makanan asas mereka suatu masa dahulu 3 dolar satu kilogram dan selepas mereka melipat-gandakan usaha agama maka harga ubi kentang turun sehingga 30 sen 1 kilogram. Bagaimana boleh terjadi sedemikian rupa? Harga kentang telah turun sehingga tinggal 10%.
Allah ta'ala memberi RahmatNya keatas mereka. Ubi kentang dari satu perdu yang biasanya boleh mengeluarkan hasil antara 5 hingga 10 biji kini telah mengeluarkan antara 30 hingga 50 butir setiap perdu. Allah berkuasa keatas setiap sesuatu.
La haula wala quwwata illa billah..~
Tiada ulasan:
Catat Ulasan