Bacaan Popular

Selasa, 8 Januari 2013

Tanda Seseorang Memiliki Saka


Ustaz Abdullah Mahmud sedang menyampaikan tazkirah.

Bulan lepas (disember 2012) Tok jadi Pengerusi untuk program Tazkirah dan Lagu. Tetamunya ialah Ustaz Abdullah Mahmud yang terkenal dengan perawatan cara Islam atau  cara Ruqyah. Sebagai penyeri majlis tok wan juga mengundang sebuah kumpulan muzik yang menamakan diri mereka Cucu Band. Penyanyinya ialah Afif Tirza dari AF9 dan Elyas Shah seorang penyanyi tahun 80'an. Dan lagu-lagu mereka adalah yang yang berkait dengan syiar agama.

Penat Ustaz Abdullah memberi tazkirah maka majlis rehat sambil mendengar lagu dari Cucu Band sambil itu jemputan juga dipelawa menjamah juadah yang disediakan atas meja (dalam ghambar dibelakang Ustaz tu). Juadah yang mudah-mudah saja yakni, kueh pulut panggang, kueh kasui dan bubur kacang durian. Minumannya ada teh tarik dan teh 'O'. Jadi jemputan taklah tention sangat dok dengar tazkirah kan.

Dalam tazkirah tersebut Ustaz Abdullah memberi isyarat tanda-tanda seseorang itu memiliki Saka. Disini tok tulis semula apa yang Ustaz Abdullah sampaikan dalaam majlis tersebut.


Makna Saka

Saka adalah jin yang berada dalam tubuh manusia yang sudah sekian lama hingga menjadi sebati dengan manusia itu. Ini berlaku sama ada seseorang itu tahu atau tidak, kerana ia datang dari keturunannya. 

Kemungkinan ilmu ini telah dipelajari oleh nenek-moyangnya dahulu. Boleh jadi Jin itu sendiri yang memilih untuk mendampingi keturunannya yang dia kehendaki tersebut ditinggalkan oleh nenek moyang pembawa saka apabila mereka telah meninggal dunia.

Semasa mereka hidup, mereka telah berkawan dan membela jin-jin tersebut yang dikenali dengan pelbagai nama. Jin yang dijadikan khadam oleh nenek moyang inilah akhirnya menjadi saka yang diperturunkan dari ayah kepada anak dan kepada cucu oleh pembela-pembela jin-jin tersebut.


Tanda-tanda Mereka Yang Memiliki Saka

Sewaktu Tidur

1. Susah tidur malam atau tidak boleh tidur malam.

2. Sering terjaga pada waktu malam jam 2 malam atau 3 dan malam selepas itu sukar untuk tidur.

3. Mimpi melihat binatang-binatang seperti kucing, anjing, ular, serigala, dan sebagainya.

4. Bunyi gigi berlaga ketika tidur.

5. Mimpi di Kawasan Kotor atau Perkuburan.

6. Mimpi Jatuh tempat tinggi.

7. Mimpi Berjumpa atau melihat Makhluk halus.

8. Mimpi Budak Kecil (Menyusukan bayi bagi wanita).

9. Mimpi di ancam benda tajam seperti pisau,paku dan sebagainya.


Sewaktu Jaga

1. Selalu pening kepala (Perubatan Moden tidak dapat kesan).

2. Hilang Ingatan atau cepat lupa dan mungkin menjadi gila.

3. Sering Lesu dan Malas.

4. Sentiasa Sakit di Tulang Belakang.

5. Lenguh-lenguh sendi.

6. Terasa sesuatu berjalan didalam Badan.

7. Mudah Marah dan Panas Baran.

8. Cepat mengantuk (terutama mendengar Ayat-ayat quran)

9. Lemah semangat untuk meneruskan kehidupan.

10. Bila memejamkan mata, bulu mata berkedip-kedip.


Anak Cucu Keturunan Yang Menjadi Sasaran

1. Yang cetek ilmu agamanya.

2. Yang suka melakukan maksiat dan melanggar peraturan Allah.

3. Yang Meninggalkan Ibadat Wajib.

4. Yang lemah fizikalnya dan antibodi.

5. Yang berminat untuk memiliki apa yang ada pada nenek moyang.

6. Yang mengidamkan kehebatan walaupun dengan cara malanggar perintah Allah.

Dan apa yang tok masih ingat yang Ustaz Abdullah pesan ialah, 'Jangan dok sibuk nak berebut barang-barang tinggalan arwah, terutamanya orang perempuan yang kakak nak gelang arwah mak, yang adek nak rantai yang mak pakai. Adek-adek yang lain nak pinggan nak talam dan ada juga yang nak pakaian yang mahal-mahal yang ditinggalkan mak.

Yang lebih dari itu ada saudara-saudara lelaki yang berebut keris atau parang tinggalan arwah ayah. Melalui barang-barang itulah kadang-kadang saka boleh berpindah dan mengikut tuan barunya.

Jadi nasehat tok wan kepada anda jika terdapat tanda-tanda tersebut cepatlah pergi berubat. Berjumpalah dengan mana-mana Ustaz yang mengamalkan perubatan ruqyah atau perubatan syifa. Kalau nak cari Ustaz Abdullah Mahmud pun boleh. Rumah Ustaz Abdullah Mahmud di Gombak lepas sikit dari jembatan Mimaland tu ada nampak rumah sebelah kiri kena lintas jambatan. Kalau nak senang cari kena rajinlah bertanya orang yang anda jumpa disitu pasti mereka menunjukkan rumahnya Ustaz Abdullah.

kredit; rakangroup


Salam Ukhuwah..~

1 ulasan:

  1. boleh tak sy dptkan emel ustaz abdullah mahmud? atau apa shj utk menghubungi ustaz?

    BalasPadam